Pertama Kali Lihat Bunga Bakawali Kembang Wangi Di Waktu Malam


Sedang berehat di mini garden.

Bonda: Eh, apa tu kat celah-celah pokok? Macam kepala Cik U?😰

Bingkas bangun dan menuju ke pokok yang dimaksudkan. Oh my mother! Beraninya.

Bonda: Oh rupanya pokok bunga bakawali sudah keluar bunga dan malam ni akan berkembang!

Once in a life time experience nih. Tapi jaga-jaga, mitos kata bila ia berkembang maknanya ada penunggu!

Pernah dengar tak lagu Bungaku Bakawali nyanyian Elly Mazlin tahun 2012 dulu-dulu.
🎶 Bakawali... bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali... bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Pertama Kali Lihat Bunga Bakawali Kembang Wangi di Waktu Malam


31 Ogos 2017 malam Khamis baru-baru kami sekeluarga akhirnya dapat lihat dengan jakunnya sekuntum bunga Bakawali kembang di waktu malam. Malam Jumaat 2 September 2017, 2 kuntum lagi bunga Bakawali berkembang mekar di waktu malam. Semalaman kami lepak kat mini garden. Lepak makan buah, main bunga api dan borak bersama adik beradik dan ibu bapa. Tiba-tiba jadi family bonding time pulak. Haura pun ada. Rezeki dia kecik-kecik dapat tengok kembang bunga Bakawali. 

Bau harum semerbak mewangi di taman. Dalam kegelapan tiba-tiba ada warna putih bersih suci. Creepy. Misteri. 

Bunga ni tidak seperti bunga lain yang kembang di waktu pagi. Kuasa Allah kan. Bunga Bakawali ini hanya berkembang di malam hari sahaja. Kelopaknya mula terbuka sedikit-demi sedikit lepas jam 7 malam. Menjelang Subuh ketika matahari mula membiaskan cahaya ia mula layu dan menguncup menunduk mengadap bumi. 

Bunga Bakawali dikenali sebagai Queen of The Night (Ratu Malam) dan Moon Cactus (Kaktus Bulan). Macam-macam jolokan nama diberi.

Macam mana dapat bunga Bakawali ni? Dua pupu Azie yang bagi ketika ziarah rumahnya Aidilfitri tahun lepas. Masa tulah pertama kali tengok pokok bunga Bakawali. Pokok ni bonda tanam dalam pasu letak di mini garden. Letak tepi dinding.

Setahun berlalu, ini kali pertama nak keluarkan bunga. Pokok dua pupu Azie tu pun tak keluar bunga lagi hingga ke hari ni. Kawan Azie yang tanam pun masih tak keluar bunga juga. 

Batang bakawali mengeluarkan tangkai bunga. Tangkai bunga tu keluar dari daun bakawali. Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Takperlu percaya ok.

Belah kiri: telah berkembang pada malam Khamis. Menjelang pagi ia kuncup dan layu. Bunga bakawali akan kembang sekali sahaja. 

Belah kanan: Akan berkembang pada malam Jumaat. 

Ada yang kata bunga bakawali ini banyak manfaat dan beri khasiat kepada kesihatan. Contohnya embun yang ada pada bunga bakawali boleh menyembuhkan rabun dan masalah mata. Tidak pasti cerita benar atau mitos semata. 

Jom kita tengok knorologi bergambar kembangnya si putih bunga bakawali

9.15 malam - kelopak bunga dah mula terbuka sedikit berbanding petang tadi

9.26 malam - pandangan hadapan yang putih macam sotong tu dah ready nak keluar

9.54 malam - kelopak bahagian tepi bunga bakawali makin terbuka dan kembang

10.27 malam - yang putih macam sotong tu dah mula keluar ke depan. Masa ni bunga serious gile wangi yang amats

11.22 - kembang dah. Ini last gambar kami captured. Jam 12 kami tak keluar tengok. Seraaammm. Haha just kidding!

MasyaAllah. Subhanallah. Allahu Akbar.

Semua Allah Yang Punya.

13 ulasan:

  1. SubhanAllah besarnya ciptaan Allah. ini baru perihal bunga terlalu banyak nikmat Allah kepada kita manusia ini.

    BalasPadam
  2. Rumah mak saya pulak ada pokok kemboja. Malam-malam je terbau wangi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok kemboja yg warna putih kan bau wangi. Yang merah ada tanam juga di rumah. Tapi tiada bau.

      Padam
  3. cantik nya tapi kembang malam huu sekali kembang pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes dear. Kembangnya di waktu malam sahaja. Sebb tu gelarannya Queen of The Night!

      Padam
  4. cantiknya bunga tu azie...tak pernah tahu pun bunga bakawali kembang waktu malam sahaja.

    BalasPadam
  5. Wah cantik nye bunga tu...Macam mana saya nak dapat bunga tu yer?? dapat tak i beli keratan batangnye??saya betul2 berminat dgn bunga ni...

    BalasPadam
  6. Rumah saya Ada pokok bakawali.. Bunga kembang pkl 12 MLM.. Ada org kata tmpt ponti.. KO Rasa??🤔

    BalasPadam
  7. Sy baru tanam pokok ni, Rasa takut pula

    BalasPadam
  8. Hasil dari adik lelaki sy tanam sejak 2019 alhamdulillah sampai arini pokok dia dh berbunga kali ketiga. Rezeki dpt tengok bunga ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki!

      Pokok kami berbunga sekali aje. Pastu now dah mati. Sobs. Walaupun sekali..sempat juga tengok Bakawali kembang mewangi.

      Padam