Tiba-tiba kena ikut suami outstation ke Ipoh? Suami pergi kursus. Kita dan anak-anak krik..krik..dalam bilik hotel. Tak perlu susah hati...Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh ada. Salah satu tempat menarik dikunjungi tatkala berada di Ipoh. Lokasinya hanya 5km dari Bandar Ipoh. Haruslah menyinggah untuk lihat apa yang menarik di sini. Rupanya ada air terjun buatan tertinggi di Malaysia. Taman Rekreasi Gunung Lang diklasifikasikan sebagai Taman Bandar Ipoh dengan kemudahan pengunjung.
Boleh bergerak masuk Gunung Lang dengan menaiki bot khas yang disediakan bagi menyeberangi tasik ke pulau sebelah sana. Jarak dalam 300 meter. Ada mini zoo (silap-silap ada ostrich), Rumah Perak dan pelbagai taman. Tambang RM3 dewasa. Kanak-kanak & warga emas RM1.50. Kami tak pi sana pun. Sebab lepas ini ada lagi satu tempat nak pergi sebelum gerak balik Shah Alam. Harapan saya agar taman di pulau tersebut dijaga dan diselenggara dengan baik.
Tasik Gunung Lang berkeluasan 14 hektar
Tasik buatan dari bekas lombong bijih timah awal abad ke-20
Argghhh, mendamaikan jiwa
Jangan lepaskan peluang menikmati percikan air dari air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia =) Duduk sini ralit melayan perasaan. Walaupun bunyi air terjun tapi cukup mendamaikan fikiran.
Difahamkan ada waktu tertentu air terjun ini beroperasi.
Isnin - Jumaat 10am - 12pm; 4pm - 6pm
Sabtu -Ahad - Cuti umum 9am - 11am; 1pm - 3pm; 5pm-7pm
Satu photo untuk kenangan =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan