#6 Japan Cherry Blossom Day 1 : Berlepas dari KLIA2




Kembara pun bermula. Flight AirAsia ke Jepun berlepas dari KLIA2 jam 2.30pm dan dijangka tiba 10.30 mlm di Haneda Airport. Walaupun kapal terbang berlepas petang tapi abam skema saya ni mahu sampai airport seawal pagi. Sampai airport, check in, drop baggage dan ambil pocket wifi di Travel Recommend. Tempat pick-up/ambil/collect pocket wifi Travel Recommend di KLIA2;

Gateway@KLIA2, Arrival Hall Level 2, L2-73A dalam Tune Store (buka 24 jam)


Selesai semua, makan dulu lepak-lepak dengan suami ambik mood nak travel. Lunch di Bumbu Desa KLIA2. Makanan sini so-so je. Ok lah untuk alas perut. 

Selesai makan dan solat dulu sebelum boarding. Perjalanan lebih kurang 6 jam. Kapal terbang AirAsia ke Jepun ni AirAsia X Airbus A330. Memang besar kapal terbangnya. Pergi Melbourne & Korea sebelum ni pun kapal terbang Airbus A330 juga. Kapal terbang yang ada 2 lorong. Macam biasa mesti beli seat pergi balik and fav seat ialah tepi tingkap. Kalau travel duo macam kami dan naik kapal terbang AirBus A330 better ambik seat belakang (2 seat), kawasan lebih luas dan selesa. Senang nak keluar masuk pergi tandas. 


Keperluan yang mesti ada bila travel :D



Pre-order meal. Nasi dagang AirAsia. Nasi Kerabu AirAsia. Rasa not bad, makan saja. Alhamdulillah. AirAsia X banyak menu pilihan. Inilah masanya nak cuba lain-lain menu. 



Sling bag tajaan Kitschen Malaysia sempena Birthday Lazada yang ke-5 baru-baru ini :D

Perjalanan lebih kurang 6 jam. Lepas makan... tidur sat. Kemudian, buat entertainment sendiri. Download bluray siap-siap dari rumah copy masuk dalam iphone. Layan jerla movie 'FANTASTIC BEAST'. Suami pulak tengok 'DR STRANGE'. Tonton movie dalam flight terasa sekejapan masa berlalu dan akhirnya jam 9.30 malam selamat mendarat di Haneda. Wah awal gilsss sampai. Cekap betul pilot memandu.

Melepasi imigresen dan customs dengan lancar. Alhamdulillah. Malam ini tidur di Haneda airport. Port tempat tidur di tingkat 3 berdekatan dengan prayer room. Prayer room in Haneda Airport; International Terminal Departure 3rd Floor. Tak jauh dari situ ada charging area. Selesai solat, Azie pun lena atas kerusi tak jauh dari prayer room. Cari kerusi yang tak mengadap orang. Kerusi di Haneda Airport ni boleh tahan empuk. Hihi. Selesalah nak baring sat.


Prayer room International Terminal Departure 3rd Floor. 


Tempat wudhu. Perasan tak kepala paip tu? Kebanyakkan pili air di Japan memang macam tu.



Ruang solat yang besar dan selesa. Tapi tiada telekung dan sejadah di sediakan. Prayer room ini boleh kongsi dengan semua jenis agama. Campur lelaki dan perempuan. Ketika kami solat ni tiada siapa yang ada di dalam. Jadi dapat solat dengan privacy. Namun begitu hati-hati, jangan sampai terbuka aurat mungkin ada cctv dalam prayer room ni. Selesai solat cepat-cepat keluar. Bagi peluang pada orang lain nak masuk solat pulak. Tidak dibenarkan tidur dalam ni.



Suami pergi charging phone dulu di free charging port yang disediakan. Kemudian baru tidur. 

First time seumur hidup tidur airport weh. Ni bukan ferfeeling backpacker tegar tau. Tapi sebab esoknya nak kena beli Tokyo Wide Pass di sini, nak collect Disneysea ticket, Osaka Amazing Pass Ticket, Suica Card, USJ Ticket di kaunter HIS Travel Japan di sini juga maka bermalam lah kami di airport. Esok pagi-pagi sebelum kaunter bukak dah boleh terus beratur di kaunter. Kalau check in guesthouse, agak leceh, buang masa dan perlu extra kos untuk datang semula ke airport. Ya, tak semestinya collect di airport, banyak tempat /station lain boleh collect. Terpulang pada preference masing-masing.

Yang bestnya ramai pulak yang tidur epot. Paling epic lecturer sempoi dengan 15 orang student uitm pun tidur epot sama :D 

Waktu pagi di Haneda Airport sunyi sepi. Manusia pun berkurangan 100% berbanding siang tadi. 



Tidur dulu. Esok dah mula nak mencari Sakura di Japan. Selamat malam Malaysia. おやすみ Oyasumi Japan!


6 ulasan:

  1. bestnya dapat pergi japan... nak smpan duit la..and nak terus baca your journal buat reference

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah dear. Penuhkan tabung cepat2 :D Btw terima kasih sudi baca. Baru semangat sikit nak sambung. Hehe.

      Padam
  2. love ur writing dik.kemasssss sangatt! tq bagi tips..share experience.. jazakallahu khairan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih akak sayam *peluk sis kuat-kuat*

      Padam
  3. cepat sambung..tak sabo nk baca :)

    BalasPadam