Tiada lagi moratarium pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan. Sebelum ini kami rakyat Malaysia hoora hoorey memandu ke sana ke mari dalam radius 10km tanpa cukai jalan @ roadtax dan lesen memandu yang sudah tamat tempoh. Tapi tapi tapi kena ada insurans. Oh no! Cukai jalan CikTa sudah tamat tempoh dari November 2020. Ada juga beberapa kali cubaan renew. Tapi memang tak boleh proses pun urusan tersebut. Disuruh balik saja. Tiba-tiba keluar peringatan daripada JPJ seperti di bawah:
"Orang ramai dinasihatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh SEBELUM atau PADA 30 September 2021."
Bermula 1 Oktober 2021 penguatkuasaan akan dilaksanakan. Jadi silalah bergegas ke pejabat pos berdekatan untuk perbaharui cukai jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan untuk perbaharui lesen memandu. Ataupun apa susah, runner kan ada :)
Bila nampak saja berita ini, kita terus alertkan suami. Bergegas dia check cara untuk renew roadtax dan lesen memandu sebab lesen memandu dia tamat tempoh September ini.
Cara Renew Cukai Jalan @ Roadtax
1. Janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos 2021 dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.
2. Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.
Tidak buang masa, Ahad 8 Ogos bergegas semak online dan terus booking slot temu janji. Tiada masalah. Mudah, laju dan pantas sahaja booking slot. Mungkin ramai yang tak tahu info. Pos Malaysia confirmkan slot melalui emel seperti contoh di atas. Tarikh yang dipilih esoknya Isnin 9 Ogos 10.20am - 10.30am. Alhamdulillah selesai satu babak. Kita kongsi situasi pejabat pos hari Isnin 9 Ogos tu. Uiiii ramai orang. Masing-masing nak renew roadtax. Tapi malangnya datang secara walk-in tiada temujanji. Maka permintaan tidak dilayan. Mereka utamakan orang yang datang dengan temujanji sahaja. Jadi yang sudah dapat slot temujanji tu better jangan lambat okay!
Cara Perbaharui Lesen Memadu
Cawangan pejabat pos yang berdekatan kediaman kami kecik aja. Jadi untuk perbaharui lesen memandu kita pi online JPJ pulak. Kalau kediaman korang berdekatan dengan Main Pejabat Pos boleh terus renew lesen juga. So kita terus ke website JPJ dan book secara online. Banyak tarikh dan waktu telah habis ditempah. Kami punya slot pada Ahad ini. Semoga lancar kesemuanya. Aaminn.
Korang jangan bertangguh lagi, usahalah untuk perbaharui segera. Kalau Menteri Pengangkutan tangguh lagi, itu dikira bonus. Jika penguatkuasaan tetap dilaksanakan 1 Oktober, semua pakat pulun last minit lagi haruuuu. Lagipun bahaya nak kumpul ramai-ramai sekarang ni. Variant covid terbaharu makin mengganas. Stay safe semua. Kita jaga kita, Insha-Allah....Allah jaga kita :) Mudah-mudahan info ini bermanfaat dan membantu. Wassalam.
Nota: SINI untuk voucher Kenny Rogers, Tealive & B. & Robbins. Enjoy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan