Taj Mahal, India
I am definitely dreaming. This can't be true!
Tiba hari kami pulang semula ke Delhi setelah beberapa hari di Srinagar. Malam terakhir di Kashmir hujan turun tanpa henti. Hujannya dari malam beransur siang. Siangnya suhu turun mendadak. Kesejukan mula melanda Srinagar. Seolah-olah memberi petanda musim sejuk masih belum berakhir. Akhirnya salji pun turun pada hari terakhir di Srinagar. Masya-Allah! Merasalah kami melihat salji turun dari langit.
Sebelum bergerak ke aiport, Dr Yusof Guru (tour leader) bahagikan tip kepada anak-anak buahnya depan kami. So selesai. Halal berhalal. Kalau kita nak bagi extra silakan.
Diingatkan untuk bergerak ke airport Srinagar lebih awal. Security check di sini agak ketat. Penerbangan Srinagar ke Delhi 1 jam 30 minit dengan Indigo airline. Sebelum masuk dalam airport, jeep kami berhenti di security check pertama. Semua baggage termasuk handbag diturunkan untuk proses scan. Kami semua juga perlu turun. Berlari-lari le dalam snow falls tu masuk untuk scan. Mereka sering ingatkan power bank, perlu letak dalam hand carry. Bateri camera pelu dettach dari camera. Settle scan angkat balik semua baggage naik jeep & teruskan perjalanan masuk dalam airport. Ketika ini makin heavy snow falls.
Dalam airport sekali lagi melalui proses security check. Security check ni kena hadap dulu sebelum check-in baggage. Ada 2 orang diminta untuk buka luggage. Sorang sebab bawa iron. Sorang lagi tak sure sebab apa. Diorang tak rampas pun. Cuma nak tengok saja.
Selesai semua baru boleh check-in. Selesai check-in sekali lagi kena security check. Whole body check dan hand luggage check pulak. Aduh. Berapa kali kena check. Ada beberapa orang jugak yang sangkut termasuk saya 😓Part ni memang haru betul sebab mereka tak nak belek gitu-gitu je. Dia nak kita keluarkan semua barang dan letak dalam tray. Aaaaaaa sudah. Memang terpaksa keluarkan semua. Dalam beg saya ada 3 lagi beg kecil. MASAK RANUM nak keluarkan satu-satu & explain satu-satu. Bertabahla. Jangan risau, diorang ni mesra alam je. Dah SOP nya begitu. Ikut sahaja. Alhamdulillah semua selesai. Gitulah hendaknya lain airport lain security check nya. Disarankan, semua barang masuk kargo. Less drama okeh!
Sementara tunggu flight tiba, layanla keadaan airport yang banyak burung merpati berterbangan & bertenggek-tenggek di banyak tempat. Jadi sebelum korang duduk tu hati-hati. Kot-kot ada taik burung yang masih fresh. Huhu. Kerusi tempat departure memang banyak kesan taik burung. Berdiri je la. Selain itu, airport ini juga kerap kali alami power trip. Kebetulan pulak masa tu tengah membuang dalam bilik air. Alahai. Lepas pada tu, beberapa kali juga airport ini bergelap beberapa saat. Buat orang risau je.
Gembira betul bila nampak kapal terbang Indigo. Yay..masa untuk pulang! Tapiii.....ketika berjalan nak masuk dalam kapal terbang sekali lagi kena scan =)
Tiada makan minum disediakan dalam Indigo airlines. Okeh that's all for now. Next post kita ke Taj Mahal di Agra.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan