Pages

Jumaat, 25 Oktober 2019

Resepi Mudah Buat 'Salted Egg' Spaghetti



Salted Egg Pasta


Salam Jumaat! Lama tak berkongsi resepi. Balik kampung sempena cuti Malaysia hari tu mak mertua bekalkan telur masin banyak betul. Telur masin seperti mana namanya adalah telur yang diasinkan dan biasanya menggunakan telur itik. Boleh juga guna telur ayam. Tujuannya supaya tahan lama gitu. Negara China rupanya yang mempopularkan telur masin ni. Sebab tu kalau kita pergi makan chinese muslim restaurant memang banyak menu menggunakan salted egg dan ia sangat SEDAP!

Jadi nak share satu resepi menggunakan telur masin yang saya suka dan selalu buat bila takda mood atau selera nak makan nasi. Tajuknya... resepi mudah buat Salted Egg Spaghetti.





Baiklah tuan puan sekalian. Bahan-bahannya adalah;

Mesti ada pasta/spaghetti
Sebiji telur masin yang sudah direbus
Butter
Bawang besar sebiji
Bawang putih beberapa ulas
Nak pedas boleh letak cili padi
Daun kari
Udang
Sotong
Sayur pilihan saya yang kebetulan ada dalam fridge:
cendawan, cili benggala warna kuning, lobak merah & daun ketumbar
Kiub ayam ADABI
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Chilli flakes (recycle yang Dominos Pizza punya 😅)


Caranya mudah dan ringkas sahaja. Dah siap potong dan atur bahan semua seperti di atas, mohla kita mula memasak. Beraksi seperti chef professional walaupun.....(lambattttt lagi)

1. Rebus pasta jenis spaghetti sehingga al dente dan ketepikan
2. Guna sedikit butter & bawang putih masukkan udang terlebih dahulu sehingga separuh masak dan ketepikan
3. Masukkan sotong kejap dan ketepikan
4. Tambah olive oil. Tumis bawang putih, daun kari, cili api, chilli flakes, dried herbs sehingga naik bau (saya guna bawang putih yang saya dah siap blend sendiri)
5. Masukkan bawang besar (yang ni tak letak pun takpe. Hubby suka ada bawang besar didadukan)
6. Masukkan telur masin (saya guna putih + kuning sebab taknak membazir)
7. Pecahkan kiub ayam adabi
8. Masukkan cendawan & carrot
9. Masuk pasta & gaul rata
10. Masuk cili benggala, garam (optional), gula (optional)
11. Tabur black pepper
Akhir sekali masukkan udang dan sotong yang diketepikan tadi.
Gaul rata sampai naik wap dan boleh tutup api.
Tabur daun ketumbar (optional). Hubby memang suka daun ni. Katanya rasa dan bau corriander membangkitkan aroma. Jadi boleh kata daun ketumbar / corriander / chinese parsley ni memang wajib ada dalam fridge :)


Daaaaaahhhhh siaaappppp!
Resepi ni senang, mudah, simple, ringkas je kan.
Bon appetit. Selamat mencuba dan menjamu selera.


Khamis, 24 Oktober 2019

Pasang Awning Rumah Jenis Aluminium Composite Panel




Dari kisah travel kita jump masuk cerita perihal pasang awning rumah jenis Aluminium Composite Panel atau orang panggil ACP. Gitu.

Developer biasalah, buat car porch suku aja. Rumah pulak design klasik. Car porch bumbung genting. Bahagian tepi tidak diletaknya bumbung genting itu. Haru betul. Tahun lepas Allah bagi rezeki lebih. Alhamdulillah. Jadi hubby dan saya ambil keputusan untuk extend car porch.  Terpaksalah buat bumbung genting jugak. Selesai extend carporch baru tambah awning jenis acp ni di bahagian depan. Barulah lega sikit nak parking kereta bawah bumbung dan tak kena hujan panas. Nak extend bumbung genting sampai ke pagar banyak pulak kosnya. 

Ada banyak jenis awning di pasaran. Ada jenis zink, polycarbonat, aluminium composite panel atau acp dan glass awning. Biasanya orang letak awning jenis zink sebab murah. 10 tahun sudah dah pasang pun awning zink tu di bahagian belakang rumah (luar dapur). Sekarang ni awning zink dah mula bocor sikit-sikit. Frame besi awning dah mula berkarat. Jadi bila hujan mulalah basah sikit-sikit atas tiles. Kualiti awning zink berbeza ikut ketebalan. Kalau nipis lagi cepatla bocor. Pastu awning zink ni bising kalau hujan lebat. Memang kena tutup tingkap semua. Kalau tingkap yang tidak sound proof redha ajelah dengan bunyi bisingnya itu.

Saya pulak kurang gemar jenis polycarbonat roofing. Warna awning polycarbonat ni terang-terang belaka. Hijau, ala-ala gold, grey dan putih tiada. Yang lutsinar je ada. Kelebihan awning polycarbonat ni cahaya menembusi ke dalam (ada natural light). Jadi kalau ada tanam pokok-pokok ke apa memang ok lah. Masih dapat cahaya. Poly pun banyak jenis dan kualiti. Macam jiran sebelah saya ni belum cukup 10 tahun dah nampak usang (not long lasting). Sekejap je bertukar warna bila dah selalu berhujan panas.

Akhirnya jenis Aluminium Composite Panel (acp) yang jadi pilihan. Nak cari orang buat awning acp ni sampai ke PWTC. Saya dan suami memang suka pergi expo renovation rumah. Senang semua berada di bawah satu bumbung. Kita boleh book ikut kepakaran masing-masing. Harga pun sangat competitive antara satu sama lain. Bawah ini harga awning aluminium composite panel (acp) tahun 2018

Harga RM25 sekaki. 
Deposit RM1500
Keluasan awning: 22 kaki lebar rumah x 7 kaki panjang ke depan = 154 kaki

*7 kaki maksimum kalau taknak support dengan tiang

So..inilah hasilnya lepas setahun pemasangan




My sister pasang glass awning untuk patio rumah dia. 
Harga glass awning RM45 sqft / kaki

Gambar nanti saya snap bila pergi rumah dia. Okey?

Alhamdulillah kami berdua memang puas hati dengan kerja-kerja pemasangan yang kemas & teliti.


Rabu, 23 Oktober 2019

Gaharu Tea Valley Gopeng, Cameron Highlands 2?


Cameron Highlands 2?


Cameron Highlands Valley is too mainstream. Siapa tak suka selfie di ladang teh kan. Lereng bukit menghijau dipenuhi dedaun teh. Tapi anda tahu tak di Gopeng ada tempat menarik ala-ala Cameron Highland? Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.


Gaharu Tea Valley Gopeng


Gais ada lebih kurang 200,000 pokok gaharu di sini.  Sesuai sangat untuk cikgu bawa murid-murid lawatan sambil belajar!  Sebab banyak info pokok gaharu di 'reveal' di sini. Anda search sahaja google maps: Hoga Gaharu Tea Valley. Jalan nak sampai ke sini memang jalan kampung. Lalu tepi-tepi kampung. But no worries just teruskan perjalanan sampai ketemu Tembok Besar Gopeng. Tembok Besar Gopeng di Gaharu Tea Valley bertemakan 'The Great Wall of Gopeng'. Dinding tembok setinggi 3 meter lebarnya 2 meter ini sebenarnya dibina untuk menyekat penceroboh mahupun binatang liar daripada masuk ke ladang gaharu ini.

Apa itu Gaharu atau nama glamor Agarwood? Saya share sedikit info ya. Pokok ini dikenali sebagai 'Kayu Tuhan' kerana ia merupakan pokok PALING BERHARGA DI DUNIA. Aromanya sering jadi pilihan jenama wangian antarabangsa seperti Tom Ford, Louis Vuitton dll serta orang Arab. Perfume yang bau 'oud' tu iyalah tu. Dari aroma agarwood atau gaharu. One of the most expensive raw scent ingredients in the world. Gitu. 

Malangnya pokok ini hampir pupus kerana aktiviti pembalakan haram. Jadi...Gaharu Tea Valley yang seluas 300 ekar ini kiranya mereka preserve semua pokok-pokok gaharu supaya tumbuh besar dengan baik dan selamat. Plus boleh jadi salah tempat pelancongan #cuticutiMalaysia kan! Pokok gaharu di sini adalah daripada spesies hibrid Aquilaria also known as Gaharu Gopeng. Ia digunakan untuk membuat HOGA Teh Gaharu yang banyak manfaat untuk kesihatan.


Hoga Cafe

Fuh, view atas sini memang awesome. Hoga Cafe menyediakan pemandangan indah ladang gaharu dan pemandangan banjaran Titiwangsa yang dah berusia 400 juta tahun! di sekitar Gopeng. Memang sesuai jadi tempat berdating, berehat mahupun bersantai seisi keluarga sambil hirup teh atau kopi gaharu dengan beberapa keping roti bakar Gaharu. Wow semua produk Gaharu gitu. Bila dan mana lagi nak cuba kalau bukan di sini kan. Dah alang-alang sampai ke sini, kita rasa semua produk Gaharu.





Selesai minum kopi sambung lagi trip dengan jalan-jalan dalam Gaharu Valley




Sebelum terlupa...anda boleh ikut trip ni dengan bayaran
RM10 dewasa; RM5 kanak-kanak
Masa kami pergi ni tak ramai orang. Jadi dah macam private tour pulak. Satu van naik 2 orang. Pastu tour guide punya explaination memang padu. Suka dengar cerita & ilmu tentang pokok gaharu. 


Taman Cinta

Because taking and OOTD against plain backgrounds is so yesterday 💁



Habis lawatan Hoga Tea, sebelum pulang jangan lupa shopping Gaharu products. Kami beli Gaharu Coffee dan Gaharu Pasta.


Selasa, 22 Oktober 2019

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh



Tiba-tiba kena ikut suami outstation ke Ipoh? Suami pergi kursus. Kita dan anak-anak krik..krik..dalam bilik hotel. Tak perlu susah hati...Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh ada. Salah satu tempat menarik dikunjungi tatkala berada di Ipoh. Lokasinya hanya 5km dari Bandar Ipoh. Haruslah menyinggah untuk lihat apa yang menarik di sini. Rupanya ada air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Taman Rekreasi Gunung Lang diklasifikasikan sebagai Taman Bandar Ipoh dengan kemudahan pengunjung.



Boleh bergerak masuk Gunung Lang dengan menaiki bot khas yang disediakan bagi menyeberangi tasik ke pulau sebelah sana. Jarak dalam 300 meter. Ada mini zoo (silap-silap ada ostrich), Rumah Perak dan pelbagai taman. Tambang RM3 dewasa. Kanak-kanak & warga emas RM1.50. Kami tak pi sana pun. Sebab lepas ini ada lagi satu tempat nak pergi sebelum gerak balik Shah Alam. Harapan saya agar taman di pulau tersebut dijaga dan diselenggara dengan baik.



Tasik Gunung Lang berkeluasan 14 hektar



Tasik buatan dari bekas lombong bijih timah awal abad ke-20



Argghhh, mendamaikan jiwa



Jangan lepaskan peluang menikmati percikan air dari air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia =) Duduk sini ralit melayan perasaan. Walaupun bunyi air terjun tapi cukup mendamaikan fikiran.

Difahamkan ada waktu tertentu air terjun ini beroperasi.

Isnin - Jumaat 10am - 12pm; 4pm - 6pm
Sabtu -Ahad - Cuti umum 9am - 11am; 1pm - 3pm; 5pm-7pm


Satu photo untuk kenangan =)



Isnin, 21 Oktober 2019

Transport Ke KLIA



Hai semua. Salam Isnin. Seperti yang tertera di tajuk ni, sajalah saya nak share sikit my friend punya experience semasa menaiki pengangkutan awam untuk ke KLIA menggunakan train baru-baru ini. 

Long story short, 2 hari sebelum hari kejadian kawan saya dipanggil untuk menyertai satu trip percutian ke Pulau Redang kerana ada ahli yang cancel last minute. Kawan saya ni memang dari awal nak ikut serta malangnya slot dah penuh. Itulah orang tua-tua kata rezeki tak pernah salah alamat. Akhirnya dapat juga kawan saya ini ikut serta. Pastu tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia tak perlu keluarkan kos yang banyak sebab ahli yang cancel boleh refund half dari jumlah kos yang dikeluarkan. Bertambah-tambah seronok dia nak pergi cuti. 

Oleh kerana semua ahli berjanji akan berkumpul terus di jeti untuk ke pulau, jadi kawan saya ni ambil pendekatan untuk menaiki flight ke Terengganu dan terus ke jeti. Dia sejenis kawan yang tak suka naik bas. Rela drive sendiri daripada menaiki bas. 

Dia tempah flight seawal jam 9 pagi. Nak dijadikan cerita keretanya pula meragam tak boleh start. Masa berbaki 3 jam lagi untuk departure. Haruslah menggelabah tak senang duduk. Panggil pomen rupanya bettery kong. Haru betul. Time tu la battery kereta nak buat hal.


Transport ke KLIA


Bijak punya fikiran, dia teringat kemudahan KLIA Express yang ada kat KL Sentral tu. Point di sini, korang jangan panik kalau sesuatu perkara di luar jangka berlaku. Pasti ada jalan penyelesaiannya. 
Dia cakap dia book cheap KLIA Express Tickets kat pautan traveloka. Alkisahnya saya pun baru tahu yang traveloka pun dah ada kemudahan book train ticket. Kagum sekejap. Selama ni saya tau traveloka ada hotel je. 

Mesti korang pelik kenapalah dia tak ambik grab je nak ke KLIA kan? Haa. Naik grab mungkin ambil masa yang lebih lama untuk tiba. Risiko dengan trafik dan bimbang kelam kabut dengan masa yang terhad. Dengan KLIA Express boleh sampai di KLIA within setengah jam. Sempatlah dia catch up flight ke Terengganu. Alhamdulillah.

Paling penting nak bagitahu yang train KLIA Express ni direct tak akan berhenti di mana-mana station. Kamus perjalanan dia hanyalah KLIA dan KLIA2. Pastu patah balik ke KL Sentral. That is what we called Life Journey of KLIA Express. Gitu. So korang dah pernah naik KLIA Express ke belum? Saya dah cuba. Korang bila lagi? Lagi satu, keadaan dalam train KLIA Express ni luas, ada wifi, tempat duduk pun sangat selesa. Berbaloi la dengan harga dia. 

Pastu korang jangan tak tahu ada servis private dan public transport yang disediakan kat dalam traveloka ni. 
Semua servis ni boleh book melalui airport coach booking. Semua ada kat situ. Harga pun boleh dikira murah juga sebab ada diskaun atau promo yang diberi oleh traveloka ni. Untuk yang public, korang boleh pilih nak KLIA Express macam yang kawan saya naik ni atau KLIA Transit. Basically sama je tapi KLIA Transit akan berhenti di beberapa station. Yang tu korang boleh check dan yang ni murah sikit la.

Bagi yang betul-betul nak kan servis dari pintu rumah sampai ke pintu airport, saya galakkan korang ambil private transport. Nanti korang pilih la nak naik berapa orang dan apa yang saya faham, nanti dia akan contact korang balik untuk exact pick-up point yang korang nak. Yang paling best, private transport ni tiada hidden charge. Berapa yang anda bayar masa book tu, memang setakat itu lah. Dia tak akan mintak charge yang lain. Charge angkat beg ke, midnight charge ke. Tak ada.

Okay semua. Setakat ni, tu je dulu serba sedikit info mengenai transport yang ada untuk ke KLIA. Hopefully sedikit sebanyak membantu pada yang tak tau lagi perkhidmatan yang wujud nak ke KLIA ni. Sampai nanti kita jumpa lagi okay. Cuti Deepavali tak lama lagi. Selamat jalan dan bercuti semua. Adios.





Jumaat, 18 Oktober 2019

Kek Look Tong Cave Temple, Tempat Menarik di Ipoh



Destinasi pertama Tasik Cermin. Destinasi pilihan seterusnya ialah Gua Kek Look Tong, tempat menarik di Ipoh. Cave of Great Happiness. Gua Batu Kapur yang unik di Ipoh. Lokasinya di Gunung Rapat. Tak jauh dari Tasik Cermin. 5km dari bandar Ipoh.

Nak sampai ke sini pun kemain misteri jalannya. Memang gusar memikirkan jalan nya betul ke tidak nih. Siap bertemu dengan sekumpulan kera jinak di tepi jalan. Macam penyambut tetamu gitu.

 Kemudian nampaklah pintu gerbang warna pink. Sah betul dah ni. Masuk je ke dalam. Ada banyak tempat letak kereta di sini. Rupanya Kek Look Tong ni merupakan rumah ibadat. Tempat suci masyarakat Cina Taoist dan Buddhisme. Nama official Kek Look Tong Cave Temple. 

Alamak, tak boleh masuk ke? Em toleh kiri kanan tiada pulak yang bertudung. Eh, takpelah fefeling tourist ajelah. Jauh ni datang dari Shah Alam nak tengok gua batu kapur. Macam Jeju, Korea, Japan tempat-tempat nature yang lawa semua memang dah dicop jadi rumah ibadat. Boleh je pelancong masuk tengok =)



Masya-Allah cantik betul gua batu kapur ni. Keliru jap. Kat Malaysia ke aku ni? Ipoh je uols....



Tiada bayaran dikenakan. FREE. Paham tak. Percuma je untuk tengok keindahan stalaktit dan stalagmit ciptaan Tuhan ni. Jejak je kaki dalam gua batu kapur ni macam termangu-mangu ketakjuban kejap. Mata memang tak lepas memandang keunikan batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun ni. Orang keliling pulak yang pelik tengok aku. Dah macam pelancong Brunei kaedahnya. Hewhew.


Pemandangan stalaktit begini pernah tengok dalam Jeff Cellar The Most Magnificent Bar In The World. Tempat simpan wine yang duk ada dalam The Banjaran Hotsprings, Ipoh jugak. Jeff Cellar tu lagi extreme dia punya stalaktit. Lagi kagum. Lagi impress.


Ingat senang nak bergambar kat sini? Pelancong cina/taiwan/hongkong tak pastilah.. penuh datang melawat. Berebut dengan depa pulak nak bergambar. Dalam temple ni banyak patung suci. Biasalah rumah ibadat kan.




Keluar gua nampak pulak tasik terbentang hijau luas saujana memandang. Seolah-olah 'Zen Garden'. Gambar tasik tak letak kat sini. Korang kena ke sana untuk lihat sendiri.

Percaya tak, sis duk atas bangku dalam gua mengadap tasik ni dekat sejam? Angin sepoi-sepoi dia yang bertiup lembut tu alahai ralit macam tak nak balik Shah Alam.

Oklah perut dah keroncong. Nak gerak pi pekena laksa goreng telur bersarang. Lokasi dalam Taman Seri Botani, Bandar Seri Botani. Dalam kawasan perumahan. Kita pi hujung minggu je jadi tak ramai orang. Boleh makan dengan aman. Alhamdulillah.

Laksa Saranghae Ipoh. Nasi lemak tu pun SEDAP!


Selasa, 15 Oktober 2019

Tasik Cermin, Lokasi Tersembunyi Di Ipoh



Setelah google tempat-tempat menarik di Ipoh, lokasi Tasik Cermin yang tersembunyi di Gunung Rapat menjadi destinasi pertama kami nak pergi setibanya di Ipoh. Trip ke Ipoh ini untuk mencari tempat-tempat nature sahaja. Percaya atau tidak ketika tiba di sini, sempatlah beramah tamah dengan seorang brother photographer (naik Hummer uols) yang baik hati. Walaupun beliau orang Ipoh inilah kali pertama beliau sampai di Tasik Cermin. Lagi impress bila dapat tahu yang kami all the way from Shah Alam datang untuk explore dan lihat sendiri keunikan Tasik Cermin, Ipoh. 

Cara pergi ke Tasik Cermin, Ipoh
Google maps: Tasik Cermin



Sekarang ini tempat letak kereta dikenakan bayaran RM5. Ada uncle yang akan kutip duit parking. Sebelum bayar, sis jadi pengawas pi tanya kenapa kena bayar RM5??? Uncle tu cakap ni untuk letak batu-batu tepi jalan untuk uols parking kereta. Baik. Untuk masuk ke Tasik Cermin tiada bayaran diperlukan. 



Maka cerita seram pun bermula. Tasik Cermin dikatakan hidden gem in Ipoh. Jadi lokasi ini tersembunyi. Jarang-jarang pelancong datang ke sini. Tengok laluan masuk pun agak menakutkan. Kalau anda nampak rumah usang kosong dan berhantu ini, memang sah laluan masuk jalan kaki ke Tasik Cermin dah betul. 



Pastu masuk ke dalam celah-celah semak macam ni pulak. So adventurous. Anak-anak dara jangan gatal nak pergi berdua dengan boyfriend pulak. Ajak sekali kawan perempuan ramai-ramai. Pastu janganlah pergi dah nak senja.



Sampai jumpa tanah lapang, yang dikelilingi bukit batu kapur di kelilingmu. Pastu teruskan perjalanan lagi sampai ketemu terowong pulak.



Terowong ke Tasik Cermin


Tiada penunjuk arah. Jadi kena pandai-pandailah tengok sendiri. Lebih kurang 300-400m jalan kaki dari tempat letak kereta ke Tasik Cermin.


Tasik Cermin or Mirror Lake, a hidden gem in Gunung Rapat


Satu photo untuk kenangan


Apa aktiviti di sini?
Just sightseeing and best place for photography. Peminat photography bolehla ke sini untuk gambar nature. Err tiada kayak di sini ya. Memancing pun tak. Just luangkan masa nikmatilah pemandangan indah hak milik Tuhan.


Isnin, 14 Oktober 2019

Masjid Sri Sendayan di Bandar Sri Sendayan



 Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Masjid Sri Sendayan terletak dalam Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan. Kalau pakai google maps SEARCH: Masjid Sri Sendayan. Tapi check betul-betul. Ada 2 Masjid Sri Sendayan. Satu akan bawa anda masuk dalam taman. Salah tau.

Masjid Sri Sendayan betul-betul tepi jalan on the way nak ke KLIA dari Seremban. Dari jauh dah nampak binaan masjid yang teguh megah berdiri.

Bila nampak Masjid Sri Sendayan ini terus teringat dua tempat yang saya pernah sampai sebelum ini; Taj Mahal di India dan Masjid Nabawi di Arab Saudi. Masjid Sri Sendayan berkeluasan 4.5 hektar dan boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama, dewan solat kedua dan dewan solat wanita. 

Masjid Sri Sendayan mula dibina sejak tahun 2015. Lebih istimewa masjid ini diwakafkan oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Masya-Allah bestnya jadi orang yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. Boleh bina masjid untuk pembangunan dan kegunaan ummah! Moga kita tergolong dalam golongan yang kaya dan berjaya dunia akhirat jua. Aamiin Yaa Mujibas Saailiin.

 Kubah Utama Masjid Sri Sendayan di Bandar Sendayan Negeri Sembilan


Ruang solat lelaki

Dewan solat utama yang boleh memuatkan 3,000 jemaah

Ruang solat wanita di atas atas boleh menempatkan 800 jemaah

Kubah di ruang solat kedua yang boleh menampung 800 jemaah


'Pintu-pintu masjid menggunakan ukiran kayu yang cantik. Ukiran kayu dinding di dewan solat, penggunaan saduran berwarna emas, tulisan khat serta penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar yang merupakan hasil seni arkitek yang dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China. Hari pertama Masjid Sri Sendayan dibuka untuk solat Jumaat, lebih 5,000 jemaah hadir' - Berita Harian


Anda semua kena datang menyaksikan keindahan senibina Masjid Sri Sendayan ini. Jangan tak tahu kosnya dari 50 juta menjadi 100 juta ringgit demi memastikan masjid ini dibina dengan terbaik.


Arkitek Masjid Sri Sendayan Tuan Zailan Yusop dari eLANZ Design Sdn Bhd. Ini merupakan projek paling istimewa sepanjang 30 tahun beliau bergelar arkitek. Memang cantik sangat design masjid ni. HEBAT.

Satu untuk kenangan =)


TIPS:

1. Baca Doa Masuk Masjid

اَللّهُمَّ افْتَحْ لِيْ اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu”.


2. Mendahulukan dengan langkah kanan


3. Solat Sunat 2 Rakaat

4. Sebelum pulang, sedekah seikhlas hati dalam tabung masjid =)