Pages

Jumaat, 24 Januari 2020

Tips Kurangkan Karbo Walaupun Makan Nasi



Tips kurangkan karbo walaupun makan nasi. Bunyi macam menipu jek? Eh tunggu dulu. Jangan nak buat kesimpulan tanpa baca terlebih dahulu. Bila jumpa kawan-kawan lama yang dah berpuluh tahun tak jumpa, kebanyakkannya akan tanyaa...Azie ni maintain aja dari zaman sekolah sampai sekarang. Tak pernah gemuk eh?

Eh-eh-eh. Pernah ok! Paling debab pernah pergi 60 kg.





Ekeli 60 kg je! Pada saya dah cukup berat dah nak bawa diri. Cepat-cepat menginsofi diri dan cuba sedaya upaya patah balik ke pangkal jalan. Gigih berjogging. Berliter minum air hirisan lemon. Gigih tak makan protein lebihkan sayur dan buah-buahan. Gigih puasa sunat Isnin Khamis. Akhirnya membuahkan hasil. Capailah berat idaman. Dah berjaya pulang ke pangkal jalan.


Namun begitu, tak reti-reti nak ambil iktibar. Begitulah manusia mudah alpa. Seronok sangat makan...McDonalds, KFC, Bobba Tea, Mee Goreng Mamak....diet telah dilupakan. Maka berat naik kembali. Dan segala jenis kegigihan perlu sekali lagi untuk turunkan semula berat badan. Gitulah naik turun..naik turun selalu...


Makin meningkat usia, makin cepat berat naik dengan tidak terkawal. Metabolisma tidak setinggi dulu. Last Ramadan berjaya turun ke angka 50kg. Now guess what? Dah cecah 56 kg. Sekarang dalam proses turunkan berat semula. Timbang pagi tadi dah 54.8kg! yayyyyy~ #roadto50kg


Asalkan tidak nampak melebar dalam instagram itu sudah memadai :) My concern sekarang bukan nak kurus tetapi nak healthy. Salah satu ikhtiar terbaru ialah beli periuk nasi healthy dan tasty nih.

Scroll ke bawah

.
.
.
.
.
.
.
.
.





Product: Tefal IH Low Gi Rice Cooker - (RK8608) 

6 layers inner pot 

Induction heating technology and spherical cooking pot

Automatic keep warm for up to 24 hours

Ada 'Healthy Rice' basket to isolate starch

Up to 5 cups (1.0 Liter), perfect for small families/spaces

Versatile cooking programs: Healthy rice, brown rice, multigrain rice, multigrain congee, quick cooking, congee, porridge, soup, steam, reheat 

Convenient: Delayed-start and automatic keep-warm functions 

Easy to use: Digital glass panel with touch control buttons 

Easy to clean: Dishwasher-safe for all removable parts






Boleh kurangkan carbs sebanyak 20%


Brown Rice
Not even 1 pot pun
Lepas kukus macam banyak betul!
Nasi pun fluffy


Now you can eat 'Nasi Kukus' every day :)


Bila makan nasi baru perut rasa padat dan kenyang. So dengan cara ni tak bersalah sangat nak makan nasi setiap hari. Kalau tak makan nasi mesti nak cari benda lain kunyah-kunyah. Mulalah nak cari kerepeklah..jajanlah...

Pastu periuk nasi ni sesuai untuk pesakit diabetik sebabnya ada healthy basket untuk isolate starch. Jadi kanji berlebihan turun dalam pot.

Oklah itu je kot nak share. Saya dah guna beberapa bulan dan memang berbaloi-baloi! Periuk nasi paling best. Terbukti sebab berat saya pun dah turun (berat hubby pun turun). Tak perlu bazirkan wang untuk produk-produk tak berfaedah. Boleh bandingkan harga periuk nasi tefal di SINI






Rabu, 15 Januari 2020

Kasut Travel Paling Selesa



Salam gais. Orang yang suka travel dan bila travel kakilah yang paling lasak dilenjan. Sangat penting menitikberatkan kasut yang comfy, ringan dan tak melecet bila berjalan. Salah pilih kasut jawabnya makan tuan sendirilah bila travel. Bila kaki dah sakit level emosi keseronokan jatuh merudum. Boleh jadi moody tahu.

Saja kongsi. Dulu jalan sekitar Boracay, Filipina...sedar tak sedar berjalan kaki sejauh 33km selama 4 hari. Pergi Japan lebih kurang 2 minggu Health apps di iPhone track jalan kaki lebih 100km. Itinerary yang padat memang banyak berjalan. Saya kongsikan pengalaman dan jenis kasut yang sesuai mengikut preference saya. Ada yang ok je pakai selipar. Ada yang kulit tebal pakai boot Dr Cardin pun tak melecet :) 

Saya jarang beli kasut, selipar mahupun heels. Sebab kaki sensitive. Kebanyakkan nya sakit kaki, bergesel depan, bergesel tepi, blisterlah...pendek kata.. memang susah nak cari yang comfy. Yang ada di rumah boleh bilang dengan jari. Shoe cabinet dari dulu tak penuh-penuh dengan shoes. 

Untuk travel saya akan bawa dua pasang. Sepasang boot dan sepasang sport shoes. 

Boot saya beli di Melbourne. Saya suka pakai boot bila travel musim sejuk, autumn dan spring. Boot tak masuk air kalau hujan. Boot tenggelam dalam salji pun no hal lahh. Stokin tu maintain kering. Maka kaki pun kering. Boot yang saya beli ada bulu biri-biri yang soft. Kaki selesa yang amats bila berjalan dah macam berlari. Material yang ringan memang sedap nak jalan kaki long distance. Sebelum travel jangan lupa spray waterproof untuk boot. Nanti bila masuk dalam salji, boot anda tak jejas pun. Kering macam biasa. Wallah! Orang lain pakai boot jalan jauh sikit nak tercabut tapak kaki. But this boot berpuluh kilometer pun takde hal. Alhamdulillah. Berbaloi invest lebih sikit. Alah membeli menang memakai. Memadai ada sepasang sahaja.

Untuk sport shoes anda boleh try Adidas Ultra Boost atau Pure Boost. Saya sanggup beli keduanya. Sebab multipurpose sport shoes ni. Yang ni lah untuk running, untuk hiking manja-manja untuk travel even nak tawaf mall pun pakai sport shoes. Nak tawaf 1Utama atau Midvalley pastu bersambung The Gardens memang takde hal. Adidas Malaysia sekarang dah boleh beli online. Saya dah cuba shopping online di Adidas Store masa sale dan ternyata ia sangat mudah dan berbaloi. Korang tahu kan Adidas kalau retail price mahal nak mamp** Korang just register kat website dan boleh beli. Free delivery untuk certain amount purchase. Pastu nak Cash On Delivery pun takde hal.


Adidas PureBoost, size UK 7 1/2



Adidas UltraBoost Uncaged
Size UK 7


Saya beli Adidas Ultraboost Uncaged Shoes Cloud White ni full price gais!!? Sekarang ni Adidas tengah promo up to 50%. So inilah masanya nak grab Adidas shoes yang original. Serious berbaloi. Ada 570 jenis kasut Adidas yang tengah on sale sekarang. Sale period: 3 Jan - 19 Jan 2020. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Grab yours now okeh.

Pesanan khidmat masyarakat: Belilah Yang Original. Pasti ada perbezaan rasa di situ. Oh cuma yang putih ni lama-lama akan jadi yellowish. Jadi pilihla yang warna gelap supaya tak nampak kotor dan nampak baru sentiasa. 



Adidas UltraBoost Uncaged Legend Purple


Warna ni lebih murah daripada di atas. Jarang sangat Adidas nak jadi pemurah bagi SALE kat kita. Pastu tinggi pulak SALE kali ni. December hari tu dapat 20% sahaja. Nak Chinese New Year ni dia bagi lebih pulak. Hubby dah beli cap, jersey, tshirt dan sweat pants. Ni duk usha kasut pulak. Semua dah selamat sampai. Kiteorang dah korang bila pulak?


Kesimpulannya tak rugi invest beli yang ori dan mahal sikit. Ada reason kenapa harga kasut mahal macam tu. Yang penting bila travel kaki tak blister, tak sakit. Trip pun jadi enjoy =) Boot dan sport shoes inilah yang saya duk ulang pakai bila travel ke mana-mana. Tapiiii...kalau korang jumpa sport shoes lain yang better dan lebih murah, grab sahaja. Yang penting kaki selesa.





Selasa, 14 Januari 2020

Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online



Salam gais. Selamat Tahun Baru 2020! 

Tahun lepas kalau korang nak semak Wang Tidak Dituntut (WTD) masih kena pergi Jabatan Akauntan Negara kan. Tahun 2020 ni tak perlu sebab semakan sudah boleh dibuat secara ONLINE. Yeayyy.



Sis pun dah buat semakan dan hasilnya......tadaaaaa... adalah sikit. Hubby pun ada juga. Eh eh seronok pulak bila tahu ada duit boleh dituntut. Nah ini belum harta pusaka lagi. Manusia..oh manusia...

Apakah Wang Tidak Dituntut? Em senang cerita duit yang dah lama terperap dalam akaun bank (akaun bank terbiar, telah ditutup) . Maklumat carian rekod Wang Tak Dituntut (WTD) secara online diserahkan oleh pihak syarikat/firma bagi fasa awal ni dari tahun kewangan 2006 hingga terkini.

Untuk fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja boleh dibuat secara online. Untuk buat tuntutan wang yang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh hantar by pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan.


CARA SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) SECARA ONLINE

1. https://egumis.anm.gov.my/

2. Step pertama, wajib daftar dulu di laman eGumis 
Semakan → Pendaftaran

3. WAJIB Isi maklumat yang bertanda *




4. Selesai DAFTAR. Anda boleh terus LOG MASUK (tidak perlu pengesahan melalui emel)

5. Berjaya LOG MASUK, anda wajib KEMASKINI maklumat seperti alamat dan no tel.

6. Selesai kemas kini maklumat..... baru boleh buat carian. Masukkan IC. 
Penting: Hanya 2 carian (no.IC) boleh dibuat setiap hari. Jangan lupa buat carian untuk diri sendiri dulu (◕‿◕✿)





7. Hasil carian akan papar jumlah wang yang tidak dituntut.


CARA TUNTUT WANG

1. Hantar DOKUMEN permohonan lengkap via pos ke Pejabat Pendaftar atau pergi sendiri Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan.

2. Borang Tuntutan Bayaran Balik boleh klik SINI


Okeh...itu sahaja. Go now...semak segera!

So..banyak tak duit korang yang tidak dituntut?