Krabi 2015 : 19 Tips Persediaan ke Krabi


Assalamualaikum


Sawaddi Kha!

Selamat Sejahtera!



Sabai di Mai? Khun ma chak nai... Apa maksudnya tu? Hehehe, sila google sendiri. Ewah, seminggu di Krabi dah pandai cakap Thai. Ok tipu. Takpandai pun sebenarnya. Alhamdulillah kiteorang dan selamat pergi dan selamat balik dari Krabi. Sebelum terbang ke Krabi ni, media negara digemparkan dengan insiden pesawat AirAsia QZ8501 jatuh terhempas di Laut Jawa. Allahu Akbar! Seram bila memikirkan. My sista pun suppose travel to Loas (Halong Bay) terus cancel tak jadi pergi. Alih percutian ke Bukit Merah. Kiteorang nekad juga nak pergi. Tawakaltu 'Alallah. Tak sanggup nak burn tiket flight, penginapan dan duit nak ke sana yang memang kami dah tukar awal sebelum ringgit makin jatuh dan terus jatuh.

Moh chekidout persediaan kami yang tak seberapa ni. Saja nak kongsi. Manatahu boleh jadi panduan dan tips pada uols yang bercadang untuk melancong atau bercuti ke Krabi.

PERSEDIAAN, INFO & TIPS


1. Tiket flight murah kami dah beli setahun lamanya. Macam biasa masa promo AirAsia. Harga tiket RM276 return untuk 2 orang. Campur luggage 20kg (takperlu pun uols ambik luggage ni, tapi sebab den ni suka masuk flight berlenggang, maka kukorbankan juga sedikit wang), preorder meal pergi balik dan pilih seat maka jadilah ia RM436 untuk 2 orang. 
** Btw kalau tak ambil luggage pun, korang boleh bawak troley bag yang small size tu. 7kg setiap sorang. Kalau pergi 2 orang, boleh bawak 2 bag naik kabin.


2. Penginapan pun booked setahun awal. Booking Aonang Goodwill di Sawadee.com. 5 hari 4 malam harga RM432. Hotel tax + service fee jadi RM509. Request siap-siap bilik nak mengadap GUNUNG! *hamboi demand ko kan*  [ REVIEW AONANG GOODWILL ]. Rates Aonang Goodwill di sini.


3. Penginapan sila pilih berdekatan dengan Ao Nang Beach (tempat tumpuan tourist dan banyak makanan halal). Kalau dapat hotel yang dekat lagi bagus. SINI untuk senarai hotel berdekatan Ao Nang Beach. Janganla pi menginap kat Krabi Town tuh. Takda apa. Tak hapenning langsung. Dahla jauh nak ke Aonang Beach tu. Lainla kalau nak pergi pub or club bolehla stay kat situ. 


4. Flight ke Krabi lebih kurang 1 jam 25 minit. Masa sejam lebih awal dari Malaysia. Camne nak pergi hotel di Aonang/Krabi Town dari aiport? Naik bus atau van. Tiket beli di kaunter kat airport. Cadangan saya naik bus. Murah! Hanya 150baht seorang. Nanti bagitahu nak berhenti di hotel mana. Bas berhenti betul-betul depan Aonang Goodwill. Kalau datang dengan group untung naik mini van. Harga 600baht (kalau tak silap. lupa sudah.) Balik nanti camne nak ke aiport? Bus jugak. Boleh arrange dengan Aonang Goodwill untuk berhenti depan hotel. No worries K.


5. Hari keberangkatan jangan pula lupa bawa kamera, international adapter, sun block dan sunglasses. Jangan lupa duit baht. Kiteorang suka tukar awal2 kat Malaysia. Taknak kalut cari money changer kat sana. Tapi tak tukar pun takpa, no worries, ada money changer kat sana. Aritu takcukup kite tukar di CIMB Thailand. Lokasi CIMB ini di deretan lot kedai yang betul2 mengadap pantai Aonang.


6. Bawakla juga sedikit stok makanan untuk breakfast. Lunch complimentary dalam package dan dinner boleh makan kat luar.  


7. Tikar lipat? Payung lipat? Kalau uols stay di Aonang Goodwill takperlulah susah payah nak bawa dari Malaysia. Pihak hotel ada sediakan. Ambik je yang hotel punya. Jangan pulak buat-buat lupa bawak balik sampai Malaysia. Tak berkat nanti. Heh.


8. Kalau rasa perlu SIMCARD untuk live update di Instagram or Facebook, boleh beli simcard HAPPY di airport (HAPPY di Bangkok dulu dah expired) Kiteorang takbeli pun untuk trip kali ni. Sebab banyak tempat di Pantai Aonang yang ada FREE wifi. Guna sahaja yang FREE. Hotel FREE, Airport FREE, certain-certain kedai makan halal pun ada disediakan FREE WIFI. Anda cuma berlu bertanya sahaja. 


9. Bawa flip flop/ selipar jepun/ ipanema/ havaianas/ selipar gajah untuk ke pantai. Jangan le pulak pakai kasut Adidas atau Timberland. 


10. Boleh bawa beach hat. Bolehla fefeling Kate Middleton kat Krabi! Heheh. Azie malehla nak beach hat bagai.  Leceh pulak nak menjaganya. Silap-silap terbang melayang ditiup angin. Acane? Lagipun pergi Krabi haruslah ala-ala matsalleh memanggangkan diri. Haruslah tanning kan kulit secara alami. Gitu.


11. Water resistant bag / dry bag untuk elakkan dari bag-bag anda kebasahan -> PTT OUtdoor


12. Beli siap-siap waterproof phone cases for android/ipong/smartphone. Pastu bolehla nak ambil gambar sampai lebam. Sambil snorkelling ke, nak posing tengah-tengah laut ke, nak selfie/wefie dalam laut ke. Takdemasalah. Oh passport pun boleh letak sama dalam waterproof case. 


13. Pakai baju untuk mandi siap-siap. Takperlu bawa persalinan pun sebabnya baju kering sendiri dalam perjalanan balik ke hotel. Heheh. Panas oi. 


14. Takperlu bawa air sebab air complimentary dalam package. Boleh ambil anytime. Takda catu-catu. Minumlah sebanyak mana nak minum hatta bergelen-gelen pun. 


15. Boleh bawa jajan or cokelat untuk kunyah-kunyah ketika trip. Jangan lupe hulur kat kawan-kawan dalam boat! =P


16. Paling PENTING jangan lupa bawak plastik kecik untuk muntah dengan pil berkaitan kalau anda tu jenis MABUK LAUT. Kang tak pasal-pasal muntah atas peha gebu wanita Inggeris tak ke harubiru.... lagi sadisss, disebabkan muntah anda tu, orang lain pun turut nak TERmuntah sama. Jadi jaga-jagaaaa...Naik speed boat memang bumpy-bumpy. Kalau anda jenis steady takperlu kisah itu semua.


17. Antara package standard di Krabi 
(klik link di bawah untuk tengok detail setiap pakej)

a.  Phi Phi Island - Bamboo Island, Viking Cave, Lohsamah Bay, Pileh Bay, Maya Bay, Monkey Beach, Phi Phi Don, Hin Klang

b. 4 Island - Phranang Cave, Chicken Island, Tup Island, Poda Island


c. Hong Island

d. 7 sunset (tak cukup hari nak pergi)

e. Safari Tour - Hot stream+Emerald Pool+Tiger Cave+Elephant Trekking (tak sempat pergi juga)

18. Pilih package Muslim Tour yang mana makanan halal disediakan. Mula-mula masa disebut Muslim Tour ingatkan tak bercampur dengan matsalleh. Idok ye. Mereka campur je. Bezanya hanya makanan halal sepenuhnya. Antara Muslim Tour yang ada di Krabi;


Photo Travel and Tour
Connecting
Baraccudas
dll

19. Kalau pi Krabi mana cukup pergi 2malam aja. Takkan nak repeat kan? So bila pergi, kasi cover semua tempat. Belanja pun sekali keluar je. At least 4 hari penuh untuk jelajah pulau-pulau. 1 hari mungkin nak ronda Krabi. Jadi, 5 hari baru cukup puas hati!





P/S: Ajak suami pi tengok Muai Thai, awal-awal permintaan kene reject. Katanya, pi tengok kat AXN nuh. Coiii sangat.

Travelogue Krabi
Till then wassalam.

60 ulasan:

  1. Azie...tips yg bagus tapi sayang sis JM dh pernah ke Krabi jika tak mmg refer sini lah..Yess..dulu ambil pakej dengan Barracudas tu..nak pegi lagi Krabi? x kot sbb kulit terlalu sensitif..kena panas sikit dh sunburn pastu ambil masa berbulan baru hilang..kalau ke Korea setahum 3 kali pun x pe ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM,
      Krabi super duper hot. Kulit Azie pun memang terbakar! Hahha. Tapi Azie suka laut dan pantai. Hihi.

      Bila sebut Korea tu, memang perasaan meluap-luap nak pergi ni. Baca blog sis yang dah berkali-kali pergi tu. Semua yang pergi asik duk repeat aje. Sesuatu sangat Korea ni...Tengah kumpul semua info. Insya Allah early Nov tahun ni sampai lah sana *excited*

      Padam
  2. Hi kat mana saya boleh dptkan package island macam yg awak share tu? Pm saya di 0122540390 . Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Erny

      Kita ada share detail info package tu dalam entry-entry seterusnya. Jemput baca ye ;')

      http://azyyatiliah.blogspot.com/2015/04/krabi-2015-day-1-in-krabi.html

      Padam
  3. sis pakej tu ambik sebelom p sana ke cmner?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Lemon Icetea,

      Pakej tu book kat sana nanti. Macam2 travel agent ada sepanjang Pantai Aonang tu. Pilihla yang berkenan di hati. Kat airport pun ada tapi biasanya lebih mahal sedikit. Harga pakej nego sampai puashati k :)

      Padam
  4. sis kalau dr airport nk ke hotel godwill tuh cmne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Aziela,

      Kat airport ada kaunter bas/coach untuk ke Krabi Town atau Pantai Aonang. Beli kat situ. Bus fare 150baht per person. Cakap nak turun di Aonang Goodwill (in English la ye! :)) Kalau datang segerombolan dengan kawan2 elok ambik coach lebih jimat. Sewa satu coach tu 600baht kalau tak silap.

      Padam
  5. assalamualaikum.. nanie plan nak pergi ke KRABI bulan oct. boleh tak share itinerary to nanie_nakata@yahoo.com :)

    btq tips ni memang awesome :)

    BalasPadam
  6. hi, brp kos semuanya wak pergi ke krabi... wak tukar duit waktu di malaysia or krabi? ssh x nak cari kedai petukaran matawang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anon,
      Aritu tukar siap2 duit. No worries, sana ada je money changer. Masa tak cukup duit aritu, kiteorang tukar di CIMB. Kat lot kedai banyak2 yang mengadap pantai Aonang.

      Padam
    2. Skang duit malaysia Dah susah dh nk tukar kt sana kan? Nk p krabi next week tp Xtaw nk tukar duit brp...agak2 brp bajet yer sis?

      Padam
    3. Lemon Icetea,
      Kenapa skrg susah nak tukar ye? Nak jugak tahu kenapa.

      Padam
    4. Matawang Malaysia dh jatuh kan...sy jumpa sorang uncle ni dia baru balik dri Thailand dia ckp better tukar duit kt Malaysia kt sana dh xnk terima duit Malaysia...

      Padam
  7. Salam Saudari- Hari keempat 7 Sunset tu di mana ? nama tempat ke ? boleh beri penerangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Dato Ash,
      Yang 7 sunset tu saya takpergi, jadi takdapatla nak bg penerangan =)

      Padam
  8. Salam Sis Azie,

    Teruja sangat lepas baca entri ni. Hehehe. Tadi saya baru lepas booking flight tiket ke Krabi, terus google blog blog cerita pasal Krabi. So far, entri sis ni paling tepat kena dengan apa yang saya cari. Tak meleret of course.

    Saya nak tanya pasal Sawadee tu lah sis. Tadi try usha, macam unavailable je dates saya nak check-in tu. Awal sangat ke saya search eh? Saya pergi July next year hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cik Mira,
      Amboiiii excited dia! Alhamdulillah. Moga dapat membantu =)
      Haaahaha, awal lagi la diknun. Tak buka lagi la tu. Rajin2 check. Sebelum book jangan lupa compare harga dengan Agoda & Booking.com ya! Selamaaaat bercutiiiiii....*walaupun lambat lagi*

      Padam
  9. salam, hai sis..best laa tips2 tu smua..tq for sharing. awk, nk tnyer..bayaran hotel 2 mcm mana? online ke byr cash time smpi sna? sbb sy ada booking hotel jugak thru booking.com tp paymnt still x tolak kt acc lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Anon!
      Terima kasih. Harap serba sedikit membantu awak ye. Kalau book thru Sawadee.com caj terus pada Credit Card. Agoda pun biasa caj terus pada cc. Booking.com ni, booking dulu, bayar cash/cc bila sampai di hotel nanti =)

      Tips: Bila booking/bayar terus pd hotel paling penting check TAX include sekali ke tak. Sebab ada yang papar harga tanpa TAX. Kalau nak compare, make sure harga bilik dah termasuk TAX.

      Padam
  10. salam sis, nak tanya other way nak bayar booking kalau takde credit card? mcm mana ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jie Aziz,
      Memang kene ada credit card jugak =)

      Padam
    2. Dear, sy booking melalui agoda. Guna debit crad. Sy pon xde credit card 😄

      Padam
    3. Booking mllui sawasdee mmg kne ade credit card.. hurmm.. xde credit card.. ade option lain ke sis ? ;)

      Padam
  11. Tumpang tanya sis, kalau dari airport nak ke hotel, naik ape ye? kos berapa? saya pun akan stay di goodwill nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai,
      Dah bgtau kat comment atas-atas ni. Baca ye =)

      Padam
  12. waa bestnya bercuti ke krabi .. menarik sangat ut nampaknya ,tempat dia menarik ... suatu hari akan kujejaki, tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aizah,
      Yes, pulau-pulau di Krabi sangat cantik! InsyaAllah sampai lah tu nanti =)

      Padam
  13. Baru lepas balik dr Krabi mgu lpas.. dh makin mahal skrg kebanyakannya.. hampir kena scam lg kitorg.. ad tgah draft story psal scamming tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hazim,

      Seriously? Tak pernah dengar lagi tourist pi KRABI kena SCAM. Tak sabar nak baca! Nanti share link kat sini yer. Logikla kalau mahal skrg ni sebab RM dah kurang nilainya!

      Padam
  14. thank u dear. nice tips. teringin jugak nk p krabi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ain,
      U are welcome =) Try tengok tiket Air Asia. Mana tahu tiket tengah murah.

      Padam
  15. As Salam
    nk tye klu bulan nov & dec cuaca sesuai tak kt krabi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam & Hi,
      Waktu terbaik visit Krabi ialah penghujung Jan - Mac (‘rainy’ off-season). Masa tu laut cantik! Biru dan kehijauan.

      Padam
    2. salam nak tanya kalau bulan mei sesuai tk cuaca disana?biasanyr musim hujan disana antra bulan ape ye..

      Padam
  16. Hi,best baca tips dan info yang diberi terus teruja nak pegi Krabi berdua-duaan dengan Encik Suami..thanks for sharing ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Emy,
      Hihi. Thanx. Sekarang Air Asia offer 3 juta tempat duduk percuma! tryla check tiket kot2 ada harga cun ke Krabi. Next year boleh terbang ke sana dengan encik suami =)

      Padam
  17. Hi,best baca tips dan info yang diberi terus teruja nak pegi Krabi berdua-duaan dengan Encik Suami..thanks for sharing ye

    BalasPadam
  18. Good info.. Kami ke krabi next week 1/12/2015 hopefully cuaca menyebelahi kami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Awie,
      Terima kasih. Moga selamat sampai & selamat bercuttiiiiii (jelesnyee!)

      Padam
  19. Hi azy
    I pergi bln 2/2016..nak try aonang goodwill..cdg booking hujung bln 1 nnt..rs2 sng dpt tak..tgk rate skg dlm 150..8 org

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anon,
      Lewatnya booking. Takut takde bilik je nantiii.

      Padam
  20. assalammualaikum.1st time nk p sana.tp xambik pakej.awk pon ambik pakej kat sane ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Ya betul. Ambil pakej untuk pergi pulau2 di sana.

      Padam
  21. Assalamualaikum saudari.
    Saya nak tanya, boleh tak saudari senaraikan harga setiap pakej? Saya nak pergi dgn adik beradik bulan 3 2016 nnt. Utk hotel takada masalah. Saya nak tahu range price utk setiap pakej. Takut tak kena tipu dkt sana nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Enakmel Malaya,
      Details setiap pakej saya ada share dalam entry yang berkaitan. Nanti klik je pada tulisan biru kat atas tu ya. Selamat membaca =) Krabi seronok island hoping. I miss Krabi!

      Padam
  22. Insurans kereta motosikal van ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    BalasPadam
  23. Assalam sis
    Boleh email itinerary 5 hari di Krabi tu?
    ayuworld70@yahoo.com

    Tenkiu banyak2

    Ayu

    BalasPadam
  24. Salam,

    Boleh saya request full itinerary? Thank you in advance

    BalasPadam
  25. Salam Azy,
    Nak tanya, pakej island hoping tu dah termasuk bayaran National Fee ke belum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai selendang!
      Allah lama sangat dah ni. Kita pun lupa dah. Kalau tak silap Azie ada stated dalam lain-lain entry Krabi. Tapi kannn..feedback kawan2 yang baru pi, depa cakap national park tak termasuk (exclude) dah dalam harga pakej.

      Padam
    2. Eh Salam Selendang. Orang bagi salam kita bagi Hai pulak ^_^

      Padam
  26. salam sis, boleh sent itinerary x kat email saya (firdaustaha93@gmail.com)...bulan 1 taon depan nk kesana...bca sis pnya blog x sabo2 lak rasa nk pegi sana..hihi tq

    BalasPadam
  27. salam, if naik train ets from kl sentral to krabi tarikh 29hb pukul 6am . better booking hotel 29hb jugak ke or 30hb ? Please reply thanks ! :D

    BalasPadam
  28. Salam kak azy, saya dah baca semua psl cuti krabi akak, boleh dpt lg ke harga mcm tu, igt nak pergi next March tp tak tau nak budget brp since nilai duit dah jatuh. & betul ke boleh tawar sampai mcm tu harga dia, saya google phi phi island 1800baht huhuhu... kalau boleh tanak pakai agent dari sini sbb harga tak kena dgn activity2 yg dia keluarkan. Mcm mana nak budget ye :( really hope akak boleh tolong.

    BalasPadam
  29. eh bukan 1800, 2800baht, melampau kalau nnak banding dgn harga akak dapat :(

    BalasPadam
  30. infor terbaik..klu pergi tahun 2017..duit baht mahal kena lebih padangan dri membeli

    BalasPadam
  31. Kalau sekarang bawa duit bath 2019 ..nk kene bawa berapa ye?bajet yang berbaloi tuk makan n shopping.ni first time nk pegi.

    BalasPadam