Review Ladang Teh Boh Sungai Palas (Boh Tea Centre)




JA Balcony


Hallo guys! Salam. Kita bersua kembali. Yup benar ini kali pertama kami ke Ladang Teh Boh Sungai Palas atau nama officialnya Boh Centre Sungai Palas. Previously sesat pergi ke Ladang Teh Boh di Ringlet. Umumnya Cameron Highlands mempunyai 3 ladang teh yang berbeza.

1. Ladang Teh Boh / Boh Tea Estate Ringlet
2. Ladang Teh Bharat Tanah Rata
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas Brinchang

Tahu tapi mungkin terlupa yang Cameron Highlands was named after William Cameron (British Government surveyor) selepas dia jumpa tanah tinggi ini pada tahun 1885. But failed to mark his discovery. Tahun 1925 Sir George Maxwell pulak yang tolong rekodkan penemuan William Cameron secara official. Maka tanah tinggi tidak bernama ini diberi nama Cameron Highlands. Beliaulah yang bangunkan Tanah Tinggi Cameron sehingga menarik ramai kolonial dan expatriates British termasuklah British planters yang menyedari potensi tanah tinggi Cameron sangat subur dan sesuai untuk tanaman teh. Fast forward 2019 Cameron Highlands Malaysia terkenal dengan ladang tehnya. Paling luas di Asia Tenggara.

Ladang Teh Boh Sungai Palas merupakan ladang teh terbesar di Cameron Highlands dan menjadi tempat menarik wajib kunjungi jika ke Cameron. Luas ladang Teh Boh 243 hektar. Bila saya lihat view ni tertanya-tanya sendiri siapa founder disebalik nama Teh Boh ni? Then buatlah background check. Rupanya Founder Boh ialah John A Russel yang start Boh Plantations dari tahun 1929. Diturunkan kepada anaknya William Russell dan kini cucunya pulak; Dato' Tristan yang take over Boh. Tahun ni Boh celebrate 90 years anniversary dengan expand lagi ladang (new wing) dengan nama Tristan's Terrace.

 Perjalanan ke sini mengambil masa satu (1) jam dari Ladang Teh Boh Ringlet. Jauhkan. Jalannya berliku-liku. Nak masuk ke dalam ladang boh ni sempit dan bumpy. Sis cannot imagine kalau datang waktu puncak. Boleh jem cramp. So berhati-hati memandu ya. Selesai parkir kereta, korang perlu berjalan kaki untuk naik ke atas bukit.



Terdapat cafe di atas bukit yang diberi nama J.A.'s Balcony untuk pengunjung menikmati teh segar dari ladang. Boleh try sardine puff dan choclate roll sini sedap. Walaupun hari Selasa belum musim cuti sekolah, orang tetap ramai. Ladang Teh Boh Sungai Palas ni memang sentiasa ramai orang eh ke macam mana? Tetap jugak berebut meja nak duduk tepi-tepi sambil minum teh tengok scenery. 

Untuk pengunjung, selain melihat panorama hijau ladang teh, korang juga boleh melihat pameran, melawat kilang memproses ladang Teh Boh dan juga membeli aneka produk Teh Boh di Tea Shop Centre. Sekian review ladang teh Boh Sungai Palas di Brinchang. So, korang dah pernah sampai sini?

Boh Tea Centre Sungai Palas
Hours: 8.30am - 4.30pm (Closed on Monday)



4 ulasan:

  1. Best jugak datang lepak minum teh kat sini

    BalasPadam
  2. ada masuk kilang proses teh kat situ tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak masuk sebab waiting time lama. Ramai yang bawa budak2 nak masuk kilang.

      Padam