Pages

Selasa, 7 Mei 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Taj Mahal



Namaste India. 3 malam di Kashmir balik semula ke Delhi. Dari Delhi menuju ke Agra dengan menaiki bas selama 3 jam. Check-in satu malam di Agra, India.

Esoknya lepas sarapan pagi secara buffet kami bersiap-siap ke Taj Mahal. Taj Mahal diiktiraf sebagai salah satu keajaiban dunia. Mana tidaknya pembinaan Taj Mahal mengunakan hampir 20 ribu tenaga manusia daripada pelbagai negara termasuk India, Persia & Turki dan memakan masa 22 tahun untuk disiapkan. Fuh! Agung sungguh cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz Mahal.

Kebetulan hari kami melawat Taj Mahal, Hari Holi di India. Festival of Colors meraikan tibanya musim bunga (spring) di India. Sampai di Kompleks Taj Mahal, tengok kiri kanan, orang ramai punya muka dah warna warni, kena campak dengan multi color. Kebanyakkan penduduk tempatan pakai putih pada hari ini.

Perlu jalan kaki lebih kurang setengah kilometer untuk sampai ke tempat beli tiket. Geng-geng wanita veteren dah naik ala-ala beca. Cepatlah sampai. Sampai depan pintu gerbang kena berkumpul dulu dan dengar sejarah dan fakta tentang Taj Mahal dari tour guide. Kiteorang semua ternganga-nganga ketakjuban.

Sejarah atau asal usul Taj Mahal yang diceritakan kepada kami lebih kurang begini. Kebenarannya wallahu 'alam. Shah Jahan bertemu Mumtaz ketika berjalan-jalan di Meena Bazar. Meena Bazar ketika itu khusus untuk golongan diraja & bangsawan sahaja. Mumtaz yang namanya Arjuman Banu Begum dari kalangan bangsawan Persia yang berniaga manik-manik. Masa jumpa Mumtaz tu, Shah Jahan sudah pun mempunyai dua isteri. 5 tahun menunggu akhirnya dibenarkan berkahwin. Bila Shah Jahan naik takhta menggantikan ayahnya, Arjuman Banu Begum diberi jolokan nama Mumtaz Mahal yang bermaksud Jewel of the Palace ataupun permata dalam istana. Mumtaz sentiasa menemani Shah Jahan di mana sahaja dia berada hatta pergi perang bersama. Jodoh mereka tidak panjang. Mumtaz meninggal kerana komplikasi ketika melahirkan anak yang ke-14. Sebelum meminggal Mumtaz Mahal minta Shah Jahan bersumpah janji 4 perkara. Pertama bina sebuah taj (monumen) tanda cinta. Kedua tidak akan bernikah lagi. Ketiga menjaga anak-anak dengan baik. Keempat sis lupa. ahaaha. 




Atas pemintaan Mumtaz Mahal berdirilah sebuah taj (monumen) tanda cinta Shah Jahan. Diberi nama Taj Mahal yang sudah berusia 366 tahun. Keteguhan & keutuhan Taj Mahal begitu dahsyat. Sampai sekarang masih kukuh sempurna. Dup..dap..dupp..dap.. hati ni tatkala berjalan masuk dan nampak Taj Mahal buat pertama kalinya. Tak percaya!


Taj Mahal warna putih melambangkan kesuciaan ini terletak di Wilayah Uttar Paradesh di tepi sungai Yamuna, salah satu sungai suci di Agra, India.


Sebelum masuk melihat Taj Mahal anda perlu melalui security check. Tidak dibenarkan bawa pen, buku, kertas, makanan dll. Yang dibenarkan hanya camera, phone, sunglasses.



Darwaza. Pintu gerbang utama menuju ke Taj Mahal



Berlatarbelakang kan Bageecha (taman). Tak percaya dah sampai Taj Mahal, India 😭


Perlu pakai sarung kasut untuk protect lantai Taj Mahal. Yang bestnya pak guard situ familiar tourist dari Malaysia. Nampak sangat ramai pelancong Malaysia datang Taj Mahal. Walaupun kami dah TERkeluar dari bangunan Taj Mahal still boleh masuk untuk kali ke-2. Semata-mata nak ambik gambar. Heheh. Orang Malaysia baik-baik belaka takda yang buat onar sebab tu lepaih je.


Pintu masuk ke dalam Taj Mahal. Dalam ni ada 2 kubur replica Shah Jahan & Mumtaz Mahal. Diletakkan di tengah-tengah kompleks. Dia tak bagi ambil gambar. Jadi kita tak ambik. Tapi orang dia duk snap-snap buat bodoh je walaupun ada army duk jaga dalam tu. Heran jugak rupanya dah bagi tip. Patutla boleh ambik gambar 😑


Ukiran yang dibenamkan dalam batu marmar. Dikikis-kikis / diukir ikut bentuk kemudian dimasukkan batu warna merah, hijau, kuning dll. Bukan dicat. Pernah dengar tak omongan yang juru ukir, arkitek dll dipotong tangan, dibutakan mata setelah selesai pembinaannya supaya tiada siapa boleh tiru. Kata tour guide kami itu semua tipu belaka.


Asalnya Shah jahan hendak gunakan marmar hitam untuk bangunkan Taj Mahal. Namun dihalang oleh anaknya. Marmar putih pun dah memerlukan perbelanjaan tinggi Billion ringgit (kadar sekarang) dan ambil masa yang lama, inikan pula marmar hitam yang sukar diperolehi ketika itu. Marmar putih yang digunakan ini bukan sebarang marmar. Marmar yang ada cooling effect. Walaupun suasana terik panas sekali pun, marmarnya masih sejuk bila disentuh dan dipijak. 



Taj Mahal checked!


Speechless!


1 ulasan:

  1. Salam sis..ajar casa buat visa tanpa pakai agent n berapanharga tuk 6bln yea?

    BalasPadam