Pages

Rabu, 4 Ogos 2021

Vaksin Astrazeneca 1st Dose



Kita simpan di sini sebagai kenangan bahan bacaan di masa akan datang. Kalian sudah divaksin kah? Saya baru dapat dos pertama Astrazeneca pada 21 Julai 2021 lepas. Hasil 'battle' vaksin AZ pada 26 May lalu. Walaupun dua puloh juta kali verified 'I'm not a robot' pastu pilih lampu isyarat, traktor, mountain, fire drill pulak dekat 10 juta kali, tetap juga tidak berjaya. Hubby berjaya setelah cubaan tukar tempat vaksin dari IDCC ke WTC - KL. Selang masa beberapa hari, kecoh-kecoh yang tidak berjaya dapat panggilan vaksin. Alhamdulillah bila buka My Sejahtera rupanya berjaya. Perasaan teruja tu jangan cakap. Tarikh yang diberi 21 Julai. Excited tadi hilang sekelip mata. Hahah. Kena tunggu lagi 2 bulan rupanya. Syukur dalam redha.


Ini fakta: Vaksin Astazeneca asalnya termasuk dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK). Bila program suntikan dimulakan, ramai pihak membantah sampaikan yang mendaftar dalam My Sejahtera menarik balik pendaftaran kerana tidak mahu terima suntikan vaksin Astrazeneca. Isunya 'blood clots'. Walaupun dijelaskan kebarangkalian berlaku 0.0004%. PICK terpaksa akur dan keluarkan vaksin AZ dari program kebangsaan hingga menjejaskan kelancaran usaha mencapai Imuniti Kelompok (herd immunity). Pastu barulah trend menarik diri berhenti. Offer kat negeri Sarawak. Sarawak reject juga vaksin AZ ni.

Pastu takkan nak buang pulak 268,800 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca yang dah diterima ini walaupun semua orang bantah. Maka PICK putuskan beri vaksin Astrazeneca kepada sesiapa sahaja yang lebih 18 tahun yang bersetuju terima suntikan vaksin AZ secara sukarela. Sebab tu siapa yang sukarela terima AZ ini perlu tempah online tidak melalui My Sejahtera. Tidak sampai (4) empat jam pendaftaran dibuka, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AZ habis ditempah. Eh laris la pulak. Ramai orang muda yang tidak kisah vaksin jenama apa asalkan divaksin segera menempah vaksin Astrazeneca untuk batch ini.

Sebab laris PICK open pula pusingan kedua pada 26 May untuk individu bawah 60 tahun. Kali ini offer lebih sejuta dos vaksin AZ. Bila tengok budak-budak muda 18 tahun ke atas ramai-ramai sudah terima vaksin awal, mereka share di instagram, twitter dan facebook, mulalah ada yang panas hati. Apesal yang muda-muda ini sudah divaksin? Padahal.....

Pusingan kedua tempahan online dibuka jam 12 tengahari. Orang berebut, battle-battle, 10 juta kali verified i'm not a robot, akhirnya habis ditempah dalam masa sejam. Pastu yang tak berjaya mengamuk di socmed. Eh haritu pakat bantah, tarik diri. Kali ini marah sebab offer sikit sangat. Kena berebut. Pastu sistem online mahal saja tapi lembap. Aih macam-macam. Pening kepala team PICK macam ni.

Pastu kerajaan pun masuk balik vaksin Astrazeneca dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan. So takdelah pusingan ketiga. Semua pasni tunggu saja turn dipanggil di My Sejahtera. Ha gitulah cerita dia.

Dos pertama selesai 


Temujanji jam 2 petang. Tersampai awal jam 1.15 petang. Almaklumlah dari Shah Alam nak ke WTC-KL kalau tersangkut dalam SJR (sekatan jalan raya) boleh jadi terlambat sampai. Rupanya trafik sangat lancar. Parking saja dalam WTC-KL sejam lebih kurang RM4.40 jika tidak salah. 

Check point yang pertama adalah semak tarikh di Profile My Sejahtera. Kena update tarikh terkini. Yang ni kita dah siap-siap kemas kini dari rumah. Kat check point ni saja ramai yang sangkut. Tapi proses ni tak ambil masa yang lama pun. Lorong mengikut station yang dinyatakan dalam My Sejahtera pun lengang. Lepas scan jalan terus. Mula-mula risau juga kalau tersesat. Rupanya sukarelawan sangat ramai membantu. Setiap check point ada yang membantu. Terbaiklah team PICK, semua sukarelawan yang terlibat, doctors dll petugas kerana kalian proses vaksinasi semua orang berjalan lancar dan cepat sangat! Kesemua proses hanya mengambil sama 40 minit sahaja.

Ingatkan ada sukarelawan yang tolong ambil kan gambar. Hahah. Rupanya kena minta tolong sesiapa yang berdekatan. Sebab ada yang baik hati tolong ambilkan gambar, maka adalah sekeping dijadikan kenangan :)

Malam tu lengan mula rasa lenguh. Lenguh yang tidak boleh angkat ke atas atau ke belakang. Tubuh rasa seram sejuk, terus ambil sebiji panadol. Esok mula sakit kepala yang mild sahaja. Lepas 24 jam simptom tadi beransur hilang. Boleh keluar drive kereta beli barang dapur. Lepas 2 hari vaksin, period mula datang walaupun baru saja selesai period dalam bulan yang sama. Kiranya 2 kali bulan ni. Mungkin perubahan hormon? 

Oklah itu sahaja. Sabar menanti dos kedua pada September nanti. Saya ambil vaksin dengan niat ikhtiar supaya diri , keluarga dan orang-orang tersayang tidak dijangkiti covid-19. Mudah-mudahan Malaysia segera capai herd immunity. Boleh balik kampung jumpa ibu bapa, keluarga dan saudara mara. Sudah 8 bulan tak berjumpa keluarga. Sobssss.


Nota: SINI untuk voucher Kenny Rogers, Tealive & B. & Robbins. Enjoy!


4 ulasan:

  1. alhamdulillah dah dapat cucuk vaksin , tahniah , semoga sihat selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamin. Terima kasih Cik Cappuccino Latte.
      Saya pun doakan yang sama buat cik puan :)

      Padam
  2. sis, sorry komen kt cne juge. td ad google psl mop.. sis masih guna ocedar spray mop tu x skg? ad bocor x? XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah. Sis salah page ni. Sini juga dia tanya soalan. Ya masih guna. Spray mop ni stranded di rumah lama. Tak sempat nak angkut ke rumah baru. Last seen masih elok dan tidak bocor :)

      Padam