Pages

Selasa, 18 Februari 2020

Masak Pasta Goreng Cara Cepat dan Mudah



Tahun 2020, hubby and I try to save more money. Duduk di tengah bandar paham-paham lah memang banyak cabaran nak menyimpan. Semua benda mahal. Keluar sahaja dah kena bayar tol. Makanan sedap-sedap di mana-mana sahaja. Dengan adanya Food Panda dan Grab lagi mudah rakyat marhaen berbelanja pada makanan. Kononnya boleh kurangkan service fee tapi eh eh banyak kali pulak order makanan dalam sehari. Azie pernah baca dalam paper hasil kajian menunjukkan rakyat Malaysia di bandar berbelanja untuk makanan sahaja purata RM400-700 sebulan. Kajian lain menunjukkan cost of living per person di Kuala Lumpur adalah RM2000+ setiap bulan. Four person family monthly cost mencecah RM7k! Wowww.

Makanya setiap tahun ada saja ikhtiar nak menyimpan. Mula-mula guna sistem envelope. Alhamdulillah sukses. Bolehla simpan sikit. Tahun 2020 kami cuba kaedah ni pulak...masak sendiri breakfast dan bawa bekal pergi ofis. Ahakkkksss. Terpaksalah gigih sikit dalam mengatur jadual harian. Sabtu & Ahad day off. Haruslahhh. Tukar suasana.  Dan percaya tak cubaan ini rupanya mendatangkan kejayaan. Sungguh happy bila dapat save RM750 in Januari. Yassss! RM750 ni basically dari fund yang allocated untuk 'groceries' dan 'work+weekend' untuk sebulan. Oleh itu usaha diteruskan untuk Februari pula.

Setiap minggu azie akan buat menu list dan buat list grocery yang berdasarkan resepi sahaja. Maka takdelah suka hati beli barang berlebihan buat stok...pastu tak sempat nak masak...pastu buruk..pastu buang. Dah membazir di situ. 

Wahhh panjang nya berleter....padahal nak cerita resepi je pun.

Bila dah nak kena masak awal pagi. Azie akan prepkan bahan siap-siap di hujung minggu. Contohnya, blend bawang besar, bawang merah, bawang putih siap-siap (setiap bawang disimpan bekas berasingan). Letak dalam chiller boleh tahan 2-3 minggu. Beli ayam dada pastu potong kecik siap-siap ikut portion resepi. Contoh kalau minggu ni plan nak masak kuey teow ladna, mee bandung, mee goreng dan makaroni goreng, potong siap ikut portion setiap menu (bahan lebih kurang). Letak dalam freezer. Kalau esok nak masak..malam sebelumnya...baru keluarkan letak dalam chiller. Gitulaaahhh lebih kurang.

Eh bila nak kongsi resepinya?

Okeh nah ini cara Azie masak pasta goreng cara cepat dan mudah.

Bahan-bahan
2cawan pasta rebus terlebih dahulu
2 sudu besar bawang besar (siap blend)
4 ulas bawang putih
1 biji tomato didadu
1 biji kentang didadu
2 keping dada ayam 
1/2 tin sos prego
1 kiub pati ayam
1sudu besar lada hitam+1sudu besar mixed herbs
Garam
Gula
Optional: daun ketumbar

Cara Masak

Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar blend. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan ayam. Tak perlu lama sebab dada ayam mudah masak. Masukkan kentang. Masukkan pati ayam. Masukkan sos prego.  Perasakan dengan garam gula. Kemudian masukkan pasta/macaroni. Gaul rata. Akhir sekali letak lada hitam + mixed herbs. Bila wap dah mula naik boleh tutup api.

Siapppppppp!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan