Menang percutian ke destinasi mewah Pangkor Laut Resort yang bertaraf lima bintang! kerana dikatakan antara pulau tercantik di Malaysia. Pangkor Laut Resort dikatakan juga resort paling best di Pulau Pangkor. Sesuai untuk pasangan pengantin berbulan madu kerana suasana tenang dan penuh romantik. Walaupun kami berdua pengantin lama tetapi alhamdulillah dapat merasai dan menikmati percutian penuh privasi di Pangkor Laut Resort. Dah terasa seperti pengantin baru!
Terima kasih kepada yang menaja percutian awesome to the max ni. Rezeki Allah SWT nak bagi rasa menginap di resort mewah, classy ala-ala orang kaya. Huhu. Azie tak nak simpan sorang-sorang memori terpaling manis ni, jadi Azie akan berkongsi pengalaman kami selama menginap di sini 3 hari 2 malam :D
Terima kasih kepada yang menaja percutian awesome to the max ni. Rezeki Allah SWT nak bagi rasa menginap di resort mewah, classy ala-ala orang kaya. Huhu. Azie tak nak simpan sorang-sorang memori terpaling manis ni, jadi Azie akan berkongsi pengalaman kami selama menginap di sini 3 hari 2 malam :D
Honestly, awalnya memang no idea tentang Pangkor Laut Resort. Sebelum ini memang pernah ke Pangkor atas urusan kerja dan sempatlah menyinggah ke Pulau Pangkor tapiiiii tak perasan pulak sebelah sana Pulau Pangkor ada private island yang cantik lagi mewah dan dipenuhi dengan pelancong asing sahaja! Lepas dapat surat dari Hotels.com barulah mula google menggoogle & rupanya Pangkor Laut Resort sama sekali berbeza dengan Pulau Pangkor yang Azie pernah pergi dulu. Teruja excited rasa gembira nak melompat semua perasaan ada bila dapat tahu Pangkor Laut Resort bertaraf lima bintang!
Kami bertolak pagi dari rumah. Lebih kurang 3 jam memandu akhirnya kami sampai di Marina Island Jetty. Ikut je signboard Pangkor Laut Resort. Nanti di hujung akan ada waiting lounge. Ada staf yang tolong bukakan pintu kereta (nampak tak awal-awal dah terasa luxurynya!). Tolong turunkan luggage dan persilakan masuk dalam waiting lounge. Sementara suami pergi parking, diberi pula segelas air dan tuala basah. Oh so refreshing!
Parking di sini ada 2 rate. Sama ada RM30 sehari atau RM20 sehari. Terpulang. Parking berbumbung dan insyaAllah selamat.
Ada reception di waiting lounge. Perlu tunjuk IC dan booking comfirmation yang telah dibuat dan dibayar oleh Hotels.com. Namun begitu deposit tetap juga perlu sebanyak RM1000. Nanti lepas check out mereka akan refund. Deposit ni boleh guna card credit/cash.
Untuk boat transfer kene refer pada pakej masing-masing. Ada pakej include. Ada pakej exclude. Hotels.com tak include boat transfer dalam booking / apps mereka. Tapi kami diberi cash siap-siap untuk bayar boat transfer. Harga boat transfer dari Marina Island Jetty ke Pangkor Laut Resort RM160 sorang (roundtrip). Waktu berlepas adalah jam;
1 PM
3 PM
4.30 PM
8 PM
Kalau terlepas, kenalah ambil private charter boat yang harga RM500 antara jam 7AM - 9PM ataupun RM700 dari jam 9 PM ke 7AM. Pengaturan bot pergi dan balik ke pulau disediakan pihak resort.
Boat warna putih yang cantik dan bersih. Selesa sepanjang perjalanan
Boat transfer dari Marina Island Jetty Complex ke Pangkor Laut Island
Perjalanan selama 15 minit melalui jalan air menggunakan bot laju dari Marina Island Jetty bagaikan tidak terasa. Sepanjang perjalanan mata dijamu pemandangan alam yang menakjubkan. Boleh nampak Pulau Pangkor menggamit kedatangan dari kejauhan. Bagai terurai terus kekusutan yang melanda fikiran. Terbang melayang fikiran melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Gituu.
Kemudian barulah sampai di Pangkor Laut Island, private island milik YTL Corp antara conglomerate terbesar di Malaysia. Bukan setakat memiliki rangkaian hotel dan resort mewah di Malaysia, Australia, China, Indonesia, Japan, Thailand, and United Kingdom malah ada YTL cement (perasan tak logo ni kat lori pembancunh cement), ada YTL Construction dll. Perh!
Check-in tak lagi, duk sibuk bergambar sana sini. Haha. Maklumlah jakun sebab private island ni cantikkkkkkkkk! Alhamdulillah cuaca pulak cantik terang dan elok, lagilah excited.
Sejarah Pangkor Laut
'During World War II, the island was where Freddie Spencer Chapman made his submarine getaway during the Japanese occupation of Malaya. Luciano Pavarotti visited the island in 1994 and he declared the island a paradise. In 2002 Pavarotti officiated the opening of Spa Village, a spa facility attached to the Pangkor Laut Resort, with the unveiling of a plaque commemorating the event'
“It’s an enchanting place. It’s paradise. When I woke up in the morning, I was very moved, almost in tears to see the beauty of God’s work. This place is a paradise.” - Luciano Pavarotti
Pulau hak milik persendirian ini seluas 300 ekar; ada 148 Malaysian-style luxury villas; eight magnificent Estates; ada 8 jenis dining:
i. Feast Village
ii. Fisherman's Cove
iii. Uncle Lim's Kitchen
iv. Royal Bay Beach Club
v. Chapman's Bar
vi. Jamu Bar
vii. The Straits
Di Pangkor Laut Resort variasi aktiviti pantai disediakan. Namakan sahaja hampir semuanya ada. Ada water sports centre untuk aktiviti kayak, waterski, wakeboarding, paddle boarding and catamaran sailing. Anda hanya perlu bertanya dan semua akan diuruskan sebaiknya.
Nak masuk hutan pun boleh. Ada aktiviti jungle track. Jika berminat untuk memancing, staf di sini akan arrange dan bawa ke spot-spot banyak ikan. Aktiviti snorkelling juga bisa diatur! Korang yang jenis atlet pun jangan risau mati kutu kat pangkor laut ni sebab ada 3 court tennis dan 1 court squash. Best ke tak best?
Selain tu, di sini ada SPA treatment yang bertaraf 5 bintang dan juga padang golf untuk kaki golf!
Dapat dah kunci villa. Waktu check in di Pangkor Laut Resort adalah jam 3 petang. Sebelum check in kami diberi penerangan ringkas oleh Miss Dian berkenaan resort. Miss Dian berwajah local tetapi bila berbicara menggunakan British accent. Terasa seperti bercuti di oversea! Hehe.
Kami akan menginap di SPA VILLAS! Spa Villas terletak di Spa Village. Resort serba mewah terletak atas air bak syurga perkampungan air terapung. Yayyyy. Saya suka. Tunggu next post ok :D Lihat map di bawah agak besar nak menapak sana sini lagi-lagi jika ada anak kecil kan. No worries, ada shuttle van sepanjang masa yang akan bawa anda ke mana sahaja. So far so good kan. Ok jom check-in Spa Villa....
Bersambung.........
Boleh klik SINI untuk check harga :D
Entri yang berkaitan Pangkor Laut Resort
Destinasi mewah Pangkor Laut Resort bertaraf 5 bintang!
Spa Villas di Spa Village Pangkor Laut Resort
Menikmati Sunset di Emerald Bay Pangkor Laut Island Resort
Aktiviti Yoga, Jungle Trail di Pulau Pangkor Laut Resort
Tiada ulasan:
Catat Ulasan