Cuti-Cuti Malaysia 2022


Masih mencari-cari destinasi percutian tahun depan? High-five! Saya pun. Masih searching and browsing tempat-tempat menarik seluruh negara di Semenanjung Malaysia. Semestinya cuti-cuti Malaysia sahaja. Support lokal dulu. Bajet 2022 ada pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022. Rugi tak ambil peluang. Lagi pula tiada mood lagi nak hoora hooray cuti ke luar negara. Sudah pasti disebabkan Covid lebih banyak prosedur yang patut dipatuhi.

Anantara Desaru


Mangala Kuantan


Saya dan hubby suka stay di hotel resort yang privacy, sunyi tak ramai orang dan hutan vibes gitu. Rindu bau hutan, bunyi cengkerek, bunyi burung tweet, tweet. Tepi laut pun best. Dapat bau laut dan dengar bunyi ombak. Menenangkan! Baru-baru ni kami pergi Anantara Resort di Desaru. Aaaah magnificent beach view okay. Service super tip top. Hotel resort lain yang saya pernah stay dan highy recommend ialah Pangkor Laut Resort (Pangkor's hidden gem) dan Mangala Resort (Gambang's hidden gem). Macam Pangkor Laut boleh tengok Hornbill atau burung enggang. Burung enggang sinonim dengan Sarawak, tapi boleh jumpa di Pangkor Laut uols. 

Amaran: Tempat sebegini semestinya memerlukan bajet percutian yang lebih. Tapi servicenya lima bintang! Korang boleh try check it out hotel promo ni. Mana tahu ada harga yang menarik sesuai dengan bajet kalian.

Saya dan hubby tengah consider satu resort di Kuantan. Kuantan's hidden gem pulak. Sunyi dan tersembunyi. Nama tempat ni The Kasturi. Pernah dengar tak? The Kasturi terletak di Kampung Baharu Cherating, Kuantan, Pahang. Lawa okay resort ni. Senibina resort yang unik dan menarik. Teserlah jiwa Melayu dalam senibina. Pemiliknya tidak lain adalah Hijjas Kasturi tokoh jurubina terkenal negara. Menara Telekom Malaysia Berhad yang konsep pucuk rebung tu hasil sentuhan beliaulah. Bukan tu aje Menara Tabung Haji, Menara Maybank pun beliaulah arkiteknya. Fuh, bukan calang-calang. Hebat bukan? Itu yang menambahkan keinginan dan teruja sangat nak check-in di sana. Tempat macam ni korang tak boleh suka hati masuk nak ushar-ushar dulu. Contohnya kebetulan ada kat Cherating, jomlah kita masuk The Kasturi posing-posing ambik gambar. Tak boleh okay. Memang ada pondok pak guard di depan hotel resort berbintang-bintang ni. Sah ada booking baru lepas masuk. Kalau tak nan hado sila patah balik. Time-time Covid ni make sure korang fully vaccinated dan Covid-19 Risk Status: Low Risk No Symptom (warna biru). Pastu sah-sah kena scan dahi. Kalau tak memang tak lepas kat pondok pak guard lagi.

The Kasturi
source pic: Google


Lama tak terbang ke Langkawi. Tiber. Kali terakhir ke Langkawi lapan tahun lepas barangkali. Lama betul! Lupa sudah camne rupa Langkawi. Hihi. Orang lain mungkin Langkawi pilihan utama destinasi percutian. Saya and hubby destinasi terkahir. Last resort. Sebab terfikir ramai orang bercuti di sana. Kiteorang memang cuba elak tempat-tempat crowded. Sekarang ni dah stabil sikit bolehla consider Langkawi. Lama dah teringin nak menginap di Four Seasons Resort Langkawi. The Datai Langkawi pun sangat menarik. Baca review memang teruja rasa nak booking terus. What say you? Mana yang patut kami consider dulu. Ada tak yang dah pernah sampai ke tempat-tempat ni. Care to share?

Malas nak packing bagai staycation kat KL pun okay jugak. Pernah sekali je staycation di Double Tree by Hilton Hotel Kuala Lumpur beberapa tahun dulu. Malam-malam tengok view KL. Walaupun rumah dekat saja dengan KL boleh pergi balik hari tapi okay sebenarnya sekali sekala tukar suasana. Tukar mood. Stay satu malam sudah ler. Time Selangor krisis air, kediaman kiteorang okay pulak. So far tak pernah takde air. Makanya takde harapan nak check-in hotel in Kuala Lumpur. Berjelalah wishlist staycation hotel in Kuala Lumpur ; Mandarin Oriental, The Majestic Hotel & Banyan Tree Kuala Lumpur. Semua tak pernah menginap lagi. Last but not least The RuMa Hotel and Residences. Pastu wajib request bilik yang mengadap twin tower KLCC. Barulah berbaloi dan rasa puas hati. Tak dapat view KLCC balik rumah muncung sedepa. Rugi. Rugi. Baik takyah check-in hotel. Balik je rumah kennn.

Panjang pulak senarai. So mana yang patut book ni *garu kepala*

Korang dah rancang ke percutian cuti-cuti Malaysia 2022? Kongsilah, kita nak tiruu..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan