Bilik Deluxe Sea View Corner dan Turmeric Restaurant

 


Hi. Selamat pagi! Ini sambungan Part 2 dari Review Cuti-Cuti Malaysia Di Anantara Desaru. Saya nak kongsi gambar Deluxe Sea View Corner Room di Anantara Desaru. Bila semak harga tahun lepas sudah tidak sama lagi dengan harga tahun ni. Sudah 'price increase'.

Layanan Anantara Desaru ternayata lima bintang. Sampai sahaja kereta di lobby, kedatangan disambut mesra oleh staff resort, of course dengan senyuman tapi tak nampak sebab pakai mask kan... dibukakan pintu kereta, diturunkan luggage dari kereta. Lepas park kereta ada buggy datang pick up semula ke lobi. Then sementara hendak check in dihidangkan pula air yang sangatttlah menyegarkan. Tuala panas untuk lap-lap tangan. Aaarrgghh so refreshing lepas berjam-jam kematu punggung dalam kereta dari Shah Alam ke Johor. Dari Shah Alam singgah sebentar rumah parent di Seremban. Breakfast together di garden ibu sambil sembang banyak perkara. Ada saja cerita untuk menyembang. Moment dengan ibu bapa begini sangatlah priceless buat saya. Dalam jam 11 pagi baru gerak ke Johor. Syukurlah kami gerak sehari sebelum cuti Deepavali. Jadi trafik sangat menyenangkan. Aman damai. 

Okay sambung. Masuk sahaja bilik, terkejut tengok ada belon, ada buah, ada kek, tuala berbentuk itik siap menyambut kedatangan kami. Haha. Honestly hubby tak request apa-apa pun. Tapi Anantara Desaru so kind hearted sediakan semua deco ini sempena 13 tahun anniversary kami. Awww so sweet. Sah-sah menjadi percutian yang paling diingati sepanjang kehidupan. Gitu impact dia.





Buka sahaja sliding door untuk ke balcony, terkesima jap dengan keluasan balcony. Lagi terkesima tengok view bilik yang sangat magnificent!



Resort kredit RM150 dihabiskan dengan sekelip mata di Turmeric Restaurant. Kebetulan ada Thai-Laysia Night. Harga dinner buffet RM150 per person. Dinner buffet Anantara memang puas hati. Banyak bethol menu-menu Malaysia dan Thailand. Makan sikit-sikit pun dah kenyang do'oh. Boleh dikatakan semua makanan sedap-sedap belaka. Sangat worth it! Restaurant tak terlalu crowded. One of my favourite recreations... eating with hubby, the service and the ambience.







Lepas makan, jalan-jalan jap tengok suasana resort di waktu malam. Area pantai gelap gelita. Tak berani nak turun. Waktu malam pun sunyi saja resort ni. Tiada bunyi riuh rendah kanak-kanak. Masing-masing beraktiviti di bilik atau di villa masing-masing. Lepas snap sekeping dua gambar malam, balik bilik...lepak atas buaian minum kopi sambil menikmati angin malam sepoi-sepoi. Yang penting takde cicak. Takde binatang. Takde nyamuk. Terima kasih Anantara Desaru, percutian yang sangat menyenangkan dan mendamaikan :) 








1 ulasan: