Pages

Isnin, 23 April 2018

10 Tempat Menarik di Kyoto Japan



Hello こんにちは

Susahnya nak move on! Balik dari Japan banyak dapat pengalaman baru, penerokaan dan ilmu yang tidak terlihat di dalam buku. Semua sudah saya kongsi dalam travelog Japan sebelum ini. Beberapa bulan awal merencana percutian kerana lebih banyak wang dapat dijimatkan, lebih banyak tempat dapat dituju. Dari Tokyo ke Gala Yuzawa di Niigata kemudian beberapa hari menginap di Kyoto sebelum ke Osaka langsung ke Nara, Kobe dan Himeji sebelum pulang semula ke Malaysia! 


Ke mana pun anda pergi pastikan anda travel with style knowledge! Kami berpeluang jalan-jalan di Kyoto. Tahu tak apa yang menarik di Kyoto? Jom baca 10 tempat menarik di Kyoto Japan.


1. Fushimi Inari

Journey through a thaousand gates! Cubaan bergambar kali ke-52 baru dapat gambar elok ni. Fuh! Gigih. Juga dikenali dengan panggilan Tori Gates. Laluan Fushimi Inari ni dalam 4km. Total eksplorasi lebih kurang 2 jam sampai ke puncak dan turun balik. Dimana-mana kulihat warna oren! Warna oren benar-benar memiliki aura warna yang luar biasa. Sangat aktif dan bertenaga bila lihat banyak warna oren! Hahah. Oren melambangkan keceriaan & bersemangat!



2. Kimono Forest

The Kimono Forest terletak di Randen Arashiyama Station. Apa yang menarik di Kimono Forest? Di sini ada koleksi tiang setinggi 2 meter berbentuk silinder yang di dalamnya ada kimono pelbagai design yang cantik dan menarik. Katanya di sini ada 600 tiang Kimono dengan 32 corak yang berbeza. Idea ni agak brilliant dan sangat unik. Letak Kimono di stesen tram lama untuk menyuntik suasana baru dan nak attract lebih ramai pelancong datang ke sini. Datang malam ada lampu LED!



3. Arashiyama Bamboo Forest

Arashiyama Bamboo Groove, one of the world prettiest grooves. Sapa nak #ootd dan swafoto di Kyoto Japan wajib mai sini. Sekeliling kulihat hijau. Mohon datang sini awal pagi ataupun lewat petang. Avoid weekend completely terutama waktu peak season seperti Spring dan Autumn. Weekday pun orang cakap crowded yang amat. Weekend apatah lagi.



4. Kinkakuji

Kinkakuji atau Golden Pavilion. Temple warna emas. Kuil emas Kinkakuji antara binaan paling popular di Japan. Bila kaki melangkah masuk ke dalam terus mata dijamu dengan pemandangan pepohon menghijau, tasik yang menenangkan dan sejuk mata memandang. Dari kejauhan agak terpukau dengan binaan warna keemasan berdiri megah di tengah tasik yang teramat cantik landskapnya. Sekejap je perasaan gitu timbul. Mohon bertabah kerana pelancong teramat ramai di sini :D



5. The Philosopher's Walk

Kalau pergi Kyoto time SAKURA di Jepun, mohon pergi The Philosopher's Walk. Sana sini hanya SAKURA. Keterujaan terus naik ke tahap tertinggi! Terima kasih tuan suami bawak kita tengok munge. Bunga dan wanita berpisah tiada :D



6. Nishiki Market

'The kitchen of Kyoto! Aktiviti di sini ialah Tabe-aruki in Japanese (walking and eating). Kami tak try pun makanan dalam ni. Just tengok-tengok apa yang ada. Tak survey langsung apa makanan yang boleh dimakan. So pasrah je la tengok orang lain makan :)



7. Gion

Gion tempat geisha dan maiko lalu lalang. Tak jumpa geisha mahupun maiko. Yang kami jumpa lagi menarik dari itu. Tidak lain dan tidak bukan mazesoba ramen noodle. Masha-Allah! Masha-Allah! Slurrp! Dapat makan semangkuk terus terlupa nak usha geisha :D



8. Yasaka Pagoda

Yasaka Pagoda (five story pagoda). Klasik betul area sini. Tak sangka boleh tengok view macam ni di Japan. Ingatkan nampak bangunan tinggi pencakar langit je kiri kanan macam Tokyo. Rupanya Kyoto punya view lagi charming!



9. Sakura di Maruyama Park

Maruyama Park taman tertua di Kyoto. Ada pokok cherry senior di sini sebab umurnya dah lebih 80 tahun! Ramai rakyat Jepun berhanami di sini. Street food pun banyak. Tapi kita tengok aje lah.



10. Sagano Romantic Train

Sedih sebab tak beli awal-awal tiket train. Jadi tak sempat naik Sagano Train ni. Sobs. Berbaloi naik ketika musim bunga dan musim luruh. Boleh book tiket SINI.

Credit: Google image


Boleh check SINI untuk travel pass di Kyoto, bus transfer, kimono rental, ICOCA Card dll. 


I WANT TO GO BACK!


Rabu, 18 April 2018

Resepi Spaghetti Telur Masin



Cubaan pertama masak pasta telur masin untuk potluck Aidilfitri 2017 di rumah Mekwa. Misi berjaya!  My spaghetti telur asin sedap :D 9 bulan kemudian yakni hari ini baru berpeluang berkongsi resepi. Serious memang mudah, simple dan pantas! Memang sesuai sangat untuk majlis-majlis potluck.


Bahan-Bahan

Sebungkus spaghetti
1 tin susu sejat Ideal
Beberapa sudu buttercup
2 biji telur masin yang sudah direbus
2 kiub ayam
Cili hijau
Cili merah
Bawang putih
Daun kari
Seafood seperti udang dan sotong




In the making of 'pasta with salty egg sauce'




Bahan-bahan siap disediakan. Tinggal nak masak! Cili hijau petik je dari pokok. Daun kari pun gunting dari pokok. Purely fresh from garden :D


Cara masak spaghetti telur asin sedap


1. Rebus spaghetti (al dente)

Cara rebus spaghetti al dente: Panaskan air dalam pot. Letak sedikit garam. Letak sedikit olive oil (untuk elakkan spaghetti melekat). Air mendidih masukkan spaghetti. Lebih kurang 6-7 minit tengok dan rasa (firm di luar lembut di dalam). Kemudian angkat dan tapis air. Taburkan sedikit garam, sedikit olive oil dan sedikit black pepper. Gaul rata. Siap & letak tepi!


2.  Masukkan sedikit buttercup. Biar cair. Masukkan udang. Udang masak terus angkat. Jangan biar lama nanti hilang juicy. Kemudian masukkan sotong pulak. Pun jangan lama. Nanti liat. Bertukar rupa je terus angkat. Letak tepi!


3. Tambah sedikit lagi buttercup. Bila cair terus masukkan bawang putih. Naik bau masukkan daun kari, 2 kiub ayam, cili. Kemudian masukkan telur masin yang dihancurkan. Gaul rata.


4. Masukkan 1 tin susu sejat. Gaul rata. Kemudian masukkan spaghetti. Dah naik wap sikit boleh masuk udang dan sotong tadi. Tabur chilli flakes. Gaul rata. Tutup api. SIAP!




Bon appetite!

Isnin, 16 April 2018

Cubaan DIY Rak Besi IKEA






Sebelum pergi IKEA, kena rajin browse website IKEA dan tengok dulu apa-apa yang menarik untuk masuk list. Kebetulan ternampak IKEA Hyllis shelving unit tengah ada promo bulan April. Harga berpatutan sebab ia rak besi galvanised. Kemudian ada plastik di kaki untuk protect lantai dari calar balar. So oklah kan.




SEBELUM
(macam rak besi industri kat kilang)




SELEPAS
(nampak lebih glam!)


Cara DIY Rak Besi IKEA kepada Gold

Barang yang diperlukan:

2 unit Hyllis shelving unit

4 unit Gold spray paint (goncang rata sebelum guna)

Screwdriver



TIPS: Spray dulu siap-siap untuk kemasan yang lebih cantik, rata dan tidak bercapuk. Lepas kering baru pasang siap rak. Sebab kedua-dua rak di atas dah siap pasang baru spray. Spray kaki senang tapi agak mencabar part nak spray rak yang melebar tu. Belum part bertarung dengan angin. Tuan suami spray tempat lapang luar pagar rumah. Bersiap sedia untuk cramp tangan. Masa spray jangan lupa pakai mask. Lebih kurang sejam cat dah kering.


Gold spray paint tak banyak pilihan di Malaysia. Jenuh nak mencari dan memilih. Setakat ini kami jumpa di Ace Hardware Ikano Damansara. Brand Rust-Oleum. Harga RM50 lebih sebotol! Kenapa mahal sangat nih! *pengsan* Tolong bagi cadangan kat ruangan komen kat mana nak beli spray paint yang murah. Sedang mencari lagi warna metallic gold dan metallic rose gold (copper). Thank you uols :D





Realitinya:

Harga 2 unit Hyllis shelving unit - RM49.90 x 2 = RM99.80
Harga 4 unit Gold spray paint - RM56 x 4 = RM224

jadi seketul rak yang berwarna gold ni harganya RM162. Berbaloi ke tidak?

Next plan: tukar langsir, cat semula kaki meja, beli carpet, beli kerusi office, tambah pokok lagi biar jadi hutan :D



Khamis, 12 April 2018

6 Tempat Sarapan Sedap Di Puncak Alam


Lama tak kongsi episod jalan-jalan cari makan. Kali ini kita nak share 6 tempat cadangan sarapan atau breakfast sedap di Puncak Alam. Banyak projek-projek baru sedang giat membangun di kawasan Puncak Alam ni atau dikenali dengan Shah Alam 2. Projek ECOWORLD Puncak Alam juga ada di sini. So kalau anda jalan-jalan ke Puncak Alam nak tengok atau mencari rumah baru bolehla try makan pagi di tempat-tempat berikut :D


Sarapan pagi di Puncak Alam


1. Mamak SignatureKami suka order roti canai / roti telur / roti bawang. Bila makan roti canai suka makan dengan kuah kari. Mamak signature ini provide kuah kari, kuah dal beserta sambal. Bila digabungkan ketiganya ermmmm lazat. Kuah dan sambal nya sedap berbanding kedai mamak lain yang ada di Puncak Alam. Lokasi Mamak Signature bersebelahan Tesco Puncak Alam. Corner lot deretan kedai berhadapan Masjid Puncak Alam. Penduduk di sini memaklumkan bahawa Nasi Kandar di sini sedap. Kami tak pernah try lagiiiii. Uu sedapnya nasi kandar! Lama tak ke Penang.




2. Warung PotNik Alam Jaya - Menghidangkan menu pantai timur. Memang tokei kedai kecek Klate. Pekerja kedai juga semuanya kecek Klate. Terasa seolah-olah sarapan pagi di Kota Bharu :D Menu menarik di Warung PotNik; nasi kerabu golok, nasi dagang, nasi berlauk, gulai serati (itik) kelantan, mee celup, nasi goreng, maggi goreng, kuih muih seperti cek mek molek (saya sangat suka!), pulut ikan masin dll. Roti titab pun ada :D Kalau orang Kelantan yang rindu masakan pantai timur boleh cuba di sini. Lokasi Warung PotNik di Jalan Ppaj 2/1, Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam. Restoren corner lot berdekatan dengan sekolah SRI INTEGRASI AL-HIKMAH (ALAM JAYA).




3. Kedai Pok Mat - Menyediakan menu pantai timur juga! Sini ada nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, yang istimewanya ada laksam. Aneka kuih muih ada di sini. Lokasi restoren cornet lot (kerusi merah kuning banyak-banyak tu yerlah tu) di dereta kedai bersebelahan Tesco. Tak jauh dari Mamak Signature. 




4. Nasi Kerabu Abg Tepi Tasik - Nasi kerabu lagi! Nampak nau memang peminat nasi kerabu :P Uniknya nasi kerabu abang ni pair dengan daging goreng kunyit. Kreatif :D Selain nasi kerabu ada, bihun, nasi lemak, kuih muih. Gerai abang di ada bersama deretan gerai-gerai lain di tepi tasik Alam Suria 5A1. Abang ni suka pakai topi memancing :D Kalau beli nasi kerabu abang ni saya suka minta extra pedas. Baru kick. 




5. Cakoi / roti kacang - Jangan tak tahu ada yang jual cakoi dan roti kacang sedap di Puncak Alam ni. Lokasi di fasa 2 depan kedai mamak Mydin. Cakoi ni sambalnya ada 2. Sambal manis dan sambal pedas. Uuuuuiii sedap tau makan hangat-hangat sambil cicah sos manis bergabung meletup dengan sambal pedas. Jawa style nih! Mesti cuba! Gambar i'll upload later ya. Aritu lupa nak snap.


6.  Nasi Air Dingin - Baru-baru ada yang jual Nasi Air Dingin purely and fresh dari Kota Bharu! Tak perlu tunggu balik KB baru dapat makan. Dahsyat orang sekarang berbisnes. Masak di Kota Bharu, tapi hasil masakan tetap sampai awal pagi di Puncak Alam. Penjualnya guna kereta myvi (kalau tak silap). Nampak banner tepi jalan tu yerlah tu :D


Jika ada cadangan tempat sarapan sedap di Puncak Alam yang saya tak tahu kewujudannya let me know ya! Tinggalkan di ruangan komen di bawah. Sharing si caring :D Teringin nak cuba tempat-tempat lain juga. Terima kasih semua :D