#31 Kyoto Day 2 : Arashiyama Bamboo Groove & Sagano Romantic Train





Ya betul! Dari The Kimono Forrest of Arashiyama kami ke Arashiyama Bamboo Groove, one of the world prettiest grooves. Kaki travel boleh masukkan tempat ni dalam bucket list. Masya-Allah view kat sini...macam mana ek nak explain. Masuk je dalam  bamboo forrest semua benda nampak hijau. Suasana sejuk, jasmani rasa aman damai tenang sangat. Alhamdulillah dapat menikmati kebesaran Ilahi. Kuperhatikan keadaan sekeliling yang sangat bersih, teratur, laluan jalan kaki yang masih kosong sangat mendamaikan mata dan pemikiran. Masa ini idea mencurah-curah nak tulis dalam blog. Hahah. La ni dah beberapa bulan berlalu semua makin pudar. Info-info penting pun dah banyak yang lupa. Ades. Maafkan sis ya.


Berlegar-legar dalam Arashiyama ni membuatkan Azie kagum habis dengan rakyat Jepun. Mereka pelihara alam sekitar dengan begitu baik sekali. Tidak buang sampah semasa di luar, sebaliknya simpan dulu dalam poket atau beg sehingga sampai di rumah. Selama ronda-ronda di Arashiyama ni Azie tak bertemu dengan tong sampah di tepi jalan. Tapi tengoklah dalam kawasan bamboo groove ni. Tiada sampah sarap malah ia cukup bersihhhhh sekali. Jepun secara tak langsung educate tourist yang datang mesti buat cara yang sama. Barulah alam sekitar dapat dipelihara dengan baik. 





Maaf ya kawan-kawan banyak pulak letak gambar bamboo ni. Kat sini memang banyak juga ambil gambar sebab Arashiyama Bamboo Groove kosong..kosong...kami terserempak dengan pengantin tengah shooting. Diorang datang lagi awal. Kiteorang sampai..diorang dah nak balik pun. Awal betul datang shoot. Selain tu, jangan tak tahu di sebalik gambar tu ada beberapa photographer dengan camera panjang yang boleh zoom sampai hujung jalan agaknya. Gigih masing-masing tunggu jalan kosong. LOL. Sebab nak kan suasana forrest yang kosong takde orang, haruslah gigih sikit. 

For the best experience datang sini awal pagi ataupun lewat petang. Avoid weekend completely terutama waktu peak season seperti Spring dan Autumn. Weekday pun orang cakap crowded yang amat. Weekend apatah lagi.


Keluar Arashiyama hujan turun agak lebat. Phew, lega kami dah selamat keluar. Sementara tunggu hujan reda kami tumpang berteduh depan kedai yang tak buka lagi. 






Ini Jinrikisha (Rickshaw). Traditionally hand-pulled rickshawPertama kali kami nampak Jinrikisha di Kaminarimon Gate Asakusa. Berdekatan dengan Sensoji Temple. Di Tokyo. Diorang ada approach kami untuk naik dan merasai pengalaman naik Jinrikisha. Tapi tengok harga memang terbeliak biji mata. Lebih kurang 3,000 yen seorang dan dibawa pusing selama lebih kurang 30 minit. Memang boleh enjoy  tengok scenery. Tapi bajet ciput ni terus kena cantas dengan suamiku. LOL. 


Di Kyoto jumpa lagi Jinrikisha di Arashiyama area. Jinrikisha ada 2 roda. Mula dicipta di Japan pada tahun 1869 dan dikomersialkan di Nihonbashi, Tokyo pada tahun 1870. Sekali naik boleh muat dalam 2 orang jika bertubuh kecil dan ditarik secara manual oleh 'Rickshaw Runner'. Memang memerlukan kekuatan fizikal yang kuat. Pernah tengok depan mata rickshaw runner tarik passengers naik bukit. Fuhh. Gagah perkasa betul! Outfit memang seksi seperti di atas. Tight ketat-ketat gitu. Ada juga rickshaw runner yang berbadan tegap dan berotot-otot ๐Ÿ‘€ 


Hujan pun beransur renyai-renyai. Mulalah berduyun-duyun orang nak masuk Arashiyama Bamboo Forrest. Semua datang berpayung. Huhu. Tuan kedai tempat kami tumpang berteduh pun dah muncul kan diri nak bukak kedai. Marilah kita blah ke Saga Torokko Station. Mana tahu ada rezeki boleh naik Sagano Romantic Train tengok cherry blossom.





Hujan yang turun bagaikan mutiara๐ŸŽถ๐ŸŽถ....adoiii hujan rahmat pulak hari ni. Hujan-hujan makan ice-cream. Bukan sebarang ice-cream tapi matcha ice-cream. Harga 300Y (+-RM12) . Beli 2 dah boleh dapat ice cream Godiva di Genting Premium Outlet ๐Ÿ˜…  Oleh itu, masa beli jangan convert, anggap je macam RM3





Dalam itinerary memang nak naik Sagano Romantic Train. Boleh tengok cherry blossom macam gambar di atas. Datang masa autumn pun cantik sangat. Tapi apakan daya. Tiket pun tak beli dan masa kami sampai train dah tiba di platform. Tunggu masa gerak je. Nak berlari pu tak sempat dah. Nyawa-nyawa ikan. Nak tunggu next train agak lama. So skip je lah dengan redha. SOBS. Tiket boleh beli di Saga Torokko Station. Masa ni less crowded sebab boleh kata masih awal pagi. Cuma hujan renyai-renyai agak membantutkan keinginan. 


Harga tiket: 620Y sehala 
Masa perjalanan: Sehala 25 minit; pergi balik  1 jam
Kalau sehala, balik semula ke Arashiyama naik Hozugawa River Boat 


Hari Rabu TUTUP


Recommend: Naik car no 5 (The Rich) untuk seat terbuka dalam train. Boleh tengok scenery dan ambil gambar. Beratur untuk tukar tiket biasa kepada tiket car no 5 bila nak masuk. Tanpa additional charge *First come first serve basis* Boleh google untuk maklumat lanjut. 




Lepas Sagano Romantic Train bergerak dari platform kami pun gerak juga ke Gion. Patah balik sana sebab kena layan tekak suami yang teringin sangat nak makan Naritaya Halal Yakiniku. Bolehla me tumpang merasa. Ahaks. 


JOM!


1 ulasan: