Pages

Selasa, 15 Oktober 2019

Tasik Cermin, Lokasi Tersembunyi Di Ipoh



Setelah google tempat-tempat menarik di Ipoh, lokasi Tasik Cermin yang tersembunyi di Gunung Rapat menjadi destinasi pertama kami nak pergi setibanya di Ipoh. Trip ke Ipoh ini untuk mencari tempat-tempat nature sahaja. Percaya atau tidak ketika tiba di sini, sempatlah beramah tamah dengan seorang brother photographer (naik Hummer uols) yang baik hati. Walaupun beliau orang Ipoh inilah kali pertama beliau sampai di Tasik Cermin. Lagi impress bila dapat tahu yang kami all the way from Shah Alam datang untuk explore dan lihat sendiri keunikan Tasik Cermin, Ipoh. 

Cara pergi ke Tasik Cermin, Ipoh
Google maps: Tasik Cermin



Sekarang ini tempat letak kereta dikenakan bayaran RM5. Ada uncle yang akan kutip duit parking. Sebelum bayar, sis jadi pengawas pi tanya kenapa kena bayar RM5??? Uncle tu cakap ni untuk letak batu-batu tepi jalan untuk uols parking kereta. Baik. Untuk masuk ke Tasik Cermin tiada bayaran diperlukan. 



Maka cerita seram pun bermula. Tasik Cermin dikatakan hidden gem in Ipoh. Jadi lokasi ini tersembunyi. Jarang-jarang pelancong datang ke sini. Tengok laluan masuk pun agak menakutkan. Kalau anda nampak rumah usang kosong dan berhantu ini, memang sah laluan masuk jalan kaki ke Tasik Cermin dah betul. 



Pastu masuk ke dalam celah-celah semak macam ni pulak. So adventurous. Anak-anak dara jangan gatal nak pergi berdua dengan boyfriend pulak. Ajak sekali kawan perempuan ramai-ramai. Pastu janganlah pergi dah nak senja.



Sampai jumpa tanah lapang, yang dikelilingi bukit batu kapur di kelilingmu. Pastu teruskan perjalanan lagi sampai ketemu terowong pulak.



Terowong ke Tasik Cermin


Tiada penunjuk arah. Jadi kena pandai-pandailah tengok sendiri. Lebih kurang 300-400m jalan kaki dari tempat letak kereta ke Tasik Cermin.


Tasik Cermin or Mirror Lake, a hidden gem in Gunung Rapat


Satu photo untuk kenangan


Apa aktiviti di sini?
Just sightseeing and best place for photography. Peminat photography bolehla ke sini untuk gambar nature. Err tiada kayak di sini ya. Memancing pun tak. Just luangkan masa nikmatilah pemandangan indah hak milik Tuhan.


2 ulasan:

  1. Tempat ni sebenarnya dah tutup, macam mana boleh pergi? Oh ya sebab tu parking kereta kat luar, kalau naik motor boleh lalu celah palang tu dan sampai terus ke jeti selepas melalui terowong.
    Tempat ni dah tutup sebab ada "haunted case". Sekarang ni masuk atas risiko sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tutup tempat ni. Tiada palang pun. Boleh masuk seperti biasa.

      Padam