Pages

Selasa, 14 September 2021

Nasi Ayam Geprek Resepi Che Nom


Cubaan pertama Azie masak Nasi Ayam Sambal Geprek. Hidangan inspirasi dari negara jiran, Indonesia. Alhamdulillah suami kata jadi elok dah ni. Rasa pun sedap dooh. Suami bagi thumbs up. Makan pun bertambah. Sebagai isteri haruslah rasa bahagia jiwa dan senyum sampai paras telinga setelah berperang bertungkus-lumus di dapur berjam-jam berlengas menyiapkan Nasi Ayam Sambal Geprek ni. Sebenarnya hendak buatnya tidak susah mana. Bahan pun senang didapati dan tidak banyak. 

Ayam Geprek paling penting adalah sambalnya. Jika sambal geprek padu maka padulah seluruhnya. Ayam geprek sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, salad atau ulam-ulaman, tempe goreng dan sup panas. Slurrrpp! Aduhai sendiri pulak terliur. Sebenarnya buat nasi ayam sambal geprek ni tahun lepas, 14 November 2020. Masa tu mood nak update blog masih kelaut dalam. Mood blogging tenggelam di dasar laut. Banyak kongsi di instagram story sahaja.

Pada pagi yang berbahagia ni, kita tengah clearkan gambar-gambar dalam handphone yang sudah mencecah 5000 lebih gambar. Maka terselit di situ memori masak memasak Nasi Ayam Geprek. Jadi kita kongsilah di blog buat kenangan jua. Saya ikut resepi Ayam Geprek Che Nom. Ternyata sedap dan padu sangat sambalnya. Resepi saya tidak tepek disini sebab tidak minta kebenaran Che Nom. Boleh rujuk di Youtube Channel beliau atau di blog resepi beliau okay.

Ayam Geprek berasal dari Yogyakarta wujud sejak tahun 2003 tapi mula popular dan tular dari Indonesia sampai ke Malaysia pada tahun 2017. Geprek dalam bahasa Jawa bererti dipukul, ditekan atau dilumatkan, maka ayam geprek bererti "ayam yang ditekan". Hidangan ini hampir sama dengan masakan Jawa tradisional ayam penyet kerana kedua-duanya adalah sama-sama ayam goreng yang diketuk menggunakan penggiling dan dicampur dengan sambal - sumber: Wikipedia



Selamat Mencuba. Kalau tak sempat masak boleh order Grab :)


Khamis, 9 September 2021

Pulse Oximeter Review

 

Hari ini kita review Pulse Oximeter pulak. Bila google di Lazada or Shopee punyalah banyak kan Oximeter yang keluar. Pastu nak beli yang mana satu *garu kepala*

Seharian jugalah cari info dan review Oximeter. Pastu nak belikan untuk parent sekali. Diorang pun nak jugak. Taknak ketinggalan ada Oximeter di tangan. Senang nak check kadar oksigen.

Apa itu Pulse Oximeter? Pulse Oximeter alat pengukur kadar oksigen dalam darah yang kini banyak digunakan secara meluas berikutan komplikasi wabak Covid-19.

Kadar Oksigen

Normal: 96% - 100%
Rendah: 95% kebawah

Kadar Pernafasan

Normal: 12-20 nafas seminit
Pesakit Hypoxia: 40 -50 nafas seminit

Denyutan Jantung Normal : 50-90 seminit

Cara Guna Pulse Oximeter

1. Tanggalkan pewarna kuku atau kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosok kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya lima minit sebelum melalukan pengukuran.

3. Letakkan tangan di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4. Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan dengan Pulse Oximeter sekurang-kurangnya 1 minit sehingga bacaan stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berudah selama 5 saat.

Sumber: KPJ

Apa nak buat jika oxygen level drops below 94%? Terus dapatkan nasihat doktor.

Apa nak buat jika oxygen level drops below 90% Hospitalisation reqiured.




Ini yang kami beli dan guna untuk di rumah. 100% Original. Ada 1 tahun warranty. Paling penting approved by Medical Device Authority (MDA) Malaysia. Ada registration number. Maknanya ia reliable dan harga berpatutan. Boleh beli di SINI




SPO2 untuk measure oxygen saturation level. PR untuk detect pulse rate.

Spesikasi: Dual colour OLED display. 2 unit battery AAA alkaline. User friendly. Portable & convenient.

Di zaman pandemik covid ni, pulse oximeter ni kira alat penting untuk pesakit yang ada masalah COPD, asthma, pneumonia etc. Dengan adanya oximeter boleh detect atau identify lebih awal pesakit hypoxia (low blood oxygen saturation). Hopefully.

Nak beli Pulse Oximeter kalau boleh pilih yang MDA approved. Boleh semak di SINI untuk senarai Pulse Oximeter atau Blood Oxygen Monitor yang berdaftar dengan MDAR. MDAR adalah Medical Device Authority Register. Jangan main beli saja di Laz & Shopee. Takut kena scam. Jadi macam ni.




Naya Pak Karim kalau kena macam ni :)





Selasa, 7 September 2021

Air Pods Pro Review. Bagus ke? Berbaloi ke?

 

Banyak sudah youtuber buat review berkenaan Apple Air Pods Pro. Tapi saya kongsi jugalah di sini serba ringkas. Bagus ke produk earphone keluaran Apple ni? Mr Hubby adalah pengguna tegar Air Pods Pro.  Jadi saya kongsi review yang diberi oleh Mr Hubby lah.



Sound quality Air Pods Pro lagi best @ padu dari earphone standard dalam iPhone yang ada cable (sebelum ini guna yang itu saja) Bassnya pun lagi best. Beliau masih bekerja dari rumah. Bayangkan setiap hari meeting atau pun concall berterusan dari pagi sampai ke petang. Setiap meeting direkod. Bila dengar balik katanya suara dia lain macam sedap didengar berbanding sebelum ini. Ini kerana adanya fitur Adaptive EQ yang memberi kualiti suara lebih menonjol.

Earbuds sangat comfortable walaupun dipakai lama. Ini kerana design Air Pods Pro yang lebih masuk ke dalam telinga. Ia didatangkan dengan ear tips silicone yang lembut. So sangat memberi keselesaan di dalam telinga.  Apple dah siap-siap bagi 3 size berbeza iaitu Large; Medium; Small. Telinga setiap orang kan berbeza. Apple datangkan fitur 'Ear Tip Fit Test' untuk bantu pilih ear tip mana yang sesuai. So far Mr Hubby tak tukar pun size ear tips. Just pakai yang memang dah pasang dari dalam kotak. Medium size kalau tak silap. 

Air Pods Pro ada fitur noice cancellation.  Yang ini mmg terbaik untuk kategori earphone kecil camni. Bila on boleh kata tak dengar dah bunyi-bunyi luar. Memang kedap suara. So la ni takde masalah kalau tengah meeting tiba-tiba terkena cherry berry atau nak terkucil :) Sebelum ni kena tahan sampai naik biru.

Selain itu, kalau hang meeting sampai berlemuih berpeluh keringat membasahi kepala pun masih onz lagi. Atau meeting urgent sambil jogging dalam hujan renyai-renyai still tiada masalah. Okayyy sangat. Sesuai nih untuk atlet dan ahli kelab gym semalaya. Ia telah diuji ketahannya. Tapi janganla guna time nak pi berenang. Itu memang jahanam.

Bateri pula so far tahan seminggu kalau hari-hari pakai untuk kerja. Concall sehari maybe dalam 2-3 jam average. On and off pakai. Bila tak guna letak balik dalam charging case so dia charge balik.

Lampu hijau kat charging case tu maknanya charge penuh, kalau dah merah tu means charge tak penuh. Kalau nak tahu berapa percent tinggal untuk earbud dengan case, bukak case tu sebelah iPhone (on Bluetooth dulu), then dia akan display kat iPhone screen percentage dia.

Berbaloi? Yes, berbaloi beli untuk pengguna iPhone. Kecil. Senang bawa dalam poket pergi mana-mana. Nanti dah boleh travel boleh pakai dalam flight pastu on noice cancellation tu, baru la tak dengar bunyi dengung enjin kapal terbang, tak dengar bunyi kids menangis. Insya-Allah boleh tidur aman damai.

Tidak dinafikan Air Pods Pro antara earbud terbaik di pasaran. Cuba ada satu masalah nya. Masalahnya ialah harga. Termahal di pasaran. Semak harga di Machines , TMT Thunder , SenhengG Store. Jadi kalau jumpa earbud lain yang lebih murah, selesa di telinga why not. 




Jumaat, 3 September 2021

Wangian Jo Malone London dan Chanel

 

Minyak wangi antara komponen penting menggambarkan personaliti wanita. Bila wangi mampu meningkatkan keyakinan diri. Wanita tidak elok wangi berlebih-lebihan. Wangi-wangian untuk bau sendiri oklah. Bukan untuk menarik perhatian lelaki. Perhatian suami takpa.  

Perfume wanita paling wangi untuk tahun 2021 mengikut kesukaan saya ya. Lain orang lain kesukaan. Lain citarasanya. Lain deria baunya. 1st post berkenaan perfume https://www.azyyatiliah.com/2019/02/bau-perfume-louis-vuitton.html Percaya tak, baru-baru ni saja habis kesemua samples tersebut. Walaupun stay home tetap pakai perfume dalam rumah. Bau-bauan Louis Vuitton melekat teruk dalam minda saya. Haha. Kuat betul kena racun. 

Kita lupakan perfume Louis Vuitton sebentar sebab belum ada dalam koleksi. Saya bukanlah pengumpul wangian. Hanya guna sebotol saja pada satu-satu masa. Walaupun sebotol pilih yang betul-betul wangi, berkualiti dan sesuai dengan personaliti. Wangian kegemaran sebelum ini adalah  Peony dari L'Occitane

'There is a Mediterranean legend of a beautiful nymph named Paeonia who was so courted by the gods that a jealous goddess transformed her into a flower with a thousand petals: a peony. Since then, this symbol of beauty brightens every spring with its dazzling show of colors and scents. The Peony collection offers a floral and generous perfume and eau de toilette, both marked with green freshness and containing a peony extract from Drôme in the south of France.'

Selain itu, Tresor Midnight Rose Eau De ParfumCharming. Mischievous. Desirable. A sexy-sweet blend of raspberry, rose, vanilla and sensual musk for mischievous femininity

Dior Cherie. Namun tak wujud dah sekarang. Dior sudah rebrand kepada Miss Dior sahaja.

Beberapa tahun kebelakangan ini suka sangat dengan cologne Jo Malone London. Walaupun cologne sahaja tapi harga sangat wow. 


Sambil cuba bau-bauan, sambil manjakan diri buat spa tangan. Kalau beli sendiri di butik Jo Malone bolehla dapat layan istimewa dari SA yang baik-baik. Pastu dapat samples. Seronok. Bau paling sedap di Jo Malone (my preference) adalah 1. Rose and Magnolia 2. Nectarine Blossom & Honey 3. English Pear & Freesia. 

My SA bagitau Jo Malone cologne boleh dilayerkan dengan dua atau jenis bau (kalau mampu) Contohnya dah pakai yang di atas tu, nak layerkan dengan bau Wild Bluebell. Beberapa kali juga repeat Jo Malone. Beli yang 30ml. Cepat habis. Cepat boleh tukar bau lain. Sebab cepat bosan dengan bau yang serupa :) Kena maklum yang cologne baunya tak tahan lama. Bau-bau Jo Malone London memang sedaaap sangat. Semua pun wangi. Nak bau tahan lama boleh guna body creme juga. Masuk dalam butik dah rambang mata nak perfume yang mana. Belum rambang mata tengok packaging yang sangat cantik dan tampak mewah. Sesuai untuk dibuat hantaran. Nak tahu tak... Kate Middleton loves Jo Malone's Orange Blossom so much. I is cannot la bau Orange Blossom. Tak sesuai.

Next, 



sebelum lockdown bulan Julai baru ni sempat beli perfume Chanel. Cuba teka Chanel yang mana? Beli perfume saya suka beli sendiri. Mesti nak bau sendiri sebelum beli. Minta PS, semua pun wangi. Tapi yang mana satu sesuai dengan personaliti, terlekat di hati? 

Wangian dari Chanel memang popular di kalangan wanita. Antaranya Chanel Allure, Chance, Coco Chanel Mademoiselle, Gabrielle dll. Range yang lebih esklusif seperti LE LION DE CHANEL, LA PAUSA, GARDÉNIA berharga RM830 untuk 75ml. Perfume Chanel paling famous giler adalah Chanel Coco Mademoiselle Intense. Ramai lah wanita sukakan perfume ni. Memang tidak dinafikan bau dia memang wangiiii. Bila selisih di KLCC atau Pavilion boleh kenal bau Mademoiselle. RM670 untuk 100ml. Jadi kalau ada yang jual di Shopee mahupun Lazada dengan harga RM200 untuk 100ml pastu claim original or reject memang tak baik tau. Beri harapan palsu pada wanita-wanita yang nak wangi. Selain 100ml, didatangkan juga dengan saiz botol yang lebih kecil 35ml, 50ml. 35ml sahaja pun mencecah RM300++.



Setelah bau kebanyakannya..my personal favorite;

1. COCO MADEMOISELLE 
2. GABRIELLE CHANEL ESSENCE
3. N°5 L'EAU (warna putih)

Boleh teka tak yang mana? No.1 dah ramai yang guna. So taknaklah:p Okalh nanti-nantilah kita reveal. Till then Wassalam...