2016, Pertama Kali Buat Passport Malaysia



Buku merah jangan lupa bawa. Moga-moga belum tamat tempoh! Sekali check punya check tak pernah ada buku merahhh da. Itu situasi si adik bongsu. Dah tu camne cara nak buat passport Malaysia untuk kali pertama?

Tak perlu gusar. Apa nak bawa? First timer, hanya perlu bawa diri, bawa IC original, bawa salinan IC, pakai tudung hitam, bawa duit RM200 dan PALING PENTING pergi awal pagi.

Eh eh saya baru berumur 17 tahun lah! Bagi pemohon 18 tahun ke bawah ada task extra..wajib bawak original Surat Beranak. Pergi dengan parent.

Harga terkini Passport Malaysia Tahun 2016 adalah RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Berbaloi-baloiiii nih. Patutlah Jabatan Imigresen di mana-mana pun selalu padat dengan manusia untuk urusan passport.

Senarai Harga Passport Malaysia : Permohonan Baru dan Renew Passport
KategoriHarga
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atasRM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawahRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)PERCUMA

Kali ini kami pi buat di Jabatan Imigresen Seremban (Seremban tiada UTC). 

Alamat
Jabatan Imigresen Seremban
Tingkat 2 & 4
Wisma Persekutuan Jalan Datuk Abdul Kadir
Seremban, Negeri Sembilan

Kami sampai 7.30 am di Jabatan Imigresen Seremban. Tak jauh dengan Lake Garden. Elok datang extra person. Macam kami, abah dropkan kami depan gate besar, kiteorang terus masuk Wisma Persekutuan naik lif ke Tingkat 2. Payah nak cari parking area situ. Jam 7.30 am tu dah lewat actually. 


Nah ambik orang dah beratur berlingkar-lingkar untuk ambil no giliran. Positif sebab hari biasa pasti banyak no giliran yang dikeluarkan. Tapikan hatini mula naik heran walaupun dah setengah jam berbaris...barisan tak gerak langsung! I smell something fishy here....sorang jaga barisan sorang lagi pi check barisan yang tersembunyi di belakang dinding. Rupanya ada satu lagi barisan yang naik dari tangga. Cecepat adik bongsu whatsapp bagitau dia dah beratur barisan lain di tangga. So sia-sia datang awal pagi. Like foreverlahhhh kiteorang beratur depan lift tu. Ini sesuatu yang tidak patut! Orang yang baru sampai ikut tangga tula yang untung sebab barisannya aje yang bergerak. 

Jadi kalau uols buat passport di Jabatan Imigresen Seremban, sila naik ikut tangga. Kalau naik ikut lift pun sila check barisan kat tangga tu. Jangan jadi seperti kiteorang. K.E.S.I.A.N. 

Alhamdulillah, Allah izinkan jugak kiteorang dapat no giliran pada hari tu. Angka giliran kiteorang No. 132. Masa ambil no giliran kaunter akan minta salinan IC. Korang jangan macam-macam. Pegawai yang jaga kaunter pun macam-macam. Silap-silap dia tak bagi no giliran kat orang yang takda salinan IC. So make sure korang fotostat awal-awal sehari sebelum. Menyenangkan hati semua pihak. Buat penat je nak bergaduh-gaduh kat kaunter tu. 

Lebih kurang jam 9.00am habis 300 nombor giliran. Maknanya di Seremban maksimum angka giliran untuk hari biasa hanya untuk 300 orang sahaja. 300 orang ni boleh ambil passport pada hari yang sama! Pastinya SOP setiap Jabatan Imigresen sama kan. Jadi yang datang lepas jam 9.00 am tu sila balik dan beratur hari berikutnya. Well, good luck!

No.132 tu nama dipanggil lebih kurang jam 11.30-12 tengahari (berkematu tapak kaki ni tunggu). Akan ditanya ketinggian, then siap sedia ambil gambar untuk passport. Ku peratikan setengah-tengah orang tu kemain susah lagi nak ambil gambarnya. Yang free hair sila selit rambut belakang telinga. Tak payah nak fringe sangat kat depan. Sebab perlu nampak dahi. Yang pakai tudung, kena pakai tudung gelap. Jangan pakai contact lense. Postur badan kena tegak. Mata pandang tepat pada kamera. Kemudian...ambil cap jari kaedah biometrik. Selesai. Anda diberi kertas untuk buat pembayaran di kaunter lain. Tunggu nama dipanggil. Biasanya tak lama. Lepas nama dipanggil, buat pembayaran dan tunggu sejam untuk passport siap. 

Kiteroang balik dulu dan datang petang untuk ambil semula passport. No giliran pagi tadi tu tak valid dah untuk ambil passport siap. Nak ambil passport sat je. Jadi hari yang sama dah boleh siap passport Malaysia! Terima kasih Jabatan Imigresen Malaysia sebab dah mudahkan rakyat Malaysia yang pertama kali nak buat passport Malaysia ^___^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan