Pages

Jumaat, 28 Februari 2020

Baucer Digital Pelancongan Domestik RM100 Seorang



Salam Jumaat. Hangat betul isu politik Malaysia beberapa hari kebelakangan ini. Tak percaya Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri Interim. Sebagai rakyat Malaysia mudah-mudahan kemelut politik ini segera berakhir dengan baik dan paling penting pemimpin yang bakal dilantik mampu bekerja dengan baik demi kesejahteraan rakyat bukan demi kepentingan peribadi dan kerana  ketamakan kuasa. Rakyat duk perati je game diorang niii...

Dalam duk kecoh-kecoh tu tak pastilah anda semua aware ke tidak.....rupanya kerajaan tetap ambil langkah proaktif sediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan penyakit COVID-19 ditangani dengan berkesan. Semalam dengar berita TV3, Dr Mahathir umum RM20 billion pakej rangsangan ekonomi.


Sis tak copy semua. Petik sikit sahaja mana yang menarik dan berkaitan dengan rakyat marhaen.


1. Kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.   *emm kat mana ye nak daftar jadi pemandu pelancong 👻*


2. Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.  *Adik-adik sis 4 orang tu dapat ke?*

3. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik *menarik sangat!*

4. Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. *pelaksanaannya kita tunggu pengumuman selanjutnya*

5. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini (kalau tetap nak maintain 11 peratus ada borang nanti disediakan KWSP). *aww, hubby cakap yes..dapat duit lebih sikit😎*

6. Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020.

7. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.
 
8. Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform edagang.



Oleh itu, cuti-cuti Malaysia jelah kita tahun ni....:)

Nak baca details PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 boleh refer SINI

Till then Wassalam...


Khamis, 27 Februari 2020

Hiking Bukit Gasing



Salam gais. Tajuk blog: Hiking Bukit Gasing. Pertama kali  tau hiking Bukit Gasing. Entrance dah betul dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Tapi bila keluar hutan, jumpa Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi, PJ. Sis keliru nih..yang penting korang tahu tak wujud jambatan macam ni di Kuala Lumpur?

Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi, PJ


Okeh kita start dari awal. Search google maps: Bukit Gasing Forest Park Main Entrance

Kali ini gerak awal sikit. Dalam 7.30am dah sampai Jalan Tanjong 5/4. Tempat letak kereta disediakan namun terhad. Parking dah mula memenuhi bahu kiri jalan. Jalan di sini agak sempit, jadi sebelah kiri jalan sahaja dibenarkan parking. Jangan parking belah kanan. Nanti kena saman. Azie nampak sendiri ada kereta yang kena saman. Line kuning kan tuuu.

First timer haruslah bergambar depan signage 'Hutan Pendidikan Bukit Gasing'. Baru perasan ada dua ketul gasing kat tepi tu.

Mula-mula akan jumpa signage warna kuning (K1) dan warna biru (B1). Tak taula nak ikut biru atau kuning. Pastu depan sat lagi jumpa pulak signage biru ni. Pintu Petaling Jaya atau Pintu Kuala Lumpur. Yang ni pun sis keliru. Pintu Kuala Lumpur keluar kat mana pulak? Takpelah ikut sahaja crowd yang ramai-ramai itu. Makin ke dalam, makin berkurang crowd tadi. First pit stop kami pergi ke kuil hindu untuk tengok view dari puncak. Nak sampai ke sini memang mendaki habis. 

viewpoint Bukit Gasing dari kuil hindu 

Viewpoint Bukit Gasing di kuil hindu berdekatan dengan Telekom Tower. Apa yang Azie faham tiada trail yang jelas dalam bukit gasing ni. Trail bukit gasing dalam satu loop yang besar. Anda boleh ikut sahaja mana-mana trail tidak akan sesat dalam Bukit Gasing. Begitulah menurut pendaki yang sudah biasa dengan Bukit Gasing. Tinggal lagi, trail yang kita lalu itu...sama ada dekat atau jauh, senang atau susah. So nasiblah....just explore...

Jadi, susah juga bila hiking tanpa arah tujuan. Peak Bukit Gasing tiada view. Jadi kami target tuju 3 tempat di Bukit Gasing;

1. Viewpoint di kuil hindu
2. Jambatan Besi Taman Rimba Bukit Kerinchi
3. Jambatan gantung @ Suspension Bridge

Viewpoint di kuil hindu selesai. Next, kita cari Jambatan Besi Taman Rimba Bukit Kerinchi pulak.

Turun bukit, naik bukit, lalu sungai..... akhirnya sampai ke Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Bila borak-borak dengan pendaki lain faham lagi yang Jambatan gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi ini boleh diakses dari 3 laluan masuk iaitu:

1. Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
2. Taman Rimba Bukit Kerinchi.
3. Pusat Komuniti Lembah Pantai.

Ketiga-tiga tempat ini mempunyai tempat letak kereta tersendiri. No wonderlah bila tanya ada yang letak kereta di Lembah Pantai.

Last pit stop ialah jambatan gantung bukit gasing

Dah nama hutan pendidikan banyak papan info diberikan kepada pendaki. Tinggal lagi nak baca atau ignore sahaja. 

Jambatan Gantung Bukit Gasing


Suspension Bridge. Muat sebelah kaki sahaja. Honestly Azie tak boleh nak bagi trail map yang jelas sebab kiteorang just explore dalam hutan pendidikan Bukit Gasing nih. Nak ambil gambar signage pun takde. Jalan mana yang diambil pun tak sure. Kalau penat berenti. Tapi memang penat lah weh bukit gasing ni. Di jambatan kayu ni kiteorang duduk sebentar minum dan makan coklat untuk energy. Dah hilang lelah barulah patah balik ke main entrance tadi. 

Dalam 3-4 jam juga hiking dalam bukit gasing. Semoga hutan simpan bukit gasing ni benar-benar disimpan dan tidak jadi mangsa pemaju yang rakus.

Till then wassalam..

Daging Qurban Goreng Kunyit


Buka peti ais, daging qurban masih ada. Jadi kita masukkan dalam menu list minggu ini. Today nak kongsi resepi cara masak Daging Qurban Goreng Kunyit. 

Bahan-bahan

Daging qurban
Sebiji Bawang Holland
Seulas dua bawang putih dihiris
Seinci halia dihiris
Cili padi (weols suka pedas)
Kacang panjang
Serbuk kunyit
Garam

Cara-cara

1. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam. Azie guna kunyit hidup. 

2. Goreng sat hirisan halia sampai naik bau. Pastu masukkan hirisan bawang putih.

3. Masuk daging. Kalau daging jenis liat kena rebus bagi lembut dahulu. 

4. Bila air dah mula kering, daging pun dah lembut boleh masukkan kacang.

5. Masukkan hirisan bawang holland & cili padi.

6. Perasakan dengan garam dan gula.

Dahhh siapppppp!


Bahan-bahan yang paling simple. Resepi paling senang dan mudah.


Azie bersyukur sangat punyai suami yang sangat baik hati dan memahami. Tak semestinya jam 8 malam dinner wajib terhidang atas meja. Suruh masak pun tidak. Apatah lagi nak request macam-macam. Memang jarang sungguh. Tak masak takpe. Kita tapau. Foodpanda ada. Grabfood pun ada. He's my heaven on earth :)


Hubby selalu cakap, isteri dah susah payah siapkan dinner, biar dia yang cuci periuk belanga dan tolong kemaskan dapur. Alahaiii. Mahu tak jatuh cinta berkali-kali camnih.....


Selasa, 18 Februari 2020

Masak Pasta Goreng Cara Cepat dan Mudah



Tahun 2020, hubby and I try to save more money. Duduk di tengah bandar paham-paham lah memang banyak cabaran nak menyimpan. Semua benda mahal. Keluar sahaja dah kena bayar tol. Makanan sedap-sedap di mana-mana sahaja. Dengan adanya Food Panda dan Grab lagi mudah rakyat marhaen berbelanja pada makanan. Kononnya boleh kurangkan service fee tapi eh eh banyak kali pulak order makanan dalam sehari. Azie pernah baca dalam paper hasil kajian menunjukkan rakyat Malaysia di bandar berbelanja untuk makanan sahaja purata RM400-700 sebulan. Kajian lain menunjukkan cost of living per person di Kuala Lumpur adalah RM2000+ setiap bulan. Four person family monthly cost mencecah RM7k! Wowww.

Makanya setiap tahun ada saja ikhtiar nak menyimpan. Mula-mula guna sistem envelope. Alhamdulillah sukses. Bolehla simpan sikit. Tahun 2020 kami cuba kaedah ni pulak...masak sendiri breakfast dan bawa bekal pergi ofis. Ahakkkksss. Terpaksalah gigih sikit dalam mengatur jadual harian. Sabtu & Ahad day off. Haruslahhh. Tukar suasana.  Dan percaya tak cubaan ini rupanya mendatangkan kejayaan. Sungguh happy bila dapat save RM750 in Januari. Yassss! RM750 ni basically dari fund yang allocated untuk 'groceries' dan 'work+weekend' untuk sebulan. Oleh itu usaha diteruskan untuk Februari pula.

Setiap minggu azie akan buat menu list dan buat list grocery yang berdasarkan resepi sahaja. Maka takdelah suka hati beli barang berlebihan buat stok...pastu tak sempat nak masak...pastu buruk..pastu buang. Dah membazir di situ. 

Wahhh panjang nya berleter....padahal nak cerita resepi je pun.

Bila dah nak kena masak awal pagi. Azie akan prepkan bahan siap-siap di hujung minggu. Contohnya, blend bawang besar, bawang merah, bawang putih siap-siap (setiap bawang disimpan bekas berasingan). Letak dalam chiller boleh tahan 2-3 minggu. Beli ayam dada pastu potong kecik siap-siap ikut portion resepi. Contoh kalau minggu ni plan nak masak kuey teow ladna, mee bandung, mee goreng dan makaroni goreng, potong siap ikut portion setiap menu (bahan lebih kurang). Letak dalam freezer. Kalau esok nak masak..malam sebelumnya...baru keluarkan letak dalam chiller. Gitulaaahhh lebih kurang.

Eh bila nak kongsi resepinya?

Okeh nah ini cara Azie masak pasta goreng cara cepat dan mudah.

Bahan-bahan
2cawan pasta rebus terlebih dahulu
2 sudu besar bawang besar (siap blend)
4 ulas bawang putih
1 biji tomato didadu
1 biji kentang didadu
2 keping dada ayam 
1/2 tin sos prego
1 kiub pati ayam
1sudu besar lada hitam+1sudu besar mixed herbs
Garam
Gula
Optional: daun ketumbar

Cara Masak

Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar blend. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan ayam. Tak perlu lama sebab dada ayam mudah masak. Masukkan kentang. Masukkan pati ayam. Masukkan sos prego.  Perasakan dengan garam gula. Kemudian masukkan pasta/macaroni. Gaul rata. Akhir sekali letak lada hitam + mixed herbs. Bila wap dah mula naik boleh tutup api.

Siapppppppp!


Isnin, 17 Februari 2020

Beautiful Twin Towers KLCC - Night View


Playing tourist in Kuala Lumpur why not?

Wah. Wah Wah.  Terasa sungguh aneh sekali kami berdua keluar malam-malam merayap di sekitar KLCC. Biasanya pergi di siang hari di kala hujung minggu. Tapi tidak mengapa hero a.k.a bodyguard a.k.a suami ada di sebelah. Amboiii pengantin lama seronok ya keluar malam-malam. Duduk jauh dari mak ayah. Takda chance nak kena bebel.

Yas. Zaman remaja iols memang dikawal ketat dikawal rapi oleh ibu bapa. Jangan harap nak keluar berjalan-jalan dengan rakan taulan. Berjalan malam jauh sekali. Maghrib paling maxima. Wajib dah  tu sampai rumah. Itu zaman remaja 90-an dulu. Dah berumahtangga baru dapat lesen besar. Lantak kaulah nak keluar pagi, petang siang malam. Hatta keluar negara sekalipun. Asalkan bersama suami. Tanggungjawab telah bertukar tangan. Amanah telah diserah oleh abah kepada suami sebaik sahaja berjabat tangan ketika akad nikah dulu. Zaman 2020 nih...semoga berjaya ibu bapa semua. Sesungguhnya anak adalah amanah yang sangat agung yang Allah s.w.t anugerahkan kepada ibubapa, mereka mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Moga Allah lindungi anak-anak kita semua dari semua bentuk cabaran dan dugaan yang tidak dapat kita memikulnya. 

Eh. Eh jauh sangat berceloteh nak pergi mana? Oklahh nah gambar Beautiful Twin Towers KLCC - Night View di'capture' oleh Mr Photographer. Rasanya next time kena ajak hubby keluar malam lagi. Pergi Bukit Bintang ke Chow Kit Road keerrr...apa yang menarik di sana?


Amboi.Amboi.Amboi...playing tourist in my own country! Gembira bukan kepalang. Akhirnya dapat juga pemandangan berlatarbelakang Menara Berkembar Petronas pada waktu malam. The most instagrammable spot in Kuala Lumpur. 


Bangunan Kebanggaan Malaysia. Mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur. Pemegang rekod bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 - 2004 yang kemudian ditewaskan oleh Menara Tapei 101 pada tahun 2004. Petronas Twin Towers yang mempunyai 88 tingkat kini merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia *haaaa tepuk*

Jangan lepaskan peluang bergambar jika kebetulan anda berada di kawasan sekitar. Inilah tempat paling menarik di Kuala Lumpur selain Saloma Bridge. Till then wassalam....

Jumaat, 14 Februari 2020

Saloma Bridge


Yassss. Another Instagrammable spot in Kuala Lumpur.  Tahniah warga Kuala Lumpur. Rise and shine! Salam Jumaat semua. Ingatkan malam tadi nak pekena coffee. Berdating dengan hubby. Sudahnya berdating sampai ke Saloma Bridge. 

Saloma Link yang menghubungkan Kuala Lumpur Lama (Kampong Baharu) dengan Kuala Lumpur Baru (KLCC). Mula dibuka kepada umum 5 Februari 2020 baru-baru ni. Bermula dari Lorong Jalan Raja Muda Musa 3 (100m dari Kampung Baru LRT station) dan berakhir di Lorong Saloma (sebelah Menara Public Bank). Berhampiran Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Psssstttt...ada yang cakap kubur Saloma ada di sini.

Keseluruhan jambatan yang berinspirasikan sireh junjung ni sepanjang 370m menyeberangi Ampang-KL Elevated Highway (AKLEH) dengan kos 31 Juta dan mengambil masa 18 bulan untuk siap.

Dicadangkan datang waktu malam kerana view sangat cantik! Lampu jambatan bertukar warna. Dari merah, biru, purple, hijau, kuning dll. Maka berduyun-duyunlah warga kota dan pelancong datang mengambil gambar kreatif pelbagai aksi dan pose di Pintasan Saloma sebagai kenangan. Termasuklah weols. Fuhhhh ramai betulll!

Azie dan hubby cuba snap gambar 4,100 LED-Lit Saloma Bridge ni dari pelbagai angle. Sumpah lawa giler. Enjoy the pictures guys :)

Cara ke Saloma Bridge

1. Kami parking di KLCC. Lebih kurang 7 minit jalan kaki dari KLCC ke Saloma Bridge. Lalu di pedestrian walk antara NZ Cafe Curry House dan Menara Public Bank.

2. Parking di open space belakang Menara Public Bank. Ni paling dekat. Seminit jalan kaki dah sampai Saloma Bridge.









Isnin, 10 Februari 2020

Hiking Bukit Setia Alam Trail A ke Mirror Lake Bukit Sapu Tangan





Ada saja aktiviti nak buat hujung minggu. Nak pergi shopping mall tempat ramai orang. Bimbang risiko terkena wabak yang sedang menular; novel coronavirus (2019-ncov) maka kita pergi hiking. Masuk dalam hutan tengok alam. Hilang stress. Kurang depresi. Hindarkan kemurungan.

That's good to know mendaki satu daripada lima latihan kardio terbaik. Malah boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Jangan tak tahu, ada kajian yang mengatakan orang yang suka hiking prestasi memorinya meningkat 20%. Logik juga sebab kita kena sentiasa stay alert dengan trail. Kena ingat jalan keluar. 

Salute kepada orang yang gigih mendaki bukit mahupun gunung kerana sanggup keluar dari zon keselesaan. Korbankan keselesaan badan menggunakan kekuatan kaki, menguji kekuatan lutut, berpeluh belengas tu jangan cakaplah, demi meningkatkan stamina dan kekal fit. Secara tak langsung orang-orang begini sentiasa berfikiran positif. Kita pun nak jadi macam tu jugaklah :) 

Pilihan trail kali ini ialah Setia Alam Community Trail.

Misi: Trail A > A1 > MOU > A2 > The Wall > 4 > 5 > Peak Garden (240m) > Turun semula ke The Wall terus ke Bukit Sapu Tangan > Mirror Lake Bukit Sapu Tangan (tiada dalam map)



Ada tiga (3) pilihan laluan masuk ke Bukit Sapu Tangan

i. Trail A (via Setia Alam Community Trail Head)
ii. Trail B (via Setia Alam Community Trail Head)
iii. Gate E (Alam Budiman)
iv. Via Bandar Nusarhu


Lepas discuss dengan hubby kita masuk melalui official trail; Trail A via Setia Alam Community Trail.  Trail B more adventurous. Gate E terlalu jauh. Heret kaki nanti nak sampai Bukit Sapu Tangan. Nak pergi Mirror Lake atau Green Lake Bukit Sapu Tangan lagiiiiiiiiii terlalu jauh. Tiada dalam map di atas.

Search Google Maps : Setia Alam Community Trail Head


Masa ni jam 8.03am. Padan muka. Lambett lagi. Parking dah penuh. Hiking entrance untuk ke Trail A dan B nuh jauh di hujung jalan sana. Dekat tangki air Syabas. Kiteorang parking atas divider berlawanan arah jalan (takda dalam gambar). Menapaklah kita nampaknya ke pintu masuk.


Oppppsss! Ini bukan entrance ya. Ini entrance construction site. Jangan masuk yang ni. Masuk yang sebelahnya..


Yas. Yang ini baru hiking entrance :) Mulakan dengan Bismillah. Jangan lupa baca Ayat Kursi. 


Wow...terima kasih tidak terhingga kepada Shah Alam Community Forest atau sesiapa sahaja yang ada effort sediakan hiking sticks. Gembira sampai nak melompat bila nampak hiking sticks ni. U guys rock. Hiking sticks sangat membantu untuk orang-orang slow pace macam Azie yang baru nak belajar naik bukit.


Nampak signage ni awal-awal lepas masuk. Terus mara ke depan sampai jumpa simpang yang memisahkan Trail A dan Trail B.


Construction site bersebelahan hiking entrance tadi. Sedih juga bila lihat pemandangan begini. Memikirkan nasib fauna yang masih tinggal. Teruskan perjalanan sampai jumpa simpang Trail A dan Trail B.


Inilah persimpangan dilema sama ada mahu ke kiri (refer map di atas tadi)
i. Trail B
ii. Lake Trail

atau kanan ikut Trail A. Dah decide? Let's go into the woods.


Sentiasa refer map. Kemudian jumpa signage A1 sama ada nak ikut route M.O.U atau lencong melalui route EcoPark Hillside. Azie ikut route M.O.U. Route ni easy peasy. Daki santai-santai.


Feeling Frodo


Trail A signage board sangat jelas dan mudah difahami. Jangan risau. Fahamkan map di atas. InsyaAllah tak sesat. Ambil peluang perhatikan pokok-pokok yang jarang dijumpai. Ada beberapa tempat yang ada monyet bergayutan. Ignore je sebab dia tak kacau orang. Cuma jangan bagi makanan. 


Tak lama kemudian dah nampak view Bandar Nusarhu. Kalau nak ikut shorcut ke Bukit Sapu Tangan bolehlah via Nusarhu. Di sini entrance ke Bukit Sapu Tangan. Azie tak perasan pula signage board. Kiteorang tahu pun sebab ada sis yang baik hati bagitahu info. Okeh sebelum tu kita teruskan perjalanan ke Peak Garden dulu (240m). Kita tengok apa yang menarik di sana.


Lepas lalu The Wall (kawasan lapang berbatu-batu) jumpa kawasan yang sedikit mendaki. Maknanya dah very near dengan Peak Garden. Pendaki yang lebih awal dah berpusu-pusu turun balik. Kiteorang baru terhegeh-hegeh nak sampai sini. Takpe. Slowly but surely.

35 minit dari hiking entrance tadi untuk sampai ke Peak Garden setinggi 240m ikut Trail A (slow pace). Patutlah orang cakap trek ni sesuai untuk beginner. Memang santai-santai.

Setia Alam Community Trail; Peak Garden ✅

Next destination is Bukit Sapu Tangan. So kena turun balik ikut route Masterpiece ke checkpoint no.4 dan lalu semula The Wall sampai hujung jalan.


Penghujung trek The Wall boleh nampak trail kecik seperti dalam gambar ni ke Bukit Sapu Tangan. Kalau tak silap via Nusarhu pun entrance sini juga. Lalu dari jalan bawah tu. 

Emmm bila toleh-toleh belakang tiada sapa ke yang nak join Bukit Sapu Tangan? Macam tiada orang lalu route ni. Erkk betul ke trek ni. Pastu takde orang follow pun kat belakang. Huhu. Tapi hubby cakap takpe kita redah aje dengan Bismillah. InsyaAllah sampai. Dalam map dah tiada guide ke Bukit Sapu Tangan. Maybe sebab orang jarang masuk trail ni. Mungkin trail ini kurang popular? Masih tidak viral? Waktu ini 9.17am. Dari entrance ni kami ambil masa sejam nak sampai Mirror Lake.


Dah masuk ke dalam baru jumpa signage board Sapu Tangan. Pelik betul nama bukitnya pun. Macam mana lah dapat nama Bukit Sapu Tangan. LOL. Ada lah selisih dengan beberapa pendaki. Bolehla juga tanya untuk comfirmkan route. Bimbang sesat aje. Tak sama dengan Trail A ke Peak Garden tadi. Happening pendaki potong memotong. Selisih dengan pendaki yang turun.  Ada juga yang bawa poodle jalan-jalan tengok nature. Huhu.

Trail ni? Huh kebetulan ada pakcik baju biru potong dengan laju. PAKCIK ok. Malu sungguh. Oklah tak seram sangat. Bila dia hilang dari pandangan seram kembali menyelubungi alam. 


Sepanjang jalan kelihatan beberapa kesan sondolan wild boar. Hubby dengan pantas buka phone pasang muzik. Dibedalnya lagu 'The Greatest Showman' punya soundtrack. Aduhhh.  Sabar ajelah. Orang cakap masuk hutan pasang bunyi atau cakap kuat-kuat supaya binatang yang ada di  kawasan sekitar lari. Bunyi dalam hutan ni jangan cakaplah macam-macam bunyi. Dalam seram-seram tu sempat juga pose di pokok-pokok yang kurasakan perlu. Harus didokumenkan untuk kenangan!

Mengah juga nak sampai ke Station B. Trailnya mendaki sungguh. Di Station B nanti ada route pilihan untuk pergi Tower Bukit Sapu Tangan atau Mirror Lake Bukit Sapu Tangan. Lahhh..ingatkan sekali jalan. Rupanya trail yang berbeza. Mulalah hati ni berbelah bahagi. Nak tapau keduanya sekali nampak terlalu ambitious di situ.

Dalam banyak-banyak bunyi kedengaran tu...tiberrrr ada pulak sayup-sayup bunyi suara mendayu-dayu. Makin lama makin kuat. Alahaaaaaaiii. Sis tak kuad. Kita bergerak makin hampir ke arah bunyi tersebut. Orang kata kalau dengar bunyi pelik-pelik senyap aje. Jangan ditegur. Jadi kita senyap. Shhhh. Azie jalan depan. Hubby di belakang. Hubby pun senyap juga. Sepatah tak keluar perkataan. Time tu dia tukar lagu Nasyid dah. Bedal Maher Zain pulak. Kun Anta by Humood Alkhudher pun ada. Lagu lama-lama belaka. Pastuuu eeeeeh tiba-tiba pakcik baju biru tadi patah balik ke EXIT. Arrgghhh sudah!

Lepas pakcik tu blah selisih pulak dengan brother yang laju potong kiteorang awal-awal masuk tadi. Lahhh dia pun patah balik juga. Masa selisih sempat dia tanya erkkk 'bunyi apa tu' Hubby jawab bunyi burung. Walaupun pelik sangat bunyi suara burung tu. Mendayu-dayunya lain macam. Azie pandang hubby dengan pandangan nak teruskan or patah balik? Hubby cakap kuatkan semangat. Teruskan aje. Dah separuh jalan kot. So kita redah ajelah. Tawakkal. Bila makin dekat dengan bunyi mendayu-dayu tadi, hati makin berdebar-debar. Makin dekat makin kuat. Pastuuuu eh bunyi pun tiba-tiba hilang. Fuhh lega. Pastu bunyi lain pulak atas kepala. Nasiblah takde heart attack. Bunyi kuat daun-daun gugur macam ada benda berpaut. Lahhh monyet pulaaakkkk.


Trek mendaki. Peluh jangan cakap. Cukup sebaldi agaknya.


Lega bila nampak signage Station B. Azie cadang kat hubby kita pergi Mirror Lake/Green Lake dulu. Tower Bukit Sapu Tangan next time. Sampai Station B 9.50am. Kalau ikutkan sis yang bagi info tadi Bukit Sapu Tangan hampir je dengan Station B ni. Tapi kami tak boleh nak anggar jarak dan masa. Bercampur dengan penat lagi. Mirror Lake jauh lagi dari Station B ni. Perjalanan bukan mendaki. Tapi mencuram ke bawah. Adventurous sungguh. Dari Mirror Lake masih boleh jika nak ke Bukit Sapu Tangan. 

Mirror Lake kami datang! To cut a long story short...30 minit kemudian nampak view ni. Yasss! Pilihan tepat untuk ke Mirror Lake. Ada yang panggil Setia Alam Green Lake. 


'Sometimes the rockiest paths lead to the most beautiful places'. Betullah tuuuuu.



Setia Alam Mirror Lake / Green Lake ✅


Alhamdulillah. We survived. Ahahah. Penat Ya Rabbi. Sampai sini minum air hilangkan dahaga. Makan sandwich dengan makan coklat snickers untuk tenaga nak mendaki balik. Pastu hadap pulak view cantik nih. Nikmat sungguh. Tu belum masuk episod kena hurung dengan 2 ekor bees. Maybe sebab garam banyak sangat kut kat badan (peluh berjeruk).

Memang perlukan semangat kental nak pulang ke hiking entrance tadi. Sebab ni dah jauh masuk ke dalam hutan. Trek pulak fuh mendaki habis. 11.58am akhirnya berjaya keluar dengan selamat. 9.9km in total. Syabas Azie! Ahahaha.

Azie baru faham rupanya ada 2 lake. Kalau ikut Trail B, akan jumpa lake pertama di permulaan hiking. Lake yang kedua yakni Mirror Lake berhampiran Bukit Sapu Tangan. Sebab tu ada juga yang tag tempat ni sebagai Mirror Lake Bukit Sapu Tangan. Pastu trek ni tiada proper signage. Yang ada ikatan reben warna merah pada pokok-pokok. Ada juga towel putih yang diikat pada pokok sebagai penunjuk arah. 


Tips & Tricks ke Mirror Lake/Green Lake Bukit Sapu Tangan

1. Kalau nak pergi Mirror Lake jangan pergi sorang-sorang.
2. Download apps Komoot untuk tahu trail yang betul ke Mirror Lake. Kadang-kadang datang rasa was-was. Jadi apps ni sangat membantu.
3. Bawa air dan makanan secukupnya untuk tenaga. Kami bawa 2 botol 500ml. Dua-dua habis kat lake. Tapi dalam kereta dah standby 1 liter botol air. Sampai kereta teguk lagi air. Habis jugak uols.
4. Pastikan bateri phone penuh. Yerlah dalam hutan macam-macam boleh jadi. 
5. Jangan lupa guna hiking sticks yang diorang sediakan. Fuhhh itu sangat membantu! Pastu jangan lupa pulang balik.

Okeh that's all. Terima kasih sudi baca sampai habis! Panjang lebar pulak episod hiking kali ni. Till then...wassalam...