Siapa pernah sampai Puncak Alam? UITM Puncak Alam? Kawasan Puncak Alam sekarang sedang rancak membangun dengan pesat. Projek perumahan macam lalang tumbuh lepas hujan. Bersepah dengan lori keluar masuk mengangkut tanah dan sebagainya. Betul-betul projek mega! Kesian warga puncak alam cuci kereta pastu berbedak tebal.
Ini bukan episod perumahan di puncak alam tapi episod tentang sebuah cafe hipsturrr klasik yang menjadi pilihan warga puncak alam. Terutama student.
Cafe klasik ini bernama Kedai Kopi Bungaa. Lokasinya sederet dengan Domino's Pizza Puncak Alam. Apa yang menarik?
Baiklah. Mari kita lihat.
Tiba-tiba tersampai Kedai Kopi Bungaa, terparking, termasuk dalam, terduduk di bangku. Maka teroderlah nasi lemak ayam goreng, char kuew teow dan tauhu bergedil seperti di atas. Tersenyum.
Tengoklah pinggan nya cukup klasik. Teringkat set pinggan mangkuk arwah nenek. Sebijik sama seperti pinggan di atas. Kecik-kecik dulu memang ingat sangat balik kampung makan lauk cicah budu dalam pinggan ni. Sobs. Semua kenangan itu tidak dapat diulang kembali. Hanya meninggal kan memori yang paling manis di lubuk hati. Sobs.
Kita review sikit makanan teroder di atas. Nasi lemak ayam goreng sedap sambalnya tapi nasinya sejuklah tak warm. Dah pukul 2 kot. Tauhu bergedil tu goreng panas-panas ok sesedap rasa sebab sosnya sesedap rasa. Sikit sangat sosnya tak cukup. Pastu malu nak mintak tambah. Hehe. Char kuew teow tu sedap menjilat pinggan. Bias! Sebab saya suka char kuew teow lagi-lagi yang banyak kuah dan banyak telur hancur2 macam tu. Nyumsssss!
Menu dan harga makanan di Kedi Kopi Bungaa Puncak Alam. Ada juga lontong dan soto ayam johor. Nanti kami cuba ye.
Semua makanan standard RM6. Kopi Ais Vietnam tu wajib cuba. Best seller! Saya suka kopi panas Vietnam. Perhhh kaw kaw rasa kopinya. Tak perlu pergi vietnam untuk minum kopi Vietnam :)
Feature wall yang menjadi signature utama Kedai Kopi Bungaa
Inilah kedai nya
Jika ke Puncak Alam jangan lupa singgah tau!
unik and catchy nama kedai tu. harga makanan pun berpatutan. btw pinggan tu sama macam pinggan Mak. hehehe
BalasPadamUntung mak masih guna. Akk tak tahu ke mana dah pinggan mangkuk ni. So sayangnya. Sobs.
PadamWahhh thx! Kang bila2 turun kl klu sempat cari la tmpt ni ehehehe
BalasPadamYou are welcome, ya sila..silalah pergi..ada satu lagi tempat best..saba nahhh
PadamBuka lg ke kedai ni
BalasPadamKedai ini dah tutup :(
Padam