Pages

Jumaat, 11 Februari 2022

Ustaz Abdullah Khairi Foodmart & One Serambi Cafe


1. UAK (Ustaz Abdullah Khairi) Foodmart, Suria Jelutong Shah Alam

Sajalah nak kongsi tempat makan yang kami cuba baru-baru ni.

Majlis Pembukaan & Perasmian UAK Foodmart di Suria Jelutong berlangsung pada 26 Disember 2021. Baru buka. First impression, wow begitu banyak pilihan menu di UAK Foodmart. Ada menu ayam, ikan, asian, burger, pizza, noodle dll. Baru best macam ni. Mencabar minda betul nak pilih menu apa kan. Lepas belek buku dari muka depan sampai belakang patah balik muka depan ke belakang beberapa kali  akhirnya sepakat untuk order menu berikut;

Laksa Johor - RM14.90
Chicken Chop & Butter Rice -RM15.30

Laksa Johor for me. Tiba saja di meja, wah begitu pekat sekali kuah Laksa Johor. Tak sabar nak menyudu kuah. Jika ada sambal bertambah padu nih. Chicken chopnya pula sebesar tapak tangan. Digoreng garing sempurna tidak berminyak. Plating pun cantik. Butter rice rasanya begitu nice sekali. Blackpepper gravy pun sedap. Overall sedap dan berpatutan dengan harga. Cafe ini ada dua aras. Kami pilih untuk menjamu selera di aras atas. Tempat agak terhad tapi less crowd dan sangat sesuai untuk berkumpul makan-makan bersama keluarga. Masa kami makan ni, hanya kami berdua sahaja di dalam cafe :) 



2. One Serambi Cafe

Kami ke sini hari wardrobe installation. Rumah memang sudah berkecah. Hubby mencadangkan kita makan luar sahaja. So kami pi try One Serambi Cafe. We ordered;


Grilled Chicken Belado - RM21.90
Cream of Mushroom served with Baguette - RM15.90

Aaahh yang cafe ni pun not bad! Suka and pastinya akan repeat menu lain. Tidak hairanlah ia tersenarai dalam senarai tempat makan sedap di Bukit Jelutong. 40 juta kali kita lalu depan cafe tapi kupandang sepi kiranya macam pandang sebelah mata jerr. Rupanya permata di dalamnya. Cafe yang cantik, bersih ada dua aras tempat duduk yang banyak dan selesa. I love their chandelier. Cantik mata memandang. Memang ramai yang datang sini rupanya. Cermin gelap luar cafe, memang tak nampak orang ramai di dalam. Dari luar nampak macam hidup segan mati tak mahu :p

Grilled chicken pun sudah healthy di situ. Sambal belado hijau dia pulak emm sedap bethol! Cream of mushroom pun sodap. Nak kupi-kupi sahaja boleh order scone. Untuk sweet tooth...banyak pilihan cake yang rambang mata. Kek mereka nampak gorgeous belaka. Meja sebelah kami ada kakak2 cantik baru balik office nak hangout kopi-kopi dengan rakan-rakan. Meriah order macam-macam. 15 minit shoot pelbagai aksi sambil mengekek ketawa baru mereka makan. Hahah. Comel je mereka. Zaman sekarang phone yang makan dulu...begitulah transformasi dulu dan sekarang :)




Nah. Lagi senarai tempat makan sedap di Bukit Jelutong :)



Isnin, 3 Januari 2022

Tempat Makan Sedap Di Bukit Jelutong 2022


Bukit Jelutong terletak di Shah Alam. Serious banyak tempat makan sedap di sekitar Bukit Jelutong. Tanpa membuang masa ayuh kita check it out. Semua tempat cadangan makan di bawah ini saya dah cuba sendiri ya. Jadi boleh kata ini senarai tempat makan sedap tanpa mengikut ranking pilihan saya di Bukit Jelutong.


#1. Richiamo Coffee Bukit Jelutong

Best selling : Salted Egg Yolk Croissant (serious sedap)

Alamat: R15 SURIA JELUTONG, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong,
Waktu Perniagaan: Isnin - Ahd : 11am - 9pm


#2. Ehsan Bukit Jelutong 


Kat sini selalu order Roti Naan Cheese Garlic + Ayam Tandoori (kuah mint dia sedap)

Alamat: No. 1G, Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong
Waktu perniagaan: Isnin - Ahad; 7.30am - 11.30pm


#3. Royale Amirah Bukit Jelutong


Sini pulak Nasi Kandar dia memang favourite kami. Restoren ini sentiasa penuh dan ramai orang terutama awal pagi, tengahari dan lepas Maghrib atau Isyak. Retis legend pun makan nasi kandar kat sini.

Alamat: Jln Bazar P U8/P, Bukit Jelutong
Waktu perniagaan : Isnin-Ahad; 8am


#4. Seni Patisserie Radia, Bukit Jelutong


Setakat ni, menu terpaling suka adalah Mee Kolok Sarawak :)

Alamat: G-17, Komersial Radia, Persiaran Arked, Bukit Jelutong
Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 10am - 9pm


#5. Restoran Grandsariratuprima Bukit Jelutong


Harga memang grand. Total makan sini lauk seperti di atas lebih kurang RM70. Lauk memang sedap bangat. Gulai Tunjang delicious. Rendang daging marvelous. Gulai ayam kampung, suka! 

Alamat: G-12 Radia Commercial, Persiaran Arked, Bukit Jelutong
Waktu Perniagaan: Isnin- Ahad ; 11am - 10pm


#6. Third Letter Cafe


Cadangan tempat bagi yang mencari menu western. Wanita yang suka salad, gravy salad di sini sedap. Third Letter Beef Salad (highly recommend), Vietnamese Chicken Salad. 

Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur
Waktu Perniagaan: Isnin- Ahad; 11am - 9.30pm


#7. WoodFire Burger Shah Alam

Satu je nak tulis. Super delicious! Nyummmsss.

Alamat: D'Bayu Jalan Serambi U8/24, Bukit Jelutong
Waktu Perniagaan: Selasa - Ahad; 12 - 9.30pm


#8. The Hideout Cafe Bukit Jelutong

Alamat : 1-G-03 Jalan Bazaar U8/101A D'Vida Business Centre
Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 11am - 11pm


#9. Ombak Kitchen Bukit Jelutong


Pakai tangan jer.....The best Cajun sos. Nyums. 

Alamat: 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong
Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad; 12 - 10.30pm


Entry ini ditujukan kepada mereka yang nak jalan-jalan cari makan di Bukit Jelutong. Sekian sahaja senarai tempat makan sedap, best di Bukit Jelutong. Macam-macam menu sis discover di sini. Nak shell out ada. Nak burger yang bukan biasa-biasa ada, nasi kandar ada, indonesian menu ada, western ada, menu sarawak ada and ada beberapa tempat lagi yang sis dah discover cuma lupa pulak nak snap gambar. Nanti kita update semula senarai ni okay?