Pengalaman Panjat Bukit Broga Hill Semenyih


Rindu Broga Hill! Pengalaman kali pertama panjat Bukit Broga pada tahun 2008. Dah alang-alang ada di Seremban, jomlah panjat Broga Hill atau popular dengan Bukit Lalang untuk kali kedua. Teringat Broga Hill ni sebab tular dalam media sosial berkenaan budak sekolah tahfiz yang hilang  beberapa hari disorok Bunian. Alhamdulillah berkat usaha ustaz dan dengan izin Allah, budak berkenaan dijumpai semula. Seram hakak. Jadi kita ambil keputusan panjat pada hari Thaipusam lepas Subuh untuk tengok matahari terbit.

Dulu panjat tak sempat nak tengok sunrise. Kali ni alhamdulillah dapat tengok matahari terbit dari ufuk timur dengan cantik sekali. Subhanallah. Berbaloi-baloi pemanjatan kali ini :D

Sebelum Subuh dalam jam 5.30 am gigih bangun mandi bersiap bagai untuk aktiviti memanjat. Aktiviti sihat turut disertai suami dan 2 orang adik perempuan kesayangan. Dr Aifaa Liah dan bakal doktor juga Dr Asyraf Liah (surirumah paling cemerlang yang pernah kujumpa setakat ni sementara tengah tunggu panggilan Housemanship). Hehehe. Alhamdulillah Dr Aifaa kini bertugas di Department Anaesthethic jadi dapatlah dia cuti Sabtu, Ahad & public holiday macam orang lain. Semua dah tepu dengan aktiviti padat masing-masing rasa nak masuk hutan. Hirup udara segar dan lihat kejadian alam mengingatkan kita kebesaran Allah.

Kami gerak dari rumah jam 6.15 pagi. Jarak dari rumah (Seremban) ke Broga Hill (Semenyih) lebih kurang 36.9km dengan pemanduan selama 35 minit. Berhenti Solat Subuh di masjid tepi jalan tak jauh dari Broga Hill. Jam 7.15 sampailah di Jalan Broga lokasi terletaknya Broga Hill.

Broga Hill ni dalam kawasan ladang kelapa sawit. Parking dalam ladang kelapa sawit dikenakan caj RM3 per entry. Kalau nak parking tepi2 jalan pun boleh je. Suami prefer parking dalam ladang kelapa sawit sebab starting point pun dalam ladang ni. Tempat parking dah penuh dengan kereta. Fuhh ramai betul yang dah sampai lebih awal dari kami.

Takde warming up/stretching terus je naik. Bukit Broga ni sempoi je track dia. Boleh naik santai-santai. Budak-budak pun boleh panjat. Tapi perlu pengawasan teliti dari ibubapa. Kalau naik lepas Subuh track memang gelap. Lampu suluh kami tak bawak. Masing-masing just suluh guna apps lampu suluh dari Iphone je. Cukup terang dan jelas dah.

Bukit Broga atau Bukit Lalang ni antara bukit paling popular di Malaysia. Memang orang berbondong-bondong pergi manjat untuk tengok sunrise. Dari zaman kami naik 2008 lagi orang dah crowded. Zaman 2017 ni lagilah crowded. Jangan terkejut lepas Subuh track memanjat agak sesak dengan orang. Korang just follow the flow dan jalanlah ikut giliran.

Nanti lalu track yang ada pintu gerbang ni. Laluan ini FREE.


Kalau korang lalu satu lagi jalan (track belah kiri) macam uncle jersey hitam tu, korang akan dikenakan tol RM1 oleh aunty yang ada gerai jual air. Gerai aunty seperti gambar di atas terletak di tengah-tengah antara track yang bertol dan track yang FREE (yang ada pintu gerbang). Erk paham ke tak nih. Begitu juga laluan turun. Turun semula ikut track pintu gerbang. Kalau lalu ikut track aunty tu kena lagi caj RM1. Pilihan di tangan korang. Kiteorang dah tentulah pilih yang FREE. Cuma aunty tu caj sebab korang lalu atas tanah dia agaknya yang dulunya ada pintu gerbang RHB. Sebenarnya bukan RHB punya. Kini pintu gerbang RHB telah dirobohkan oleh pihak RHB sebab salah guna nama yang tidak berkaitan. Sekian melaporkan.

Lebih kurang 40 minit kami sampai ke puncak hill top yang pertama. Semua dah berlengas dan malas untuk naik hill top ke-2, ke-3 dan ke-4. InshaAllah lain kali. Misi hari ini nak tengok matahari terbit pun dah tercapai. Oleh itu, marilah kita pulang. Nak makan nasi lemak dan minum air kelapa pulak.


Minum air kelapa dan makan nasi lemak 'Pak Lebai Coconut Shake'. Lokasi ini betul-betul depan pintu gerbang.

Soft ice-cream untuk sejukkan badan RM3

Tempat letak kereta di sini dikenakan caj RM3 (dalam ladang kelapa sawit) 

Bukit Broga 1.7km dengan ketinggian 400m dari paras laut. Kalau anda lebih sukakan cabaran boleh mendaki Gunung Tok Wan pula 4.8km. Kami ni macam tak larat dah nak panjat gunung. Sendi lutut dah longgar disebabkan faktor usia. Kali terakhir panjat gunung ialah Gunung Hallasan di Jeju. Walaupun umur dan fizikal makin menua, tapi hati tetap rasa muda. Huhu.

5 ulasan:

  1. Best kan pemandangan dari atas tu? hehehe saya pun baru update pasal broga hill semalam hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MashaAllah memang cantik! Eh eh sama pulak...high5 sikit!

      Padam
  2. salam sis.. singgah dari Melbourne tips link..terus jatuh cinta..blog yg 'bersih'. tulisan ..ejaan dan layout.. keep it up! btw tqvm for the useful tips to melbourne..i'll going there on this coming may. Wish me luck! hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Sha. Terima kasih sudi singgah. Terima kasih atas komen yang membina. Tiba-tiba semangat jadi membara sekuat api dan berkobar-kobar. Seronoknya dengar orang nak pergi Melbourne. I miss Melbourne so much! Menyesal pergi sekejap dulu. Hehe. Bilalah boleh repeat. Have fun dear and enjoy your holiday. Take care! :D

      Padam
  3. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    BalasPadam