Pages

Selasa, 17 Mac 2020

Tanah Aina Banana Leaf Restaurant, Batu Tiga Shah Alam



Dah 2 minggu kiteorang stop aktiviti hiking tapi diganti dengan aktiviti di gym sahaja. Kes penyakit melibatkan wabak Covid-19 di Malaysia semakin meningkat naik sehingga semalam menjadikan Malaysia mencatat kes paling tinggi di Asia Tenggara.  Mencemaskan!

Dalam pada cemas-cemas tu sempat pulak pergi makan luar. Kiteorang cari tempat yang tidak ramai pengunjung, lebih privacy, bersih dan cozy. Berkunjung atau makan dalam shopping mall memang dielakkan terus. Akhirnya Tanah Aina Banana Leaf Restaurant menjadi pilihan hati. Tanah Aina di Batu Tiga Shah Alam ya. Bukan yang di Janda Baik tau. Tak gigih ok nak pergi sana.

Adress: No. 3, Jalan Mesra 1, Taman Mesra, Batu Tiga Shah Alam.

Sebenarnya lama sudah teringin makan di banana leaf restaurant. Tapi tidak jumpa yang bersesuaian. Bila dapat tahu Tanah Aina buka Banana Leaf Restaurant haruslah tidak lepaskan peluang. Jadi nak confess, pertama kali nih makanan nasi daun pisang Indian style. Haaaa gittuuu.

Taman Mesra sangat sunyi sepi. Masing-masing stay at home kot. Rupanya dalam Taman Mesra ada Bangunan Wisma Tanah Aina. Dari Federal Highway boleh nampak signboard Tanah Aina Restaurant. Selesai park kereta dengan confident melangkah masuk ke restaurant yang luarnya penuh dengan dedaun hijau. Nampak macam exclusive. Buka pintu sahaja...wow sungguh cozy...ada lagu-lagu yang menyedapkan halwa telinga. Hanya ada beberapa pelanggan sahaja yang sedang menikmati makanan. Dapat buku order....kubelek-belek...eh mana nya menu banana leaf? Lepas tanya waiter lahhhhhhh rupanya salah masuk restaurant. Apoooo!

Rupanya yang kami masuk tu Tanah Aina Cafe. Tempat nak chill-chill minum kopi makan dessert, makan kuih, makan mee rebus..haaaa gitu. Setelah ucap terima kasih, dengan confident juga kami melangkah keluar balik. Huhu. Sebelahnya baru Tanah Aina Banana Leaf Restaurant. Open everyday except Tuesdays. 8 am-10.30pm.








Takmo review biar gambar sahaja berbicara. Hah, tudia licin licau. Sampai manager restaurant datang senyum-senyum tolong lipatkan banana  leaf kami. Aisehhh malu sis. Cara lipatan banana leaf memberi maksud tersendiri. Itu yang diberitahu restaurant manager. Friendly sangat. Tempat makan santai, restaurant lengkap dengan aircond, siap ada muzik bollywood. Feeling namaste India dah. Waiter pakai serkup kepala, sarung tangan siap apron ketika sediakan hidangan untuk pelanggan. Paling best 4 jenis kuah curry tu memang dia letak sahaja atas meja. Ikutlah korang nak tambah or nak buh banyak mana. Barulah heaven kan! 

Takpe, nanti dah habis wabak Covid-19 boleh datang jenguk sini.

Till then wassalam....dan jaga diri ya semua :)


Perintah Kawalan Pergerakan Berkuatkuasa 18-31 Mac Seluruh Negara



Dunia Islam sepi tanpa umrah dan tawaf sampai Imam Masjidil Haram menangis teresak-esak. Sedih sungguhla tengok video yang viral tu. Kini masjid di Malaysia pula sepi dari majlis ilmu dan tiada lagi kuliah Subuh. Malah solat Jumaat juga tiada. Solat jemaah di masjid juga tiada. Masa untuk muhasabah diri. Mencari hikmah di sebalik musibah. Allahu Rabbi, moga segeralah wabak pandemik Covid-19 ini berlalu pergi....


Kredit sumber: Pejabat Perdana Menteri, Bernama

Perintah Kawalan Pergerakan atau Restricted Movement Order berkuatkuasa Rabu 18-31 Mac di Seluruh Negara.

Rumusan tentang apa yang buka dan apa yang tutup ikut pemahamam kita lebih kurang macam ni lah:

1. Supermarket, Pasar basah, Seven Eleven, Speedmart 99, KK Mart dan kedai runcit -- Buka.


2. Pejabat Pos, TNB, Air, Balai Polis, Bank, Bursa Saham -- Buka.

3. Hotel, kelab golf, bar, pub, kelab sosial, kelab malam, rumah urut -- Tutup.

4. Workshop, kedai gunting, warung, restoran -- Tutup.

5. Kenduri kahwin, kenduri bersunat, kenduri akikah, kenduri cukur jambul, kenduri arwah -- Batal.

6. Kedai handphone, kedai gadget, kedai hardware, kedai baja, kedai racun lalang -- Tutup.

7. Masjid, kuil, tokong, gereja, surau, pejabat kadi -- Tutup

8. Crematorium, kubur, klinik, farmasi -- Buka.

9. Kedai baju, kedai handbag, kedai emas, kedai kasut, kedai reflexology -- Tutup.

10. Kedai nombor ekor, kasino, spa, gymnasium -- Tutup.



Maklumat ini dikongsi melalui perkongsian whatsapp. Moga hari ini ada perincian yang lebih jelas. Kita tunggu pelaksanaannya esok bagaimana. Anda juga boleh ikuti channel telegram Majlis Keselamatan Negara Rasmi. MKN Rasmi memberi informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat. https://t.me/MKNRasmi

Isnin, 2 Mac 2020

Hiking @ Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan PD





Eh-eh-eh korang berdua ni memang tiap-tiap minggu pergi hiking ke camne? Hmm nampaknya begitulah. Selagi ada kudrat, kaki dan lutut kuat kita just go with the flow, gituh. Rasa kelakar pun ada. Dah makin berusia barulah nak buat aktiviti panjat-memanjat ni. Masa muda remaja gagah bertenaga dulu taknak pulak ngukah bukit. Dulu iols diva...panjat tangga escalator dalam mall sahaja. Sejuk. Takmolah panas-panas basah ketiak nih. Kihkih.

Don't let age change you. Change the way you age. Yassss! Itulah situasi ketika ini. Tiap-tiap minggu team building dengan suami. Lagi pun last check up dengan Dr, ada mention yang Azie sangat kekurangan Vitamin D. Dr siap bagi ubat titis bawah lidah dah harga ubat tersebut ialah ratusan ringgit! Boleh google apa akibatnya jika kekurangan Vitamin D. So bila pergi hiking ni secara tak langsung dapat sun bathing. Free-free je dapat Vitamin D. Tak perlu bayar!

Minggu ini hiking di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Port Dickson. 

Google maps: Tanjung Tuan Recreational Forest
Waze: PNB Ilham Resort

Bukit Batu Putih terletak dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. PNB Ilham Resort betul-betul bersebelahan dengan hutan simpan. Jadi kalau anda nak hiking di sini boleh letak kereta sekitar PNB Ilham Resort. Tempat letak kereta agak terhad. Datang awal lebih baik. Bayaran RM1 per person dikenakan untuk masuk ke hutan rekreasi ini. 


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Otw balik ada beberapa ekor kera melompat dan berlegar di area ini. Lepas tulis nama dan buat bayaran di pondok kuning ni, anda dah boleh start hiking. Ada dua trail utama untuk ke puncak Bukit Batu Putih, PD. Trail yang pertama lalu pantai dulu. Trail ni moderate dan agak mencabar lutut serta kaki korang. Trail yang kedua jalan berturap terus naik ke atas sehingga nampak Rumah Api Tanjung Tuan. Trail kedua ni sangat santai easy peasy. 


Kita pilih trail kedua yang easy peasy dahla. Majoriti pun ikut trail yang ni. Kena panjat tangga ni untuk masuk hutan ke puncak Bukit Batu Putih. 


was here...


Sebenarnya ni 2nd attempt hubby and i hiking @ Bukit Batu Putih PD. 1st attempt hari tu, tak dapat sampai puncak sebab Hutan Simpan Tanjung Tuan terbakar. Half way hiked, kiteorang bertembung dengan sekumpulan abang bomba. Kami dinasihatkan untuk turun semula kerana asap terlalu tebal. Puncak pun dah tak nampak. So, ini kesan hutan terbakarlah. Fefeeling autumn dah. 


1st pic belah kanan yang terbakar. 2nd pic belah kiri yang terbakar. Luas juga kawasan hutan yang terbakar. 


Jumpa batu putih ni, maknanya dah nak sampai puncak. Kena buat rock climbing sikit untuk tengok view laut. Nampak macam seram tapi sebenarnya okey je. Muatan berat pun boleh panjat batu ni dengan mudah jika ada keyakinan diri yang tinggi :) Lainlah kalau anda seorang yang gayat. Tapi jangan risau ada laluan lain. Boleh panjat ikut laluan belah kiri batu. 

Pemandangan di puncak Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson

Yay! That feeling of satisfaction

Girl Power!


Sempat pulak photographer snap gambar :D Kebetulan minggu ni tak ramai pengunjung. Sis ada dengar-dengar yang lepas ni permit diperlukan. Jadi sentiasa check info sebelum datang hike di sini. 

Turun dari puncak batu putih, kami ikut trail pertama pulak untuk pergi ke pantai. Not bad trail ni. Kalau ikut trail ni naik ke puncak boleh penat nih.


Area sini ada yang camping, ada yang tengah buat team building, ada yang tengah buat zipline. Lepas chill tepi pantai kami teruskan pendakian keluar dari hutan simpan ni. Jumpa balik laluan masuk tadi. Kami berdua mendaki semula untuk tinjau kawasan rumah api. Yang lain, terus pi cari nasi lemak depan kubur. I mean 'Nasi Lemak Depan Kubur' nama gerainya. Ahahah. Sini nasi lemaknya sedap, sotonya not bad, lontong pun ada dan roti canai melayu style pun ada. Tempat breakfast sedap di Port Dickson.


Sis tengah khusyuk mencari air pusar yang dikatakan puaka dan misteri itu. Okeh sedikit sejarah Rumah Api Tanjung Tuan. FYI rumah api ini dahulu dikenali dengan nama The Cape Rachado Lighthouse. Uniknya rumah api ni terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. So technically sis berada di Melaka sat. Ada yang kata sebenarnya rumah api ini dibina oleh Portugis pada tahun 1528 (492 tahun lalu). Wow! Kemudiannya barulah dibina semula oleh British. Banyak betul sejarah rumah api ni. Bukan itu sahaja, kisah turun temurun berkaitan kawasan sini pun ada. Rumah api Tanjung Tuan berada pada ketinggian kira-kira 118 meter dari paras laut dan ketinggian menara lampu pula 24 meter. Oklah that's all for now.

Till then wassalam...


Jumaat, 28 Februari 2020

Baucer Digital Pelancongan Domestik RM100 Seorang



Salam Jumaat. Hangat betul isu politik Malaysia beberapa hari kebelakangan ini. Tak percaya Malaysia kini mempunyai Perdana Menteri Interim. Sebagai rakyat Malaysia mudah-mudahan kemelut politik ini segera berakhir dengan baik dan paling penting pemimpin yang bakal dilantik mampu bekerja dengan baik demi kesejahteraan rakyat bukan demi kepentingan peribadi dan kerana  ketamakan kuasa. Rakyat duk perati je game diorang niii...

Dalam duk kecoh-kecoh tu tak pastilah anda semua aware ke tidak.....rupanya kerajaan tetap ambil langkah proaktif sediakan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan penyakit COVID-19 ditangani dengan berkesan. Semalam dengar berita TV3, Dr Mahathir umum RM20 billion pakej rangsangan ekonomi.


Sis tak copy semua. Petik sikit sahaja mana yang menarik dan berkaitan dengan rakyat marhaen.


1. Kerajaan akan memberikan bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong dan penarik beca yang berdaftar.   *emm kat mana ye nak daftar jadi pemandu pelancong 👻*


2. Sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan di dalam memerangi COVID-19, kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta kakitangan perubatan, dan RM200 kepada Imigresen dan kakitangan lain yang terlibat. Bantuan elaun khas ini berkuatkuasa Februari 2020 hingga wabak ini berakhir.  *Adik-adik sis 4 orang tu dapat ke?*

3. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik *menarik sangat!*

4. Rakyat Malaysia diberi baucer digital bagi pelancongan domestik sehingga RM100 seorang untuk penerbangan domestik, keretapi dan penginapan di hotel berlesen. *pelaksanaannya kita tunggu pengumuman selanjutnya*

5. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa sehingga akhir tahun ini (kalau tetap nak maintain 11 peratus ada borang nanti disediakan KWSP). *aww, hubby cakap yes..dapat duit lebih sikit😎*

6. Awalkan bayaran ansuran Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020.

7. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei dan seterusnya tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.
 
8. Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform edagang.



Oleh itu, cuti-cuti Malaysia jelah kita tahun ni....:)

Nak baca details PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020 boleh refer SINI

Till then Wassalam...


Khamis, 27 Februari 2020

Hiking Bukit Gasing



Salam gais. Tajuk blog: Hiking Bukit Gasing. Pertama kali  tau hiking Bukit Gasing. Entrance dah betul dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Tapi bila keluar hutan, jumpa Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi, PJ. Sis keliru nih..yang penting korang tahu tak wujud jambatan macam ni di Kuala Lumpur?

Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi, PJ


Okeh kita start dari awal. Search google maps: Bukit Gasing Forest Park Main Entrance

Kali ini gerak awal sikit. Dalam 7.30am dah sampai Jalan Tanjong 5/4. Tempat letak kereta disediakan namun terhad. Parking dah mula memenuhi bahu kiri jalan. Jalan di sini agak sempit, jadi sebelah kiri jalan sahaja dibenarkan parking. Jangan parking belah kanan. Nanti kena saman. Azie nampak sendiri ada kereta yang kena saman. Line kuning kan tuuu.

First timer haruslah bergambar depan signage 'Hutan Pendidikan Bukit Gasing'. Baru perasan ada dua ketul gasing kat tepi tu.

Mula-mula akan jumpa signage warna kuning (K1) dan warna biru (B1). Tak taula nak ikut biru atau kuning. Pastu depan sat lagi jumpa pulak signage biru ni. Pintu Petaling Jaya atau Pintu Kuala Lumpur. Yang ni pun sis keliru. Pintu Kuala Lumpur keluar kat mana pulak? Takpelah ikut sahaja crowd yang ramai-ramai itu. Makin ke dalam, makin berkurang crowd tadi. First pit stop kami pergi ke kuil hindu untuk tengok view dari puncak. Nak sampai ke sini memang mendaki habis. 

viewpoint Bukit Gasing dari kuil hindu 

Viewpoint Bukit Gasing di kuil hindu berdekatan dengan Telekom Tower. Apa yang Azie faham tiada trail yang jelas dalam bukit gasing ni. Trail bukit gasing dalam satu loop yang besar. Anda boleh ikut sahaja mana-mana trail tidak akan sesat dalam Bukit Gasing. Begitulah menurut pendaki yang sudah biasa dengan Bukit Gasing. Tinggal lagi, trail yang kita lalu itu...sama ada dekat atau jauh, senang atau susah. So nasiblah....just explore...

Jadi, susah juga bila hiking tanpa arah tujuan. Peak Bukit Gasing tiada view. Jadi kami target tuju 3 tempat di Bukit Gasing;

1. Viewpoint di kuil hindu
2. Jambatan Besi Taman Rimba Bukit Kerinchi
3. Jambatan gantung @ Suspension Bridge

Viewpoint di kuil hindu selesai. Next, kita cari Jambatan Besi Taman Rimba Bukit Kerinchi pulak.

Turun bukit, naik bukit, lalu sungai..... akhirnya sampai ke Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi

Bila borak-borak dengan pendaki lain faham lagi yang Jambatan gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi ini boleh diakses dari 3 laluan masuk iaitu:

1. Hutan Pendidikan Bukit Gasing.
2. Taman Rimba Bukit Kerinchi.
3. Pusat Komuniti Lembah Pantai.

Ketiga-tiga tempat ini mempunyai tempat letak kereta tersendiri. No wonderlah bila tanya ada yang letak kereta di Lembah Pantai.

Last pit stop ialah jambatan gantung bukit gasing

Dah nama hutan pendidikan banyak papan info diberikan kepada pendaki. Tinggal lagi nak baca atau ignore sahaja. 

Jambatan Gantung Bukit Gasing


Suspension Bridge. Muat sebelah kaki sahaja. Honestly Azie tak boleh nak bagi trail map yang jelas sebab kiteorang just explore dalam hutan pendidikan Bukit Gasing nih. Nak ambil gambar signage pun takde. Jalan mana yang diambil pun tak sure. Kalau penat berenti. Tapi memang penat lah weh bukit gasing ni. Di jambatan kayu ni kiteorang duduk sebentar minum dan makan coklat untuk energy. Dah hilang lelah barulah patah balik ke main entrance tadi. 

Dalam 3-4 jam juga hiking dalam bukit gasing. Semoga hutan simpan bukit gasing ni benar-benar disimpan dan tidak jadi mangsa pemaju yang rakus.

Till then wassalam..

Daging Qurban Goreng Kunyit


Buka peti ais, daging qurban masih ada. Jadi kita masukkan dalam menu list minggu ini. Today nak kongsi resepi cara masak Daging Qurban Goreng Kunyit. 

Bahan-bahan

Daging qurban
Sebiji Bawang Holland
Seulas dua bawang putih dihiris
Seinci halia dihiris
Cili padi (weols suka pedas)
Kacang panjang
Serbuk kunyit
Garam

Cara-cara

1. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam. Azie guna kunyit hidup. 

2. Goreng sat hirisan halia sampai naik bau. Pastu masukkan hirisan bawang putih.

3. Masuk daging. Kalau daging jenis liat kena rebus bagi lembut dahulu. 

4. Bila air dah mula kering, daging pun dah lembut boleh masukkan kacang.

5. Masukkan hirisan bawang holland & cili padi.

6. Perasakan dengan garam dan gula.

Dahhh siapppppp!


Bahan-bahan yang paling simple. Resepi paling senang dan mudah.


Azie bersyukur sangat punyai suami yang sangat baik hati dan memahami. Tak semestinya jam 8 malam dinner wajib terhidang atas meja. Suruh masak pun tidak. Apatah lagi nak request macam-macam. Memang jarang sungguh. Tak masak takpe. Kita tapau. Foodpanda ada. Grabfood pun ada. He's my heaven on earth :)


Hubby selalu cakap, isteri dah susah payah siapkan dinner, biar dia yang cuci periuk belanga dan tolong kemaskan dapur. Alahaiii. Mahu tak jatuh cinta berkali-kali camnih.....