Dating di Kula Cakes Kuantan



Penggemar cafe hipster dan sweet tooth mesti mengenali Kula Cakes by Lila Wadi yang bertempat di Kuantan Pahang. Mango Cheesecake Kula Cakes sangat popular di Kuantan dan pernah tular suatu ketika dulu. Sampai sekarang ni pun Kula Cakes masih menerima sambutan hangat kerana pelanggan sungguh ramai dan hampir tiada tempat duduk ketika kami sampai. Bayangkan tahun 2016 dulu pendapatan bersih mencecah RM3,000 SEHARI dengan menjual kek keju mangga sahaja (sumber: Berita Harian)


Kami singgah di sini ketika on the way balik ke kampung baru-baru ni. Biasanya makan Mango Cheesecake yang sama di Cafe Nasi Kukus Dapur Mama (warna hijau) sebelah Hotel Sri Manja di Kuantan. Hat ni owner Melayu Islam. BUKAN Nasi Kukus My Mama (warna merah). Hat ni owner Wallahu'alam. Yang tahu tu jangan keliru tau. 

Kami berdua suka makan nasi kukus di DAPUR MAMA (warna hijau). Lepas makan nasi boleh naik tingkat atas. Belah atasnya ada cafe untuk minum coffee dan makan kek. Jadi baru-baru ni saja lah nak pi try jenguk kedai Kula Cakes, kedai kek paling popular di Kuantan. Katanya dekorasi kedai ni antik dan cantik!



Memang tak dapat dinafikan. Cuma cuaca Kuantan yang panas berdering mendatangkan ketidakselesaan untuk makan di sini. Elok juga tu, sebab tu masing-masing lepas makan laju je tinggalkan meja. Kalau selesa pulak nanti dikhuatiri tak reti-reti nak bangun beri peluang kepada orang lain.


Kami order;
Burnt Cheesecake (yang makin popular) - RM13.11
Mango Cheesecake - RM8.40
Iced Coffee With Milk - RM4.34


Hubby memang suka sangat Burnt Cheesecake tu. 
Versi Kula Cakes memang sedap =)


Peminat dessert haruslah datang ke syurga dessert Kula Cakes. Dahla sedap, harganya berpatutan berbanding cafe hipster premium di Kuala Lumpur. 


Kula Cakes
96A, Jalan Besar (Jalan Besar)
25000 Kuantan, Pahang

ISNIN TUTUP

1 ulasan:

  1. Ramai betul yang share pasal Kula Cakes ini.. Tak tahulah bila boleh singgah ke sini.. Dessert dia nampak menarik..

    BalasPadam