3 Cadangan Tempat Makan di Kota Bharu



Ayuh kita jalan-jalan cari makan Kota Bharu!

KOPITIAM KITA

Alamat
4357-A, Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Operasi
7.00 am - 13.00pm

Cuti umum Deepavali. Agak-agak Kota Bharu jalan sesak tak? Baik jadi rakyat yang bijak. 7am keluar rumah gerak dari Jerteh ke Kota Bharu. Jarak dari rumah ke Kopitiam Kita sejauh 50km. Lepas 40 minit memandu, kami pun sampai. Alhamdulillah, meja masih kosong. Tapi kan......5 minit kemudian...... S.E.S.A.K suasana dalam kedai. Meja penuh. Berpusus-pusu orang datang memenuhi ruang kedai. Eh korang semua gantung periuk ke cuti umum ni. Alhamdulillah. Lega kami sampai awal.

Kami makan apa? Of course the famous Roti Titab. Komponen Roti Titab; Roti tebal dibakar garing, sebiji telur separuh masak & kaya pandan di empat penjuru roti. Time makan telur meleh-leleh. Buh pepper sikit. Kicap sikit. Marvelous! Idea asal dah tentu pemilik restoren Kopitiam Kita. Rasa sedap. Harga Roti Titab RM5. Kopitiam Kita pernah dapat 'Anugerah Harga Kedai Patut 2014'. Selebriti, golongan VIP, VVIP pun dah jejak di sini. Buktinya? Tengok sahaja gambar-gambar yang terpampang di dinding kedai. Oleh itu, MESTI cuba sarapan di sini jika ke Kota Bharu. Antara cadangan tempat makan 'BEST' di KB Kelantan. 

Selain Roti Titab, aneka jenis nasi yang ada di Kota Bharu boleh didapati di Kopitiam Kita. Nak nasi apa? Nasi Paprik Ayam, Nasi Kapit Satay, Nasi Gulai Ikan Kering, Nasi Lemak, Nasi Kerabu (wakaf Bharu), Nasi Lemak Widari, Nasi Kak Wok, Nasi Dagang Ayam, Nasi Berlauk Ayam Goreng, Nasi Air Dingin dll. Macam-macam ada. Pilih saja dan letak dalam bakul. Harga? Murah dan sangat berpatutan. Tak dapat harga nasi macam ni di KL uols. 




NASI ULAM CIKGU TAMAN ORKID, JLN PADANG TEMBAK

Ulam-ulaman ni memang lauk feveret. Padankan pulak dengan budu / sambal belacan. Boleh menitik air liur. Ikan keli dan ayam goreng itu umpama aksesori semata. Hihi. Nasi Ulam Cikgu ini antara restoren AMAT popular di Kelantan. Tak sah pergi Kelantan kalau tak singgah makan di sini. Memang best datang untuk makan nasi tengahari!

Aneka lauk masakan kampung terhidang memang rambang mata. Ikut nafsu boleh penuh hidangan semeja. Tapi bila ikut akal yang waras dan kapasiti perutku dan suami...menu seperti di bawah je yang kami ambil. Hahha. Ikan keli dia, MashaAllah besar dan gemuk. Garing pulak. Tak habis nak ratah seorang. Samalah ayamnya pun. Tapi ayam nya sejenis kering dan tak juicy! Kesian gigi.

Pssttt, kalau anda peminat budu, katanya budu di sini secret recipe turun temurun. Buatan sendiri. Nak tahu rasanya kenalah datang sini.

Hari Jumaat restoren tutup KECUALI cawangan di Kubang Kerian. Buka jam 10.30am - 5pm. Elakkan datang ketika waktu puncak iaitu antaran jam 1 - 2pm. Good luck berebut meja! Harga memang berpatutan. Yang tak best toiletnya :( Harapnya dah improve lah toiletnya.


Nasi panas-panas makan dengan ikan keli goreng berempah yang rangup Krup Krap. Bergetar anak tekak i.



Lebih 30 jenis ulam ada di Nasi Ulam Cikgu 😍😍😍😍 Heaven weh.

ALEMY MAGGI KETAM SEMERAK

Alamat: Pekan Cherang Ruku (berdekatan dengan kawasan pelancongan Tok Bali)

Pernah menjadi tular (viral) beberapa tahun lepas. 2 ekor ketam nipah dalam semangkuk! Mewah betul makan. Hanya di ALEMY MAGGI KETAM SEMERAK di Tok Bali. Diusahakan oleh Tuan Alemy. Waktu operasi bermula jam 5pm hingga 2 pagi. Harga semangkuk RM20! Berbaloi kah? Berbaloilah jika makan buat sekian kalinya. Sebenarnya by default memang restoren ni akan hidangkan 2 ekor ketam nipah. Rupanya boleh request jika nak seekor sahaja. Harganya pasti lebih murah. Azie makan semangkuk yang 2 ekor ni memang kenyang sangat sampai perut maju ke depan! Kena unbutton seluar jeans. Kalau budak2 elok je share semangkuk ni. Kalau jenis perut kecik/takat nak rasa pun dicadangkan jugak share. Gara-gara tak tahu, melayang RM40 petang ni. 2 jam lebih nak perlicinkan isi ketam ni dengan terperinci. Gigih. Hihi. 




Kota Bharu Kelantan memang banyak sangat makanan yang unik dan sedap2. Memang tak cukup sehari dua kalau nak jjcm Kelantan. InshaAllah ada masa kami nak jalan-jalan lagi. 

Kalau korang ada cadangan tempat makan yang sedap di Kelantan, boleh share kat bawah! Sharing is caring 💓


Tiada ulasan:

Catat Ulasan