Salam. Hi semua. Di pagi Khamis yang bersenang lenang ini ku nak review Haier Air Fryer dari Astro Go Shop. Ingat makcik-makcik sahaja ke yang suka tengok Go Shop. Ku pun suka tengok Astro Go Shop Channel 118. Ada TV boleh beli 😎
Sejak sekian lama mencari Air Fryer. Dari satu jenama ke jenama yang lain. Biasalah faktor harga sudah pasti merupakan faktor utama selain fungsi yang berkesan. Akhirnya tertengok Haier Air Fryer dari Go Shop. Teruja sangat nak beli. Harga dalam RM270+ macam tu. Beli mahal-mahal kang tersadai je tepi dinding tak guna.
Ku nak sangat air fryer ni sebabnya nak kurangkan penggunaan minyak menggoreng dalam masakan terutama nya goreng ikan dan ayam. Selain, malas nak cuci dapur dan mop lantai lepas menggoreng. Kalau tak buat nanti stress pulak tengok dapur kotor. Sejenis penyakit yang tiada ubatnya. Huhu.
Tengok review di goshop keseluruhan macam ok. Try cari-cari lagi. Google-google lagi aisehhh takde sangat pun orang bagi review beserta gambar. Yang ada review goreng nugget sahaja! Pffttttt....
Suatu pagi Ahad yang dingin, tiba-tiba Bonda call!
"Buka astro go shop sekarang! Ibu nak belanja kak long Primada....bla..bla...."
Baik ibu. Ibu saya memang selalu macam tu... Moga makin melimpah ruahla rezekinya. Amiin. Namun begitu walau dermawan mana pun ibu ayah kita atau walaupun ibu ayah kita berduit atau ada pencen setiap bulan atau pun keduanya bekerja..... tanggungjawab sebagai anak mesti beri duit setiap bulan kepada ibu bapa. Ok? Insya Allah kehidupan kita lebih berkat, rasa bahagia dan Allah SWT pasti buka pintu rezeki kita seluas lautan :D
Lepas nego dipendekkan cerita akhirnya Bonda approve dari Primada bertukar ke Haier Air Fryer. Orang nak bagi kita terima dengan tangan yang terbuka. Hahhaha. Rezeki jangan ditolak. Kebetulan masa tu ada Merdeka promo jadi harga selepas masukkan promo code tinggal hanya RM231 sahaja PERCUMA 3-tier stainless steel wares untuk kegunaan air fryer beserta PERCUMA lagi peralatan dapur seperti peeler, 2 jenis pisau & gunting. Ini sudah TERRRRlebih bagus.
Lepas sebulan tadaa inilah hasil percubaannya. Masih lagi explore dan mencari kelebihan air fryer go shop ni.
Keropok lekor pasar malam yang suami beli dah liut dan lembik. Eii sagu je banyak. Ikannya takde. Tapi no worries kita masukkan sahaja dalam air fryer go shop ni selama 15 minit dengan suhu 180C. Tadaaaa..hasilnya memang rangup krup krapp la sampai tak cukup pulak.
Sweet potatoes atau ubi stellar ni suami yang buat. Suka benar dia makan ubi merah ni. Caranya ialah buang kulit, rendam dalam air sejuk lebih kurang setengah jam. Kemudian lap dengan tissue paper. Perap dengan sedikit garam, blackpepper, chilli powder. Goreng dalam air fryer selama 20 minit dengan suhu 180C. Siap!
Karipap sardin ni goreng dalam air fryer tanpa minyak selama 15 minit dengan suhu 180C. Kulit karipap sendiri dah ada majerin. Keluar-keluar je cantik kejadiannya. Memang garing dan tidak berminyak! Azie pernah cuba goren temose/epok/karipap ikan tak secantik begini jika tanpa minyak. Yg tu maybe perlukan sedikit minyak.
Keropok keping di atas ni azie cuba dengan sedikit minyak. Pernah cuba juga goreng tanpa minyak. Azie lebih suka goreng tanpa minyak langsung. Lagi cantik hasilnya. Kering dan saaangat rangup.
Yang ni rustic potatoes. Suami jugak yang buat. Caranya ialah, buang kulit, hiris nipis, rendam dalam air sejuk selama sejam. Tujuannya untuk buang getah ubi. Kemudian lap kering dengan tissue paper. Perap ikut perisa suka hati.
Ikan bawal goreng guna air fryer. Kalau ikan bawal saiz kecil tu muatlah 2 ekor. Azie perap dengan garlic & ginger sahaja. Oh jangan lupe lap kering ikan tu. Sebelum goreng sapu sedikit minyak pada tray supaya kulit ikan tak melekat. Suhu 180C.
Dah alang-alang tu kan ikan kering pun masukkan dalam ni jugak. Hehehe. Ikan kering pun guna air fryer.
Percubaan menggoreng ayam guna air fryer. Ni size ayam kampung. Marinate ikut resepi sendiri dan goreng selama 19 minit dengan suhu 190C
Chicken wing ni azie perap dengan sos dari Thailand. Beli masa pergi Bangkok dulu. Untuk ayam memang tak perlu letak minyak langsung sebab lemak-lemak ayam tu sendiri dah berminyak.
Kalau ada lagi nanti azie share okeyyy.
Alhamdulillah puas hati. Kalau air fryer mahal mesti lebih cantik hasilnya kan.
Moga bermanfaat dan selamat mencuba :D
Alternatif lain
Khind Air Fryer. Kalau rasa susah nak beli dari Go Shop mudah lagi beli di Lazada. Azie check Air Fryer Khind (latest model) yang ni bagus-bagus review nya
*Boleh klik pada gambar di atas*
Harga pun reasonable :)
atau pun yang ini Russell Taylors Air Fryer
*Boleh klik pada gambar di atas*
Harga pun reasonable :)
atau pun yang ini Russell Taylors Air Fryer
wahh macam berkenan pulak ni.. harga pon dah mampu milik.. yang brand mahal2 lagi tu apa lagi fungsinya... tengok yang ni pon rasa dah macam puas hati
BalasPadamOh yeahhh semua yang cik puan katakan di atas adalah benar belaka :D
PadamNak buat kek pakai air fryer tp byk yg review air fryer philips je..
BalasPadamsalam. boleh bagi detail cara nak goreng keropok keping tu...cara, berapa minit dan berapa suhu...nk try buat sementara ade stok lagi kat rumah. tq
BalasPadamSalam.. sy baru guna air fryer haier ni..tp tiap kali masak mesti ada bau yg melekat kat mknn..rasa pun x sedap. Ada cara x nk hilangkan bau air fryer yg melekat kat mknn ni?
BalasPadamSalam. Hi. Aik peliknya. Saya punya takda pulak bau lekat. Sebelum guna pertama kali, basuh dulu tak bekas air fryer tu? try sabun + lemon
PadamAlhamdulillah, dah guna.. kalau kering sgt saya sapu minyak..sebaiknya minyak olive oil tu..spray je sikit..bunyi pun x bising kan
BalasPadamMudah kan ada air fryer! Selain aktiviti menggoreng, aktiviti memanas pun dalam air fryer jugak. Cth: dominos pizza, roti, donut, karipap ikea, keropok lekor pasar malam!
Padamassalamualaikum kak..nak tanya..untuk goreng keropok keping berapa minit dan suhu dia berapa ya?
BalasPadamNak tanya cara nak bersihkan basket untuk pertama kali menggunakan fayer ini dan cara bersihkan basket setelah memasak kali pertama? Terima kasih.
BalasPadamKalau saya sebelum basuh biasanya lap dengan tisu dulu. Buang segala minyak dan kerak2 yang hitam (jika ada). Dah bersih baru basuh dengan sabun tapi MESTI guna span lembut (taknak basket calar)
PadamNak tanya cara nak bersihkan basket untuk pertama kali menggunakan fayer ini dan cara bersihkan basket setelah memasak kali pertama? Terima kasih.
BalasPadamTengah survey air fryer gak. Thanks di atas reviewnya...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBanyak gune elektrik x? Sbb org kte Ade yg bil Naik bile gune air fryer
BalasPadamBaru order dr go shop air fryer Akada..
BalasPadamI recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often. whats the best keurig
BalasPadam