#13 Japan Cherry Blossom Day 3 : Halal Certified Ramen | Ayam-Ya Okachimachi


Ayam-Ya antara kedai ramen halal yang popular di Japan. Ayam-Ya berasal dari Kyoto. Baru-baru ni telah buka cawangan baru di Tokyo. Yay!

Jika pergi Tokyo atau Kyoto WAJIB cuba ramen halal di Ayam-Ya. Seringkali menjadi sebutan traveler yang pernah jejak Japan. Kali ni, Alhamdulillah kami dapat peluang mencuba sendiri. Tak sabar dah ni. Gosok-gosok perut.

Ayam-Ya Okachimachi Tokyo hanya 2 minit jalan kaki ke Ueno Okachimachi Mosque. Ada yang panggil masjid Okachimachi. Ada juga yang sebut Masjid As Salam. Semua tu merujuk kepada masjid yang sama :D Lepas makan boleh terus ke masjid.

Naik train turun di Station Metro Nakaokachimachi, Hibiya Line. Exit No.3. Lebih dekat jalan kaki berbanding turun di JR Ueno.

Waktu operasi Ayam-Ya di Tokyo setiap hari. Azie perasan restoren atau kedai makan di Jepun ni mereka tak buka sepanjang hari. Ada waktu rehat. Biasa mereka akan buka waktu lunch untuk tempoh tertentu, kemudian rehat dan buka semula menjelang petang untuk waktu dinner.

Operation Hours;

Lunch : 11.30am - 3pm
Dinner : 5pm - 10pm



Pertama kali nak cuba ramen ni. TERUJA!



Boleh makan tanpa was-was. Alhamdulillah :D



Gadis berhijab hulur menu kat kami. Eh-eh muka macam orang Malaysia. Ye, betul! Katanya student uni kerja part time di sini. Lama ye belajar di Jepun :D



Barulah sempat nak check phone. Upload sekeping dua dulu gambar :p Dengan pocket wifi dapat berinternet 24/7. 



Noko Tori Ramen Shio (¥890) & Spicy Tori Ramen Shio (¥850)

Inilah menu tengahari kami. Menu ramen boleh pilih sama ada ‘Shoyu’ (Soy Sauce) atau ‘Shio’ (Salt). Kami pilih Shio (salt) version. 

Kebetulan pulak masa ni, lagu First Love by Utada Hikaru sedang berkumandang. Selalu dengar lagu Utada Hikaru zaman sekolah dulu. Tak pernah terfikir untuk jejak Jepun. Rasa macam tak percaya kami dah sampai Jepun & tengah makan ramen di Jepun! Woot.Woot. 

First slurrrpppp. Ohhhmaigad. Spicy Tori Ramen Shio ni sedap. Yummy! Ketara rasa chicken brooth . Thick & savory. Azie suka daun bawang. Menyedapkan lagi rasa ramen ni. Kemudian cuba Noko Tori Ramen Shio. Lagi sedap.

Ayam-Ya boleh kami katakan antara ramen halal yang sedap di Tokyo. But not the best ramen in Japan. The best ramen in Japan kami makan di Kyoto! Tungguuuuuuu....


Bila sebut masjid dalam bayangan minda mesti ada kubah dan tiang. Tapi di Jepun inilah rupa Masjid As Salam di Ueno Okachimachi :D


Surau wanita di tingkat atas.

Perut dah kenyang. Solat pun sudah. Lepas ini kita pergi Akiba...Akihabara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan