Hari ini nak memperkenalkan satu lagi tempat makan halal di Kyoto iaitu Naritaya Halal Yakiniku. Kami sampai sini dalam jam 11.30 am. Phew nasib baik dah buka dan restoren pun kosong lagi. Ruang restoren yang agak luas. Meja banyak. So tak kalut makan laju-laju risaukan orang lain tengah tunggu. Sangat cozy dan selesa. Bolehla rehatkan kaki.
Halal Yakiniku Naritaya terletak di Gion. Lokasinya bersebelahan dengan tempat makan semalam Halal Mentei Naritaya Gion. Pricey. Tapi tengah cuaca sejuk-sejuk hujan renyai-renyai kat luar kedai, dapat makan daging BBQ memang H E A V E N !
Lepas tengok menu Naritaya Halal Yakiniku ni, suami decide nak order lunch menu. Lunch menu mula jam 11.30am-2.00pm sahaja.
Beef YAKISYABU set. Harga 2,000Y (plus tax). Lebih kurang RM72 (rate time saya update blog ni 1JPY = 0.036 MYR)
Special Japanese Style BBQ Set. Harga 1,500Y (plus tax). Lebih kurang RM54 (rate time saya update blog ni 1JPY = 0.036 MYR)
Mahal tapi S E D A P!
Sijil halal
Perut dah kenyang, jom explore Kyoto lagi. Pergi Japan masa Spring, google map anda akan kelihatan seperti ini. Mudah sangat nak cari cherry blossom spot. Next, kita nak pergi Maruyama Park tengok apa yang menarik di sana dan kemudian ke Yasaka Pagoda & Kiyomizu-dera. Jam baru 12.30 tengahari. Banyak masa lagi :D
Kuatkan semangat!
Kuatkan semangat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan