Pages

Selasa, 14 Januari 2020

Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online



Salam gais. Selamat Tahun Baru 2020! 

Tahun lepas kalau korang nak semak Wang Tidak Dituntut (WTD) masih kena pergi Jabatan Akauntan Negara kan. Tahun 2020 ni tak perlu sebab semakan sudah boleh dibuat secara ONLINE. Yeayyy.



Sis pun dah buat semakan dan hasilnya......tadaaaaa... adalah sikit. Hubby pun ada juga. Eh eh seronok pulak bila tahu ada duit boleh dituntut. Nah ini belum harta pusaka lagi. Manusia..oh manusia...

Apakah Wang Tidak Dituntut? Em senang cerita duit yang dah lama terperap dalam akaun bank (akaun bank terbiar, telah ditutup) . Maklumat carian rekod Wang Tak Dituntut (WTD) secara online diserahkan oleh pihak syarikat/firma bagi fasa awal ni dari tahun kewangan 2006 hingga terkini.

Untuk fasa awal, hanya semakan wang tak dituntut sahaja boleh dibuat secara online. Untuk buat tuntutan wang yang tak dituntut, dokumen permohonan yang telah lengkap boleh hantar by pos ke Pejabat Pendaftar atau hadir ke Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan.


CARA SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) SECARA ONLINE

1. https://egumis.anm.gov.my/

2. Step pertama, wajib daftar dulu di laman eGumis 
Semakan → Pendaftaran

3. WAJIB Isi maklumat yang bertanda *




4. Selesai DAFTAR. Anda boleh terus LOG MASUK (tidak perlu pengesahan melalui emel)

5. Berjaya LOG MASUK, anda wajib KEMASKINI maklumat seperti alamat dan no tel.

6. Selesai kemas kini maklumat..... baru boleh buat carian. Masukkan IC. 
Penting: Hanya 2 carian (no.IC) boleh dibuat setiap hari. Jangan lupa buat carian untuk diri sendiri dulu (◕‿◕✿)





7. Hasil carian akan papar jumlah wang yang tidak dituntut.


CARA TUNTUT WANG

1. Hantar DOKUMEN permohonan lengkap via pos ke Pejabat Pendaftar atau pergi sendiri Kaunter Pejabat Pendaftar atau JANM Negeri/Cawangan yang berdekatan.

2. Borang Tuntutan Bayaran Balik boleh klik SINI


Okeh...itu sahaja. Go now...semak segera!

So..banyak tak duit korang yang tidak dituntut?


1 ulasan:

  1. Ohhh,, banyaknya duit. Haha Aien dah tengok tadi. Alhamdulillah ada la sikit. ^^

    BalasPadam