Review Dyson V10 Absolute : Bye bye To Big Corded Vacuums




Dyson Cyclone V10 Absolute


Hey guys. Salam. Apa yang menarik tentang vacuum Dyson? Sebelum sis mulakan review panjang lebar izinkan sis luahkan sedikit expression. Dyson Vacum V10 ni SUMPAH BEST GILER! Bukan hari ni beli hari ni jugak terus bagi review. At least pakai dulu for a few months then barulah buat review kan. Barulah HONEST review. 6 bulan lepas (June 2019) beli dari Dyson Malaysia Official Store. Selama 6 bulan guna benda alah ni Masya-Allah, suction dia power giler. Bukan kaleng-kaleng punya suction. Yeah, i know...banyak yang tiru design dan teknologi Dyson but trust me ianya sama tapi tidak serupa. Patented Technology To Deep Clean Properly. No wonder ada rated Dyson sebagai  The Best Cordless Vacuum. Patutlah harganya begitu rupa. Research dan technologynya sangat memudahkan cara.


Yesza, i feel you .......Engineer Dyson, James Dyson


Game changer. Addicted to vacuuming now!
The Dyson Cyclone V10 Cordless Vacuum


Dyson Cyclone V10 Absolute specifications

Suction power: 150AW
Berat: 2.5kg
Bin volume: 0.54L (for me cukup besar dah)
Run Time: 60 minit (for me cukup lama untuk sekali vacuum)
Charge time: 3.5 jam
Warranty period: 2 years
Made in: Malaysia
Harga: Check SINI

Apa yang ada dalam kotak?



1 x Dyson Cyclone V10 Absolute,
1 x Soft Roller Cleaner Head - untuk lantai (hard/timber flooring)
1 x Direct Drive Cleaner Head - untuk carpet
1 x Combination Tool,
1 x Crevice Tool,
1 x Mini Motorised Tool - untuk upholstery dan mattress
1 x Soft Dusting Brush

Basically Dyson splitkan kepala untuk hard/timber flooring lain untuk karpet kepala lain. Pastu Dyson tiada fungsi untuk mop, tiada fungsi untuk vacuum liquid. Paling sis gemar sebab dia ada Mini Motorised Tool. Bila dah powerful suction siap boleh sedut dust mites yang terbenam lama dalam mattress dan sofa. Sis try buat untuk semua sofa dan mattress dalam rumah. Tercengang bila tengok outputnya. So guys highly recommend untuk pengidap asthma, orang resdung dan sensitif terhadap habuk. Nak beli Rainbow lagi mahal gila. Jadi boleh pilih Dyson as an option :)


Contoh dust mites dalam sofa. eww! Macam serbuk-serbuk halus.

Jangan risau V10 ada battery light indicator. Pastu ada 3 mode yang berbeza. Mode 1 untuk fluffy head & upholstery. Mode 2 works best for carpets. Lowest mode battery boleh bertahan sehingga 60 minit. Max speed battery boleh bertahan sehingga 20 minit. Bila sebuat pasal carpet sis nak kongsi sikit. Carpet memang kena vacuum dengan kerap. Barulah bulu carpet sentiasa lembut dan sedap pijak. Kalau dibiarkan lama tidak vacuum, lama-kelamaan carpet jadi keras dan padat dengan segala habuk dan mites yang terbenam dan sebati dalam carpet. 


Perbezaan Dyson V10 Absolute VS Ablsolute Plus VS Fluffy

Ya, sis tahu banyak jenis Dyson kan. Yang tu korang kena check betul-betul. Latest version Dyson adalah V11 Absolute. Apa beza antara Dyson V10 Absolute dengan Dyson V10 Absolute Plus?

Dyson V10 Absolute Plus
-harga lebih mahal
- lebih berat 2.68kg. Sis try sendiri kat store. Lenguh weh lama-lama.
- kapasiti bin lebih besar 0.76l
- best sebab ada 2 tools extra iaitu: Flexi crevice tool dan Extension Hose


Pastu apa beza pulak dengan Dyson V10 Fluffy? Ada 1 kepala sahaja dalam box (1 x Soft Roller Cleaner Head) hanya untuk hard flooring yakni lantai sahaja. Tiada kepala untuk carpet. Sebab tu fluffy ni paling murah.

Oklah sekian sahaja review percuma tidak berbayar tetapi ikhlas dari saya untuk anda yang lama dah duk usha-usha Dyson...pastu tengah pening kepala nak beli ke tak..berbaloi ke tidak. Jawapan saya sangat berbaloi-baloi. Bagi hadiah Dyson pada Cik Wife confirm bersorak dia nanti :)

Oklah..till then...Wassalam


1 ulasan:

  1. Wah.. bestnya.. Kalau dapat ini memang puas hatilah nak membersihkan rumah..

    BalasPadam