Salam semua. Pagi ni (Khamis) lepas Solat Subuh terus siap-siap pergi Jabatan Imigresen Malaysia (Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor) di Tingkat 2, Kompleks PKNS, Shah Alam. Nak pergi RENEW PASSPORT uols. Alhamdulillah kiteorang sampai 7.30am di PKNS dan dapat no 22 & 23. Oklaaahh tu. Ini gara-gara GAGAL cubaan pertama renew passport di PKNS Sabtu lepas. Kecewa sangat. Kononnya dah tiba awal 7.40am di PKNS, tapi rupanya lebih ramai yang lebih awal. Muka macam tak mandi pun ado. Barisan pun dah berlingkar-lingkar. Elok je nak sampai turn kita, no giliran pun habis. Buatla muka comel anak meow pun tapi abam kaunter tu bolayan sahaja. No giliran untuk hari Sabtu hanya 100 angka sahaja. Katanya pergilah ke UTC Sentul kalau urgent.
Kompleks PKNS Shah Alam, 02-02, Persiaran Tasik, Shah Alam (depan tasik Shah Alam)
Phone:+60 3-5519 0653
Isnin - Jumaat : 7.30 a.m - 5.30 p.m
Sabtu - Ahad : 8.00 a.m - 1.00 p.m ( baru tau Ahad pun bukak!)
Korang sebelum pergi renew passport bacalah tips dulu tau. Jangan pakai redah aje. Harini ada hakak tu tanggal tudung kat depan-depan kaunter tu jugak sebab pakai tudung warna purple. Kebetulan pulak pakai inner tak cover leher. Maka nampaklah auratnya (rak tudung dengan rak blazer ada kat depan, memang takda penghadang or watever) Adoiiihai, langsung semua mata memandang ke arahnya. So wanita-wanita, pilssss tau, bila datang buat atau renew passport sila bertudung hitam atau bertudung gelap ye.
Alhamdulillah by 9.45am harini passport baru dah dapat. Suami boleh terus pergi kerja dan kite pun boleh sambung kerja sebagai 'domestic goddess'. Ahaks. Meh, kita nak kongsi sedikit info cara perbaharui passport Malaysia yang mudah-mudahan memberi manfaat pada korang semua!
TIPS Sebelum Renew Passport Malaysia
1. DATANG AWAL!!
1. DATANG AWAL!!
2. WAJIB bawa kad pengenalan masing-masing.
3. Wanita gorjes yang berhijab perlu pakai tudung hitam atau bertudung gelap atau mendung berarak kelabu.
4. TIDAK DIBENARKAN pakai kanta lekap yang bewarna.
5. Gambar untuk passport Malaysia 2015? TIDAK PERLU BAWA GAMBAR SENDIRI sebab dah ada vendor yang supply camera di setiap kaunter Imigresen. Jadinya, masa nak buat passport terus ambik gambar kat kaunter tu.
PROSES Renew Passport Malaysia
1. Perlu isi form. Kecik je kertasnya (boleh ambil di kaunter angka giliran).
2. Dapatkan angka giliran (perlu serahkan Kad Pengenalan, Passport lama dan form no.1 tadi).
3. Bila nombor dipanggil, serahkan item no.2 termasuk angka giliran. Ambil cap jari biometrik dan senyum untuk bergambar! Cheeese =)
4. Tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran. IC akan diserahkan semula ketika buat bayaran nanti.
5. Buat bayaran RM200 untuk RENEW selama LIMA TAHUN dari tarikh dikeluarkan. IC dan resit (dikepilkan bersama angka giliran) diberi
6. Tunggu sejam passport siap.
7. Pandai2 bajet masa sendiri. Takde petugas yang nak tolong panggil nama. Agak2 dah sejam, bawa resit dan IC ke Kaunter 1 untuk ambil passport baru! Cap jari biometrik diperlukan (tak pasti boleh wakil atau tidak).
8. Siaplah passport anda! (macam biasa buruk giler muka dalam passport. Pastu tengok gambar suami. Pastu tanya agak2 gambar siapa paling buruk?) Pfffttt.
HARGA TERKINI Passport Malaysia 2015
a. Permohonan biasa berumur 13 tahun hingga 59 tahun: RM200
b. Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
c. Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun dan ke bawah: RM100
d. Jemaah haji (surat pengesahan Tabung Haji atau agensi yang dilantik): RM100
e. Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara (21 tahun dan ke bawah) : RM100
f. OKU: Percuma tiada bayaran
b. Pemohon warga emas iaitu 60 tahun ke atas: RM100
c. Pemohon kanak-kanak umur 12 tahun dan ke bawah: RM100
d. Jemaah haji (surat pengesahan Tabung Haji atau agensi yang dilantik): RM100
e. Pelajar yang mengikuti pengajian luar negara (21 tahun dan ke bawah) : RM100
f. OKU: Percuma tiada bayaran
* Tempoh sah laku Pasport adalah lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan. Amalan antarabangsa, pasport perlu mempunyai tempoh sahlaku tidak kurang daripada enam(6) bulan sebelum melakukan perjalanan (maknanya 6 bulan dari tarikh expired passport, dah tak boleh terbang. Jadi janganlah sedap sedap bercuti kat Istanbul, tengok2... time nak balik Malaysia.. lagi 5 bulan 3 minggu 2 hari nak expired!)
Tempat BUAT & RENEW Passport Di KL, Selangor & N.Sembilan
Isnin-Jumaat : 7.30 pagi - 5.30 petang / Jumaat Tutup : 12.15 tgh - 2.45 petang |
|
Sabtu-Ahad : 8.00 pagi - 1.00 petang |
|
Waktu Operasi UTC
Isnin-Ahad : 8.30 pagi - 10.00 malam
|
|
*Jumaat TUTUP: 12.15 tgahari - 2.45ptg
* Rehat malam: 7pm-8pm setiap hari
*TUTUP cuti umum
SELAMAT TRAVEL BUAT KAKI TRAVEL! =)
terima kasih di atas perkongsian, memang tengah nak renew passport pun ni ha.... hu hu hu....
BalasPadamHi Farah,
PadamHehehe. Sama-sama.
Salam, if dlm passport lama ada visa yg still valid mcm mana? Thanks in advance
BalasPadamEven da ade passport baru bawa bersama passport lama sbb visa still valid.. So when travel bring together both passport yeee
PadamEn Zunaidi,
PadamTerima kasih tolong jawabkan. Baru tau info ni. Tq for sharing =)
terima kasih banyak perkongsian yang membantu
BalasPadamteruskan berkongsi yang bermanfaat
Salam, thank you for the shared info.
BalasPadamTapi nak tanya, boleh ke saya wakilkan salah seorang ahli keluarga saya untuk renew passport dia?
Thank you.
En Syahir,
PadamTakboleh. Individu tersebut perlu pergi sendiri. Cap jari pemilik passport diperlukan.
salam, hai .. sy first time nak buat passport .. boleh bagitau x dokumen ape yg nak kena ada ? sbb ade yg ckp kena bwk gmbr, sijil beranak semua .. ade yg ckp xpyh .. so, konfius sikit .. hehe .. :P
BalasPadamSalam nak ty... Saya nak renew paspot anak saya... Kad pengenalan dia hilang pulak.... Camne ek.... Buat ic 2 mgg br siapkan....
BalasPadamThank you! very useful info! :)
BalasPadamjazakillahukairan khatsira for info =)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ;)
BalasPadamnak tanye. kalau sekadar nak renew, perlu ke amek gamba lg? ke die boleh scan gamba kt pasport lame ke?
BalasPadamHi Fitri,
PadamPenat tau tulis panjang2 dalam entry ni. Tak baca eh? Cuba baca mesti ketemu jawapannya =)
Jika kita nak renew tpi passport asl kita tk bawak? Boleh ke?
PadamSelalunye org akn renew less than 5 years tu klau page dlm passport da penuh and da xde ruang for stamping
BalasPadamnak tanya kalau renew pasport kena amik gambar yg baru ye
BalasPadamYa betul. Ambik gambar kat situ.
PadamEven expiry date lagi sebulan masih boleh renew kan? Tqvm
BalasPadamBoleh.
Padamade extra charge ke ambik gmbr dekat sana?
PadamYatieka,
PadamTakde caj
ohh..thank you :)
PadamNk tanya..kalau passport dh full ngan stamp cmne ye..
BalasPadamShela,
PadamKena renew yang baru =)
Nasib jumpa and terbaca cerita pasal main redah warna tudung tu. Hee, ok lah, terus pakai tudung hitam. :P
BalasPadamMisz Aein,
PadamMujurla baca dulu. Aritupun pergi nasib baik pakai tudung warna dark blue. Pheww lega...
Salam, nak tanya pembayaran passport tu memang cash sahaja ke? Atau boleh gune credit/debit card?
BalasPadamHai Balqis,
PadamSelain cash. Boleh guna kad kredit =)
Salam, nak tanya pembayaran passport tu memang cash sahaja ke? Atau boleh gune credit/debit card?
BalasPadamGood day Ms Azyyanti Liah,
BalasPadamJust would like to reconfirm. Do we have to pay via cash or credit card?
thanx
Hai Amalina,
PadamCan pay via credit card -> http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/06/24/mohon-pasport-guna-kad-kredit/ =)
tq sis perkongsian ini.. baru tau x blh pakai tudung wanawani.. almaklum ler kan, pompuan kan ker suka kaler ceria2.. hik3~~
BalasPadamCadang nk pergi UTC Sentul. 1st time nk buat pasport (tak reti, xdo pengalaman..)
Hello Azwin,
PadamU are welcome sis =) Hah mujurlah bijak google dulu. Kang tak pasal2 kena tukar tudung nanti.
AsSalam Azyyati Liah. Terima kasih perkongsian info renew passport. InsyaaAllah banyak membantu Cik Zee yang nak renew passport esok. Terima kasih, syukran ya Rabb.
BalasPadamSalam dear,
PadamSama-sama sis Noraziah. Alhamdulillah. Moga sama-sama kita dapat manfaatnya. Azie pun banyak info tak tahu masa renew passport.
1. pergi immigresen pakai contact lens (kena buang)
2. pakai tudung biru (nasib baik tak diarahkan tukar)
3. pergi kedai buat gambar passport (dah membazir kat situ, takperlu pun sebab kena ambik gambar sekali lagi kat immigresen).
Assalamu'alaikum, nak tnye, klo pelahar yg ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara perlu dokumen tambahan ke?
BalasPadamAssalamu'alaikum, nak tnye, klo pelahar yg ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara perlu dokumen tambahan ke?
BalasPadamNak tanya, hari Sabtu dan Ahad pun boleh renew passport lepas tu collect sama hari?? Sebab website immigresen kata, hari sabtu and ahad untuk process passport je. Maksud tak boleh collect, kena datang lain hari.
BalasPadamThank you for ur good n effective info.
BalasPadamkalau passport tu da tamat awal tahun hujung tahun bole renew lagi x?
BalasPadamkalau passport tu da tamat awal tahun hujung tahun bole renew lagi x?
BalasPadamPasport saya expirt bulan sept 2016 jd ingin ke luar negara selama 5 hari sahaja jd pertanyaan dari saya.. pasport saya sah diguna lagi atau tidak
BalasPadamOMG!!!! OMG!!! Banyaknya persoalan. Guys sorry info2 lain try google sendiri ya. Mana yang Azie tau Azie akan reply #sayabukanpekerjaimigresen . Entry ni Azie share berdasarkan experience Azie masa renew passport aritu.
BalasPadamKalau ada kawan-kawan dari imigresen terjumpa entry ni, bolehla cuba bantu rakan-rakan kat atas ni ya. Sharing is caring. Thanx in advance =)))
Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye :)
BalasPadamhttp://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/
Assalam kak..perlu bawa passport lama ke kalau nak renew?
BalasPadamHi,do u know PKNS got open during public holiday?thanks
BalasPadamBetulkah ada masalah nak renew.,kalau passport sebelum ni tak pernah bawa keluar negara?hmmmmm..
BalasPadamTqvm 4 info..
BalasPadamAssalamualikum , nak tanya . Kalau renew passport means kena bawa passport lama la ye . Maaf bertanya , saya masih 19 tahun .
BalasPadamDA 6X PI..HAMPA.......TGU AWAL2 5.30AM ..HAMPA.....
BalasPadam,MNA DTG NYA MNUSIA NTAH RMAI2...SIAN AUNTIE YG KNE TOLAK...BGKA LEBAM ANGKARA MANUSIA...
buat la sedikit pembaharuan berkaitan giliran no....buat macam bank..letak no...jika ckup no yg ditetapkan...kita da tahu...xd harapn..ni bila beratur panjang2 ...jenoh tgu bpe jam bdiri....last2 barisan kena potong la...no habis la.....sedih tau...buat la cdgan baru utk mmudahkan urusan smua..tq....
Salam, nak tanya kalau passport dulu (still valid) tak pakai tudung, now dah bertudung kene renew ke? Also, kalau pakai contact lens clear dan tidak berwarna boleh ke? Thanks!
BalasPadamKalo pesara tentera yg sblm ni pakai ic tentera utk pasport, dh bersara kena tukar ker pasport walau blm tamat tempoh?
BalasPadamKalau sye dah overstay dkat Australia n balik malaysia sebulan sebelum pasport mati blh ke sye renewed pasport saya..mohon jawapan.trimekasih..
BalasPadamInfo yg sangat membantu..Terima kasih utk perkongsian..
BalasPadamAssalam. Hi thanks for the info. tapi wajib ke bawak passport lama if nak buat passport baru? Saya asal sabah. Tapi passport lama tertinggal kan sabah. Saya nak buat baru kaf penang. So what to do? Boleh tak mohon untuk passport baru tanpa passport lama?
BalasPadampasspot lama mesti bawa bersama bila nak renew.
PadamBukan nak renew, nak buat passport baru. Boleh ke kalau tak bawa yg lama tu?
PadamTerima kasih Azyyati, akk pn x tau Ahad buka di UTC n smpai 10 mlm plk tu. Jazakillah hu khairan kathiran....Info yg sgt berguna utk kaki jalan mcm hakak ni....hehehe
BalasPadamKlau nak renew pasport ...tuan badan tu kena dtg sekali ker
BalasPadamGreat knowledge, do anyone mind merely reference back to it sırbistan vize
BalasPadam