Kidney Stone @ Batu Karang Berharga RM34K


Happy 9th anniversary to us!

Kidney stone @ batu karang berharga RM34K. Pernah dengar penyakit kidney stone atau lebih dikenali dengan batu karang?

Alkisahnya begini......beberapa hari sebelum kejadian suami ada bagi tahu yang dia tiba-tiba rasa sakit belakang yang amat sakit dan pelik. Pada hari kejadian sedang suami bersuka gembira menikmati juadah raya aneka menu sempena jamuan raya 2017 di pejabatnya tiba-tiba....

Sakit perut menyerang, ingatkan salah makan. Pergi tandas untuk membuang tak juga membuang. Tapi suami cakap sakit perut teramat sangat, menggelupur dalam tandas. Baju basah kuyup dengan peluh. Keluar toilet baring atas sofa sapu minyak yuyi cap limau. Ada pulak sahabat yang baik hati tolong urut mengurut. Tapi sakit tak juga hilang.

Akhirnya pergi klinik. Doktor suspect gastrik. Suami minta pain killer. Suami pulak sejenis allergic dengan sesetengah pain killer. Salah ubat, boleh bengkak muka. Azie tahu sebab suami pernah kena dulu. Nak dijadikan cerita klinik tadi hanya ada pain killer yang suami allergic. Huhu. Atas nasihat doktor terus refer ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk siasatan lanjut. 

Sebab sakit lagi menggelupur dalam kereta, terus pergi bahagian emergency. Fast forward, kena warded, ultrasound, x-ray dan confirm dengan CT Scan sah ada batu karang di saluran air kencing (ureter); saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing. Batu tadi menghalang laluan urine yang seterusnya menyebabkan buah pinggang sedikit membengkak. 

Azie terus google untuk dapatkan info tentang batu karang. Antara info yang Azie dapat;

1. Kaum Adam lebih mudah dapat penyakit batu karang berbanding kaum Hawa kerana lelaki mempunyai hormon testosteron yang tinggi.

2. Kelompok usia yang sering alami batu karang antara 20 ke 40 tahun.

3. Faktor geografi orang Asia/Malaysia yang berkulit cerah lebih mudah kena batu karang berbanding kulit gelap (confius apa kaitan?)

4. Sakit menggelupur tadi berlaku apabila batu karang bergerak dalam saluan kencing. Batu karang berbentuk kristal dan tajam. Jika melalui saluran ureter yang sempit, tentu akan mengakibatkan kesakitan. MasyaAllah.

Jenis-jenis batu karang

1. Calcium oxalate – merupakan 80 peratus batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam. Paling biasa berlaku pada lelaki.

2. Calcium phospate – 10 peratus batu karang yang terjadi akibat jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.

3. Asid urik 

4. Cystin atau systine. Cystinuria ni penyakit keturunan, yang mana ada jenis amino acid namanya cystine bertukar menjadi batu kat dalam buah pinggang/saluran kencing/pundi kencing. Cystine ni patutnya bila masuk sistem buah pinggang, dia akan terurai, tapi orang yg ada penyakit cystinuria ni, cystine tu tak terurai..makin lama makin banyak termendap cystine...tu yang jadi batu tu.

Risiko / Faktor / Punca Batu Karang

1. Terlalu banyak mengambil makanan atau diet yang tinggi kandungan bahan kimia atau purine. Termasuk protein haiwan, tinggi sodium/garam dalam makanan, dos vitamin c tinggi.

2. 25% faktor genetik

3. Kerap berlaku di negara bercuaca panas

4. Gaya hidup yang kurang aktif. Keadaan kerja yang tidak banyak pergerakkan


5. Kegagalan buah pinggang berfungsi pada tahap normal

6. Kurang minum air putih

Kaedah rawatan

Azie google banyak kaedah rawatan batu karang sama ada cara western atau cara tradisional. Ada yang mencadangkan rawatan alternatif berubat cara kampung, ada yang cadangkan makan ubat sensei. Jika di klinik/hospital kebanyakkan bagi ubat untuk larutkan batu dalam air kencing. Kos lebih murah. Ada juga yang menjalani rawatan ESWL. Teknik ni guna shock wave kat belakang badan, area kidney tanpa perlu bedah, tanpa perlu bius. Tak pasti kenapa doktor tak pilih kaedah ni sebab batunya macam kecil cinonet je. Size lebih kurang 4mm gitu.

Urological Surgeon SJMC mencadangkan J-Stent. Plastik tube halus dimasukkan dalam ureter dalam 25cm panjang. Tujuannya untuk besarkan saluran ureter dan menghalang batu dari turun ke ureter. Tiub ini akan berada dalam badan selama 2 minggu. Kesannya akan berlaku ketidakselesaan buang air kecil, air kencing mungkin berdarah dan akan rasa kerap nak kencing. 

Suami ok je. Yang penting sakit perut hilang. Procedur masukkan tiub ni dilakukan keesokan harinya. Fast forward lepas tiub masuk dalam badan, memang suami kata sakit. Nak kencing pedih. Kencing berdarah. Kerap pulak pergi tandas. Agak tak selesa pada awalnya. Masuk minggu ke-2 nampak dah ok dan serasi. Mujurla selama 2 minggu dapat pelepasan work from home. 


 Makan dulu sebelum check-out


Air kencing right after procedure. So scary!

Lepas 2 minggu, jumpa doktor semula untuk keluarkan tiub beserta batu karang. Untuk kedua-dua prosedur ni memang dibius sepenuhnya. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tengok tajuk pun dah tahu kan harga kedua-dua procedur buang batu karang tadi berharga RM34 Ribu. Pengsan. Bangun balik. Pengsan balik. Dah boleh pergi Haji Pakej VIP. Mentang-mentang insurans bayar kemain mahal dicajnya. Mujurlah insurans under company yang cover. Alhamdulillah. Boleh tidur dengan aman damai. 


Tiub JStent

Mohon berdoalah pada Allah agar dijauhi segala penyakit merbahaya. Selain doa perlu ikhtiar juga. Ikhtiar kami jaga diet dan pemakanan. Sekali dah kena, pesakit perpotensi tinggi untuk kena sekali lagi. Kami berdua post mortem balik pemakanan setahun dua ni sampai suami boleh kena batu karang. Suami cakap mungkin sebab tak jaga makan sejak travel Thailand & Phillipine (banyak makan ikan bilis & makanan instant yang sodium tinggi). Kurang minum air. 

Korang pun jangan lupa jaga diet pemakanan. Selalu buat regular exercise. Mencegah sebelum kena. Zaman moden ni beribu-ribu penyakit boleh wujud. Umur mid thirties dah kena ambil berat pasal pemakanan. Tak boleh nak main sebat semua dah. Kini ada di antara kawan-kawan Azie yang cancer fighter. Mohon doakan kesembuhan sepenuhnya buat mereka.

Sekian, wassalam.


6 ulasan:

  1. wahh.. mahalnya cost sakit batu karang ni.. tp betul la, skrg ni banyak penyakit yg berpunca dari gaya pemakanan kita kan.. thanks azie for sharing this info..

    BalasPadam
  2. tingginya cost. err tu uriner selepas semua procedure. adoi dah lah Cici memang takut dengan warna darah ni

    thanks for sharing kak. kira nya lepas procedure ni semua boleh terus sembuh ke? kawan Cici (perempuan) ada jugak kena batu karang. try buat tradisional, batu batu tu hancur pecah pecah. lepas tu banyak kali pegi hospital. siap jolok kat tekak lagi. seram je dengar

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup dear. warna urine after the procedure. InsyaAllah terus sembuh. Sebelum checkout hospital aritu dah xray. Mmg takde dah batunya. Lepas ni kena jaga makan. Doc ada bagi dietary plan. Follow je lah. For batu karang elok sangat minum air lemonade / air kelapa / jus nenas :)

      Padam
  3. Sy kene sakit batu karang dh 7tahun.7tahun juga dirawat di sjmc. Start dr dr dato khairullah 1 tahun,kemudian dr kalai 1 tahun,pass ke dato tan hui meng 2 tahun then lastly dia pass pulak dengan doc lee boon chok.. tahun ni saje dh habis rm50k.. last buat khamis lepas.. xjaga mkn mmg kerap kena.. setahun mmg standby rm20k-rm50k pada sjmc... bayar sendiri pulak tu sebab lepas kene batu karang yg first dulu baru beli insurans so dia xcover sakit yg mmg dh ada... pengalaman sy sepanjang kene batu karang,6 kali eswl dan 5kali pki jstand kiri kanan...sakit ya ampun..di malaysia masih murah sebab tahun lepas bulan 1 sy kena masa kt japan..hanya eswl dan duduk wad 3 hari tp bil dh cecah rm45k..nangis ooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaaaa menangis saya baca komen ni. Sobs! Standby duit tiap tahun 20-50k. Duit sendiri pulak. Pengsan kami. Alhamdulillah, sehingga tahun 2021 hubby tak kena lagi serangan batu karang. Katanya cukuplah sekali tu. Memang sakit ya ampunnnn. Dia cuba jaga diet. Moga tuan/puan cepat sembuh dan bebas dari batu karang selamanya. InsyaAllah.

      Padam