#23 Japan Cherry Blossom Day 8 : Stella Lou di Tokyo DisneySea Japan





Assalamualaikum. Pagi ini marilah kita ke Disneysea Japan. Yahooooo! Salah satu wish list bila pergi Japan. Terujanya 💃💃💃

Pagi ini juga check out terus dari guesthouse kerana malam ni kami akan naik bas ke KYOTO! Maka tamatlah pengembaraan di Tokyo dan akan bermulalah explorasi di KYOTO pula. KYOTO mu tunggu kami datang!

Di Tokyo Japan ada dua theme park iaitu Disneyland atau DisneySea. Disneyland lebih kepada kanak-kanak. Seronok kalau bawa anak-anak ke Disneyland. DisneySea lebih mencabar dan lebih kedewasaan sikit. Memandangkan kami pernah rasa pengalaman pergi Disneyland Hong Kong (memang best sangat feeling-feeling budak-budak) jadi trip ke Japan semestinya takkan lepas kan peluang pergi DISNEYSEA JAPAN. DISNEYSEA hanya ada satu sahaja di dunia iaitu only in Japan! 

DisneySea terletak di luar kawasan Tokyo iaitu di Chiba (tak jauh dari Tokyo). Tepi laut sebab suasana theme park ni sejuk berangin sentiasa. DisneySea mula dibuka pada September 2001 dengan kos 335 billion yen. DisneySea Theme Park ni luasnya 176 ekar. Sangat besar tahu tak. Jenuh nak explore semua attraction dalam masa sehari. 

Tiket DisneySea boleh beli secara online dari website Tokyo Disneyland. Beli online di Malaysia. Bayar guna credit card. Harga ketika itu 14,800 yen untuk 2 orang lebih kurang RM593.92 (ikut currency ketika itu dan maybank rate). Maknanya tiket untuk seorang ialah RM296.96.

Sebenarnya ramai agen bertauliah dan tidak bertauliah di luar sana yang jual tiket Disneyland atau DisneySea. Ada yang jual lebih murah dari harga di website DisneySea sendiri. Bila ditanya kenapa murah sebab mereka ambik secara bulk jadi dapat jual murah. Ok di sini Azie nak bagitahu sebelum beli better korang check dulu boleh dipercayai atau tidak. Baca jugak terms & condition di website Disneyland tu sendiri. Sebab ada yang terkena nak murah punya pasal sampai sana tiket tak valid. Langsung tak dapat masuk. Sudahnya menangis tak berlagu. Tepuk dada tanya diri masing-masing. Untuk masuk Disneyland/DisneySea mereka akan scan bar code pada ticket. Macam kami  taknak ambil risiko jadi beli sendiri. Kalau nak beli dari ejen better beli dari agen bertauliah seperti HIS travel, JNTO, Klook dll.

Cara pergi DISNEYSEA dari OKubo

Okubo Station -> Shinjuku Station - 140y x 2 (Suica Card)
Shinjuku Station naik bas terus ke Disneysea



Sampai Shinjuku Station kene keluar untuk cari station bas yang berhampiran. Bila tengok google maps nampak ada 2 station bas berdekatan. Tapi tak pasti yang mana satu ada bas pergi direct ke DisneySea. Agak kebingungan di sini. Tak tahu nak ke mana. Hanya Allah SWT je lah yang dapat bantu. 

Sedang kalut-kalut duk check google maps (tengok-tengok phone pastu tengok kiri kanan depan belakang memang nampak sangat tengah lost) tiba-tiba muncul seorang wanita baju merah. Bila masa dia muncul pun tak sedar. Tiba-tiba dengar suara dia offer nak bantu. Just explain situasi sebenar. Alhamdulillah walaupun dia cakap Japanese kami cakap English tapi saling paham memahami. Unik betul Allah SWT cipta otak manusia kan. Boleh proses walaupun berlainan bahasa :D

Rupanya station bas yang dicari bukan di situ. Jaraknya lebih jauh dari Shinjuku Station. Mujurlah wanita berbaju merah ni sanggup bawa kami dan tunjukkan kami ke jalan yang benar. Siap naik bukit lalu celah-celah lorong dan akhirnya barulah sampai station bas yang dicari. Station bas ni sahaja yang ada bas secara terus sampai ke pintu DisneySea. Malah tolong belikan tiket bas sekali. Complete. Setelah yakin barulah dia tinggalkan kami di sini. MasyaAllah! 

Kenapa naik bas tak naik train? Sebab kami bawa 2 luggage bersaiz besar dan bersaiz medium termasuk backpack atas belakang. Kalau tengok line train kami kena tukar line dan ada 5 minit jalan kaki. Jadi naik bas terus ke pintu DisneySea adalah lebih mudah. 

Sampai DisneySea kami tinggal luggage di baggage storage berdekatan gate area. Ada banyak size locker di sini antaranya;

Super Extra Large - 700yen
Extra Large - 700yen
Large - 500y
Medium - 400yen
Small - 300yen



Walaupun hari Khamis nampak tak lautan manusia. Tak dapat kubayangkan kalau pergi hari Sabtu atau Ahad. Ni manusia depan kami. Depan tu gate masuk DisneySea. Waktu ketika ni jam 6.30am waktu Japan 💆



Kami ni consider beratur tak jauh mana dah dari pintu gate. Kat belakang kami lagi panjang ya amats tak dapat nak bayang sampai mana dah. Time ni jam 7 am. Gate buka jam 8 pagi. Perh krem kaki beratur macam nih. Macam biasa bila beratur ramai-ramai macam ni memang ramai je lah yang menyelit sampai depan, potong barisan haih macam-macam. Yang biasa travel tahulah jenis macam ni datang dari negara mana dan bangsa apa. Stress betul 👿





Paling dekat dengan pintu gate masuk adalah AMERICAN WATERFRONT dan tarikan utama di sini adalah TOWER OF TERROR dan TOY STORY MANIA. Ya Allah, korang nampak tak line panjang gile tu. Tu belah luar tau. Belah dalam berlingkar-lingkar lagi. Patutlah orang beli year pass sebab sekali masuk memang tak dapat nak cover semua. Memang tak boleh tamak. Ramai manusia macam ni kena redha lah pilih mana-mana section dan attraction yang berkenaan sahaja.





Agak-agak korang kan bila nak sampai turn kiteorang? Pakai fast pass? Ni semua yang depan ni beratur nak gi ambik fast pass la ni. Huhu. Disney FastPass adalah percuma. Korang kene print je di machine yang disediakan di mana-mana attraction yang offer FastPass. Sebab tu berduyun-duyun nak pergi buat FastPass ni. Inilah realitinya bila berada di Disneysea Japan. Paling untung kan yang duk depan sekali depan pintu gate tadi. Dah sah-sah dia dah lepas naik Tower of Terror tu. 





Yang ni pulak beratur nak naik INDIANA JONES ADVENTURE : Temple of the Crystal Skull. Attraction ni berada di LOST RIVER DELTA. Di bahagian dalam. Sebelum beratur dalam ni beratur kat luar pun dah berjanggut. Sis redha.





Di mana-mana sahaja di Japan situasi beratur panjang begini adalah biasa :D Mereka memang berhemah dan beradab kan.





Department store pun beratur macam ni? Apa yang dicari oleh mereka ni? Marilah kita beratur sama join the hype.



"Starting this Thursday (which is today 6.04.2017at Tokyo DisneySea, you can purchase your own adorable StellaLou plush and enjoy some tasty treats inspired by our new friend at New York Deli and Cape Cod Cook-Off. Both come with a souvenir lunch case for you to eat with in style. There’s even a special strawberry mousse topped with a StellaLou chocolate medallion that comes with a souvenir cup. 
When ‘Disney’s Easter’ opens on April 4, you can meet StellaLou alongside Mickey and Duffy during “StellaLou’s Greeting Drive,” or take your StellaLou plush over to the American Waterfront for a few snapshots in our new photo spot alongside the S.S. Columbia. Even more merchandise will be made available at McDuck’s Department Store on April 10." 

GREAT! Patutlah manusia ramai semacam. Rupanya bermula hari ni boleh purchase character baru dalam Disneysea iaitu Stella Lou.



Nampak tak mak-mak yang super excited belikan Stella Lou plush toy ni. Kejap je kosong rak Stella Lou dalam department store ni. Oh Japanese memang sangat suka yang cute cute ni




Me pun nak bergambar juga buat kenangan (walaupun tak beli! Mahal uols!)




Baju nak matching-matching. Stella Lou tak lepas dari genggaman. Kiut nyerrrr 😍



MasyaAllah punyala banyak dia shopping. Takkan personal shopper kot 💁


Tokyo DisneySea ada 7 sections utama iaitu:


Port Discovery

American Waterfront
Mediterranean Harbor
Lost River Delta
Arabian Coast
Mermaid Lagoon
Mysterious Island


Ada 8 attractions yang boleh menggunakan Disney FastPass



American waterfront:

Tower of Terror  🌟🌟🌟🌟🌟
Toy Story Mania 🌟🌟🌟🌟🌟


Lost River Delta:

Indiana Jones 🌟🌟🌟🌟🌟
Raging spirits


Arabian Coast:

The Magic Lamp Theater


Mermaid Lagoon:

Mermaid Lagoon Theater


Mysterious Island:

Journey to the Center of the Earth
20,000 Leagues Under The Sea

Besar. Kalau ikutkan experience kami memang tak sempat nak explore dalam masa satu hari. Lagi-lagi orang ramai macam di atas ni. 



Latest Promotion

Klik SINI




Nanti kita sambung lagi.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan