Pages

Isnin, 22 Disember 2014

Kidz And Creme, Setia Alam - Kepunyaan Aaron Aziz


Assalamualaikum



Pernah dengar Kidz And Creme


Lokasi / Alamat 
5, Jalan Setia Dagang
U13/AK Sunsuria 7th Avenue
Setia Alam

Waktu operasi / business hours

Isnin : TUTUP
Selasa - Khamis : 12pm - 9pm
Jumaat - Ahad: 12pm - 10pm

Tel untuk event/ reservation: 03-33588289


Tau tak siapa pemilik restoren ni. Dah tentulah aktor fofular masa kini Aaron Aziz dan isterinya yang cantik, gojes ayu berhijab tu, Diyana Halik. 


Ini adalah cerita tertunggak yang dah basi. Tapi rasanya masih tak salah dan tidak terlewat nak berkongsi dan menghebohkan cerita -D Lagipun Azie dah lama sangat tak update untuk slot Azief JJCM


Alhamdulillah, Azie berkesempatan untuk lunch date dengan suami di sini. Lokasinya tak jauh dari Setia Alam City Mall. Jadi, kalau jalan-jalan shopping di sini boleh pertimbangkan untuk singgah di Kidz And Cream. Mana tahu anda bertuah dapat jumpa Aoron Aziz dan isteri!!


7th Avenue ni kawasan baru. Lot-lot kedai bentuk cermin kaca macam di bawah ni. Nampak esklusif dan mewah gittew. Jadi tempat ini sangat sesuai untuk private event. Boleh call no tel di atas. Masih banyak lot-lot kosong dan masih belum dibuka. Kalau orang datang kawasan ni pun mayb sebab restoren aktor terkenal Aoron Aziz!


Semua sedia maklum Setia City Mall ni jauh dari bandar Kuala Lumpur tapi berdekatan dengan Meru. Makanya sebelum datang jauh-jauh tu call dulu. Kang jadi sia-sia datang restoren ditutup untuk private event. Selalulah usha Instagram mereka untuk info terkini.


Inilah Kidz & Creme. Tempat terhad. Datang waktu peak hour silap-silap beratur kat luar dulu. So sebelum datang boleh call & buat reservation.

Hmmmm, nak try apa ye azyyatiliah? 

Carbonara Mushrooms & Turkey - RM19.90

Mee Rebus Special - RM23.90

Nutella Cheese Tart - RM14.50 Gulp! *telan air liur*

Carbonara Mushrooms and Turkey SESUNGGUHNYAAAAAA, ia sedap tapi tidaklah sehingga menjilat sudu garpu. Banyak restoren tempatan lain yang offer menu seperti ini. Jadi pada Azie OK aja dong.


Mee Rebus Special. RM24 hinggit hokey. Mahalkan? Apa yang special? Ada udang besar bertenggek atas mee rebus dengan daging bertulang dalam mee rebus tu. Rasa? Alahai sangatlah mengecewakan. Mee Rebus Aunty Shamsiah lagi ohsem!!! Errkk siapa Aunty Shams? Jiran mak azie. Kiki. Kalau kenduri atau event mesti jamu dan tempah mee rebus Aunty Shams. Kuahnya pekat just nice dan terasa sangat kemanisan udang & daging. Yang penting very rich dengan daging tetel. Ohhhh my....Ingat ye lain orang lain lidahnya, maka lainlah rasanya. 


Nutella Cheese Tart yang beharga RM14.50 sekeping ni memang MENGGONCANG IMAN. Ini adalah signature dessert mereka. Alhamdulillah sangat sedap dan berebut dengan suami! Redha je la. Orang-orang Bangi, boleh dapatkan Nutella Cheese Tart di Gloria Jean's Coffe's di Bangi Gateway.

Minuman pilihan adalah Choc Indulgence RM14. Recommended.


Total adalah RM72.00 untuk 2 orang. 


Banyak lagi pilihan menu yang ada dan boleh cuba. Teringin. Nanti sharelah apa menu yang dah korang cuba ye.



Jumaat, 19 Disember 2014

#11 Hasil Pelaburan di Bangkok


Assalamualaikum


Ini entry tertunggak. Azie masih berhutang cerita Bangkok tau. Sebenarnya cerita Bangkok tak habis lagi. He he he. Ambil masa nak habiskan semua. Ada yang tanya Azie shopping apa di Bangkok, Thailand? Nak beli apa di Bangkok tu? Nah, tuuu diaaa...Bawah ni hasil-hasil pelaburan di Pasar Chatuchak & Siam Paragon. Sempat I beli Pandora untuk kenangan diri sendiri. 


Eh, ini belum semua lagi ni...ada lagi!




Duit poket bawa RM1000. Itulah untuk makan di Bangkok, untuk transport, untuk tiket-tiket masuk yang berbayar dan untuk beli belah barang di atas! Best kan. Barang-barang di atas tu majoriti adalah untuk souvenirs. Yang sebenarnya tak cukup, pergi tukar lagi RM500 di MBK Money Exchange. Jadi RM1500 lebih kurang +- Yang berbalut kertas tu teko. Untuk Bonda. Bonda saya ni teko collector. Hahaha. Pergi Melbourne dapat teko, pergi Bangkok pun dapat teko. Untuk diri sendiri? Pandora dan H&M Long-sleeved Jersey Top.


FYI, even harga barang-barang di premium supermarket (ala-ala cold storage di sini) pon jauh lagi murah daripada di Malaysia. Kalau ada duit lebih jangan lupa beli toiletries. Kebanyakkan jenama di Malaysia datang dari Thailand. Boleh borong colgate, facial foam, pen, kertas, syampoo and Nutella Choc half price daripada Malaysia ok.


Office wear murah beli di Platinum Mall. Memory kad jauh murah di Pantip Plaza sebelah Platinum Mall. Barang perhiasan rumah, pinggan mangkuk, fridge magnet, Tshirt semuanya di Pasar Chatuchak. Serius MEMANG MURAH!


Sabun 100% handmade ni BEST GILER! 
Sama best macam LUSH. 
Menyesal sangat beli 1 biji je. 
Cari di Pasar Chatuchak.


Beli di Suvarnabhumi Airport RM70+

Suvarnabhumi Airport adalah shopping heaven untuk alat makeup dan perfumes yang dibawakan oleh KING POWER. MasyaAllah banyak sangat pilihan dan jenama antarabangsa yang tiada di Malaysia. Boleh nampak stewardess shopping kat sini. Nak beli mascara ni, terpaksalah I tunggu diorang ni semua dah settle barulah boleh pergi usha. Tak sure jenama ni ada di Sephora atau tidak. Rasanya ada.  Kebetulan mascara sedia ada dah expired, jadi NARS adalah jenama seterusnya untuk dicuba. Azie pakai mascara jika cuti solat or untuk ke kenduri, raya atau hari-hari istimewa. 


Review: Nampak bulu mataku panjang semulajadi. Tapi tak mampu nak kalahkan bulu mata Che Ta. Tak comot dan tak berketul. Kalau nak tanggalkan perlu gunakan makeup remover. Kalau guna air, bulu mata jadi keras dan susah untuk ditanggalkan. Kesimpulannya i lioke it. 


Akhirnya duit baht tinggal 150 baht sahaja. Duit terakhir tu kami beli kekacang perisa tomyam yang sedaaaaap GILER kat sini. Phew, sampai habis licin duit baht. InsyaAllah next time nak datang lagi. Lepas ni nak ajak team shopping datang sini. Barulah seronok menghabiskan duit!


Pssst, kalau korang datang Bangkok shopping apa? Care to share? Nanti tinggalkan di ruangan komen ye. Mana tahu next time datang boleh cari.. Tq -D


Musafir seterusnya adalah pada January 2015. Lokasinya di mana? Tungggguuuuu....



Isnin, 15 Disember 2014

BUKIT GAMBANG RESORT CITY : SAFARI PARK


Assalamualaikum




Pernah pergi Bukit Gambang Resort City?


Azie first time nak pergi. Bukit Gambang Resort City ada dua theme park; Water Park & Safari Park. I pilih Safari Park. Dah tua-tua baru nak pergi zoo kan. Asik-asik mengadap handphone & laptop je, jadi moh kita tengok binatang pulak. Sebenarnya pergi ni pun kebetulan ada promosi katanya. Harga tiket biasa untuk warganegara Malaysia RM28. Yang promosi RM21 setiap orang. Jadi oklah cuci mata bawa Aleesya Haura tengok binatang pulak. Sebab katanya di sini ada WHITE LION!


Sila sampai awal kalau taknak menapak jauh-jauh. Sebab parking untuk Water Park dan Safari Park di tempat yang sama. Dan kebiasaanya manusia yang pergi ke Water Park memang ramai! Sebelum masuk, uols akan di selongkar handbag dan sebagainya. Makanan, roti, air semua tak boleh bawa masuk dalam tau! Senang cerita, tak boleh bawa masuk makanan luar. Kalau kena rampas ambil, masa keluar boleh mintak balik. Hihi. Kiteorang terlepas juga beberapa makanan sebab mereka tak check stroller! Bawah stroller kami penuh makanan dengan air. Kikiki.


Kesimpulannya Safari Park ni masih lagi under construction. Tiket terlalu mahal, mungkin maintainance tinggi agaknya. Binatang banyak juga tapi masih ada cage yang kosong. Boleh tengok Bird's Show & Animal's Show. Suami nak compare show kat sini dengan show kat Disneyland HONG KONG. Memangla tak terlawan! Dua konsep yang berbeza. Azie suka Bird's show tu. Pandai mereka latih burung-burung tu. Boleh mengeja, boleh buat kira-kira, boleh tiru suara orang. Kalau nak derma duit burung yang terbang pergi kutip duit kat tangan uols! Sesambil tu bolehla ambil gambar.


Safari Park ni ada 2 zone; WALKING ZONE dan TRAM DRIVE-through ZONE. Walking Zone boleh dan sesuai bawa stroller sebab kawasan macam segiempat kat dalam tu dan mesra stroller. Ada banyak aras, bertingkat-tingkat. Boleh lenguh jalan kaki! Semua berbumbung, kalau hujan takjadi masalah. Ada tempat makan disediakan. Ala-ala mini food court. Ada  juga jual jagung in cup untuk kunyak-kunyah. Ada jual mineral water dan sebagainya. Tandas bersih. Surau tak sure kat mana. Kami Qasar & Jamak je sebab travel dari Seremban. Solat di luar sebab jam 3.30 gitu kami dah gerak keluar. Malas dan boring pulak nak tunggu sampai malam. 


Oh sebelum lupa sini ada unta jugak. So tak payah pergi padang pasir! Boleh naik unta kat sini. Kalau rasa jauh nak menapak ke main entrance, boleh naik tram. Tapi bayaran RM2 dikenakan. Takla sampai entrance, masih perlu menapak ke depan. Overall ok je. Kalau nak datang better datang lepas Zohor gitu and boleh stay sampai malam. Sebabnya malam pun ada aktiviti menarik. 



Hi, sayalah Azyyati Liah. Hiks.

Hi, saya Aleesya Haura

Pose manja Aleesya

Tengok tu, pantang nampak camera.

Terkejut tengok mama pegang kepala kerbau yeee

Seee. See. Mana ada buffalo gigit orang. Putih berseri lagi giginya!




TIPS: Kalau korang jauh better cari pakej-pakej murah dan bermalam di sini. Pergilah masuk Water park sekali. Pastu jalan-jalan cari makan di Kuantan ni. Barulah berbaloi datang jauh-jauh. Jangan lupa cuba nasi kukus sedap di Kuantan ni. Ada 2 tempat yang sedap. Nasi Kukus Mama di UIA Kuantan dan Nasi Kukus Juna di Jungle Foodcourt. Marveleeeess!





Rabu, 3 Disember 2014

#9 Bangkok 2014 : Terminal 21 Shopping Mall TERunik di Thailand


Assalamualaikum


Selamat petang! Ok hari ni terlebih rajin sampi post 2 entri di blog. Eh cerita Bangkok tak abis lagi la. So meh penglipur lara nak sambung. Hihik.



Cara nak pergi Terminal 21 Bangkok
Turun di BTS Asok Exit 1
Waktu operasi: Jam 10am


Ada apa di Terminal 21 Bangkok?
Terminal 21 mula dibuka pada Oktober 2011. Kenapa unik, kerana setiap floor mempunyai konsep dekorasi berbeza. Dekorasinya berbeza mengikut tema kota-kota yang terkenal di dunia. Termasuklah tandas lelaki dan perempuan. Masuk je dalam Terminal 21 terasa sudah sampai ke 9 kota terkenal di dunia tetapi di bawah satu bumbung! Yang mana satu pun Azie tak pernah sampai lagi. Selain tu, katanya ada escalator terpanjang di Asia Tenggara di sini.


Restoren terletak di Aras 5. Ada makanan halal di situ. Rujuk sini [ Makanan halal di Bangkok ].

LG Floor - Caribbean
G Floor - Rome
M Floor - Paris
1st Floor - Tokyo (Inspired by Harajuku Town)
2nd Floor - London (Inspired by Oxford Street of London)
3rd Floor - Istanbul Market Town
4th Floor - San Francisco City 
5th Floor - San Francisco Pier
6th Floor -  Hollywood 


Ayuh, dari London terus ke Hollywood....tapi naik escelator la!


Terminal 21 ni ada bahagian; shopping mall dan hotel


Nampak tak anak panah tu? Situlah Terminal 21


Reramai di Gate 4 ni nak ke Balai Pelepasan


Eh, tiba di Rome dah!

Ini tandas lelaki dan wanita di kota Rome. Mujur takda orang weh!

Eh dah sampai toilet kat Paris pulak!

Dah bosan jalan di Paris kite berangkat ke Tokyo. Dekat je. 5 minit sampai. Hihi

Inside Terminal 21

Masih di Tokyo

Zasss terus sampai London!

Fefeling London kerr tu 

Seksinya orang-orang di Istanbul :p

Istanbul mu tunggu aku datang!



Haih, senyap sunyi je Istanbul

Jambatan Golden Gate San Fransisco. Melintang kat tengah-tengah mall


Takpe, tak dapat tengok Golden Gate dengan mata hati, tengok dengan mata kasar pun dah ok


Last sekali kita ke Hollywood!!

Akhir kata memang seronok datang sini. Bukan seronok sahaja. Tapi beronok-ronok. Hihi. 


Kempen CPUV Nuffnang


Assalamualaikum

Morning semua. Dah breakfast ke. Azie pagi ni saja-saja check kempen CPUV Nuffnang tu . Tengok-tengok ada 12 semua tengah 'On Going'. Azie masih lagi hijau dalam dunia blogging masa kini. Tapi melalui blogla pernah menang Grand Prize Pakej Percutian ke Awana (masa tu kene review tentang Awana) menang pakej percutian ke Genting Resort, menang praduan anjuran Castrol , jemputan movie primier dan beberapa lagi. Dah lupa. Semua tu kenangan manis masa jadi blogger aktif 6 -7 tahun lepas.  Asalnya blog tu diwujudkan nak berkongsi tentang persiapan perkahwinan, langsung bersambung jadi blog 'kutip semua contest yang ada' Kaut semua!! Hihi. Tak lama pun aktif dalam 2 tahun agaknya pastu stop takda masa nak update sebab tuntutan kerja. Balik rumah dah penat. Tidur lebih penting! Blog lama guna Wordpress. Wordpress tak benarkan pasang Nuffnang. Masa tu hanya guna Google Adsense sahaja yang mana bayarannya dalam USD.  Honestly Azie suka wordpress sebab more user friendly dan macam-macam widget best boleh letak di blog. Wordpress lebih secure. Sebelum lebih panjang melalut cerita zaman dulu kala meh nak cerita apa yang Azie faham tentang Nuffnang ni.


Apa itu Nuffnang
Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan digital yang memberi peluang kepada blogger untuk menjana pendapatan. Aktif menganjurkan aktiviti untuk Nuffnangers.


Kempen CPUV (Cost Per Unique Visit)
Ia dikira berdasarkan unique visit. Unique visitor (disemak melalui IP Adress. Setiap laptop ada IP Adress berbeza. Senang cakap first time orang sampai ke blog anda. Kali ke-2 dia datang tak jadi unik dah). Jika orang-orang / pembaca baru je yang sampai ke blog anda setiap hari, maka tinggilah jumlah kutipan di CPUV ni. Sejak aktif berblog beberapa bulan kebelakangan ni (hmmm rasanya bermula September paling banyak 21 entri), adala beberapa kempen yang Nuffnang bagi. Tak pernah lagi hantar tiket pada Nuffnang *sebab taktahu nak tanya apa! hahah* Apa yang Azie buat, hanya update survey setiap hari, pastikan update entri setiap hari. Gitu la. 



Kempen CPC - Cost Per Click 
Lubuk mengumpul duit.  Blogger diberi RM0.25 per click.  Akan dikreditkan setelah iklan tamat. Maka yang datang ke blog Azie tu, jemputlah klik banyak-banyak ye. Hihi. Azie pun akan klik jugak di blog-blog orang lain jika blogwalking. Dunia blogger gitulah caranya nak bersedekah dan buat amal jariah :p 



Ok takat ni tue ajelah yang kita tau. Hiks. Kalau ada yang lain lagi, nanti Azie share lagi okeh. 

Persoalan:
Kadang-kadang blogwalking tak keluar pulak iklan Nuffnang tu. Ada logo je. Blog sendiri pun. Ada siapa tahu sebab apa? Kalau tahu sudilah kiranya berkongsi ye. Thanx in andvance. *mayb ni boleh jadi tiket untuk tanya Nuffnang, hihi*


Sekian.



Selasa, 2 Disember 2014

Kempen Video Blogbuster Nuffnang



Assalamualaikum


Teruja pula bila dikatakan terpilih untuk kempen Video Blogbuster Nuffnang!

Konsep sama macam CPUV campaign tapi bayaran lebih mahal. Katanya selected blogger yang terpilih. Camna Azie boleh terpilih pun tak tahu. Adalah tu kriteria yang dilihat. Mungkin kerana Azie selalu update survey. Dalam survey tu mungkin ada kriteria yang menyebabkan kita terpilih untuk Kempen Blogbuster ni. Walau apapun ini kali pertama mendapat kempen Blogbuster sejak aktif berblog beberapa bulan kebelakangan ni. Ini sudah dikira improve ni. Nuffnang sedar rupanya kehadiran blog picisan macam azyyatiliah ni. *terharu*


Arahan: Kena sediakan video kreatif tentang MAYBANK TRANSACT AND WIN selama 10 saat dan submit pada Nuffnang. Jika terpilih video akan diiklankan di blog. Setiap klik kita akan terima bayaran! RM0.50sen perclick. Tempting sangat nih. 


Setiap langkah dan contoh video telah pun diberi oleh Nuffnang. Tapi nak video apo? Alahai bukan senang nak jadikan ia kreatif dan memang da bomb dalam masa 10 saat!




Tahniah kepada ahli Glitterati yang terpilih -D



Jumaat, 28 November 2014

#8 Bangkok 2014 : Part 2 Shopping Malls In Bangkok


Assalamualaikum



Mari kita sambung cerita jalan-jalan Bangkok.  Orang perempuan ni mesti suka kan bila dengar shopping malls. Sama lah kita pun. Shopping mall, window shopping, retail therapy, me'reward'kan diri, apa pun terma yang diberi memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Tak gitu? 

Kalau ikut itinerary asal, Day 2 nak pergi Floating Market, Santorini Park @ Cha Am (Hua Hin) dengan Death Market atau pasar paling bahaya di dunia! Pasar Maeklong.  Tak ke thrill tu. Tapi setelah dihasut-hasut oleh suamiku maka itinerary kami bertukar jadi aktiviti merayap shopping malls sekitar Bangkok. Sapa tak teruja weh, kalau suami beriya-iya sangat nak pergi shopping malls! *dengan harapan boleh belanja sesuatu* Tapi bila dah start merayap, nak pergi shopping mall yang mana satu? Nak shopping apa? nak beli barang apa? Ok ke nak beli-belah di Bangkok? *fengsan*


Baca sini untuk [ PART 1 SHOPPING MALLS ] Dah khatam kawasan Siam kita cari district lain pulak ye.


PLATINUM FASHION MALL 
Cara ke sini : BTS Station Chidlom Station / Ratchathewi Station


Platinum Fashin Mall terletak di Petchburi Road. 'Largest Thailand Wholesale & Retail'. Ini indoor version of Chatuchak Market. Konsepnya sama macam Kenanga Wholesale Center.  Semua barang pun ada dan dijual secara borong. One stop center gitu konsepnya. So kalau peniaga-peniaga online macam di IG tu seswai datang memborong barang di sini. Biasalah harga sehelai lain then tak boleh tawar. Kalau beli 2 atau lebih harga lebih murah dan bolehla nak tawar-menawar.  Kalau tak cukup masa nak pilih barang jangan risau, surau ada terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2. Bolehla solat jamak zohor dan asar di situ. Mereka datang sini bawa cabin bag / troli bag. *teringat pulak masa shopping Jakarta Bandung, memang heret 2 troli bag!* Jomlah tengok gamba apa yang Azie dah tepek kat sini. Banyak juga gamba taktahu nak letak yang mana. 


Dah sedia?

Kami berlegar sekitar Zone 3 je gamaknya. Itupun fengsan!
Baju-baju ini buat masak kat dapur aci lah

Abam Thai dah siap posing
Pilihla yang mana berkenan di hati

Sini ada aneka jenis kasut. Nak yang berbulu, yang seksi, yang loubutin, yang YSL, semuaaa adaaaa

Hermes pun ada! 

Yang ala-ala vintage pun ada
Selipar thailad. RM5 sepasang. Kalau borong?
Make sure pergi awal pagi kalau taknak rimas dengan orang ramai
Tak cukup yang dalam, boleh cuci mata di luar pulak. Berderet tu haaa. Mereka tengah jerit2 buat promo. 


MBK CENTER
Cara ke sini : BTS National Stadium

Mah Boh Khrong atau popular dengan MBK Center. Confirmla yang pernah pergi Bangkok kenal MBK Center ni. Ini antara shopping center yang terbesar di Bangkok tau.  Semestinya menjadi tumpuan utama pelancong asing. MBK ada surau dan makanan halal yang popular; Yana Restaurant. Selesa. Harga pun lebih kurang Chatuchak. Nasib-nasib.  Kat sini macam-macam perangai peniaga kami jumpa. 'Land of Smiles' la sangat!!! Citttt! Aras lain lupa pulak nak jelajah. Yang penting jangan lupa singgah lunch or dinner di Yana Restaurant! Tom Yam Seafood & Green Curry TDF!

Tingkat 6 di Luggage Drop. Tunjuk passport then enjoice!

Section lelaki agak sepi berbanding section wanita yang agak crowded. Hihi


AMARIN PLAZA
Terletak di Bangkok. Ratchaprasong shopping district. Ada 5 tingkat kesemuanya. Macam-macam jenis pakaian, perabot, barang kemas, barangan elektronik dan Thai handicraf pun ada. Clark, Levis ada dalam ni. Jim Thompson thai silk yang famous tu pun ada dalam ni. Mahal sangat kat KLCC or Pavilion meh datang cari kat sini. Jim Thompson originally from Bangkok, Thailand. Pasaya product of Thailand pun boleh cari di sini. 



ROBINSON BANGKOK
Azie memang suka shopping di Rabinson. Banyak juga barang-barang rumah beli di Robinson. Sebab barang-barangnya unik, menarik dan pelik. Gitu. Jadi dah ternampak Robinson ini nak le masuk. Ok dalam ni macam-macam jenama tak pernah dengar. Takat cuci mata saje.




TIMES SQUARE
Tak masuk dalam. Tak kose dah hakak nak masuk. Tapak kaki rasa nak tercabut jelajah shopping malls. Rasa macam nak je tinggal kaki kat sini dan terbang balik Sanam Pao *hotel hakak kat situ* . Hakak nak balik dah. Tak larat. Nak pergi massage kaki dulu. HELP!



TIPS!!!!!

10 BEST BANGKOK SHOPPING MALLS 2014
MOST POPULAR SHOPPING MALLS IN BANGKOK


1. CentralWorld, Siam - Nearest BTS: Siam, Chidlom

2. Siam Paragon, Siam
Nearest BTS: Siam

3. MBK, Siam - 
Nearest BTS: National Stadium

4. Terminal 21, Sukhumvit Road - Nearest BTS: Chidlom

5. Central Embassy Shopping Mall Chidlom Ploenchit N
earest BTS: Ploenchit

6. Central Chidlom, Chidlom-Ploenchit Nearest BTS: Childlom

7. Siam Center, Siam - Nearest BTS: Siam

8. The Emporium, Phrom Phong - Nearest BTS: Phrom Phong

9. Platinum Fashion Mall, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom

10. Pantip Plaza, Pratunam - Nearest BTS: Chidlom


Nota : Bukan hakak suka-suka beri rate. Ia dari sumber yang dipercayai. Lagi satu kebanyakkan nya link antara satu sama lain tak pun berdekatan antara satu sama lain. Memang berDARAH TAPAK KAKI!