Spa Villas di Spa Village Pangkor Laut Resort


Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambungan dari entri  [Destinasi mewah Pangkor Laut Resort bertaraf 5 bintang!]

Di Pangkor Laut Resort kami diberi peluang menginap di Spa Villas di Spa Village. Kesemua ada 22 unit Spa Villas di Pangkor Laut Island yang betul-betul mengadap laut luas. Tetapi masa kami datang ini hanya 8 unit villa sahaja yang boleh digunakan. Selebihnya dalam proses penambahbaikan. Selama stay di Spa Villas tak terserempak dengan orang pun. Menjelang malam nampak kesemua 8 villas ada cahaya lampu. Ini sangat privasi dan sangat sunyi! Yang dengar hanya bunyian ombak menghempas gigian pantai.

Kanak-kanak memang tidak dibenarkan langsung menginap di Spa Villas. Priority Spa Villas adalah untuk couple. Jadi kalau nak honeymoon pengantin baru atau pengantin lama macam kami memang sangat sesuailah menginap di Spa Villas. 

Antara kelebihan menginap di Spa Villas ialah korang dapat direct access ke Spa Village. Kalau nak buat massage atau spa di sinilah tempatnya. 

Selain tu, ada inifiny pool exclusive untuk guest Spa Villas sahaja. Yang lain-lain kene pergi Public Pool tak jauh area lobby. 


Tandasnya tiada paip air. Huhu. Maka haruslah beristinjak menggunakan botol mineral water. Tak besh.


Setiap villa disempurnakan dengan kemudahan seperti shampoo, conditioner, lotion, berus gigi, sanitary bag, razor blade, cotton buds. Sikat rambut tidak disediakan! Hair dryer disediakan. Iron dan iron board juga disediakan. Bathrobe pun ada. Ada coffee maker, kettle dan fridge. Mini bar ada tersedia maggi cup, kekacang, wine, soft drinks. Yang ni macam biasa kalau makan & minum kene caj tambahan. Maggi cup tu RM10!!! Kekacang RM15. Yang paling best Pangkor Laut tak kedekut mineral water. Sekali letak sampai 10 botol mineral. Menjelang senja housekeeping datang lagi. Tambah lagi mineral water, kutip sampah dan tolong pasangkan ubat nyamuk. 


Selamat pagi Pangor Laut Resort!


Yang bestnya Spa Villas ada beranda yang membolehkan kiteorang menghirup hembusan segar bayu laut berbalas panaroma laut terbuka dan melihat kapal-kapal besar berlayar menyusuri Selat Melaka. Waktu pagi boleh lihat banyak ikan bilis dan ikan muncung panjang hmm maybe ikan todak berenang-renang sekitar villa.

Waktu malam beranda inilah port kegemaran kami berdua melepak makan-makan, berbual-bual macam-macam perkara. Tiada hiburan dalam bilik. Tiada TV. Yang ada hanya angin malam dan bunyi ombak menghempas tiang villa. Ada perahu kecil datang dengan pukat menangkap ikan tak jauh dari villa. 

Kamar penginapan di Spa Villas juga disempurnakan dengan bilik mandi terbuka peribadi. Buka tingkap terus nampak laut. Pengantin lama ni betul-betul ambil peluang untuk honeymoon. Hehe. Sebab suasana memang perfect untuk honeymoon. Alhamdulillah kali ni, destinasi percutian ini sangat santai dan mendamaikan. 

Sebelum sampai ke Spa Villas kami kena lalu kawasan spa iaitu Spa Village.


Spa Village - The Spa Village comprises a number of specially built structures designed to facilitate an extensive range of treatments from China, Japan, India, Thailand, Bali and Malaysia. These include eight treatment pavilions, a deluxe Belian Treatment Pavilion, three ‘Healing Huts’, which include Chinese Herbal, Ayurvedic and Malay Huts, two Bath Houses, three Spa Huts, three Nap Gazebos and a Spa Boutique. 




Uncle Lim's Kitchen. Kawasan ni tempat kami tunggu shuttle van untuk ke mana-mana dalam Pangkor Laut Island

Ada banyak ikan koi dan ikan bandaraya dalam kolam ni. Yang sebenarnya kolam ni jernih.

Tempat mandi lelaki dan perempuan untuk SPA. Jangan risau diasingkan dan ia sangat privasi.

Gazebo tempat berurut. Mengadap laut lagi. Kita tak dapatlah nak buat tempat macam ni. Kita kene duduk dalam bilik privasi. 



Untuk SPA perlu booking lebih awal. Contohnya ketika check in boleh booking terus untuk spa atau massage. Azie berpeluang  memanjakan diri di SPA Pangkor Laut. Spa Village menyediakan bermacam pilihan rawatan tradisional. 

Rawatan pilihan adalah Royal Secrets of Puteri Lindungan Bulan.  Bermula dengan minum herba sejuk, kaki disental terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke bilik rawatan. Dimulakan dengan melalui air sejuk yang keluar dari labu sayung. Setelah itu ada 4 bauan yang perlu dihidu. Bau-bau herba yang menyegarkan. Kemudian dibawa ke bilik khas untuk Japanese Bath. Sesudah itu dibawa berendam dalam kolam air hangat.  Dikelilingi pokok-pokok hijau. Terasa segar, tenang dan mendamaikan jiwa. Kemudian baru berbaring atas katil untuk sesi scrub badan. Selesai semua anda dibawa ke library untuk rawatan seterusnya. 

Usai berbaring di atas katil, badan mula diurut dengan minyak-minyak istimewa. Bau yang menyegarkan. Bunyi music yang lembut dan mendamaikan. Kekuatan urutan boleh pilih ikut kesesuaian; soft, medium, strong 

Urutan bermula dengan kaki sampai kepala. Paling best bila urut bahu dan tulang belikat. Memang krup krap lah bunyi nyer. Selesai mengurut, seluruh tubuh digosok dan disental dengan scrub rempah ratus supaya kulit lembut dan lembap. Terasa hilang semua penat yang bersarang dalam tubuh. Huhu. Selesai urut badan, urut muka (facial) dan urut kepala (hair cream bath). Kemudian sauna dan diminta mandi untuk bersihkan badan. Sesi bersiram adalah best sebab dapat bersiram dengan suami...ngeeeeeee...dalam kolam yang dipenuhi dengan susu, limau nipis, bunga kenang dan rose petals. Pastu disediakan ubat periuk (air minuman herba yang sangat sedapppppp!). Sambil minum sambil bersiram. Perhhh sangat refreshing! Selepas 4 jam rawatan, keluar-keluar je macam princess. Kulit tubuh berubah segar dan kelembutannya seperti kulit bayi. Hahah. Suami kata keluar spa je saya ada aroma yang menyegarkan. Hidu rambut bau rempah ratus. Bau sup bunjut. Rasa nak makan. Opssss. Hahahaha. 

Lepas ni kita nak share aktiviti yang sempat kami buat di Pangkor Laut :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan