#1 Teaser Sakura Japan 2017


Assalamualaikum. Ohayō gozaimasu おはようございます Malaysia!


Sayonara Japan. Alhamdulillah, selamat sampai Malaysia. Pengalaman 16 hari (lebih kurang 2 minggu) di Japan sangat manis untuk dikenang. Dulu Japan jajah Tanah Melayu, kini masa kiteorang pulak menjajah Jepun. Hihi. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik selama di sana :D

Japan ni sangat luas tau. From my humble experience, sebelum pergi Jepun buatlah research. Plan la kawasan mana nak pergi dengan bajet yang ada. Please jangan pakai redah. 

Sebelum Azie membebel panjang lebar, nah teaser sakura Japan 2017 :D untuk korang semua. Mata terasa sejuk memandang, hati dan minda terasa segar dan lapang melihat Kebesaran Yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, kami dapat merasai the bloom of cherry blossom in Japan! Sakura full bloom semasa kami tiba Osaka, Kyoto, Nara & Kobe. Tokyo hanya tempat-tempat tertentu sahaja kami berhanami.

Hanami 'The Joy of Japanese Flower Viewing🌸🌸🌸 

Bunga sakura mampu bertahan 2 minggu sebelum kelopaknya berguguran dan berterbangan. Siap ada 'springbreak' di Jepun untuk mereka beristirehat dan menikmati pemandangan sakura yang kembang mekar. Selalunya mereka ber'hanami' bersama keluarga dan kawan-kawan di bawah pohon cherry. Hana bermakna bunga dan mi bermaksud lihat. Hanami tu pesta melihat bunga :)

Jemputlah Hanami 🌸🌸🌸 bersama walaupun secara maya :D


 Tokyo, 1 April 2017


Odaiba Tokyo, 2 April 2017


Kyoto, 7 April 2017


Kyoto, 7 April 2017



Kyoto, 7 April 2017



Kyoto, 7 April 2017


Nara, 9 April 2017


Osaka, 11 April 2017



Himeji, 13 April 2017



Himeji, 13 April 2017



Kobe, 13 April 2017


Bunga sakura berkembang berbeza-beza mengikut daerah di Jepun. Dapat diperhatikan bunga Sakura ini mempunyai pengaruh yang besar dalam falsafah kehidupan rakyat Jepun sampaikan duit syiling 100 yen pun bercorak sakura! 


Kalau nak tahu, selama kami di sana coin 100 yen inilah yang paling banyak kegunaan. Locker memang nak duit 100 yen sahaja. Naik bas pun nak duit 100 yen sahaja. Daiso semua barang 100 yen tak termasuk tax. Ada kedai spesifik nama 100 yen. Satay halal sedap yummeh di Okubo pun harga 100 yen secucuk. Nampak tak...duit 100 yen = RM4 sangat banyak digunakan di Jepun.


Teringat cerita Huda, orang Jepun memilih April sebagai permulaan persekolahan. Company pun buat majlis dan ambil staff baru pun pada bulan April. Seolah-olah April, bermulanya episod baru dalam diari kehidupan mereka. Nak tahu siapa Huda? Jeng..jeng kena tunggu! 


Ada yang bertanya, Azie pergi pakej ke DIY. Kami DIY sahaja. The freedom of doing what you want and where you want, is the true meaning of travelling! 


Selamat bermusafir kepada yang akan bermusafir dalam masa terdekat.


Sekian dulu. Wassalam.



Japan Travelog 2017

10 ulasan:

  1. dah tazabaarrrr ni nak baca pengalaman azie.... hehhehe. selamat kembali,azie!

    BalasPadam
  2. Cantiknyaaa!! Tak sabar nak baca entry seterusnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Indahkan ciptaan Tuhan. Semangat teruih nak update.

      Padam
  3. wah cantiknya sakura. plan nak pegi jgk tahun ni. kena tggu baby besar sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. :D Amiin Ya Rabb. Moga cikpuan Ainul dapat pergi Jepun juga nanti

      Padam
  4. Assalam azie, huda share kat FB link ini ya?

    Adoyai malu lah ada nama iolss :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Huda. Ya silakan. Boleh share guna button FB kat ats ni.

      Padam
  5. WAHH..SERONOK NYA KAN DAPAT FEEL SENDIRI BUNGA SAKURA TU..YANG KALER PINKISH TU CANTIK NYA LA HAII...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sebelum ni tengok dalam ig dan fb pun dah rasa teruja. Bila feel sendiri. Masha Allah perasan dia lain macam teruja.

      Padam