Pages

Jumaat, 29 September 2017

Spa Villas di Spa Village Pangkor Laut Resort


Assalamualaikum dan selamat pagi. Sambungan dari entri  [Destinasi mewah Pangkor Laut Resort bertaraf 5 bintang!]

Di Pangkor Laut Resort kami diberi peluang menginap di Spa Villas di Spa Village. Kesemua ada 22 unit Spa Villas di Pangkor Laut Island yang betul-betul mengadap laut luas. Tetapi masa kami datang ini hanya 8 unit villa sahaja yang boleh digunakan. Selebihnya dalam proses penambahbaikan. Selama stay di Spa Villas tak terserempak dengan orang pun. Menjelang malam nampak kesemua 8 villas ada cahaya lampu. Ini sangat privasi dan sangat sunyi! Yang dengar hanya bunyian ombak menghempas gigian pantai.

Kanak-kanak memang tidak dibenarkan langsung menginap di Spa Villas. Priority Spa Villas adalah untuk couple. Jadi kalau nak honeymoon pengantin baru atau pengantin lama macam kami memang sangat sesuailah menginap di Spa Villas. 

Antara kelebihan menginap di Spa Villas ialah korang dapat direct access ke Spa Village. Kalau nak buat massage atau spa di sinilah tempatnya. 

Selain tu, ada inifiny pool exclusive untuk guest Spa Villas sahaja. Yang lain-lain kene pergi Public Pool tak jauh area lobby. 


Tandasnya tiada paip air. Huhu. Maka haruslah beristinjak menggunakan botol mineral water. Tak besh.


Setiap villa disempurnakan dengan kemudahan seperti shampoo, conditioner, lotion, berus gigi, sanitary bag, razor blade, cotton buds. Sikat rambut tidak disediakan! Hair dryer disediakan. Iron dan iron board juga disediakan. Bathrobe pun ada. Ada coffee maker, kettle dan fridge. Mini bar ada tersedia maggi cup, kekacang, wine, soft drinks. Yang ni macam biasa kalau makan & minum kene caj tambahan. Maggi cup tu RM10!!! Kekacang RM15. Yang paling best Pangkor Laut tak kedekut mineral water. Sekali letak sampai 10 botol mineral. Menjelang senja housekeeping datang lagi. Tambah lagi mineral water, kutip sampah dan tolong pasangkan ubat nyamuk. 


Selamat pagi Pangor Laut Resort!


Yang bestnya Spa Villas ada beranda yang membolehkan kiteorang menghirup hembusan segar bayu laut berbalas panaroma laut terbuka dan melihat kapal-kapal besar berlayar menyusuri Selat Melaka. Waktu pagi boleh lihat banyak ikan bilis dan ikan muncung panjang hmm maybe ikan todak berenang-renang sekitar villa.

Waktu malam beranda inilah port kegemaran kami berdua melepak makan-makan, berbual-bual macam-macam perkara. Tiada hiburan dalam bilik. Tiada TV. Yang ada hanya angin malam dan bunyi ombak menghempas tiang villa. Ada perahu kecil datang dengan pukat menangkap ikan tak jauh dari villa. 

Kamar penginapan di Spa Villas juga disempurnakan dengan bilik mandi terbuka peribadi. Buka tingkap terus nampak laut. Pengantin lama ni betul-betul ambil peluang untuk honeymoon. Hehe. Sebab suasana memang perfect untuk honeymoon. Alhamdulillah kali ni, destinasi percutian ini sangat santai dan mendamaikan. 

Sebelum sampai ke Spa Villas kami kena lalu kawasan spa iaitu Spa Village.


Spa Village - The Spa Village comprises a number of specially built structures designed to facilitate an extensive range of treatments from China, Japan, India, Thailand, Bali and Malaysia. These include eight treatment pavilions, a deluxe Belian Treatment Pavilion, three ‘Healing Huts’, which include Chinese Herbal, Ayurvedic and Malay Huts, two Bath Houses, three Spa Huts, three Nap Gazebos and a Spa Boutique. 




Uncle Lim's Kitchen. Kawasan ni tempat kami tunggu shuttle van untuk ke mana-mana dalam Pangkor Laut Island

Ada banyak ikan koi dan ikan bandaraya dalam kolam ni. Yang sebenarnya kolam ni jernih.

Tempat mandi lelaki dan perempuan untuk SPA. Jangan risau diasingkan dan ia sangat privasi.

Gazebo tempat berurut. Mengadap laut lagi. Kita tak dapatlah nak buat tempat macam ni. Kita kene duduk dalam bilik privasi. 



Untuk SPA perlu booking lebih awal. Contohnya ketika check in boleh booking terus untuk spa atau massage. Azie berpeluang  memanjakan diri di SPA Pangkor Laut. Spa Village menyediakan bermacam pilihan rawatan tradisional. 

Rawatan pilihan adalah Royal Secrets of Puteri Lindungan Bulan.  Bermula dengan minum herba sejuk, kaki disental terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke bilik rawatan. Dimulakan dengan melalui air sejuk yang keluar dari labu sayung. Setelah itu ada 4 bauan yang perlu dihidu. Bau-bau herba yang menyegarkan. Kemudian dibawa ke bilik khas untuk Japanese Bath. Sesudah itu dibawa berendam dalam kolam air hangat.  Dikelilingi pokok-pokok hijau. Terasa segar, tenang dan mendamaikan jiwa. Kemudian baru berbaring atas katil untuk sesi scrub badan. Selesai semua anda dibawa ke library untuk rawatan seterusnya. 

Usai berbaring di atas katil, badan mula diurut dengan minyak-minyak istimewa. Bau yang menyegarkan. Bunyi music yang lembut dan mendamaikan. Kekuatan urutan boleh pilih ikut kesesuaian; soft, medium, strong 

Urutan bermula dengan kaki sampai kepala. Paling best bila urut bahu dan tulang belikat. Memang krup krap lah bunyi nyer. Selesai mengurut, seluruh tubuh digosok dan disental dengan scrub rempah ratus supaya kulit lembut dan lembap. Terasa hilang semua penat yang bersarang dalam tubuh. Huhu. Selesai urut badan, urut muka (facial) dan urut kepala (hair cream bath). Kemudian sauna dan diminta mandi untuk bersihkan badan. Sesi bersiram adalah best sebab dapat bersiram dengan suami...ngeeeeeee...dalam kolam yang dipenuhi dengan susu, limau nipis, bunga kenang dan rose petals. Pastu disediakan ubat periuk (air minuman herba yang sangat sedapppppp!). Sambil minum sambil bersiram. Perhhh sangat refreshing! Selepas 4 jam rawatan, keluar-keluar je macam princess. Kulit tubuh berubah segar dan kelembutannya seperti kulit bayi. Hahah. Suami kata keluar spa je saya ada aroma yang menyegarkan. Hidu rambut bau rempah ratus. Bau sup bunjut. Rasa nak makan. Opssss. Hahahaha. 

Lepas ni kita nak share aktiviti yang sempat kami buat di Pangkor Laut :D

Khamis, 28 September 2017

Destinasi mewah Pangkor Laut Resort bertaraf 5 bintang!




Menang percutian ke destinasi mewah Pangkor Laut Resort yang bertaraf lima bintang! kerana dikatakan antara pulau tercantik di Malaysia. Pangkor Laut Resort dikatakan juga resort paling best di Pulau Pangkor. Sesuai untuk pasangan pengantin berbulan madu kerana suasana tenang dan penuh romantik. Walaupun kami berdua pengantin lama tetapi alhamdulillah dapat merasai dan menikmati percutian penuh privasi di Pangkor Laut Resort. Dah terasa seperti pengantin baru!

Terima kasih kepada yang menaja percutian awesome to the max ni. Rezeki Allah SWT nak bagi rasa menginap di resort mewah, classy ala-ala orang kaya. Huhu. Azie tak nak simpan sorang-sorang memori terpaling manis ni, jadi Azie akan berkongsi pengalaman kami selama menginap di sini 3 hari 2 malam :D



Honestly, awalnya memang no idea tentang Pangkor Laut Resort. Sebelum ini memang pernah ke Pangkor atas urusan kerja dan sempatlah menyinggah ke Pulau Pangkor tapiiiii tak perasan pulak sebelah sana Pulau Pangkor ada private island yang cantik lagi mewah dan dipenuhi dengan pelancong asing sahaja! Lepas dapat surat dari Hotels.com barulah mula google menggoogle & rupanya Pangkor Laut Resort sama sekali berbeza dengan Pulau Pangkor yang Azie pernah pergi dulu. Teruja excited rasa gembira nak melompat semua perasaan ada bila dapat tahu Pangkor Laut Resort bertaraf lima bintang! Yahoo. Yabedabeduuuu. Alhamdulillah.


Kami bertolak pagi dari rumah. Lebih kurang 3 jam memandu akhirnya kami sampai di Marina Island Jetty. Ikut je signboard Pangkor Laut Resort. Nanti di hujung akan ada waiting lounge. Ada staf yang tolong bukakan pintu kereta (nampak tak awal-awal dah terasa luxurynya!). Tolong turunkan luggage dan persilakan masuk dalam waiting lounge. Sementara suami pergi parking, diberi pula segelas air dan tuala basah. Oh so refreshing!

Parking di sini ada 2 rate. Sama ada RM30 sehari atau RM20 sehari. Terpulang. Parking berbumbung dan insyaAllah selamat.

Ada reception di waiting lounge. Perlu tunjuk IC dan booking comfirmation yang telah dibuat dan dibayar oleh Hotels.com. Namun begitu deposit tetap juga perlu sebanyak RM1000. Nanti lepas check out mereka akan refund. Deposit ni boleh guna card credit/cash.

Untuk boat transfer kene refer pada pakej masing-masing. Ada pakej include. Ada pakej exclude. Hotels.com tak include boat transfer dalam booking / apps mereka. Tapi kami diberi cash siap-siap untuk bayar boat transfer. Harga boat transfer dari Marina Island Jetty ke Pangkor Laut Resort RM160 sorang (roundtrip). Waktu berlepas adalah jam;

1 PM
3 PM
4.30 PM
8 PM

Kalau terlepas, kenalah ambil private charter boat yang harga RM500 antara jam 7AM - 9PM ataupun RM700 dari jam 9 PM ke 7AM. Pengaturan bot pergi dan balik ke pulau disediakan pihak resort.

Boat warna putih yang cantik dan bersih. Selesa sepanjang perjalanan


Boat transfer dari Marina Island Jetty Complex ke Pangkor Laut Island

Perjalanan selama 15 minit melalui jalan air menggunakan bot laju dari Marina Island Jetty bagaikan tidak terasa. Sepanjang perjalanan mata dijamu pemandangan alam yang menakjubkan. Boleh nampak Pulau Pangkor menggamit kedatangan dari kejauhan. Bagai terurai terus kekusutan yang melanda fikiran. Terbang melayang fikiran melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Gituu. 

Kemudian barulah sampai di Pangkor Laut Island, private island milik YTL Corp antara conglomerate terbesar di Malaysia. Bukan setakat memiliki rangkaian hotel dan resort mewah di Malaysia, Australia, China, Indonesia, Japan, Thailand, and United Kingdom malah ada YTL cement (perasan tak logo ni kat lori pembancunh cement), ada YTL Construction dll. Perh! 


Check-in tak lagi, duk sibuk bergambar sana sini. Haha. Maklumlah jakun sebab private island ni cantikkkkkkkkk! Alhamdulillah cuaca pulak cantik terang dan elok, lagilah excited.

Sejarah Pangkor Laut

'During World War II, the island was where Freddie Spencer Chapman made his submarine getaway during the Japanese occupation of Malaya. Luciano Pavarotti visited the island in 1994 and he declared the island a paradise. In 2002 Pavarotti officiated the opening of Spa Village, a spa facility attached to the Pangkor Laut Resort, with the unveiling of a plaque commemorating the event'




“It’s an enchanting place. It’s paradise. When I woke up in the morning, I was very moved, almost in tears to see the beauty of God’s work. This place is a paradise.” - Luciano Pavarotti


Pulau hak milik persendirian ini seluas 300 ekar; ada 148 Malaysian-style luxury villas; eight magnificent Estates; ada 8 jenis dining:

i. Feast Village
ii. Fisherman's Cove
iii. Uncle Lim's Kitchen
iv. Royal Bay Beach Club
v. Chapman's Bar
vi. Jamu Bar
vii. The Straits

Di Pangkor Laut Resort variasi aktiviti pantai disediakan. Namakan sahaja hampir semuanya ada. Ada water sports centre untuk aktiviti kayak, waterski, wakeboarding, paddle boarding and catamaran sailing. Anda hanya perlu bertanya dan semua akan diuruskan sebaiknya.

Nak masuk hutan pun boleh. Ada aktiviti jungle track. Jika berminat untuk memancing, staf di sini akan arrange dan bawa ke spot-spot banyak ikan. Aktiviti snorkelling juga bisa diatur! Korang yang jenis atlet pun jangan risau mati kutu kat pangkor laut ni sebab ada 3 court tennis dan 1 court squash. Best ke tak best?

Selain tu, di sini ada SPA treatment yang bertaraf 5 bintang dan juga padang golf untuk kaki golf!


Dapat dah kunci villa. Waktu check in di Pangkor Laut Resort adalah jam 3 petang. Sebelum check in kami diberi penerangan ringkas oleh Miss Dian berkenaan resort. Miss Dian berwajah local tetapi bila berbicara menggunakan British accent. Terasa seperti bercuti di oversea! Hehe. 

Kami akan menginap di SPA VILLAS! Spa Villas terletak di Spa Village. Resort serba mewah terletak atas air bak syurga perkampungan air terapung. Yayyyy. Saya suka. Tunggu next post ok :D Lihat map di bawah agak besar nak menapak sana sini lagi-lagi jika ada anak kecil kan. No worries, ada shuttle van sepanjang masa yang akan bawa anda ke mana sahaja. So far so good kan. Ok jom check-in Spa Villa....


Bersambung.........

Khamis, 14 September 2017

Pertama Kali Lihat Bunga Bakawali Kembang Wangi Di Waktu Malam


Sedang berehat di mini garden.

Bonda: Eh, apa tu kat celah-celah pokok? Macam kepala Cik U?😰

Bingkas bangun dan menuju ke pokok yang dimaksudkan. Oh my mother! Beraninya.

Bonda: Oh rupanya pokok bunga bakawali sudah keluar bunga dan malam ni akan berkembang!

Once in a life time experience nih. Tapi jaga-jaga, mitos kata bila ia berkembang maknanya ada penunggu!

Pernah dengar tak lagu Bungaku Bakawali nyanyian Elly Mazlin tahun 2012 dulu-dulu.
🎶 Bakawali... bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali... bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Pertama Kali Lihat Bunga Bakawali Kembang Wangi di Waktu Malam


31 Ogos 2017 malam Khamis baru-baru kami sekeluarga akhirnya dapat lihat dengan jakunnya sekuntum bunga Bakawali kembang di waktu malam. Malam Jumaat 2 September 2017, 2 kuntum lagi bunga Bakawali berkembang mekar di waktu malam. Semalaman kami lepak kat mini garden. Lepak makan buah, main bunga api dan borak bersama adik beradik dan ibu bapa. Tiba-tiba jadi family bonding time pulak. Haura pun ada. Rezeki dia kecik-kecik dapat tengok kembang bunga Bakawali. 

Bau harum semerbak mewangi di taman. Dalam kegelapan tiba-tiba ada warna putih bersih suci. Creepy. Misteri. 

Bunga ni tidak seperti bunga lain yang kembang di waktu pagi. Kuasa Allah kan. Bunga Bakawali ini hanya berkembang di malam hari sahaja. Kelopaknya mula terbuka sedikit-demi sedikit lepas jam 7 malam. Menjelang Subuh ketika matahari mula membiaskan cahaya ia mula layu dan menguncup menunduk mengadap bumi. 

Bunga Bakawali dikenali sebagai Queen of The Night (Ratu Malam) dan Moon Cactus (Kaktus Bulan). Macam-macam jolokan nama diberi.

Macam mana dapat bunga Bakawali ni? Dua pupu Azie yang bagi ketika ziarah rumahnya Aidilfitri tahun lepas. Masa tulah pertama kali tengok pokok bunga Bakawali. Pokok ni bonda tanam dalam pasu letak di mini garden. Letak tepi dinding.

Setahun berlalu, ini kali pertama nak keluarkan bunga. Pokok dua pupu Azie tu pun tak keluar bunga lagi hingga ke hari ni. Kawan Azie yang tanam pun masih tak keluar bunga juga. 

Batang bakawali mengeluarkan tangkai bunga. Tangkai bunga tu keluar dari daun bakawali. Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Takperlu percaya ok.

Belah kiri: telah berkembang pada malam Khamis. Menjelang pagi ia kuncup dan layu. Bunga bakawali akan kembang sekali sahaja. 

Belah kanan: Akan berkembang pada malam Jumaat. 

Ada yang kata bunga bakawali ini banyak manfaat dan beri khasiat kepada kesihatan. Contohnya embun yang ada pada bunga bakawali boleh menyembuhkan rabun dan masalah mata. Tidak pasti cerita benar atau mitos semata. 

Jom kita tengok knorologi bergambar kembangnya si putih bunga bakawali

9.15 malam - kelopak bunga dah mula terbuka sedikit berbanding petang tadi

9.26 malam - pandangan hadapan yang putih macam sotong tu dah ready nak keluar

9.54 malam - kelopak bahagian tepi bunga bakawali makin terbuka dan kembang

10.27 malam - yang putih macam sotong tu dah mula keluar ke depan. Masa ni bunga serious gile wangi yang amats

11.22 - kembang dah. Ini last gambar kami captured. Jam 12 kami tak keluar tengok. Seraaammm. Haha just kidding!

MasyaAllah. Subhanallah. Allahu Akbar.

Semua Allah Yang Punya.

Isnin, 11 September 2017

Resepi Nasi Daging Guna Noxxa



Aidiladha di sini meriah dengan suasana korban. Ayahbonda selalu berpesan, asingkan sedikit duit gaji tiap-tiap bulan dan tanamkan azam untuk laksanakan ibadah qurban kalau boleh setiap tahun. Terima kasih atas didikan tersebut. Moga Allah SWT beri peluang dan ruang tersebut. Amin ya Rabb.

Korang boleh refer Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban di bawah ni;


Point penting azie share di sini;

Pembahagian Daging Qurban

(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging qurban sunat: Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: 
(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya; 
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin; 
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

Nampak tak indahnya Islam. Islam itu adil dan saksama. Orang Qurban pun dapat rasa, orang miskin pun dapat rasa, orang kaya juga ada bahagiannya.

Biasanya 1/3 tu dapatla dalam 2kg daging. MasyaAllah, kami satu family biasanya memang makan daging/masak daging hanya pada Aidiladha sahaja. Selain Aidiladha memang susah nak makan daging bukan sebab apa, faktor kesihatan sebenarnya. Ayahbonda pun dah 6 series, tak boleh makan banyak daging. Perlu lebihkan sayur dan buah dalam menu harian. TAPI. T.A.P.I. Aidiladha dikecualikan. Alhamdulillah dapat raikan Aidiladha dengan ibadah Qurban. Daging qurban sedap dan manisnya luar biasa :) Daging fresh. Lepas qurban terus masak sup tulang, sup daging dll.

Tahun ni kami try menu Nasi Daging Guna Periuk Noxxa!

Alhamdulillah satu family suka. Tahun depan confirm nasi daging lagi. Azie share resepi Nasi Daging Guna Periuk Noxxa. Raya maknanya ramai yang makan. Jadi resepi ni untuk 10 pot beras Basmathi dan 2 kilo daging.

Bahan-bahan

10 pot beras Faiza Basmathi
2 kg daging qurban
1 tin susu sejat
5 biji tomato dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar
2 kiub daging
3 helai daun pandan

Bahan-bahan tumis

7 sudu besar minyak sapi
Separuh pek paste Kurma Adami
3 biji bawang besar dimayang
5 biji bawang putih dimayang
Kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga



Cara penyediaan nasi daging

1. Beras basuh bersih dan toskan

2. Daging masak dalam periuk Noxxa letak sedikit garam dan halia. HP (High Pressure) selama 20 minit. Selesai masak ketepikan

3. Daging hiris nipis dan dibahagi 2. Separuh akan dimasukkan dalam nasi. Separuh lagi untuk dibuat daging rebus asam

4. Fungi STIR FRY. Bawang besar dan bawang putih tumis dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga

5. Dah naik bau, masukkan separuh paste Kurma ADAMI. Tumis sampai pecah minyak

6. Masukkan air rebusan daging (10 pot beras + 10 pot air rebusan daging)

7. Masukkan beras gaul sebati

8. Masukkan separuh hirisan daging, 1 tin susu sejat, 5 biji tomato dipotong dadu, 3 helai daun pandan, daun ketumbar, 2 kiub daging. Gaul sebati.

9. HP High Pressure selama 3 minit. 



Resepi Daging Rebus Air Asam

Bahan blend

5 biji tomato
6 cili padi (tak pedas, nak pedas letak banyak lagi)
4 biji cili besar
7 ulas bawang merah
air asam jawa (pekat dan banyak)
lebihan air rebusan daging
gula
garam
kerisik
belacan (tak letak sebab ramai allergic belacan)

Cara penyediaan daging rebus asam

1. Masukkan semua bahan blend dalam periuk. Masukkan semua lebihan air rebusan daging. Kalau perlu tambah air.

2. Panaskan lebih kurang 10 minit bersama separuh hirisan daging tadi

3. Perah air asam limau secukup rasa dan tutup api


Bahan gaul

Potong dadu 1 biji tomato
Mayang bawang merah
Potong dadu 1 bawang besar
Hirisan daun ketumbar
*gaul bersama air asam daging di atas

Nota: Gambar dalam pinggan terlupa nak ambil. Gambar step by step pun tak ambil. Mana yang sempat snap je. InsyaAllah next time buat azie update semula.