Kopitiam Kita & Restoren Selera Cik Siti Kelantan



Assalamualaikum.


Holla. Ini entry jalan-jalan cari makan waktu balik kampung. Mane? Kota Bharu lah. Hihi.

Pernah dengar tak Restoren Kopitiam Kita di Kota Bharu? Aritu ada masuk Majalah 3 cerita pasal Roti Titab dan Nasi Air Dingin. Korang ade tengok tak? Disebabkan majalah 3 tu lah kami pun duk mencari restoren ni bila balik kampung haritu. Katanya kedai sarapan paling fofular di Kota Bharu. Selain tu, pelbagai nasi dari pelbagai kampung dikumpul kat sini jugak. Ala-ala pusat sehenti nasi gittew.

Alamat
Kopitiam Kita
4357-A
Taman Desa Jaya
Jalan Pengkalan Chepa
Kota Baharu, Malaysia.

Waktu operasi: 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari

No Tel : 019-9810888

Roti Titab

Inilah Roti Titab yang glamer di Kota Bharu. Roti dibakar garing dengan butter, ada kaya di empat penjuru dan telur separuh masak di tengah-tengah. Kalau anda tak suka telur separuh masak jangan order. Silalah order roti titab tanpa telur separuh masak. Hikhiks. Uols Roti Titab ni hanya ada di kopitiam ini sahaja tau! Takda di kopitiam lain. 


Kopitiam Kita - 'partner in crime' kedai ni kosong sebab dah pukul 1.00pm . Orang dah nak solat Jumaat.


Inilah kedainya. Nampak tak penuh gambar-gambar VIP kat dinding kedai *ades lupe nak ambik gambar kat dinding tuh* 

Bakul-bakul yang banyak-banyak tu pulak tempat isi nasi yang diambil dari kampung-kampung. Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu. Nasi-nasi ini memang femes untuk sarapan di Kota Bharu. AL dengan suami sendiri pun tak pernah berpeluang nak try walaupun dah dah berpuluh kali pergi Kota Bharu. Takpe ada rezeki kami datang lagi.



Ini la tuan kedai KOPITIAM KITA, Mr Wong *ada pulak photobomb*


Harga AL pun tak check sebabnya BFF AL yang cun melecun ni bayor semua *orang KB*


Bff AL - Pn Syafawati


Masa ni hari Jumaat. Boleh kata banyak Restoren kat Kelantan ni tutup hari Jumaat. Penatla BFF AL ni call sana sini. Akhirnya adalah satu kedai ni yang bukak walaupun hari Jumaat.


Restoren Selera Cik Siti Kelantan

Lokasi - Taman Kenangan (Jalan Abdul Kadir Adabi)

Chicken Chop Special - RM12.90. Shedapppp!


Nasi Goreng Cik Siti - wow! banyaknya laukkk!


Bikin 2 perempuan comel kat depan ni terliur. Hikshiks

Menu nasi goreng banyak sangat dan pelik-pelik. Taktahu nak order apa. Memang kena tanya orang kedai. Kata bff western kat sini memang sedapp. Nasi goreng pun sedap sangat! Berbaloi-baloilah datang makan sini. Sukaaaaa!


Kota Bharu ni memang tempat jalan-jalan cari makan paling best! Banyak sangat menu dan makanan-makanan mereka yang sedap2. Nasi berlauk pun sodappp. Ok kat Kelantan ni kalau nak tahu breakfast dia nasi berlauk macam kat bawah ni. AL dengan suami kalau balik kampung automatik tekak adjust boleh terima breakfast nasi berlauk macam ni. Hehe. Nasi berlauk kat sini rasa dia lain macam sedap.


Nasi berlauk

Apapun takleh lawan ummi punya masakan. THORbaik!

*huwaaaa nak balik kampung!*

Terima kasih daun keladi pada bff AL ni. Beliaula yang bawa AL pergi Kopitiam Kita & Restoren Cik Siti ni. Mula-mula nak bawak pergi Restoren Nasi Ulam Cikgu. Tapi tutup pulak. Kedai makan Fizo Omar pun tutup jugak. Hari Jumaat memang banyak kedai tutup. Waktu solat Jumaat, boleh kata memang semua kedai makan Melayu tutup. Kami datang ke restoren ni pun selepas jam 3pm. Beliaulah yang manaja semua makanan pada hari ni. *lajuje dia nak bayor* Bff ni AL kenal masa di Matrikulasi Perlis tahun 2000. Roomate AL gitu. Banyak sangat kenangan2 manis bersama. Nakal2 bersama. Haha. Ohhh my... 


2 ulasan:

  1. assalamualaikum awk. kita print gambar nasi berlauk awk ni halal ye. tempting

    BalasPadam