Pages

Selasa, 30 April 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Security Check di Srinagar Airport




Taj Mahal, India
I am definitely dreaming. This can't be true!


Tiba hari kami pulang semula ke Delhi setelah beberapa hari di Srinagar. Malam terakhir di Kashmir hujan turun tanpa henti. Hujannya dari malam beransur siang. Siangnya suhu turun mendadak. Kesejukan mula melanda Srinagar. Seolah-olah memberi petanda musim sejuk masih belum berakhir. Akhirnya salji pun turun pada hari terakhir di Srinagar. Masya-Allah! Merasalah kami melihat salji turun dari langit.

Sebelum bergerak ke aiport, Dr Yusof Guru (tour leader) bahagikan tip kepada anak-anak buahnya depan kami. So selesai. Halal berhalal.  Kalau kita nak bagi extra silakan.

Diingatkan untuk bergerak ke airport Srinagar lebih awal. Security check di sini agak ketat. Penerbangan Srinagar ke Delhi 1 jam 30 minit dengan Indigo airline. Sebelum masuk dalam airport, jeep kami berhenti di security check pertama. Semua baggage termasuk handbag diturunkan untuk proses scan. Kami semua juga perlu turun. Berlari-lari le dalam snow falls tu masuk untuk scan. Mereka sering ingatkan power bank, perlu letak dalam hand carry. Bateri camera pelu dettach dari camera. Settle scan angkat balik semua baggage naik jeep & teruskan perjalanan masuk dalam airport. Ketika ini makin heavy snow falls.

Dalam airport sekali lagi melalui proses security check.  Security check ni kena hadap dulu sebelum check-in baggage. Ada 2 orang diminta untuk buka luggage. Sorang sebab bawa iron. Sorang lagi tak sure sebab apa. Diorang tak rampas pun. Cuma nak tengok saja.

Selesai semua baru boleh check-in.  Selesai check-in sekali lagi kena security check. Whole body check dan hand luggage check pulak. Aduh. Berapa kali kena check. Ada beberapa orang jugak yang sangkut termasuk saya πŸ˜“Part ni memang haru betul sebab mereka tak nak belek gitu-gitu je. Dia nak kita keluarkan semua barang dan letak dalam tray. Aaaaaaa sudah. Memang terpaksa keluarkan semua. Dalam beg saya ada 3 lagi beg kecil. MASAK RANUM nak keluarkan satu-satu & explain satu-satu. Bertabahla. Jangan risau, diorang ni mesra alam je. Dah SOP nya begitu. Ikut sahaja. Alhamdulillah semua selesai. Gitulah hendaknya lain airport lain security check nya. Disarankan, semua barang masuk kargo. Less drama okeh!

Sementara tunggu flight tiba, layanla keadaan airport yang banyak burung merpati berterbangan & bertenggek-tenggek di banyak tempat. Jadi sebelum korang duduk tu hati-hati. Kot-kot ada taik burung yang masih fresh. Huhu. Kerusi tempat departure memang banyak kesan taik burung. Berdiri je la. Selain itu, airport ini juga kerap kali alami power trip. Kebetulan pulak masa tu tengah membuang dalam bilik air. Alahai. Lepas pada tu, beberapa kali juga airport ini bergelap beberapa saat. Buat orang risau je. 

Gembira betul bila nampak kapal terbang Indigo. Yay..masa untuk pulang! Tapiii.....ketika berjalan nak masuk dalam kapal terbang sekali lagi kena scan =)

Tiada makan minum disediakan dalam Indigo airlines. Okeh that's all for now. Next post kita ke Taj Mahal di Agra.

Wassalam.

Jumaat, 26 April 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Sonamarg Valley, Thajiwas Glacier & Hazratbal Mosque



Apa yang menarik di Sonamarg? Dulu-dulu, Sonamarg ni menghubungkan Kashmir dengan China. Terkenal dengan panggilan 'meadow of gold' - padang rumput emas. 

Patutlah India mahupun Pakistan berebut kan Kashmir. Keistimewaan Kashmir mempunyai tempat cantik yang berpotensi tinggi dimajukan sebagai pusat pelancongan. Selain itu, tanah Kashmir juga subur untuk kegiatan pertanian. Paling best ada sumber air yang banyak maka cukup untuk janakuasa elektrik sendiri. Sebab tu Kashmiri berusaha nak memerdekakan negara mereka sendiri.



Masing-masing terpegun dengan pemandangan perkampungan yang dikelilingi gunung himalaya yang diliputi salji. Pada saya yang sekali-sekala travel ni, pemandangan perkampungan sepanjang jalan ke Sonamarg ni merupakan pemandangan paling cantik dan indah seumur hidup saya pernah tengok.

Sonamarg terletak 85km dari Srinagar dan berada di kawasan beraltitud tinggi iaitu 2667m dari paras laut. Musim sejuk terkenal dengan laluan trek yang dikelilingi pergunungan salji yang dihiasi dengan pokok alpine. Musim panas pula mesti masih sejuk dan sederhana. Masih selesa untuk menikmati keindahan semulajadi di sini.



Nallah Sindh, iaitu anak sungai terbesar di Sungai Jehlum. 108 km panjang. Lembah ini dihiasi dengan air sungai yang mengalir.



Berlatar belakang gunung Himalaya dan walnut tree yang tinggal ranting tidak berseri. Heee.



Van kami beberapa kali ditahan penguatkuasa Jammu dan Kashmir untuk pemeriksaan permit driver. Akhirnya alhamdulillah selamat sampai di tempat rehat & rawat. Berhenti seketika untuk ke wash room dan minum chai. Lega betul dapat basah tekak dengan chai. Sempat bergambar sekeping dua. Sempat juga shopping shawl di sini =)



Ponny ride atau menunggang kuda padi aktiviti popular di Sonamarg. Jadi mesti cuba. Ini pengalaman baru! Harga 500 IDR.


Terpegun sebentar menikmati keindahan Sonamarg bila dibawa melalui lereng-lereng gunung begini. Dalam cuaca begini disarankan pakai pakaian winter yang lengkap. Angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami semua menggeletar kesejukan.

Seorang guide akan jaga dua atau tiga ekor kuda. Kuda padi ni dah dilatih mengikut bunyi. Ada bunyi 'tuihh, tuihh, tuiihh..' Kadang-kadang bunyi 'puurrr, purrrr, purrrr'. Bila bunyi begitu kuda ni seakan bergerak laju, terasa diri sendiri melambung-lambung di atas kuda.

Kuda padi ni bergerak rapat-rapat. Follow member kat depan. Ada jugak jenis yang nakal sikit. Tak boleh rapat dan selalu buat hal. Asik nak gaduh dengan member. Dapat kuda macam tu bertabah la ye.

Pastu jaga-jaga sebab kuda-kuda ni kadang-kadang sambil bergerak sambil membuang. Jadi janganla rapat sangat dengan member depan. 


Menunggang kuda ke kawasan Thajiwas Glacier. Salji memutih sana sini. Saya sendiri tidak pasti di mana Thajiwas Glacier. Tapi ini lah tempat terakhir yang kami sampai. Masing-masing diminta turun dan naik atas salji tebal ni untuk menikmati pemandangan air sungai yang mengalir.



Kejernihan air di Sind River. Bila tengok view ni teringat suasana winter dalam movie Twilight.



Tiada penghuni menetap di Sonamarg. Musim sejuk, salji sangat tebal di sini. Ni kami pergi dah habis winter. Nak masuk spring. Salji masih lagi tebal.



Ada pulak photographer yang snapkan =)


Ramai-ramai bergambar dengan kuda padi masing-masing sebagai kenangan yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.


Ini lah tour guide kami. Mr Yaakub & Brother Yassin. Mereka berdua ni memang terbaik sangat! Peramah sebab banyak berkongsi cerita tentang Kashmiri, dari budaya sampailah ke pendidikan, perubatan dll. Dedikasi dalam menjaga kami semua. Mr Yaacub ni ada Master in Maths. Brother Yassin pulak ada Degree in Art dari Kashmir Universiti. Bahasa di Kashmir adalah Kashmiri, Urdu & English. English subjek wajib belajar di sekolah. 



Kashmir, i'm in love!


Masjid Hazratbal Mosque

Balik dari Sonamarg singgah di Masjid Hazratbal terletak di tebing Dal Lake di Srinagar. Masjid utama bagi Muslim di Kashmir. Masjid di sini dipercayai menyimpan rambut Nabi Muhammad S.A.W. Dibuka untuk tatapan umum ketika Maulud Nabi.



Bahagian depan pintu masuk. Dipenuhi dengan merpati.



Cantik lokasi Masjid Hazratbal. Dikelilingi gunung dan berhadapan dengan Dal Lake. 


Jumaat, 19 April 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Gulmarg, Switzerland of Asia & Jama Mosque, Srinagar


Hari berikutnya trip ke Gulmarg, Switzerland of Asia. Jarak Srinagar ke Gulmarg 52km lebih kurang dua jam perjalanan naik jeep. Excited nak pergi Gulmarg sebab ada salji. Never enough with snow. Pastu dalam itinerary ada naik gondola. Jika anda ke Kashmir, harus pergi Gulmarg dan naik gondola di sana kerana Gondola di Gulmarg katanya yang tertinggi di Asia.  Lereng Bukit Afarwat dari Pir Panjal Range ke puncak Himalaya adalah lereng ski tertinggi dan terpanjang di Asia. Jarak keseluruhan lif ski adalah lima kilometer dan puncak resort Gulmarg pada ketinggian 3950 m (12.9 feet).



Sepanjang jalan nampak gunung ganang diliputi salji. Pemandangan yang sangat lawa boleh dilihat dalam perjalanan ke puncak Gulmarg. 

Sebelum sampai di Gulmarg tiba di Tanmarg terlebih dahulu. Berhenti di satu hentian untuk sesiapa yang nak ke wash room. Dari Tanmarg jalan berliku-liku di lereng bukit sejauh 13 km.


Sejuknya di Dal Lake Houseboat, Srinagar. Tak tertahan. Harap-harap cuaca cun di Gulmarg nanti.

J & K Bank. Sebelahnya kedai nak buat digital X-ray yang high end. Boleh buat di sini.

Bas awam di Srinagar, Kashmir


Sepanjang jalan, kami diperdengarkan lagu-lagu Kashmir. Bollywood vibe sangat. Ada lagu rancak, ada lagu slow. Bila lagu slow alahai syahdu syahdan rasa dalam hati. Melayang-layang teringat buah hati πŸ˜›

Jeep mula mendaki jalan berbukit. Kiri kanan lereng bukit dipenuhi salji yang masih tebal. 7km terakhir jalan dah start zig zag. Pemandu yang bawak jeep ni berhemah. Jadi perasaan tu tak seram sangat. Cuma part bertembung dengan kereta atau jeep di selekoh terasa senak jugak perut nih. 

Sebelum sampai di atas, jeep berhenti di tempat sewa peralatan seperti winter jacket, boot getah hitam ala-ala pua chu kang, glove dan lain-lain. Tour leader Mr Yaakub yang deal dengan mereka. Bila dapat green light baru pakat turun jeep ramai-ramai. Rumusannya dapatlah sewa boot getah hitam tu dengan harga 100 IDR seorang. Power punya nego Mr Yaakub ni. 

Tiba di tempat parking jeep & kereta di Gulmarg ni, mereka ramai-ramai kerumun jeep. Kecut juga perut. Dah macam semut hurung gula. Kiteorang diminta stay dulu dalam jeep. Mr Yaakub turun nego untuk perkhidmatan wooden sledge. Bunyi cara nego tu macam nak gaduh. Siap jerit-jerit. Dapat green light baru kiteorang turun. Setiap orang just bayar 500 IDR termasuk tips. Kata Mr Yaakub tips tak payah bagi pun takpe dah. 

Part turun bukit, kemain meluncur laju sledge ni. Part tu je la yang bestnya. Kemudian view nya seputih salju kesemuaaaanya..beautiful winter wonderland


Selebihnya salji yang rata. Sejauh 1 ke 2 km diorang ni tarik dalam salji tau. Bukan atas tanah rata. Gigih sangat. Kita yang berat dalam 53kg ni pun berpeluh dan mengah-mengah dia tarik. Allahu. Gitu caranya Brother Akbar (insan yang tarik sledge saya) mencari sesuap nasi untuk keluarga. Jadi jangan marah-marah bila anda jatuh tergolek okey. 


Cekap betul Brother Akbar bekerja. Sekali sahaja saya tergolek. Sebab duduk tak balance. Naik wooden sledge ni ada disediakan tali. Diorang suruh pegang tali tu. Korang pegang lembut-lembut je. Jangan pi tarik. Kalau kita tarik...terbeban dia nak tarik sledge ni. Lagi berganda berat. Ilmu fizik pulak.

 
Bukan setakat tarik je. Brother Akhbar siap jadi photographer. Disuruh pose sana sini.

Layankan ajelah. Diorang happy kiteorang lagi happy!



Pastu sampai gondola station, tutup pulak sebab maintenance. Semua frust menonggeng! Tak dapat naik cable car tertinggi di dunia. Naik gondola bolehla tengok pemandangan salji di pergunungan himalaya. Katanya dah macam pergunungan Alps di Switzerland. N.A.N.G.I.S! Gitulah citer dia. HAMPA. Kene datang balik next time.


Phase 1 : Gulmarg Resort -> Kongdori Station |2,6oo metres ; 8, 530 feet

Phase 2 : 3,747 metres ; 12,293 feet

Sudahnya main ski yang diajar oleh coach yang mukanya handsome ala-ala Shah Rukh Khan. Mr Yaakub negokan. Dapatlah 500 IDR sorang. Maka berski lah yang muda mudi. First time pakai kasut ski. Jatuh banyak kali uols. Meluncur-meluncur then jatuh terkangkang lah. Meluncur lagi then jatuh bersimpuhla. Pasrah. Pastu salahkan coach sebab tak pandai ajar anak murid 😝 Paling penting jangan lupa naik snow bike. MESTI NAIK. Geng muda mudi tak sempat nak naik. Harga lepas nego dapat 1500 IDR. Menyesal sekarang tiada gunanya.

Lupe pulak nak snap gambar area-area situ. Sudahnya ni je gambar yang ada di Gulmarg, Kashmir =(

Patah balik tempat parking jeep dengan jalan kaki. Geng wanita veteren dapat hak esklusif naik jeep. Geng lelaki veteren dan muda mudi kena jalan kaki. Rupanya laluan jalan kaki berlainan dengan laluan sledge tadi. Laluan sledge betul-betul atas salji. Laluan jalan kaki adalah laluan jeep atau kereta-kereta lalu. 

Kemudian, makan tengahari secara buffet dulu di Gulmarg sebelum gerak balik ke Srinagar. Sebelum makan nasi mesti dihidang dengan sup dulu. Sejuk-sejuk dapat sup panas memang sedap. Sup Kashmir ni sedap. Makanannya pun sedap & terbaik. Kenyang perut senang hati. Redha je la tak dapat naik gondola ke Phase 1.

Lepas makan balik semula ke Srinagar dan pergi ke Jama Mosque untuk solat jama' Zohor & Asar.



Jama Mosque atau Masjid Jamia adalah masjid terbesar di wilayah Kashmir.


May Allah strengthen our imaan and grant our duaas. In sha Allah =)


Selasa, 16 April 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Mughal Gardens



Kashmir pun 4 musim.

Musim Salji di Kashmir biasanya pada bulan Disember sehingga Mac.
Musim Bunga sekitar April hingga Mei.
Musim Panas akhir Mei hingga Ogos.
Musim Luruh dari bulan September hingga awal Disember.

Kami pergi pertengahan bulan Mac. Salji masih tebal di Gulmarg & Sonamarg. Garden-garden yang cantik di Kashmir masih tinggal ranting. Bunga pula baru nak berputik =) Kami dibawa ke mughal garden yang terkenal di Kashmir; Shalimar Bagh & Nishat Bagh.


Heritage Mughal Garden Shalimar

Cantik ukiran pokok tu


Namun begitu pemandangan tetap cantik. Saki-baki salji masih nampak di Gunung Zabarwan. Ahad merupakan hari cuti di Kashmir. Kashmiri ambil peluang piknik ramai-ramai di garden. Kolam di Shalimat Bagh rata. Musim bunga nanti mesti bertambah cantik dipenuhi bunga-bungaan. Sejarah mengatakan Shalimar Bagh dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya, Nur Jehan.


Ini Nishat Bagh. Nishat Bagh berhadapan dengan Dal Lake

Taman Nishat Bagh kolamnya dibina bertingkat-tingkat



Selesai menikmati pemandangan indah di mughal garden, kemudian di bawa ke carpet factory.  Buatannya handmade. Bila diceritakan & tengok sendiri cara pembuatannya, no wonderlah harganya mahal daripada carpet biasa atau machine made. Carpet silk ini tidak ditenun. Benang silk diikat satu demi satu. Ambil masa berbulan untuk siapkan sebidang carpet. Bila sentuh & pijak memang terasa halus di kaki. Di Malaysia karpet yang wool biasa pun dah mahal. Ini lagi pula handmade. 100% silk. Harganya sangat berpatutan dengan kerumitan dan kehalusan pembuatannya. Jika diimport ke Malaysia boleh cecah belas atau puluhan ribu untuk size begini.



My sis beli sebidang karpet untuk rumah baru dia. Me? Balik Malaysia suami tanya kenapa tak beli carpet. Menyesal pula tak beli. Bukan apa..kekangan masa & rambang mata. My sister beli tu tidakla besar begini. Beli size comel je. Size carpet tak ingat berapa. Berat dalam 4kg. Carpet silk mudah dilipat dan ringan sahaja. Mereka packing dengan proper untuk bawa balik Malaysia. Terbaik.

Baru perasan perkataan cashmere yang didendang di seluruh dunia tu datang daripada Kashmir. Ya benar, Kashmir terkenal sebagai pengeluar bulu kambing.




Jumaat, 12 April 2019

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Kedamaian Dal Lake, Srinagar



Masya-Allah. Subhanallah. Dalam terketar-ketar baru lepas mandi, gigih pergi buka pintu depan untuk tengok view damai begini (eh, dah siap pakai baju jaket semua okey, minda tu jangan nak kotor sangat. LOL). 

Indahnya dapat lihat pemandangan begini waktu pagi. Ada pulak muzik latar cip..cip..kicauan burung. Alahai, bahagia jiwa. Minda terasa lapang sejenak melihat kejadian alam hak milik Tuhan. Dal Lake terkenal dengan jolokan nama jewel of srinagar. Kepanjangan size Dal Lake lebih kurang 15km jika memandu di atas jalan raya. Baru tahu rupanya ada penduduk Srinagar berumah di atas Dal Lake. 

Kenderaan utama semestinyalah sampan kayu yang dipanggil shikara. Shikara ni bukan sahaja bawa barang, bawa pelancong pusing-pusing sekitar Dal Lake malah siap jadi pengangkutan budak-budak tempatan ke sekolah. Malah ada yang rumahnya di atas shikara sahaja 😭

Kalau bangun seawal jam 4 pagi bolehla lihat suasana di floating market. Tak tahu pun ada floating market. Sebab tiada dalam itinerary. Tapi tour guide yang sangat peramah tamah tunjuk video gang Singapore yang menginap di houseboat sebelah kami...pergi floating market. Floating market diorang masih guna sistem barter uols! Sistem barter masih wujud di muka bumi. Masing-masing bawa hasil sayuran dan di floating market mereka saling bertukar jenis sayur. Tidak melibatkan sebarang transaksi duit. Semua selesai sebelum matahari terbit. 

Hidup mereka susah. Mereka bekerja bukan untuk memenuhi kemahuan tetapi semata memenuhi keperluan hidup. Mereka kerja bersungguh-sungguh. Patutla bila diberi tips wajah mereka tu jelas nampak bahagia. 


Walaupun musim sejuk dah tamat, musim bunga mula menjengah...tapi kesejukan masih terasa sampai ke tulang. Musim sejuk baru-baru ini merupakan musim sejuk paling sejuk pernah berlaku di Srinagar dalam tempoh 11 tahun. Waktu malam suhu turun sehingga -6.8 celcius. Dal Lake dah separuh beku. 


Berlatar belakang gunung Pir Panja. Pemandangan di sekitar Dal Lake memang sangat menakjubkan. Cuma tak tahan sejuk duk luar ni lama-lama. Cepat-cepat masuk dalam cari heater.


4 hari 3 malam stay dalam houseboat di Dal Lake. Jadi selama 4 hari juga ulang alik naik shikara untuk ke seberang sana. Setiap kali naik shikara mesti ada peniaga-peniaga yang datang jual barang. Dari fridge magnet, sari, jewellery, saffron sampai lah ke biji benih pokok. Kalau tak nak beli just ignore je. Diam lebih baik dari berkata-kata. Tanya macam-macam pastu tak beli. Kecewa diorang tu sampai ke lubuk hati paling dalam. Maklumlah susah nak cari duit. Harapkan duit pelancong-pelancong yang datang ke Dal Lake. Pastu kalau korang jawab no cash, jangan terkejut, mereka ni ada machine credit card. Haaa ambik kau!


Mata tak jemu-jemu memandang keindahan alam di sini. Setiap kali naik shikara..minda mengelamun teringat pada hubby jauh di Malaysia. Alahai...tiada rezeki nak join sama.

Tiada starbucks. Jangan risau, ada je shikara yang jual hot coffee area Dal Lake. Memang nikmat dapat minum kopi panas. The young girls and I sempat lah pusing sekitar Dal Lake. Ada macam-macam kedai uols. Ada yang jual mentol. Ada jual sari. Ada jual barang-barang kraf. Dan banyak lagi barang-barang keperluan. Jangan tak tahu kerepek kentang Lays pun ada jual di Dal Lake =)



Jika melancong ke Kashmir, mesti naik shikara pusing-pusing tengok apa yang menarik di Dal Lake, okey?