Ramadhan Kareem. Alhamdulillah Allah beri cuti. Jadi ada lebihan masa terluang. Kita isikan masa dengan update belog. Mari kita sambung cerita Japan. Fuh! Fuh! Bertabahlah.
Asakusa antara tempat yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik negara Jepun. Di Asakusa ada Sensoji Temple yang merupakan Temple TERTUA di Tokyo.
Cara nak pergi SENSOJI TEMPLE:
->Dari Ueno Station, naik train di Ginza Line turun di Asakusa Station (G19)
->Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari Asakusa Station. Senso-ji Temple di Karminarimon gate (ada signboard)
->Senso-ji Temple boleh juga naik Asakusa Subway Line atau Tobu Railways
->Berhadapan dengan Kaminarimon gate ni akan nampak Asakusa Nakamise Shopping
Sporting mereka ni :D
Lautan manusia kan! Inilah pintu masuk Sensoji Temple
Dulu mungkin ada pagoda 5 tingkat si sini. Kini telah dirobohkan dan hanya tinggal tugu peringatan sahaja.
Pusing-pusing dalam Sensoji Temple. Belakang tu tempat pembakaran. Kena lempar coin baru boleh berdoa. Kita tumpang tengok sahaja adat dan budaya mereka.
Megah berdiri sebagai mercu tanda Asakusa, Jepun
Menikmati kemeriahan di Nakamise-Dori (Nakamise Shopping Street), jalan panjang yang kiri kanannya semua kedai. Shopping time! Apa boleh beli di sini? Ada fridge magnet yang cantik-cantik tapi harga MEMANG mahal. Selain tu ada yang jual payung kena air hujan akan keluar sakura. Memang unik. Ada Tenugui (Japanese Towel) yang cantik-cantik di sini. Memang rambang mata.
Sensoji Temple di waktu malam. Di kanan dan kiri pintu gerbang terdapat dua patung dewa pelindung, iaitu Raijin (Dewa Petir) dan Fujin (Dewa Angin). Malam-malam macam ni seram je tengok.
Lepas dinner di Halal Naritaya Ramen Asakusa kami jalan kaki dari Sensoji Temple ke Sumida Park. Nak tengok Sakura waktu malam.
Meriah Sumida Park di waktu malam
Sumida Park berlatar belakang Tokyo Skytree Tower di seberang sana.
Menikmati suasa malam nan indah :D
Kemudian marilah kita pulang. Asakusa Station.
Asakusa Station nak balik ke Shinjuku. Di Asakusa juga ada restoren sushi halal yang pertama di Tokyo. Kami memang nak cuba tapi tiada kesempatan waktu. In Sha Allah kami datang balik dan nekad nak cari restoren sushi halal. Rugi pulak kalau pergi Jepun tak makan sushi :D
Cantiknya :)
BalasPadambestnyaaa bestnyaaa kadang2 CT rasa tempat yg manusia sesak2 ni best jugak.. x adelah nampak lonely sangat. tapi most of the time menyemak hehehe..
BalasPadamkena cilok tips2 dari sini.. no planning yet but who knows =)