Harga Delima India




Jalan-jalan shopping groceries di TESCO Mutiara Damansara dan tiba-tiba ternampak buah bulat-bulat yang isinya warna merah. Dah lama mencari dan terliur nak makan buah delima. Akhirnya jumpa berlonggok-longgok dalam kotak buah TESCO. Harganya delima india ini hanya RM3.29 sebiji. 

Rupa delima pada pokoknya seperti kantung- kantung kecil yang segar. Bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya nipis. Biji buahnya merah menyala. MashaAllah cantik warnanya. Kedudukan biji-biji delima ini tersusun rapi seakan disusun oleh manusia. Antara buah ciptaan Tuhan yang paling sempurna. Biji delima yang juicy ini dibalut dengan kulit nipis seperti tenunan yang halus. Akhir sekali dibalut dengan kulit tebal mengelilingi buah delima tersebut. Buah eksotik lagi menakjubkan ini Allah SWT datangkan dari syurga! Ada disebut dalam Al-Quran.

Surat Al-An'aam 6 : 99 dan 141 Surat Ar-Rahman 55 : 66-68

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar. Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Di dalam keduanya buah-buahan dan kurma serta delima. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

DELIMA UNTUK JUICING

Kita juicing buah ini, 3 biji dapat lebih 200ml. Rasanya masam manis. Airnya warna pink lavender. Pastu menyesal...ala kenapalah beli 3 biji je. Rasa nak tepuk pipi sendiri. Delima ni ada musim. Dah habis musim memang susah nak dapat. Harga boleh jadi terlajak mahal. 

CARA MUDAH BUKA BUAH DELIMA

Nak kopek buah delima kena tahu teknik. Supaya mudah dibuka. Mula-mula potong sedikit bahagian kepala. Kopek dan buang kulit di bahagian kepala. Kemudian hiris kulitnya dari atas ke bawah pada empat atau lima bahagian. Baru kopek kulitnya dan buka. Tadaaa rupanya akan jadi seperti di atas. Yang macam kelopak bunga tu. Silalah mulakan aktiviti mengeluarkan isi buahnya ke dalam mangkuk. Siap sedia dengan percikan jusnya yang warna merah tu. 

FAKTA DELIMA

Dikatakan negara asal delima Iran. India sekarang menjadi salah sebuah negara pengeluar terbesar buah delima di dunia. ‎India & Kashmir antara travel wishlist!

Nama botani delima : Punica granatum.

Setiap negara berbeza panggilan pada buah bulat merah-merah ni. Malaysia & Indonesia kita panggil DELIMA.

Arab ⇒ Ar-rumman
Barat/Inggeris ⇒ Pomegranate, Punica
Sepanyol ⇒ Granada
Perancis ⇒ Grenade, Pomme Granate
Belanda ⇒ Granatepped
Itali ⇒ Rodi, Rodia
India ⇒ Anaar
Canada ⇒ Dalimba
Jepun ⇒ Zakuro
Korea ⇒ Sokryu
Laos ⇒ Kok Mak Pi La
Filipina ⇒ Granada, delima
Thailand ⇒ Thap thim

KHASIAT BUAH DELIMA

Buah Delima memang banyak khasiat. Antara penemuan paling menarik;

Vanderbilt University Medical Center buat research dan hasil kajiannya jika orang yang minum jus 3 kali atau lebih dalam seminggu, dapat kurangkan risiko kena penyakit alzheimer hingga 76% dibandingkan orang yang tidak minum jus langsung.

Khasiat lain;

1. Menghilangkan Radikal Bebas
2. Melindungi Kesihatan Jantung
3. Melawan Kanser
4. Membantu Sistem Penghadaman
5. Meningkatkan Selera Makan.
6. Menyembuhkan Anemia
7. Mengurangkan Inflamasi
8. Membantu Peredaran Darah
9. Membantu Mengurangkan Berat Badan
10. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah.
11. Mengawal Tekanan Darah
12. Menghalang Perbentukan Plak

BUAH DELIMA UNTUK CANTIK

Memulihkan Kulit Yang Kering
Merawat Muka Berminyak dan Berjerawat
Menghilangkan Parut Jerawat

Caranya: Sapukan perahan air buah delima pada permukaan kulit yang terjejas. 

PETUA KULIT CANTIK DENGAN BUAH DELIMA
Caranya: Ambil kulit buah delima jemur hingga kulitnya kecut. Kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat sehingga jadi serbuk. Simpan dalam bekas. Bila nak guna campur sedikit perahan limau nipis dan sapu pada wajah. Biar hingga kering dan kemudian basuhkan muka.

BUAH DELIMA SEBAGAI FACE MASK
Caranya: Campurkan 1 sudu teh serbuk green papaya, minyak biji anggur dan grape seed extract dengan 2 sudu teh perahan delima. Kemudian sapukan pada muka. Biarkannya selama sejam dan bilas dengan air yang bersih.

DELIMA MERAWAT RAMBUT GUGUR
Caranya: Selalu minum jus delima kerana ia menguatkan akar rambut. Rambut jadi sihat bersinar.

TIPS MEMILIH BUAH DELIMA

Pilih buah delima yang berat dan kulitnya bersih tanpa cela.
Cari yang betul-betul segar dan kulit tidak merekah
Buah delima boleh bertahan sehingga 6 bulan jika simpan dalam peti ais

Cepatlah musim delima datang kembali! 

4 ulasan:

  1. memang tengok pun dah terliur buah delima tu sis.... salah satu sunnah rasulullah saw

    BalasPadam
  2. Tapi delima yang putih pun sedap jugak rasa lemak2 die punye biji

    BalasPadam
    Balasan
    1. Delima putih? Ok lepas ni nak cari dan cubalah. Terima kasih sudi berkongsi.

      Padam