Pages

Jumaat, 6 Oktober 2017

Aktiviti Yoga, Jungle Trail di Pulau Pangkor Laut Resort


Ayuh, kita beraktiviti seronok di Pulau Pangkor Laut. Jangan risau mati kutu. Banyak aktiviti menarik sebenranya ada di sini. Antaranya Y.O.G.A. Baru je tanya kawan-kawan tentang nak masuk kelas Yoga. Tiba-tiba dapat complimentary Yoga exercise. Yahoo! Bolehlah dapat overview atau ilmu basic macam mana pembelajaran yoga ni. Kelas start awal pagi. Ingatkan instructor mat saleh. Tekaan salah di situ.

Muka Instructor macam Shah Rukh Khan dari negara India! Hew.Hew. 



Maka beryoga lah kami selama sejam. Walaupun sejam dan walaupun namanya yoga, MasyaAllah....kiteorang berpeluh macam jogging 5km! Selama sejam diajar melipat kaki, melipat tangan dan pelbagai pose yang sangat susah (walaupun basic). Antaranya camel pose, cobra pose, locust, fish, plank dll. Struggle is real!!!!!! 



Lepas Yoga kita breakfast dulu. Breakfast di Feast Village. Makanan pagi di sini buffet dan ada pelbagai hidangan. Semua marvelous! Ada nasi lemak, roti canai kari kambing, mee goreng, sup atau mee kari, omelette, buah dll. Paling best giler Pangkor Laut Resort ada juice bar. Boleh customised juice ikut kita nak. Azie memang suka juice. Maka bergelas-gelas tanpa segan silu ulang alik mintak air juice. Slow juicer dia power giler. Dan staf yang buat juice memang expert. Boleh agak banyak mana untuk kuantiti 2 gelas. Jus kegemaran azie antaranya orange + pineapple + ginger. Satu lagi green apple + celery + ginger + carrot + pineapple. SUKA!


Perut pun dah kenyang. Sekarang masa untuk tidurrrrrrr jungle trail dengan Mr Aris. Mr Aris ni ku rasa antara yang bertanggungjawab menjaga ekosistem Pulau Pangkor Laut. So Mr Aris nak bawa kami jalan-jalan ronda ofis dia :D Sebelum kita ronda dia bagi briefing dulu selok belok ofisnya. Paling penting bawa sport shoes okey!



Ada kelawar uols! Kelawar ni berumah di pokok ketapang depan laut mengadap garden villas. Mr Aris cakap kenapa dia pilih port ni? sebab port ni paling sunyi dari bunyi bunyian dan kurang gangguan. Pokok ketapang ni juga mempunyai buah ketapang atau dipanggil sea almond yang menjadi sumber makanan kelawar. Mr Aris tunjuk contoh buah ketapang yang digigit kelawar dan kenapa kelawar suka sea almond ni. Rupanya ada juice dalam sea almond. Dan gigi kelawar tajam!


Kolam tempat mandi manda. Mr Aris bagitahu bila musim Hornbill banyak, Hornbill suka datang terbang ke tempat-tempat makan di area sini. Jadi Hornbill di sini makan pizza, lasagnia yang memang tak bagus untuk diet mereka. Huhu.


Jernih dan elok cantik laut di sini. Kenapa kita tak dibenarkan mandi manda sekitar villas. Sebab ada sea urchin dan jelly fish. Nanti kena sengat merbahaya pulak. Sebab tu kalau nak mandi manda boleh pergi ke Emerald Bay :D

Sea Villas


Ini bukan Rasyid Sidek tau. 

Jauh berjalan akhirnya kami sampai ke ofis Mr Aris :D Ada 2 laluan. Keduanya akan berakhir di Emerald Bay. Mr Aris pilih laluan 500m. Kata Mr Aris kalau nak masuk hutan jangan pakai serba hitam. Haha terus kene sound direct. Sebab apa? Sebab nyamuk lebih tertarik kepada warna hitam berbanding warna lain. Lagi haru nyamuk tertarik kepada perempuan berbanding lelaki. Sebab perempuan ada hormon estrogen. Kandungan darah perempuan ada collagen. Hahaha. Nyamuk pun memilih darah rupanya. Nak yang ada collagen pulak tuh :D

Fakta Mr Aris memang tepat sebab ku dihurung dengan hebat segala bapak-bapak nyamuk! Huahuahua. Dah la tak bawak mosquito repellent spray!

Banyak ilmu dan info flora dan fauna yang Mr Aris kongsi. Memang best giler jalan dengan Mr Aris. Dahla sejenis kelakar dan tidak membosankan. Fakta penting: ada wild boar atau babi hutan dalam pulau Pangkor Laut ni. Dah banyak kemusnahan yang dilakukan oleh babi hutan ni. Dia korek-korek tanah sampai tumbang pokok-pokok sekitar pulau. 

Kalau gagah perkasa bak perwira marilah masuk Chapman's Challenge :D

Chapman's Bar - tempat lunch

Just nice 3 hari 2 malam di Pulau Pangkor Laut Resort :D


Waktu check out jam 11 pagi. Bai bai Pangkor Laut Island Resort. Entah bila kita akan ketemu lagi. Staf-staf di sini peramah dan baik-baik belaka. Servis dan layanan mereka memang berkelas lima bintang. 

Sekian, wassalam :D

2 ulasan:

  1. hehehe agaknyaa apalah rupa kalo CT plak cuba yoga hahahak..

    BalasPadam