Pages

Rabu, 19 Mac 2014

Restoren Akasia, Subang Jaya

Assalamualaikum.

Entry untuk kaki makan kali ni ialah Restoren Akasia, Subang.

Tempat ni diperkenalkan oleh suami. Katanya ketika bekerja di Shah Alam inilah restoren kegemarannya dulu, kini dan selamanya.

Lokasi:

Restoren Akasia
Jalan Tiara, Tiara Square
(Taman Perindustrian SIME UEP),
Subang Jaya,
Selangor

Maka setelah kami berpindah rumah ke Shah Alam, inilah restoren kegemaran kami berdua. Restoren ni beroperasi setiap hari kecuali Ahad.  Waktu operasi dari jam 7 pagi - 11:30 malam. Jadi anda boleh sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam di Restoren Akasia ni. 

Menu yang pernah kami cuba di sini ialah;

Mee Kolok: Tak pernah makan di Sarawak. Tapi mee kolok ni sungguh SEDAP!


Tom Yam Akasia: Pekat, pedas, masam & masin secukup rasa. LAZAT!

Slurrrppp..memang suke sangat makan sup masam ni :')


Hmmm..masa makan ni dah sejuk. Tak berbaloi :p

Oh ya, biasanya masakan panas available lepas jam 2petang gitu. Kalau datang tengahari sila makan nasi tengahari. Lauk tengahari memang banyak. Aneka & pelbagai tau. Boleh cuba jika anda bekerja / outstation sekitar Subang. Kalau nak datang malam, sila datang awal kerana restoren ini memang full house! Silap2 kene tunggu pulak meja kosong.  Famili2 memang suka datang makan kat sini.

Kalau korang first time datang sini, cuba dulu mee koloknya ok! Itu memang signature dish Restoren Akasia.

Restoren Akasia ni pun dah pernah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu. Bertambah-tambah femesla. Bertambah2 ramailah orang :)

Kami pernah juga try nasi goreng kunyit, nasi goreng akasia & beberapa makanan western. Tapi fotonya hilang entah kemana dong. Ini sahaja yang dijumpai. 

Selamat menjamu selera!

*gamba makanan ni akan diupdate jika saya menjamu selera di sini lagi :)

Rabu, 12 Mac 2014

Burger Bakar Abang Burn, Seksyen 7, Shah Alam

Assalamualaikum

Ini adalah entry post throwback juge. Jom kite dinner di kedai Burger Bakar Abang Burn. Kesedapan burger ini amat tersohor serata alam. Hihi.

Lokasi: PG 23, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Masa Operasi : 5 petang ke 12.30pagi
Web : abangburn.com
FB page : Burger Bakar Abang Burn
Twitter : @AbangBurn

Kami datang after Maghrib. Laju-laju datang sini. Bukan ape, takut nanti ramai orang pulak. Dah satu hal nak menunggu.

Antara menu yang ada di kedai Abang Burn

Kat sini layan diri tau. Beratur. Order mahu makan ape. Then bayar. Kami menunggu tak lama pun. Dalam 10 ke 15 minit burger2 bakar yang nampak sedap ni dah sampai. Portion die memang besar. Jom layan gambar dulu. 


Burn Cheese Chicken *pengsan

Supremo Cheesy Beef  *pitam

Chicken patty & beef patty memang besar & tebal.  Bagi lelaki mungkin saiznya sudah sempurna :) Memang takhabis 2orang yang petite nak makan banyak ni. Tak padan dengan saiz badan. So datang sini pastikanlah perut betul2 lapar. Cheese sana sini yang pekat & likat tu membuatkan kami cepat muak. Alahaii, kukira silap percaturan. Patty dibakar sempurna. Hmm..overall OK. Kedai pun bersih, servis pun kira cepat, crew2 pun ada uniform, ada apron & masing2 berbandana di kepala. Meyakinkan!

Tapi tah kenapa tak feel pun makan ketika itu. Demam panas kot. Tapi berselera besar. Hewhew. InShaAllah jika berpeluang mahu lagi ke sini untuk mencuba lain2 menu terutama meatball nya yang dicanang2 terbaik yang dikatakan menggunakan daging 100% dan rempah ratus sahaja. *telan air liur kerana terliurrrr

Mehla kita cuba nanti...


Waroeng Penyet, The Curve

Assalamualaikum.

Entry untuk kaki makan jom kita throwback ke Waroeng Penyet. Waroeng Penyet ni terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Ni memang tempat feveret kami suami isteri. Jika ke The Curve, pasti ke sini untuk makan ayam penyet.

Lokasi : The Curve, 1st Floor, Unit 132, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Tel : 603-77106761.

Anda perlu isi order dalam kertas yang disediakan. Bayar dahulu then tunggulah di meja sehingga makanan tiba. Gitulah konsepnye. Signature dish di sini sudah tentulah Ayam Penyet (RM7.90).

What is "ayam penyet"? Java spices marinated chicken, fried to perfection. Sealing the flavours, then flattened to tenderize the meat, served with special crunchy batter and no to forget a hearthy serving of our special sambal! Hot or mild sambal, its your choice!
Waroeng Penyet FB
Our choice of coursela hot explosive sambal! Memang boleh meleleh air hidung kepedasan. Memang ohsem. Bagi yang ade masalah usus sila jangan menggatal nak ambil yang hot ok. Ambil mild je. Tengok label betul2 masa nak ambil sambal. Jangan main cedok je.


Ayam Penyet - RM7.90


Bakso Penyet - RM6.90


Es Teh Sosro - RM2.50

Sedap tau uols. Berbaloi untuk mencuba :)


Selasa, 4 Mac 2014

#7 Hong Kong Day 5 - Part 2 - Victoria Peak, Sky Terrace

Assalamualaikum


Masih lagi di hari yang sama. Jumaat, 21 Feb 2014. Perut dah kenyang. Maka kami pun nak pergi ke The Peak Tram untuk naik ke Victoria Peak. Tiket sudah beli, sayang pulak kalau tak pergi kan. Dari Islamic Centre Canteen, camne nak ke sana? Kami jalan kaki je dari MTR Admiralty.

1. Pergi ke MTR Admiralty. Exit B
2. Pergi kiri, naik walkbridge. Di atas ni ada signboard ke Peak Tram
3. Cross seberang jalan, naik bukit (Menara Bank Of China Tower ada di belah kanan anda)
4. Terus jalan naik bukit ikut signboard Peak Tram
5. Peak Tram belah kanan. Perlu seberang jalan untuk ke Peak Tram


Jika mahu naik bas, boleh je naik di sini. Kalau mahu jalan kaki dari MTR Admiralty pun akan lalu sini juga. Ini depan Lippo Centre.


Bas ke The Peak


Bangunan ape takpasti


Menara bank Of China, Hong Kong


The Peak Tram
"PEAK TRAM – The Peak Tram climbs seemingly almost vertically from its lower terminus next to Hong Kong Park to the Peak Tower in an exhilarating seven minute ride with spectacular views." - http://hongkongextras.com/the-peak.html 


Raminya orang!

Sungguhla ramai orang, time peak hour begini sesiapa yang ada tiket combo 3 in 1 (The Peak Tram, Sky Terrace, Madame Tussauds) memang boleh lalu special lane. Bolehla jimat setengah jam kot. Beratur tetap perlu beratur.


Ini la pemandangan ketika menaiki Tram.



Suasana dalam Tram.


View from the Sky Terrace sebelum senja. Tingginya 428m dari paras laut. Boleh nampak
360-degree panoramic view across the Hong Kong


Menjelang senja. Cantik nampak laut, nampak bangunan. Tapi sejukkk bangat nih!


Nampak tak semua berpusu2 amek gamba. Siap selfie lagi.


Patung lilin Bruce Lee. Wachaaa!!


Esoknya kami check-out dan pulang ke Malaysia! Ya Allah, kami nyaris tertinggal flight! Memang dah final call orang kata. Memang kami due2 berlari sekuat hati selaju macam dah tak cukup tanah! Mujurla semua barang2 dah letak dalam luggage dan check-in awal2. Boarding nye je lambat. Tak sangka la pulak jauh sangat nak ke tempat boarding Air Asia ni. Kene naik 2kali train. Tempat boardingnya pulak hujung airport.  So anda sila masuk awal2 ye. Kalau ibu mengandung atau yang ada anak2 kecil, cmne nak lari? 

Kesimpulannya memang best sangat trip ke Hong Kong ni. Lebih2 lagi bersama suami.  Travel hanya berdua. Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Apa yang kami plan semua berjalan lancar. Tempat2 yang mahu pergi semua sempat dilawati. Memang best & puas hati *masing2 turun berat (kg) balik dari HK ni. Hehehe....

Cuma.....semua gamba2 ni hanya diambil menggunakan camera phone sahaja. Maafkanla kualiti gamba yang tak berapa menarik. Nampak noise sana sini. Bolehla pulak tertinggal DSLR di rumah. Coiiii!

In Sya Allah panjang umur ada lagi satu trip menanti. Aussie, mu tunggu kami datang! Maka...marilah kita start menabung!











Isnin, 3 Mac 2014

#6 Hong Kong Day 5 - Part 1 Ocean Park & Islamic Centre Canteen



Assalamualaikum.

Jumaat, 21 Feb 2014

Pagi ini mahu ke Ocean Park!



I was here!

Dalam jam 9.00 gitu kami dah siap2 turun ke bawah. Bagaimana mahu ke sana? 

1. Dari Stesen Yau Ma Tei ke MTR Central.
2. Turun di stesen Admiralty. Exit B
3. Ambil bas No 629 - bas ini terus ke Ocean Park (depan Lippo Centre)


Ini harga tiket & harga tiket bus ke Ocean Park(tiket bus boleh guna Octopus card)


Inilah bus terus ke Ocean Park

Nampak tak diorang ni beratur elok2. Kat belakang kami ni pajang lagi :)

Kejup je perjalanan nye. Tak sempat nak pejam mata berehat, eh eh dah sampai. So welcome to Ocean Park!



Gedik bersama suami


Ingatkan jam 10am dah buka rupanya 10.30am pulak baru buka. Mulalah beratur panjang kat entrance Ocean Park ni. Mujurla kami ni standby dah beratur depan2. Bila dah dibukanya entrance, ditahannya pulak ramai-ramai laluan nak ke cable car tu. Lamala jugak. Mujurla duduk depan lagi. Betul2 depan tali. Kat belakang2 nuh dah melimpah tourists yang datang. 

Alahai nampak gayanya ni memang kene berlari pecut nak ke cable car. Sebab kat sini dah tak nampak barisan dah. Bila pekerja Ocean Park buka je tali, dah seolah-olah acara larian marathon ok, semua pakat lari sekuat hari seolah-olah nak dapat no.1. Yang pastinya semua berlari sebab nak dapat tempat awal2 naik cable car. Yang tak boleh blah tu, sambil lari, ramai2 duk pakat2 ketawa sebab rasa lucu giler time tu. Sangat terasa acara marathon. Potong-memotong. Auntie2 dengan Uncle2 tu laju pulak berlari. Yang cable car tu pulak boleh tahan jauh giler jaraknye. Berapa banyak kali selekoh daaaa, naik bukit lagi. Sungguhla memang macam acara lumba lari! Redha jerla.

Alhamdulillah suami tercinta dapat tempat ke-6 katanya. Hamba ni tempat ke belas2 la kot. Kiranya tak perlu beratur dapat terus naik. Ya Allah lepas tu panjang gilerrrr kot beratur. (sampai kami nak keluar dari Ocean Park pun beratur masih panjang!) Pada kami masa itu emas ok! Haih pengalaman ni memang tak boleh lupa sampai bila2. 

Lets go to The Summit!

Buat yang tak tahu ada 2 main area Ocean Park ni;

1. The Waterfront (tempat berlibur tengok binatang laut)
2. The Summit (theme park extreme ride)


Dari The Waterfront nak ke The Summit ni la yang kene naik Cable Car atau naik train yang dipanggil Ocean Express. Kami memang plan pergi naik Cable Car, balik baru naik train Ocean Express.

Roller coaster yang terpacak rambut katanya!


Skip! Takut tudung terjatuh (*alasan tak logik)


Time nak naik, suspended. Sebab angin terlalu kuat katanya. Bahaya!


Cable car yang menghubungkan The Waterfront & The Summit


Ya Allah menakjubkan!


Hello, I am Panda kacuk


Saya: Sambil panjat2 ambil gamba | Suami: Sayang, tak nampak ni? No Climbing! | Saya: Skema!


Old Hong Kong

Besarnya awak!



Bye Bye Ocean Park


Ocean Park sangat besar. Memang kene spent masa 1 hari di sini, jauh nak berjalan jelajah satu theme park ni. Dalam jam 3 gitu kami dah gerak mahu ke Islamic Centre Canteen. Mahu makan lagi. Orang kata dim sum sedap. Tapi kene datang sebelum jam 3 petang. Kalau ada rezeki dapatlah kami merasa dim sum tu, kalau tak dapat pun ok banyak lagi makanan sedap2 lagi halal lat situ.

Dari Ocean Park, camne nak ke sana?

1. Dari Ocean Park, naik bas 629 balik ke Admiralty.
2. Ambik MTR ke Chai Wan Line. Berhenti di Wan Chai.
3. Ikut direction sama seperti entry Macau sebelum ni :)

Sampai dalam jam 4pm gitu. Alhamdulillah dim sum masih ada. Yay! Jadi kami makanlah dim sum sampai lebam. Ketika ini hanya ada dim sum sahaja. Jam 6pm baru ada masakan panas. Begitu rupanya. Selagi dimsum ni tak habis boleh je datang jam berapa pun. Masa kami sampai masih banyak lagi dimsum yang ada.

Round 1

Round 2


Sedap dimsum ni, mehla datang sini cuba. Perut dah kenyang. Kami siap2 solat di Masjid Ammar ni. 



Dalam Masjid Ammar


Masih ada misi belum terlaksana, mari kita ke The Victoria Peak! :)