Jawapan Teka Teki




Sebelum Abu Yazid Al-Bustami menjawab persoalan tadi...beliau bertanya dulu.."Jika aku dapat menjawab semua pertanyaan kamu itu dengan betul dan benar, maukah sekalian kamu beriman kepada Allah yang Maha Esa dan mengikut agama yang benar yang diutus kepada Nabi Muhammad (selawat)?

Jawapan kesemua pendeta Nasrani..."Ya, kami semua akan beriman kepadanya!"


Soalan 1
Terangkan kepada kami tentang satu tak ada duanya, 
Itulah kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu bagiNya

yang dua tak ada tiganya, 
Malam & siang. Bila pergi malam datanglah siangnya dan bila pergi siang datang malam menggantikannya

yang tiga tak ada empatnya, 
Kursi, Qalam & Arasy Tuhan

yang empat tidak ada limanya,
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran

yang lima tanpa enamnya,
Agama Islam telah memfardhukan penganutnya bersolat lima waktu; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib & Isya'

yang enamnya tanpa tujuhnya, 
Hari-hari Allah telah menciptakan bumi & langit, hal ini disebut dalam kesemua kitab suciNya

yang tujuh tanpa delapannya,
Tujuh petala langit & tujuh petala bumi yang disebutkan dalam kitab suciNya juga

yang delapan tanpa sembilannya,
Mereka itu adalah Malaikat-Malaikat pemikul Arasy Tuhan kamu pada hari kiamat itu nanti adalah delapan orang Malaikat

yang sembilan tanpa sepuluhnya,
Mereka adalah kaum perosak bumi Allah, sebagaimana yang ada dalam kitab suci, terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak di bumi dan mereka tidak pernah melakukan yang baik

sepuluh yang sempurna,
kefardhuan puasa sepuluh hari ke atas orang-orang yang berihram haji, sebagaimana firmanNya: Maka hendaklah dia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga (3) hari di masa haji dan tujuh (7) hari lagi apabila dia kembali ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna

yang sebelas,
saudara-mara Nabi Yusuf a.s

yang dua belas,
nama-nama bulan dalam setahun

yang tiga belas,
iaitu apa yang dimimpikan oleh Nabi Yusuf a.s sebagaimana disebutkan dalam kitab suci. Berkata Yusuf: Sesungguhnya aku lihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Semuanya bukankah tiga belas

dan yang empat belas
Firman Allah: Maka Tuhan berkata kepadanya yakni kepada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, datanglah kepadaKu secara patuh terhadap perintah, ataupun secara terpaksa. Maka berkata langit dan bumi: Kami akan datang kepadaMu secara patuh dan taat.


Soalan 2
Siapa dari golongan yang membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka,
Mereka itu adalah kaum Yahudi dan kaum Nasrani

Siapa dari golongan yang mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?
Mereka itulah saudara-saudara Nabi Yusuf a.s kerana mendustakan ayah mereka (Nabi Yaaqub a.s) bahawa Yusuf telah dimakan serigala, mereka membawa pakaiannya setelah dilumurkan dengan darah kambing.

Soalan 3
Di manakah tempat roh di jasad?
Ia berada di antara kedua telinga kamu pada gambaran wajah

Soalan 4
Apa itu Adz-Zariyaati Zarwan,
Dia adalah nama dari macam-macam angin yang empat

Al-Hamilaati Waqran,
Dia itu adalah awan gemawan yang tersebar di dada langit

 Al-Jaariyati Yusran,
Dia itu adalah perahu-perahu yang sedang belayar di muka laut

Al-Muqassimaati Amran?
Mereka itulah Malaikat-malaikat yang bertugas untuk mebahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban

Soalan 5
Jelaskan kepada kami tentang sesuatu yang bernafas namun tanpa roh?
Iaitu waktu Subuh

Soalan 6
Tentang kubur yang berjalan bersama penghuninya?
iaitu ikan besar yang menelan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus berada di dalamnya sebagai kuburan, dibawanya ke mana-mana sehingga dimuntahkannya di sebuah pantai dengan izin Allah

Soalan 7
Tentang air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi?
Air yang dikirimkan Ratu Balqis (Ratu Negeri Yaman) kepada Nabi Sulaiman a.s di dalam sebuah botol, iaitu air keringat kuda.

Soalan 8
Tentang empat (4) golongan yang tidak tergolong manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal dari pungggung seorang lelaki dan tidak keluar dari perut sang ibu?
1. Ia adalah kambing kibasy yang dibawa Jibril a.s untuk menjadi korban ganti Nabi Ismail a.s
2. Unta Nabi Allah Saleh a.s yang disembelih oleh kaumnya.
3. Nabi Adam
4. Siti Hawa

Soalan 9
Siapakah seutama-utama kaum wanita,
Hawa, ibu kepada sekalian manusia. Kemudian Khadijah r.a kemudian Aisyah r.a kemudian Asia (isteri Fir'aun) dan Maryam binti Imran

seutama-utama lautan,
Sihum, Jihun, Furat dan Nil

seutama-utama gunung,
Tursina

seutama-utama binatang,
Kuda

seutama-utama bulan
Ramadhan

dan semulia-mulia malam?
Malam Lailatul-Qadar

Soalan 10
Jelaskan sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua di antaranya di matahari sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.
Yang pohon itu ialah 'tahun' dan yang dua belas cabang ialah 'dua belas bulan' dan yang tiga puluh daun ialah 30 hari dan lima kembang itu ialah lima waktu solat, dua di waktu siang ketika ada matahari dan tiga di waktu malam.

Sebenarnya soalan yang ditanya banyak lagi. Lebih kurang 23 soalan kesemuanya. Saya catat di sini 10 sahaja.

Kita sambung...
Kata pemimpin pendeta.."kami setuju terhadap semua jawapan-jawapan itu" 

Giliran Abu Yazid Al-Bustami pulak bertanya kepada semua pendeta yang ada. Soalannya: Beritahu aku akan kunci syurga dan kunci langit?

Tiada seorang pun yang tahu jawapanya kecuali pemimpin pendeta tadi. Tapi teragak-agak nak kongsi jawapan. Akhirnya beri jawapan setelah didesak oleh sekalian ramai anak buah bagi menghilangkan rasa malu.

Jawab ketua pendeta: Ketahuilah bahawa kunci syurga dan langit tiada lain melaikan Laa Ilaaha Illallah, Muhammadur Rasulullah (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah).

Apa lagi terkejut dan hampir tidak percaya kesemua yang mendengar. Keadaan menjadi hiruk-pikuk.

Kata Abu Yazid: Selama ini mungkin dia menyembunyikannya kerana bimbang kamu semua tidak mahu mengikutinya nanti.

Kata Pemimpin Pendeta mendedahkan rahsianya: Kawan-kawan sekalian, percayalah apa yang saya beritahu itu benar. Saya tidak terdesak oleh mana-mana tekanan pun. Memang sudah lama saya fikir hendak sampaikan perkara ini tetapi bimbang kawan-kawan sekalian tidak percaya kepadaku lagi. Saya hanya menunggu waktu saja. Saya mengetahuinya dari ketua pendeta sebelumku. Sebelum dia meninggal dia bersumpah apa yang dikatakan itu adalah benar. Saya sendiri memang sudah Islam tapi saya tidak terangkan.

Dengan hidayah Allah kesemua pendeta tadi memeluk Islam :)


2 ulasan: