Spanish Villa, Senawang



Assalamualaikum


Siapa yang tinggal di Senawang? Angkat tangan! Ok taknampak pun. Jadi for sure pernah dengar Spanish Villa kan. Dua kali berkesempatan datang sini dan nak cakap tempat ni sesuai sangat untuk meraikan hari bahagia anda. Kalau anda tinggal di Senawang dan mengimpikan private wedding, boleh pertimbangkan Spanish Villa ni. Atas bukit, sedikit berangin fuhhh memang menarik sangat. Tempat makan para jemputan di bawah, di tepi kolam. Tempat pengantin dan family pengantin makan jauh nun di atas. Nak tengok pelamin dan pengantin wajiblah panjat tangga tinggi kat bawah tu ye. Yang sakit lutut sila lupakan cita-cita mu itu. 

Lokasi:
Spanish Villa Condo, Jln Bunga Raya 19,
Taman Tasik Jaya, Seremban


Harap2 jangan lah ada adegan tolak-menolak tepi kolam!


Panjat tangga tinggi ni sebab mahu tengok pengantin duduk di pelaminan yang indah

Cuaca mendung berarak kelabu gitu. Janganla hujan!



Sweet & simple wedding dais


Let's zoom in!


Tadi mendung, ni panas pulak. Rasa macam mahu terjun kolam


Jom makan lauk kenduri. Nasi minyak ada. Nasi berlauk ada. Teh tarik ada. Cendol ada. Lagi...



Lauk kenduri yang ohhhhsem


Notakaki: Teringat pulak majlis kahwin sendiri enam tahun dulu. Nanti mahu tulis 1 entry tentangnya.


Buat bakal-bakal pengantin, Selamat Pengantin Baru!

5 ulasan:

  1. Cantik tempatnya, tapi mesti harga dia pun cantik juga T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah nampaknya. Tapi biasa orang buat wedding di sini gabung sekali family belah lelaki dan perempuan. Jimat belanja -D

      Padam
  2. Siapalah pemilik villa ni kan, mesti untung berganda

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM, ini condo ni. Tapi orang guna untuk buat wedding juge :)

      Padam
  3. Fuhh, kelassssss gitu! Memang raja sehari betul2 ni,...nak tengok kena panjat tangga tinggi :)

    BalasPadam