Pages

Selasa, 17 Ogos 2021

Ivermectin dan Covid-19


Jom kita sama-sama ambil tahu informasi ini. Jadi kalau ada yang cadangkan ambil Ivermectin bila disahkan positif Covid-19, jangan buta-buta percaya. Setahu saya Ivermectin di Malaysia digunakan di klinik veterinar. Ambil tahu dulu apa itu ivermectin, apa kesan sampingan dan latest dah ada pun kes keracunan kerana ambil ubat ini secara kendiri tanpa pengawasan doktor. Ishh janganlah buat main dengan nyawa. Pastikan dapat nasihat doktor dahulu. Sumber di bawah diambil daripada Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Apa itu Ivermectin?

Sejenis ubat anti-parasit. Digunakan untuk haiwan. Digunakan untuk rawatan penyakit tropika:

- Onchorcerciasis

- Strongyloidiasis

- Helminthiases


Ivermectin dan Covid-19

- Tiada data klinikal mencukupi untuk rawatan Covid-19

- WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatn dan keberkesanan.






Sumber: Facebook KKM


Petikan akhbar:



Isnin, 16 Ogos 2021

Fenomena Sun Halo di Port Dickson

 

Siapa menetap di Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka? Sempat snap gambar cincin di langit tak? untuk diabadikan sebagai kenangan. Fenomena halo matahari atau pun sun halo seakan-akan cahaya pelangi bulat mengelilingi matahari.

Halo matahari terhasil daripada refleksi cahaya matahari dibias dan dipantul oleh kristal ais berbentuk heksagon di dalam atmosfera. Ia berlaku kerana awan sirus sejuk yang  tampak nipis. Awan tersebut terbentuk di lapisan troposfera dengan ketinggian lebih dari 20,000 kaki (lebih kurang 6km).

Fenomena ini katanya sangat jarang berlaku. Kekerapan ia berlaku bergantung kepada kehadiran ais kristal dalam atmosfera. Fenomena Halo sentiasa mempunyai radius 22 darjah tanpa mengira kedudukannya di langit.

Kejadian Sun Halo ini berlaku pada 3 Ogos 2021 lepas. Saya pun tidak sedar kewujudan fenomena ini sehinggalah my sister yang tangkap gambar  dan kongsi dalam group keluarga. Pastu masing-masing pun keluar rumah nak tangkap gambar juga. Bahaya pandang terus ke arah matahari. Kena pakai cermin mata hitam untuk lindungi mata. Jadi, kita park sini buat kenangan. Oh selain halo matahari, boleh jadi berlaku juga halo bulan.



Kredit: Balai Cerap Selangor



Lokasi: Port Dickson, 2 Ogos, 12.49 PM



Lokasi: Selangor



Jumaat, 13 Ogos 2021

Renew Roadtax dan Lesen Memandu Segera


Tiada lagi moratarium pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan. Sebelum ini kami rakyat Malaysia hoora hoorey memandu ke sana ke mari dalam radius 10km tanpa cukai jalan @ roadtax dan lesen memandu yang sudah tamat tempoh. Tapi tapi tapi kena ada insurans. Oh no! Cukai jalan CikTa sudah tamat tempoh dari November 2020. Ada juga beberapa kali cubaan renew. Tapi memang tak boleh proses pun urusan tersebut. Disuruh balik saja. Tiba-tiba keluar peringatan daripada JPJ seperti di bawah:

"Orang ramai dinasihatkan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) & Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh SEBELUM atau PADA 30 September 2021."

Bermula 1 Oktober 2021 penguatkuasaan akan dilaksanakan. Jadi silalah bergegas ke pejabat pos berdekatan untuk perbaharui cukai jalan dan Jabatan Pengangkutan Jalan berdekatan untuk perbaharui lesen memandu. Ataupun apa susah, runner kan ada :)

Bila nampak saja berita ini, kita terus alertkan suami. Bergegas dia check cara untuk renew roadtax dan lesen memandu sebab lesen memandu dia tamat tempoh September ini.




Cara Renew Cukai Jalan @ Roadtax

1. Janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai 8 Ogos 2021 dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

2. Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.




Tidak buang masa, Ahad 8 Ogos bergegas semak online dan terus booking slot temu janji. Tiada masalah. Mudah, laju dan pantas sahaja booking slot. Mungkin ramai yang tak tahu info. Pos Malaysia confirmkan slot melalui emel seperti contoh di atas. Tarikh yang dipilih esoknya Isnin 9 Ogos 10.20am - 10.30am. Alhamdulillah selesai satu babak. Kita kongsi situasi pejabat pos hari Isnin 9 Ogos tu. Uiiii ramai orang. Masing-masing nak renew roadtax. Tapi malangnya datang secara walk-in tiada temujanji. Maka permintaan tidak dilayan. Mereka utamakan orang yang datang dengan temujanji sahaja. Jadi yang sudah dapat slot temujanji tu better jangan lambat okay!


Cara Perbaharui Lesen Memadu


Cawangan pejabat pos yang berdekatan kediaman kami kecik aja. Jadi untuk perbaharui lesen memandu kita pi online JPJ pulak. Kalau kediaman korang berdekatan dengan Main Pejabat Pos boleh terus renew lesen juga. So kita terus ke website JPJ dan book secara online. Banyak tarikh dan waktu telah habis ditempah. Kami punya slot pada Ahad ini. Semoga lancar kesemuanya. Aaminn.

Korang jangan bertangguh lagi, usahalah untuk perbaharui segera. Kalau Menteri Pengangkutan tangguh lagi, itu dikira bonus. Jika penguatkuasaan tetap dilaksanakan 1 Oktober, semua pakat pulun last minit lagi haruuuu. Lagipun bahaya nak kumpul ramai-ramai sekarang ni. Variant covid terbaharu makin mengganas. Stay safe semua. Kita jaga kita, Insha-Allah....Allah jaga kita :) Mudah-mudahan info ini bermanfaat dan membantu. Wassalam.

Nota: SINI untuk voucher Kenny Rogers, Tealive & B. & Robbins. Enjoy!



Rabu, 4 Ogos 2021

Vaksin Astrazeneca 1st Dose



Kita simpan di sini sebagai kenangan bahan bacaan di masa akan datang. Kalian sudah divaksin kah? Saya baru dapat dos pertama Astrazeneca pada 21 Julai 2021 lepas. Hasil 'battle' vaksin AZ pada 26 May lalu. Walaupun dua puloh juta kali verified 'I'm not a robot' pastu pilih lampu isyarat, traktor, mountain, fire drill pulak dekat 10 juta kali, tetap juga tidak berjaya. Hubby berjaya setelah cubaan tukar tempat vaksin dari IDCC ke WTC - KL. Selang masa beberapa hari, kecoh-kecoh yang tidak berjaya dapat panggilan vaksin. Alhamdulillah bila buka My Sejahtera rupanya berjaya. Perasaan teruja tu jangan cakap. Tarikh yang diberi 21 Julai. Excited tadi hilang sekelip mata. Hahah. Kena tunggu lagi 2 bulan rupanya. Syukur dalam redha.


Ini fakta: Vaksin Astazeneca asalnya termasuk dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK). Bila program suntikan dimulakan, ramai pihak membantah sampaikan yang mendaftar dalam My Sejahtera menarik balik pendaftaran kerana tidak mahu terima suntikan vaksin Astrazeneca. Isunya 'blood clots'. Walaupun dijelaskan kebarangkalian berlaku 0.0004%. PICK terpaksa akur dan keluarkan vaksin AZ dari program kebangsaan hingga menjejaskan kelancaran usaha mencapai Imuniti Kelompok (herd immunity). Pastu barulah trend menarik diri berhenti. Offer kat negeri Sarawak. Sarawak reject juga vaksin AZ ni.

Pastu takkan nak buang pulak 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dah diterima ini walaupun semua orang bantah. Maka PICK putuskan beri vaksin Astrazeneca kepada sesiapa sahaja yang lebih 18 tahun yang bersetuju terima suntikan vaksin AZ secara sukarela. Sebab tu siapa yang sukarela terima AZ ini perlu tempah online tidak melalui My Sejahtera. Tidak sampai (4) empat jam pendaftaran dibuka, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AZ habis ditempah. Eh laris la pulak. Ramai orang muda yang tidak kisah vaksin jenama apa asalkan divaksin segera menempah vaksin Astrazeneca untuk batch ini.

Sebab laris PICK open pula pusingan kedua pada 26 May untuk individu bawah 60 tahun. Kali ini offer lebih sejuta dos vaksin AZ. Bila tengok budak-budak muda 18 tahun ke atas ramai-ramai sudah terima vaksin awal, mereka share di instagram, twitter dan facebook, mulalah ada yang panas hati. Apesal yang muda-muda ini sudah divaksin? Padahal.....

Pusingan kedua tempahan online dibuka jam 12 tengahari. Orang berebut, battle-battle, 10 juta kali verified i'm not a robot, akhirnya habis ditempah dalam masa sejam. Pastu yang tak berjaya mengamuk di socmed. Eh haritu pakat bantah, tarik diri. Kali ini marah sebab offer sikit sangat. Kena berebut. Pastu sistem online mahal saja tapi lembap. Aih macam-macam. Pening kepala team PICK macam ni.

Pastu kerajaan pun masuk balik vaksin Astrazeneca dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan. So takdelah pusingan ketiga. Semua pasni tunggu saja turn dipanggil di My Sejahtera. Ha gitulah cerita dia.

Dos pertama selesai 


Temujanji jam 2 petang. Tersampai awal jam 1.15 petang. Almaklumlah dari Shah Alam nak ke WTC-KL kalau tersangkut dalam SJR (sekatan jalan raya) boleh jadi terlambat sampai. Rupanya trafik sangat lancar. Parking saja dalam WTC-KL sejam lebih kurang RM4.40 jika tidak salah. 

Check point yang pertama adalah semak tarikh di Profile My Sejahtera. Kena update tarikh terkini. Yang ni kita dah siap-siap kemas kini dari rumah. Kat check point ni saja ramai yang sangkut. Tapi proses ni tak ambil masa yang lama pun. Lorong mengikut station yang dinyatakan dalam My Sejahtera pun lengang. Lepas scan jalan terus. Mula-mula risau juga kalau tersesat. Rupanya sukarelawan sangat ramai membantu. Setiap check point ada yang membantu. Terbaiklah team PICK, semua sukarelawan yang terlibat, doctors dll petugas kerana kalian proses vaksinasi semua orang berjalan lancar dan cepat sangat! Kesemua proses hanya mengambil sama 40 minit sahaja.

Ingatkan ada sukarelawan yang tolong ambil kan gambar. Hahah. Rupanya kena minta tolong sesiapa yang berdekatan. Sebab ada yang baik hati tolong ambilkan gambar, maka adalah sekeping dijadikan kenangan :)

Malam tu lengan mula rasa lenguh. Lenguh yang tidak boleh angkat ke atas atau ke belakang. Tubuh rasa seram sejuk, terus ambil sebiji panadol. Esok mula sakit kepala yang mild sahaja. Lepas 24 jam simptom tadi beransur hilang. Boleh keluar drive kereta beli barang dapur. Lepas 2 hari vaksin, period mula datang walaupun baru saja selesai period dalam bulan yang sama. Kiranya 2 kali bulan ni. Mungkin perubahan hormon? 

Oklah itu sahaja. Sabar menanti dos kedua pada September nanti. Saya ambil vaksin dengan niat ikhtiar supaya diri , keluarga dan orang-orang tersayang tidak dijangkiti covid-19. Mudah-mudahan Malaysia segera capai herd immunity. Boleh balik kampung jumpa ibu bapa, keluarga dan saudara mara. Sudah 8 bulan tak berjumpa keluarga. Sobssss.


Nota: SINI untuk voucher Kenny Rogers, Tealive & B. & Robbins. Enjoy!