#3 30 Perkara Menarik Yang Kami Temui Selama Kembara 16 Hari di Jepun


Assalamualaikum. Ohayō gozaimasu おはようございます Malaysia! 



'Bertemu' dengan Sakura, Salji dan Fuji antara pengalaman paling manis dalam hidup ku. Bersyukur kerana berpeluang kembara ke Jepun. Kembara melebar perspektif pemikiran. Sebenarnya semua destinasi yang pernah Azie sampai sebelum ini mempunyai nilai tersendiri dalam memori :D


Teruja nak kongsi 30 perkara menarik tentang Jepun yang kami temui selama 16 hari kembara di Jepun (Kanto & Kansai). Tahu ramai yang dah pernah sampai Jepun tapi masih ramai lagi di luar sana yang belum berpeluang sampai. Jadi pengalaman yang sedikit ni moga ada manfaatnya. Bertabahlah membaca sebab huraian sis agak panjang. Hihi. Selamat membaca. 

1. Tandas di Jepun sangat hi-tech! Tempat duduk ada heater. Ahhh lega sangat suasana sejuk bila duduk rasa hangat. Bidet untuk wanita istimewa sebab ada bidet bahagian depan dan belakang tau. 2 'button' berbeza. Istimewa kan. Selesai basuh ada 'button' pengering. Walla weh! Kalau nak privacy buang air besar tekan 'button' privacy maka bunyi air mengalir akan kedengaran. Sis jakun. Lagi hebat, tisu yang mereka design memang untuk di 'flush' masuk dalam tandas. Tak perlu buang dalam tong sampah.


2. Jepun memang bersih. Longkangnya pun bersih sampai ikan koi besar sihat dan gebu sudi berenang-renang dalam longkang. Kolam takungan / tadahan juga bersih. Jepun benar-benar praktikkan 'kebersihan sebahagian daripada iman'. Bukan sebab denda buang sampah mahal tak mampu nak bayar. Memang tak jumpa pun label amaran buang sampah denda sekian-sekian. TIADA. Tapi sebab didikan disiplin yang sangat tinggi / asuhan ibu bapa dan sekolah dari kecil tentang pentingnya kebersihan. Masha Allah. Subhanallah. Adakah kita mampu sebersih begitu?


3. Sukar nak cari tong sampah di Jepun? Benar kami dah alaminya. Susah nak cari tong sampah melainkan di airport, train dan subway. Jadi plastik makanan biasa kami simpan semula dalam beg. Jadi nak pi Japan boleh standby plastik sampah dalam bagpack. 

4. Tong sampah pun bersih? Ya benar. Kami siap makan maggi dan minum kopi beralaskan tong sampah masa kesejukan yang teramat sangat waktu Maghrib di Disneysea. Berlindung tepi dinding yang ada tong sampah sebab angin malam Disneysea memang sejuk tak mampu nak tahan. Disneysea lokasinya betul-betul tepi laut. Memang SUPERB bersihlah tong sampah. Masha Allah! Mampukah Malaysia negara Islam jadi begitu? 

5. Lepas makan angkat pinggan mangkuk sendiri? Ya, pengalaman ni kami alami di food court Takeshita Dori, Disneysea, Universal Studio Japan & di Kansai Airport. Situasi benar-benar buatkan kami terbuka minda. Lepas ni, setiap kali makan di restoren / KFC / MCD / IKEA nak latih diri kemas sampah sarap makanan kita semaksima yang boleh. Kalau tumpah atas meja lap bagi bersih. Tak mau dah tinggal meja restoren sepah-sepah. Dengan anak-anak, boleh latih kanak-kanak dari kecil begitu. Kesian pada tukang lap walaupun mereka dibayar gaji buat begitu. In sha Allah kalau kita mudahkan urusan orang lain, orang lain akan turut mudahkan urusan kita kan. 

6. Jika bercadang untuk menetap di Homestay, kena pastikan kita telah pelajari pengkelasan sampah terlebih dahulu. First time kami travel kemas bersih bilik sendiri sebelum check-out :) Cadar buang sendiri dalam bakul yang disediakan. Selimut lipat elok-elok. Sampah asing ikut pengkelasan. Pastu buang dalam tong sampah besar yang disediakan. Sampai dapat review "room is very clean" dari host kami. Hahaha. Bila travel, kita seolah-olah duta kecil negara Malaysia. Jadi jangan malukan Malaysia okey! 

Erkkk....sinki rumah kita sebersih ini tak? Sinki rumah host tempat kami menginap di Osaka. 

7. Penginapan kami book melalui AirBnb. Kebanyakkan bilik air rumah host di Jepun sangat kecil. Bilik air mereka design sekecil yang boleh. Bilik mandi berasingan dengan tandas. Kalau bilik mandi tu muat sekujur tubuh. Kalau tandas kami pernah dapat lebih kurang luas 3 kaki x 3 kaki. Orang yang agak big size terpaksa berhuhuhu la bila tengok tandas nak buang air besar. Kena adjust kedudukan bagi selesa. Kebanyakan bilik air hotel memang open (shared open bathroom). Selamatlah berbogel ramai-ramai. Hahaha. Jadi kalau nak pergi Jepun, sebelum booking tempat penginapan tengok dulu bilik air jenis macam mana okey!

8. Masuk rumah kena bukak kasut (sama la dengan Malaysia) tapi semua rumah ada selipar macam hotel tu untuk pakai dalam rumah. Jangan pulak pakai selipar atas tikar Tatami tau (tikar Jepun).

9. Train merupakan kenderaan utama di Jepun. Train di Jepun super duper extra complicated. Line train sahaja BERATUS! Selamat serabutkan diri okey :P Oh nak bagi tahu waktu puncak di Jepun (orang pergi kerja) dalam subway / train sekitar 7 pagi hingga 9 pagi. Mohon elakkan station paling sibuk di Jepun (stesen Shinjuku). Silap-silap muka bertepek kat tepi pintu train. Pengalaman bersesak dalam train yang orang viral kat FB tu kami dah rasa. 

10. Info ni dapat masa dinner dengan Huda-san di Bintang Bali, Okubo Shinjuku. Memang kami perasan semua restoren Jepun kami pergi pasti sediakan tuala lembap sejuk (masa musim spring). Dipanggil Oshibori. Rupanya untuk mengelap tangan SAHAJA. Bukan untuk lap muka okey. Hahaha. 

11. Wahai perokok, kalau nak merokok kena pergi tempat-tempat 'smoking area' yang disediakan di tempat awam. Tak boleh merokok sambil berjalan-jalan di tempat awam tau. Silap hari bulan kene saman. 

12. Buat muka lost sikit, tengok phone cari jalan pasti ada yang datang menolong. Benar! Beberapa kali kami alami situasi begini. Mereka muncul tiba-tiba depan muka. 


13. Dari Tokyo sampai ke Osaka kami perhatikan parking basikal lagi banyak dari parking kereta. Siap ada parking basikal bertingkat. Kena bayar tau parking basikal. Teringat cerita Huda-san , setiap basikal perlu daftar di balai polis dan ada unik plat number (macam kereta). Kata Huda lagi, di Jepun susah nak 'hidup' jika tiada basikal. Tiada kereta ok je masih boleh kembara satu Jepun! 

14. Dari pemandu shinkansen, local train, bas dan teksi semua pakai seragam lengkap , sopan bertali leher dan bertopi macam 'pilot'. Ulang suara, termasuk pemandu teksi dan bas tau. Pemandu shinkansen pun bawa briefcase hitam tau. Argghh smartnya mereka ni! 


15. Shopping di Jepun jangan terkejut bila harga bayar tak sama dengan harga yang kita tengok. Harga yang dipaparkan di 7e, Family Mart, Lawson dan semua store TIDAK TERMASUK Tax. Tax di Jepun 8%. Sebagai tourist pilih kedai berlabel TAX FREE, tunjuk passport di kaunter (mereka akan kepilkan resit dalam passport) untuk pengecualian tax dengan SYARAT jumlah pembelian mestilah lebih 5,000¥ (berbeza ikut kedai). Ada setengah-setengah kedai benarkan tax free dengan syarat tidak digunakan di Jepun seperti barang kosmetik, skin care, strawberry dll. Mereka akan seal rapat2. 

16. Terlampau banyak 'drugstore' di Jepun. Bukan jual dadah ye. Tapi jual kosmetik, skin care dll. Nak cari SK-11, Kose, Shiseido dan macam2 jenama boleh cari di sini. Boleh lumpuh biji mata nak belek satu-satu. Besar dan terlalu banyak!


17. Kalau terjumpa tapak pembinaan mesti akan ada penjaga jalan laluan masuk setiap tapak pembinaan demi memastikan keselamatan orang awam yang lalu lalang depan pintu masuk site. Kami jumpa di Osaka dan Kobe. Uniform mereka sangat bersih dan kemas. Konsep 5S sangat ketara walaupun di tapak pembinaan. Jauhnya lahai beza dengan kita di sini. Yang penting penjaga laluan tapak pembinaan adalah warga tempatan bukan warga asing! 

18. Kalau musim hujan ada sesetengah restoren dan kedai sediakan sarung payung plastik untuk mengelakkan lantai kedai jadi basah. Situasi begini sama seperti di Korea. 

19. Kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas balik sekolah sendiri tanpa pengawasan orang dewasa tau! Kelihatan mereka agak cerdik dan matang dalam mengurus diri. Yang bawah 7 tahun kecik-kecik comel nampak ibu mereka jemput anak-anak balik sekolah naik train/subway :D


20. Pastu perasan tak beg sekolah mereka seragam. Kata Huda-san semua beg perlu sama pattern supaya seragam. Cara nak elak tertukar milik ialah dengan letak nama. Mak-mak perlu letak nama pada semua benda dari jaket sekolah, sapu tangan, beg sekolah, bentou, kasut sekolah dll. 

21. Kanak-kanak preschool cuma bawa bentou, berus gigi dan 2 helai sapu tangan untuk letak di luar tandas dan luar kelas. Buku semua simpan di sekolah sebab ada locker masing-masing. Kebanyakkan aktiviti pelajar sekolah rendah bercucuk tanam, main muzik, outdoor, piano, swimming dll. Buku pelajaran ada masa-masa tertentu sahaja. Mereka terapkan konsep Attitude first than Academic. Terima kasih Huda-san untuk info ini ^_^ 

22. Bas di Jepun ada mesin tukar duit. Masuk duit kertas 1,000¥, keluar duit syiling 100¥. Power tuh. Pastu baru bayar tambang bas dengan duit 100¥. Maksima tukar duit dalam bas 1,000¥ sahaja tau. Kalau korang bawak 10,000¥ alamatnya kene berdirilah dalam bas tu sampai driver bas cukup duit balance. Semua duit masuk mesin. Driver bas tak pegang duit balance. Jadi penting naik bas sediakan duit kecil siap-siap. Sama kes  kalau nak sewa locker. Gambar di bawah ni money changer untuk coin locker. Locker pun nak duit 100¥ sahaja. 


23. Dalam train/subway di Jepun memang senyap sunyi. Tahap senyap tu sampai tiada bunyi phone langsung. Kalau perhatikan ada orang Jepun yang membaca buku atau suratkhabar dalam train. Memang ada adab naik train. Phone memang disuruh setting 'mute' @ silent mode seperti kita dalam bank/hospital. Kalau berkunjung ramai-ramai pergi Japan naik train jangan buat macam train sendiri tau sepelaung dah boleh dengar suara. Malu weh kalau kena viral di Tokyo.

24. Terlalu banyak vending machine bersepah-sepah serata Jepun. Selain minuman, makanan crepe juga boleh beli via vending machine. Begitu juga ais krim. Rokok juga dijual melalui vending machine. Paling best, di Osaka kami order menu makanan halal melalui vending machine!


25. Umur sekadar angka. Dahsyat orang Jepun nih. Dah berusia pun masih bekerja kuat. Mungkin jiwa mereka kosong, sepi dan tiada apa nak buat. Umur warga emas masih jadi penjaga laluan tapak binaan, masih bergerak ke sana ke mari masih jadi penuntut universiti. Di Kyoto, ada satu masa tu penuh dalam bas dengan warga emas rambut putih (wanita) & bertopi jika lelaki. Masih kuat tenaga jalan kaki kehulu kehilir. Nak ke mana je diorang ramai-ramai ni? Tinggal kami dan beberapa orang je tourist dalam bas tu. Konfius kejap! Hahaha. 

26. Di Jepun sekali pun tak jumpa anjing liar berkeliaran merata. Tapi selalu jumpa spits Jepun iaitu anjing teman / peliharaan ( baka anjing saiz kecil hingga sederhana). Alah, anjing ala-ala Paris Hilton tu. Bulu lebat macam teddy bear jalan gedik-gedik dan siap pakai baju. Jangan terkejut, orang Jepun letak anjing dalam stroller untuk bawak pergi siar-siar dalam taman. Selama ni tengok dalam movie kan. Comel pulak bila tengok depan-depan mata. 

27. Penutup lubang longkang di Jepun bewarna dan bercorak! 


28. Ada section muslim friendly (makanan) dalam LAOX Department Store. Oh terharunya.


29. Di Jepun, boleh minum coffee ada muka sendiri. Hebat kan? Isk isk. Jauh ke depan betul Jepun ni. Pemikiran mereka lebih maju dari semua benda. Patutlah zaman dulu ex-PM Tun Mahathir selalu sebut pandang ke Timur. Dah sampai Jepun barulah paham dengan jelas saranan ex-PM kita tu. 


30. Jumpa LV a.k.a Louis Vuitton longgok dalam bakul kat luar kedai. OMG! Ori tau bukan fake. Tapi second (kita panggil preloved)



Wah gigihnya korang baca sampai habis! Terima kasih. So amacam. Teringin tak nak kembara ke negara Jepun? 


English version : https://blog.halal-navi.com/en/30-amazing-things-japan-blows-mind-first-time-tourist/


Sekian dulu, Wassalam.


14 ulasan:

  1. gigih sangat...mmg negara impian... next year In Shaa Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ammiinn Ya Rabb. Kiteorang ni pun rasa gatal nak cari tiket murah lagi. Walaupun 16 hari terasa sekejapan masa berlalu.

      Padam
  2. pasai toilet tu... ana ada cakap kt anep... ish nk g Jepun tu, toilet pun mahai...dia cakap kita akan willing to pay becoz we'll experience benda yg x da kt malaysia and tak tau bila nak ada...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Ana toilet public free je. Area tokyo kebanyakkan public toilet memang washlet (hi-tech). No need to pay! Memang untuk kemudahan rakyat. Osaka ada certain tempat ada washlet. Kyoto pun ada tempat2 tertentu. Yang berbayar tempat mandi mcm di Airport. Kalau tidur airport tak perlu mandi! Hahaha. Orang Jepun kebanyakkan tak mandi pagi. Diorang mandi malam kata Huda-san. Dalam train/subway takda bau. Semua bau neutral je :D

      Padam
  3. amaigad amaigad..LV ori pre-love tu murrrrr tak azi? hahha. tu plak yg di fokusnya si esah ni.hahhaa. Jepun ye?? tggu nxt trip lepas p mekah and switzerland.. mudah2an..ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amaigad.Amaigad. Murah la kak sayam dari beli di butik. Tapi yang longgok tu conditionnya tidak nampak baru lah. Jepun tak benar langsung jual barang2 fake. Amiinn Ya Rabb In Sha Allah sis :D

      Padam
    2. Ala..ala azie, siap Huda-san lagi gaya formal gitu. No problem.Apa yang huda share pun based on personal experience 😊

      Padam
    3. Thank you Huda. Moga Allah permudahkan urusanmu selesaikan Phd. 頑張ってください Ganbatte kudasai Huda-san :)

      Padam
  4. https://blog.halal-navi.com/en/30-amazing-things-japan-blows-mind-first-time-tourist/

    BalasPadam
  5. seronoknya baca.

    bila la dapat g Jepun ni

    BalasPadam
  6. Boleh tau tak lv longgok tu kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Adilah, alamak sorry lupa dah. Sama ada Tokyo atau Osaka. No worries kalau jalan-jalan area tourist hotspots mesti jumpa banyak lv longgok ni.

      Padam
  7. I nak pegi 21/3/2019 sbb tu gigih membaca tq dear

    BalasPadam