Hari ke-8 di Japan. KYOTO mu tunggu kami datang! Kali ni Azie nak kongsi pengalaman naik Willer Express Bas dari Tokyo ke Kyoto (night bus) :D
Terpaksa check out awal dari DisneySea sebab nak ready kan diri untuk trip ke Kyoto malam ni. Sedih juga bila tak dapat tengok bunga api (eh ada ke bunga api di DisneySea?) SOBS.
Malam sebelum kami bertolak ke Kyoto merupakan malam agak trauma dalam hidup kiteorang. Cerita dia macam ni...
Allahu Rabbi, menjelang malam suasana di Tokyo DisneySea yang berada di tepi laut SANGAT SEJUK YA AMATS!!!!! Angin sejuk laut mencucuk-cucuk sampai ke tulang sum-sum. Dah la siang tadi tak berapa nak cukup makan. Silap-silap boleh terbang ditiup angin. Padan muka siapa suruh pakai kot tipis. Suasana yang sama seperti di Disneyland Hong Kong dulu (pergi February musim sejuk berangin di Hong Kong). Brain freeze.
Keluar DisneySea nak stay mana pulak? Dia macam open space yang sangat besar. Time-time macam ni memang tiada manusia pun yang sanggup bersiar-siar di waktu malam. Semua berlindung dari angin sejuk dalam bangunan. Sebab itulah habiskan masa bersiar-siar dalam Tokyo Disneyland Hotel. Aduh menyesal pulak ambil tiket jam 9.15pm. Terasa waktu sangat lambat berlalu.
Lega sangat keluar dari Tokyo Disneyland Hotel tiba-tiba nampak coffee shop (kecik je kedainya). Memang wajib minum coffee panas sebab tak tahan sejuk dah. Suami beli plain coffee dalam cup tanpa gula. Kiteorang bawa sachet gula dari Malaysia. Memang ada dalam backpack. Guna yang tu je.
Kami berdiri belakang coffee shop tu untuk berlindung dari angin kuat dan sejuk yang mencengkam segala sendi. Perut pun dah mencerut-cerut lapar. Dalam bekpek ada maggi kari, ada bekas kaca untuk rendam maggi, ada sudu garfu. Yang tiada air panas. Suami dengan bijaknya patah balik coffee shop tadi untuk beli secawan air panas tapi staff situ bagi free 1 cup. Sedih jugakla masa ni. Alhamdulillah bolehla rendam maggi buat dinner alas perut sebelum gerak ke Kyoto. Pastu tempat lapik and port makan kiteorang ialah tong sampah *ewwww* yang ada logo Disney kat depan. LOLS.
Tapi...tapi... tong sampah di Japan ni 360' berbeza. Warna putih cream. Bersih berkilat. Tertutup. Nak ada bau jauh sekali. Yang penting port ni tak kena angin sejuk dan bukan tempat orang lalu lalang. Tersorok dan agak privacy. So layan je la. Minum kopi makan meggi kari. LOLS.
Time and boarding location
21:15, Departure from Tokyo Disneyland(R) bus terminal annex
Bus number: Kanto Kansai/K122
Seat type: RELAX (extra space)
Plan: Normal Plan
Departure: Apr.06,2017(Thu)
Arrival: Apr.07,2017(Fri)
Destination:
Arrives Kyoto station G2 platform at 05:50
Fare(subtotal): 10,630 JPY
Semua info ni ada dinyatakan dalam tiket bas (print out). Kami beli online dari Malaysia. Harga lepas convert dengan currency ketika itu (1 yen = RM0.040) lebih kurang RM400 lebih untuk 2 orang. Fuhhh! Bersyukurla tambang bas di Malaysia jauh lebih murah. Dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu tak sampai pun RM50 seorang. Huhu.
Jarak dari Tokyo ke Kyoto dalam 471km lebih kurang 6 ke 7 jam perjalanan jika naik kereta atau bas
Naik Shinkansen pun boleh. Masa lebih singkat. Hanya 3 jam perjalanan. Tiket shinkansen lebih mahal. Rasanya dalam RM400+ seorang
Kalau anda baca dari awal travelog ini memang anda dah sedia maklum yang kami tak ambil JR Pass. Kalau ambil JR Pass lebih kurang RM2k+ untuk transport sahaja untuk 2 orang selama 7 hari. Kami pergi lebih 14 hari 😂😂😂 JR Pass untuk 14 hari lebih kurang RM1600 seorang dengan currency terkini (1 yen = RM0.036). Memang taklah nak bazirkan RM3,200 (2 pax) semata-mata untuk JR Pass sahaja. Tak semestinya semua laluan boleh guna JR Pass. Pasti ada tambahan sana sini.
Sambung balik. Lepas makan gerak cari terminal annex. Satu hal pulak mana nak cari terminal annex. Research tak habis. Macam ni lah. Hahaha. Google. Satu ada di Los Angeles USA & satu lagi ada Sri Lanka. Giler babas betul. Dah la sejuk menggigil nih. Istighfar banyak-banyak.
Akhirnya.....
Willer Express Bas ke Kyoto pun dah sampai. Boleh tahan ramai yang naik dari Disneyland ni.
Tempat simpan bag yang sangat luas. Semua simpan kat bawah. Backpack bawa naik atas. Jangan risau driver bas tu yang masukkan beg di bawah tu. Kami hulur je. Sebelum naik tak check tiket pun. Ada iPad di tangan. Check via iPad je. Kerlass pakcik-san.
OOOooo. Begini rupa dalam Willer Express Bas. FYI Willer Express Bas ada banyak jenis bas. Ada bas yang kesemuanya single seat. Ada yang twin seat. Boleh naik dari Tokyo ke Kyoto, Tokyo ke Osaka dan banyak option lain. Cuma perlu check di website Willer Bas. Harga tiket pun berbeza-beza. Rupanya seat type yang kami ambil tu Relax (extra space) adalah seat depan sekali. Tak perasan pulak masa book. Masa nak tulis blog ni baru perasan. Ingat bertuah... book awal sebab tu dapat duduk depan. Noob. LOLS.
Seat depan memang selesa sangat. Lega nak lunjur kaki, nak letak backpack. Charger pun ada. Boleh charging phone sambil2.
Feeling-feeling baby tidur dalam stroller. Hahah.
Kalau anda perasan keseluruhan bas ini ditutup dengan langsir warna hitam. Langsir tu tak boleh bukak pun. Even cermin belakang pun ditutup dengan tabir hitam. Jangan ingat kami yang duduk depan ni tak boleh tidur sebab tengok jalan. Tak hokey. Ada tabir yang tutup. Memang tak nampak apa pun. Tak nampak driver bawak bas. Hahaha. Tak silap sepanjang perjalanan ada dua kali berhenti. Anda boleh ke toilet masa tu. Tabir depan dibuka.
Jadi sepanjang perjalanan memang boleh tidur lena. Seat lebar boleh laras. Ada selimut. Ada bantal lapik kepala. Lampu dalam bas yang malap-malap. Memang super duper comfortable.
Oklah good night. Jumpa esok di Kyoto :D
Comfortable... memang ada plan nak guna service willer tp kebetulan masa kami p, Peach tengah buat sale, harga flight murah...
BalasPadamp/s: cantiknyer sakura....
Lagi murah peach dari tiket bas? Untung. Dahla jimat masa. Naik bas tak berapa nak jimat masa tapi jimat 1 malam kos penginapan :D
PadamMasa tu sakura tengah kembang meriah di Kyoto!
Makan megi import atas tong sampah bersih time sejuk best 😄
BalasPadamHehe. Once in a lifetime experience kan! Kat sini memang tobat lah tak sanggup. Even parking kereta tepi tong sampah pun tak sanggup. Huhu.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSalam sis....boley emailkan itenarary ngan bajet...plan nak ke japan with 2kids...tqvm.
BalasPadamdiyanazaki87@gmail.com